Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Hari Perjumpaan Pengasuh dan Ibu Bapa

Hari ni Taska Khayra ada buat perjumpaan dengan pengasuh dan ibu bapa. Untuk kelas Khayra, perjumpaan dibuat hari ni lah (Khamis,16 Julai 2009). Yang kelas-kelas lain dah start awal dah. Aku ni 1st time mama,memang lah excited. Macam tak percaya aku dah ada baby,pastu nak kena sain rekod perkembangan baby. Baru hari tu aku terkinja-kinja jadik anak dara. Sekarang dah jadi mak. Fuh!Memang tak sangka. Kejap ek masa berlalu.
Tadi aku tunggu Mr.Papa,ktorg pegi sama-sama.Untuk perjumpaan ni, Ibu Rehan (pengasuh Khayra) akan terangkanlah perkembangan Khayra sepanjang dia jaga. Apa yang dia nampak, apa yang Khayra dah boleh buat, apa masalah Khayra, apa kesukaan dia dan apa sajalah. Semua tu Ibu Rehan akan catat dalam Buku Rekod Perkembangan Bayi. Rekod tu sama gak kalau baby check up kt klinik kerajaan.
Kat rumah,aku memang ada catat apa saje perkembangan Khayra dalam buku rekod ktorang. Complete dengan tarikh,hari,masa dan tempat.Tapi kat buku rekod taska ni lagi detail la. Cuma takde tarikh je,lump sum ikut bulan. Begitu gak kalau yang tak puas hati ke,boleh luahkan. Tapi sepanjang Khayra dijaga oleh Ibu Rehan, aku puas hati je. Khayra pun manja dengan Ibu An dia tu. Ala masalah-masalah kecik tu,biasa lah.


Buku Rekod Perkembangan Bayi 2009

Khayra datang bawak sendiri buku rekod dia :)
Khayra pelik tengok papa ada. Selalunya mama je datang kat bilik tu. Mana taknya,ktorang buat perjumpaan kat bilik menyusu.
Sebelum balik,amik gambar dulu. My Happy Family.
Bergambar dengan Ibu Rehan. Terima kasih banyak-banyak ye kak.

Masa ni Khayra baru pas menyusu dengan mama. Lepas tu baru mama masuk keja balik. Papa dah balik dulu pegi keja.
So,sepanjang sesi perjumpaan tu, Khayra boleh dapat kategori cemerlang la. ala,bila lagi nak up anak sendiri Cuma time dia tak sihat je,banyak ragam dia. Asik nak berdukung je. Kalau Ibu An takde,mau dia nangis beriya. Nama pun baby kan. Adat la tu. Sekarang ni Alhadulillah,Khayra dah sihat balik dan aktif semacam je. Tak sabar nak tunggu Khayra boleh berjalan. Hohoho.

2 Responses
  1. Unknown Says:

    cantiknya taska tu..
    heheh.. kakyong x penah antor anak ke taska.. jakun plak jap...


  2. Hanna Says:

    haha,ape la kakyong ni,buat orang gelak je :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...