Alhamdulillah,Khayra Dah Pandai Jalan Genap Umur 10 Bulan

Hari ini Khayra dah berumur 10 bulan 2 hari. 19 Oktober hari tu semasa Khayra genap 10 bulan,dia dah pandai berjalan. Kalau entri hari tu aku ceritakan dia tengah tengah rajin bertatih sendiri, sekarang ni dah laju berjalan.Kalau kat rumah,asik tawaf seluruh hall.Pastu bawak En.Mickey jalan-jalan. Eksyen sekarang,dah taknak mama&papa pimpin tangan dia.Cewah!
Banyak yang Khayra dah pandai buat.Alhamdulillah.Tapi aku tak nak sebut satu-satu apa yang dia dah pandai.Rasanya tak perlulah aku memberitahu khalayak setiap apa yang dah boleh buat dan masa umur dia berapa.Cukuplah sekadar catatan biasa.Overall dia anak yang cerdik.Dan aku juga seperti ibu-ibu yang lain merasa bangga dengan setiap perkembangan dan kejayaan anak.Dan yang paling aku bangga sekali,Khayra pandai berjalan masa umur 10 bulan tanpa bantuan walker! Syukur alhamdulillah.Memang itulah yang kuharapkan.

Gambar ni masa Majlis Sambutan Hari Raya ofis papa Khayra 17 Oktober hari tu.Lagi 2 hari Khayra nak 10 bulan.Buat kat Restoran Nelayan,Tasik Titiwangsa.Masa ni Khayra still bertatih lagi.Memang macam tu la stail tangan Khayra bila berjalan.Belum boleh lurus lagi.Ooops!Off topik sat,nampak tak hadiah kat belakang tu.Tu hadiah kitorang dapat tau.Doorgift,Lucky draw,Pasangan Glamor (1st Prize) dan Baby Glamor (1st Prize).Rezeki ktorang anak-beranak.Rasanya biasa-biasa je.Hehe.
6 Responses
  1. bestnyer..dah laju yer dia..rikazz baru nak jln bnyk demm dah kak..dia jd takut..ntah biler dia boleh laju mcm khayra


  2. sI tEDI Says:

    ekekekek.. lepas ini jangan tidak terkejar pula.. :)


  3. Naff Says:

    congrates khayra, cumil lotehnye diaa...seronok bila tengok kemahiran anak semakun menyerlah he he


  4. papaKhayra Says:

    bila nak masuk gambar bb kt tepi? utk 10 bulan punyer


  5. eis Says:

    waaaah tahniah. khyra eis pun rasanya x lama lg nih bole jln. klu ikut abg dia dulu 10bln dah boleh jln dah :)

    sibuk kejar khayra la hanna lepas nih :D


  6. Hanna Says:

    Naz

    Laju dh Khayra tu naz..tak lama lg Rikazz pun laju gak..dia dh baik demam tak?

    si tedi

    memang mcm tu la,baby dh dapat kaki..hehe..

    Naff

    thanks naff..lepas ni nk ajar khayra buat lompat bintang plak..hahaha..

    papaKhayra

    dh masuk dh..cuba cek..

    eis

    chaiyok khyra..dia blajar dgn abg kae dia la tu :) skang ni mmg dh x terkkejar dh..eksen xnk pimpin..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...