Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

My EBM & Breastpump

3 minggu lepas,production susu aku sikit merudum. Susah hati aku masa tu. Setiap kali pump session hanya dapat 2-3 oz je. Pernah gak dapat 1oz. Sedih sangat. Kalau tension lagi lah susu tak mo kuar. Stok EBM kat dalam fridge makin hari makin habis. Ialah, selalunya kalau ambik sebotol, simpan sebotol. Tapi hari tu asik hambik je. Simpan takde. Huhu. Sudahnya, fridge aku empty.

Tapi aku syak mungkin aku ambik ubat herba untuk batuk. Lepas aku stop makan ubat tu, plus makan makanan yang berkhasiat such as fresh milk,sayur-sayur hijau dan amalkan minum air masak bergelen-gelen,begitu gak dengan niat nak bagi yang terbaik buat Khayra dan berdoa banyak-banyak kepada-Nya, Alhamdulillah production aku increase balik. Hooray!

Setakat ni aku gunakan manual breastpump brand Anakku. Alhamdulillah,hasilnya tidak mengecewakan. Walaupun harganya murah,tapi jasanya tidak ternilai. Sebelum tu aku guna manual breastpump Pureen je. Pureen tu pun banyak berjasa. Aku guna sampai Khayra 6 bulan. Pastu salah satu getah dia hilang,so terpaksalah beli baru.

Aku teringin gak guna breastpump yang mahal-mahal macam S3,PISA,Avent ISIS Uno ataupun yang canggih lagi Medela Freestyler. Insyallah,kalau ada rezeki nanti aku akan sambar gak. Itu semua untuk baby kesayanganku cik Khayra.


Inilah hasil tenusu ku...hehe..


Kosong lagi..
*
*
*
5 minit
*
*
*
*
10 minit
*
*
*
*
15 minit
*
*
*
*


Tadaaaa! Rezeki untuk Khayra : )
p/s:Thanks sangat-sangat pada Mr.Papa yang very supportive.Luv u sayang.
4 Responses
  1. tahniah kak..naz pun dah ok skang..tak ler truk sgt..skli pump boleh dpt 7 ke 8oz..sungguh tak sgker


  2. Alhamdulillah, sesungguhnya apabila kita bersyukur Allah akan tambahkan nikmat.



  3. Hanna Says:

    Nazz : Alhamdulillah,bagus tu nazz..sama2 la kita mempumping hari2..hehe..

    Ibu addin&nasa : Alhamdulillah,rezeki Allah bagi..syukur sgt2...

    Hazlina : thanks dear :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...