Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Tayar Kereta Berdiet Di Pagi Hari

Hari Isnin yang indah itu, hari bangun awal sedunia.Sebab sekolah dah start.Seminggu dak Kakak bercuti. Lepas hasben gerak pergi kerja saya memang tak tidur lagi.Berkobar-kobar nak pergi kerja awal, sebab dah kena hantar anak-anak ke Tadika and Taska.

Setelkan anak laju-laju then kul 7.40 pagi dah boleh reverse kuar dah. Elok je nak tutup gate, sepintas lalu pandang tayar kiri belah belakang.Eh, apesal pulak ko boleh kempis ni.Adoiyai, time ni lah ko nak berdiet bagaikan. Terus capai phone call hasben.Mengadu buk bak buk bak, jiran sebelah pun keluar nak hantar anak dia pergi sekolah.Haa, elok la tu bang.Macam dipangil-panggil je.Hee.
Ingat dah slim sangat lah tu nak diet macam ni.Cet!

Jiran sebelah tu nama dia Abang Kamal. So, Abg Kamal cakap "Ko tunggu jap, Abg nak hantar dak Ba'in ni pegi sekolah dulu. Kereta masuk balik parking" Baek encik abang Kamal....huhuhu.... Detik-detik macam ni lah anak-anak saya nak buat perangai.Amsyar ada je benda yang nak dia nangiskan.Sikit punya hal nak nak nangis. Nak bawak kereta control dia pegi sekolah.Tak dapatt.Melalak la dia.Geram betul ahkak dek non oii.Khayra pulak dah start nak tidur balik masa saya reverse kuar rumah.Ngantuk sangat.Habis tu kereta dah jadi macam ni, kenalah semua kena kuar kereta.Muka ketat lah cik kak tu. Imran yang tengah tidur kat carsear tu pun boleh terjaga.Padahal semua dah mandi ni. T_T


 Time ni Amsyar still dalam kereta lagi.Dia tak nak turun.Geramm.Spare tayar kaler kuning.Memang tak pernah tahu pun dia kaler kuning.Kecik pulak tu.Eh memang pun semua spare tayar kecik.Heee.

 Dah pujuk-pujuk lebih kurang baru lah Amsyar kuar kereta.Itupun dia takut sebab kereta senget sebelah.Abg tu tengah jek nak kuarkan tayar.Haaa itulah ropanya kasut pinjam.Memang tak ikut piawaian.

Abg Kamal kata ni mesti kena kat rumah depan taman,sebab rumah tu tengah renovation. Nasib badan... Lepas dah setel tukar tayar spare, Abg Kamal suruh pam tayar dulu baru gerak pergi hantar budak-budak.Sebab lembik sikit.Dengan perasaan nerves, bawaklah keta tu pelan-pelan.Memang terasalah lain macam. Sebelum tu hasben tak henti-henti wasap tanya perkembangan.Saya wasap semua gambar kt dia ikut apa yang berlaku. Pergi pam tayar kat Shell.Nasiblah Shell sebelah rumah je.

Masa tu dah pukul 8.20 pagi dah.Lepas pam tayar, baru nak gerak, minyak pulak menyala.Pusing balik isi minyak dulu.Ketiak dah berpeluh ni.Dah setel, baru gerak dengan mulut ni terkumat-kamit baca apa yang patut.Risau wooo dengan keadaan kita bawak anak-anak lagi. Hasben pesan jangan bawak laju-laju, below 70km/j je dan jangan langgar lubang. Baek...

Memang terkemut-kemutlah bawak kereta.Sempoi je bawak 50km/j.Alhamdulillah selamat hantar anak-anak ke Tadika and Taska dengan keadaan tayar macam tu.Masuk ofis dulu sebab baru 9.15 pagi.Kedai tak bukak lagi.Rilek-rilek dulu, kul 10 baru gerak ke kedai tayar.Dekat je dengan ofis.

 Dah sampai.Mari kita tampal itu tayar.

 Dia cek.Dia telek.Dia rendam.Pastu inject, pastu isi angin pastu siap. Saya tanya berapa lama tahan kalau tampal macam ni.Tokey tu kata "Owh, jangan risau kak, kita dah masukkan cacing dalam tu" Haaa? Cacing pun cacing lah.Ekekeke. Total RM10.

 Dan....inlah dia si pembuat onar!

Alhamdulillah, dengan situasi sekarang saya bersyukur sebab di beri kekuatan menguruskan sesuatu yang tak dijangka dengan tenang.Hasben kerja jauh, so pandai-pandailah kita solve sendiri.Cuma sikit penat sebab time tu lah cik P nak melawat.Syukur jugak dapat jiran-jiran yang tak kisah menolong.Esok dah pindah rumah baru dapat ke jiran macam ni lagi....huhu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...