Barang Yang Ditunggu-tunggu Baru Sampai
Hari Isnin hari tu aku ada buat pembelian secara online (dah popular dah shoping macam ni). Insyallah barang tu sampai hari Rabu by pos laju (coz aku buat payment dah petang,so diorang pos hari Selasa).
Hari Rabu, tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai lagi. Tanya kat khidmat pengurusan (aku bagi alamat opis),diorang cakap takde barang sampai. Pos laju untuk bos ada la. Mana pulak ni. Takpe,aku tunggu lagi.
Khamis,aku tunggu lagi. Asik tanya kat jaga kaunter. Diorang pun naik boring tengok muka haku.haha.Untuk kepastian, aku call opis tu. Laa,belum pos rupanya. Barang tu takde dalam stok. Hari Isnin depan baru diorang pos. Takpe la,aku pun tak urgent nak guna.
Tapi atas inisiatif, diorang cari gak barang tu untuk pos kat aku hari tu gak. So,pagi tadi (Jumaat),guard yang selalu aku tanya tu tersengih-sengih bawak kotak untuk aku.Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kat Pn. Rita dan Suriani. Ini first barang aku dari MLO.So,ada sikit teruja dan lorat la.Apakah barang itu?
Ha,dah nampak dah barang tu?Itulah cooler bag aku (Moms Precious Cooler Bag Set).Nak simpan EBM. Selalunya kalau sampai rumah,mesti EBM aku dah start mencair.Apa taknya,aku balut botol susu tu tebal-tebal pakai kain lampin Khayra,pastu masuk dalam beg.Haha.Teruk kan. Pada sesapa yang dah ada cooler bag tu,korang memang bagus. aku nak bagus macam korang la aku beli benda ni ha.(apakah...?)
Post a Comment