Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Diari Harian Saya Sejak Dok Melaka dan Alasan Kenapa Saya Jarang Update Blog

Pukul 4.00 am

Bangun! Bangun! Saya kena bangun time ni sebab nak gosok baju hasben. Malam-malam saya tak sempat nak gosok baju. Alasannya sebab Cik Khayra kacau. Nanti dia berdiri kat tepi ironboard, pastu dia cakap "Panash..panash.." Tau pun panas. Tu belum lagi terpegang iron. Baru pegang board. Abis tu camne saya nak teruskan usaha saya meng'iron' baju? Sudahnya tunggu Cik Khayra tidur dulu,baru bole saya buat keja. Tapi yang tak bestnya, time Khayra tidur, kenapa saya pun turut serta untuk tidur sama?.....

Oleh kerana hasben kena pegi keja around (cewah,around) 4.50 am, saya kena siapkan sut keja hasben dulu baru bole saya gosok baju saya. Orang kata kenapa tak gosok untuk seminggu? Makcik tak larat nak diri lama-lama kat ironboard tu. Tumbesaran perut semakin kedepan. Kalau duduk pulak, saya tak selesa. Lenguh punggung. Itulah alasan saya.

Pukul 4.20-4.30 am

Saya dah start kejutkan hasben bangun tidur. Selalunya saya cakap kat hasben "Abang..bangun..dah pukul 5 dah ni.."..Otomatik hasben saya bangun. Hehehe. Itu ayat mak saya kejutkan kitorang adik-beradik. Mesti mak saya lebihkan sejam. Kelam-kabut semua bangun. Abis tu kalau saya kejutkan ngan-ngam, hasben saya dok termenung dulu. Kang lambat kang. Sementara hasben mandi dan bersiap, saya setelkan baju keja saya pulak. Oleh kerana sekarang musim World Cup, kadang-kadang TV tak tutup dari malam tadi. So,hasben saya terus leka tengok highlight game yang dah sudah sambil bersiap-siap dan menghensemkan diri sendiri. Selalunya hasben just minum air suam je. Dia taknak saya buat air bagai. Kang dia kata takleh tidur balik.

Pukul 4.50 am kadang-kadang kalau lewat 5.00 am

Saya dah bukak pintu pagar untuk hasben pegi keja. Pagi yang hening tu hanya kitorang berdua je kat luar rumah. Lepas salam, cium-cium, peluk-peluk (perlu ke bagitau?) dengan iringan doa, hasben saya bertolak naik motor ke Tol Ayer Keroh untuk tunggu bas ekspress kat sana. Selalunya dalam pukul 5.10 hasben dah sampai dah. Bas gerak dari Melaka Sentral pukul 5.00 am. Memang ramai yang seangkatan dengan hasben saya yang tunggu bas ekspress tu. Majoriti semuanya dah ada family. Ada yang sampai 5 tahun ulang alik Melaka - KL - Melaka setiap hari.

Pukul 5.15 am - 6.30 am


Lepas setel kemas barang-barang Khayra untuk ke taska, maka saya pun teruskan program saya untuk tidur balik. Selalunya Khayra tak bangun time papa dia pegi keja. 6.30 am saya kena bangun solat subuh then siap-siapkan diri. Khayra masa ni dah start merengek-rengek. Saya kena pastikan time saya mandi Khayra tak terjaga. Kesian nanti dok tercari-cari takde sapa kat dalam bilik tu. Pernah gak Khayra terjaga, lepas tu apalagi melaung lah cari saya. Kita la yang kelam-kabut mandi.

7.45 am

Lepas kemaskan Khayra, selalunya kalau saya tak sempat mandikan Khayra, saya just salinkan baju je. Diapers harus lah tukar. Mak saya selalu pesan, jangan bagi anak kita kat orang dengan selekeh. Kalau boleh mandikan siap2-siap. Kalau tak sempat mandi pun, basuhkan muka, salinkan baju baru. Takdelah bau tilam, busyuk masam time kita serah kat orang. Biar anak tu bersih. Itu kata mak saya lah. Sebabnya dulu saya adik-beradik pun orang jaga time mak saya pegi keja. Macam tu la mak saya buat. Pernah gak saya cakap dengan mak,tak sempat lah nak siapkan Khayra. Mak kata "No excuse". OK, faham mak.

8.10 am - 8.30 am

Saya hantar Khayra ke taska. Dulu time mula-mula masuk taska baru, hari-hari menangis nak ikut saya balik. Sedih gak saya tengok. Sekarang ni, start masuk ke pintu gerbang Seri Negeri je,dengan gaya tangan sekali Khayra akan jerit "Yeay!" Pastu saya kena rushing pegi ofis pulak. Masuk pukul 8.30. Ofis baru ni all the time busy. Facebook kena block. Blog ni pun kena blok. Tak bole komen kat blog orang ataupun sign-in blog sendiri. Lepas ofis hour baru bole bermaharajalela. Muahaha.

5.30 pm

Kalau takde keja urgent boleh la balik ontime. Kalau tak, asik kena tahan suruh balik lambat sikit. Nyampah. At least saya sampai kat taska Khayra pukul 5.50 pm. Seronoknya tengok anak kita panggil-panagil "Mama! Mama!"..hilang semua stress kat tempat keja. Kalau barang dapur dah abis, saya mesti singgah dulu beli barang, baru balik rumah. So, bayangkan dengan bawak perut, bawak Khayra dan barang-barang dapur. Saya kena berdikari. Tak boleh nak harap hasben selalu. Hasben time ni on the way dalam bas ekspress balik ke Melaka balik. Amik tiket bas pukul 5.30 atau 5.45. Depends, sebab perhentian bas dah jauh dari tempat keja. Kat Bukit Jalil nuun.

6.15 pm atau 6.30 pm

Saya dah sampai rumah. Masa ni layan Khayra tengok Playhouse Disney atau bukak DVD songs kat laptop. Terhibur tengok telatah Khayra sekarang ni. Untuk pengetahuan, cakap pun dah banyak. Nama samaran Khayra sekarang ni Kak 6.Letih gak melayan mulut yang becok tu. Hehehe. Time ni saya tak bole ke dapur. Gerenti Khayra suruh saya dok depan balik. "Mama, dok" sambil tarik tangan saya.

7.15 pm / 7.30 pm

Yeah! Yeah! Papa dah balik. Sukanya hati saya dan Khayra tengok papa dah balik. Khayra sampai melompat-lompat. Betapa rindunya dia dengan papa. Ialah, time Khayra bangun, papa dah takde depan mata. Dah sampai KL dah time tu. Petang nak masuk maghrib baaru nampak muka. Memang la rindu. Hasben saya pun orang pertama yang dia terkam mestilah Kak 6 tu. Hehehe. (Jeles).

8.00 pm 10.00 pm

Kalau ada pasar malam, saya tunggu je hasben balik. Tak sempat nak masak. Waktu macam ni baru nak bersihkan diri. sebab ada papa. Kalau tak Khayra mana boleh tinggal sorang-sorang. Malam kalau sempat saya bukak internet.Itupun kalau Khayra tak kacau. Hasben memang wajib surf internet. Dia ada agenda tersendiri. Cari side income la katakan. Pukul 10 pas solat isyak, kena masuk tidur. Hasben kena keja esoknya. Macam biasa. Pernah gak hasben ngadu "Baru je balik keja tadi,dah kena pegi keja balik..." kesian hasben saya.

Kat atas katil, bukan waktu tidur lagi. Khayra bukan main lasak main panjat-panjat. Konon-konon nak buat-buat tidur supaya Khayra pun boleh tidur sekali. Yang nyata, saya yang belayar dulu. Tak bole pakai daaa.Oh ye, Khayra akan bawak kawan-kawan dia sekali tidur dengan kitorang iaitu Abang Mickey, Encik Pooh, Kiki dan Pek-pek. Betapa ramainya umat atas katil tu. Selalunya saya akan jadi mangsa Khayra untuk tepuk-tepuk Encik Pooh supaya tidur. Manakala Khayra busy tepuk-tepuk Abang Mickey sampai Abang Mickey lelap. Esoknya macam biasa pukul 4.00 am saya kena bangun...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...