Target Nak Kurus

Semenjak bulan puasa ni,Alhamdulillah ada perubahan sket kat figure aku yg dah berisi ni.Hehe.Semua ni rentetan (ceh,ayat..) lepas bersalin 8 bulan lepas. Masa pregnant,jangan cakap la,berat badan aku dah macam berat tong.Memang menakjubkan bila berat naik dengan pantasnya.Sepantas aku makan la.Hehe.

Masa zaman anak dara berat aku sekitar 54kg-55kg dengan ketinggian 162cm.Kadang-kadang berat 50kg time malas nak makan.Start pregnant,badan dah mula naik.Biasa la tu.Mak Yong la katakan.Pastu makin lama makin besar.Akhirnya cecah lah 76kg before deliver.Memang teramat berat badan aku rasakan.Nak duduk sofa memang payah,sebab nak kena turunkan sikit lutut,baru duduk.Kalau tak,aku terduduk terus,takde brek-brek.Berat woo.Lepastu Khayra pun lahir dengan selamatnya dengan berat 3.3kg.


Masa ni dah cuti duduk kampung.Nak tunggu deliver je.Ayah bawak jalan-jalan dengan my sis yang lain.Hubby dok KL lagi,abiskan keja b4 cuti panjang.Tengoklah betapa tong dram nya aku masa tu.Gemok wei.Jalan mengengkang je.Hehe.
Aku mula proses berpantang kat rumah mak.Nasib baik bersalin normal,boleh lah aku bertungku dan berbengkung.Tapi,betul lah orang kata,pantang kena betul-betul pantang.Aku ade la sikit-sikit curi minum air dengan banyaknya.Orang tua-tua mana bagi minum air banyak-banyak ni.Yang lain,aku memang pantang betul-betul (eh,ye ke?..)Tengok-tengok berat aku turun dari 76kg ke 60kg.Ok la tu.

Lepas abis pantang,try la jugak diet sikit-sikit.Tapi disebabkan aku ni fully breastfeeding,so tahap pemakanan aku ni kerap jugak la.Lapar wei.So,berat aku takat tu je la.60kg dengan ketinggian 162cm (berapa kali mau ulang daa).Betapa jelesnya aku tengok orang lain dapat turun berat badan sama dengan figure b4 pregnant.Kurang makan 60kg,banyak makan pun 60kg.Ala,tak kisah lah.
Tapi sejak berpuasa ni,berat aku slowly turun.Hooray! Sekarang dah back to normal.Dapat berat masa anak dara balik - 55kg.Orang lain tak nampak aku kurus kot,sebab tang dada ni macam menampakkan aku still berisi.Mana taknya,sekarang dah kena tukar cup.Ok la,asalkan aku tau aku dah nak kurus (perasan).Tak tau la lepas raya nanti camne.Harap still maintain.Hehe.



Gambar terbaru.Alamak,sama pulak kaler tudung yang atas tu.Kantoi.Ada la sikit perubahan.Kalau tak,badan aku memang berisi sikit.
12 Responses
  1. eis kamil Says:

    wah wah..target dah tercapai tu. tahniah!



  2. azryna abdul Says:

    hana!kurusnye awak skrg jelesnye saya hihihihi...
    kalo tak keberatan bg la tip cikit ek..sy dulu sblm kawin 42kg.slps kawin 45kg..last prgnt dhaniya 53kg..
    sikalang hukhukhuk 57kg.......


  3. papaKhayra Says:

    bleh bg tips skit x?


  4. Naff Says:

    tahniah hanna..teruskan usaha..i bagik support dr kejauhan he he he {sebenomnye jeles...aku pas kwen jak berat mendadak ke atas bukan ke bawah..alahai..}


  5. Hanna Says:

    Eis

    Thanks eis..ala takde pun kurus sgt pon..lorat je lebih..hehe

    sI tEDI

    terima kasih ye (^_^)

    Azryna

    Takde la kurus sgt pun ryna..ada lagi lebihan isi ni..huhu..sy agak,mesti awak ni kecil molek orgnya..ada kelebihan tau,nmpk sentiasa awet muda :)

    papaKhayra

    tipsnya...fully breastfeeding lebih2 lg dlm bualan pose (ala,abg dh tau buat2 tanya plak..hehe)

    Naff

    ala naff,kita org pompuan ni sama je..tahap keberatan mesti jd masalah pas kawin..huhu..


  6. essal Says:

    tahniah2..truskn usaha..hiih


  7. huhu.. bestnye dah dpt berat idaman.. saya nih belum lagi... lambatnye rasa.. saya pon mcm awak, masa peknen berat naik mendadak.. smp 18kg.. haha


  8. Hanna Says:

    essal

    thanks essal :)

    shadhia

    alhamdulillah,skrg dh bole pakai bj lama blk..nasib baik tak buang ari tu..haha..chaiyok dhia,u can do it dear :)


  9. rahsia hati Says:

    anda nak kurus dengan cara selamat dan
    telah diperakui oleh ramai? telah diiklankan di wanita hari ini di tv3 mahupun di
    suratkhabar harian metro. ramai sudah berjaya mendapatkan berat badan impian mereka.
    Anda pula bila lagi? jom dapatkan JUs Mate 5 Herba Prima sekarang.


  10. rahsia hati Says:

    anda nak kurus dengan cara selamat dan
    telah diperakui oleh ramai? telah diiklankan di wanita hari ini di tv3 mahupun di
    suratkhabar harian metro. ramai sudah berjaya mendapatkan berat badan impian mereka.
    Anda pula bila lagi? jom dapatkan JUs Mate 5 Herba Prima sekarang.


  11. rahsia hati Says:

    tekan http://zbj007.blogspot.com/ untuk membeli jus mate 5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...