Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Detik Kelahiran Khair Adriy

Assalamualaikum...

Wahh dah lama tak tulis blog. *nangisss

Sebelum kita menceceh sampai idea hilang, jom tengok kronologi masa ai nak beranak ke4.Haahahaha.Iye, alhamdulillah dah 4 orang dah.So gambar header kt atas ni tak vallid lagi.

Jap nak amik napas dulu.Dah 4 bulan kisah ni berlalu.Agak-agak ingat balik tak cerita macam Kakak dan Abang - Abang dia dulu.Wahaha.

6 Ogos 2016 (Sabtu)

Kat taman ada buat jamuan Hari Raya walaupun dah 2 Zulkaedah dah time tu.Kikiki.Dan hari tu jugak hari due date saya.Dah cakap dah dengan jiran-jiran dan kawan-kawan ofis, bagi aku makan dulu puas-puas.Harap jangan beranak hari ni.Hahaha.Member jiran cakap esok je lah ko beranak.Okey.Malam tu dengan durian, sate ayam+daging,kambing golek,segala menu hari raya (rendang ketupat) saya belasah.Memang mengengkang gak lah balik rumah sebab mengah.Tak senonoh kan.

7 Ogos 2016 

Bangun pagi nak solat subuh,pegi toilet nak kencing.Ek eh,dah keluar lendir merah.Time tu tak sakit pun.Keluar lendir macam tu so dah 2 kali lah saya rasa.Anak pertama dulu pun macam tu.Anak ke2 overdue 5 hari so show sakit nak beranak je.Anak ke3 pulak induce. *boleh refer link kt atas tu eh macam mana budak3 tu keluar T_T.

Lepas inform incek hasben, so baru inform kt WA family yg saya nak bersalin.Perancangannya adik ipar duduk rumah tolong tengokan budak3 sementara sy dan hasben check in hospital.Adik ipar datang dalam kul 11 pagi.Saya gerak ke hospital kul 4.30 petang.Malas nau rasanya.Hahaha.Sebenarnya tunggu sakit sangat baru gerak ke hospital.Area pukul 4 baru sakit 5 minit sekali.Two in ten.Sebelum tu rasa sengal-sengal biasa je.Sempat lah tidur petang jap.

Sampai kat hospital,terus tukar uniform.Bukaan baru 2 cm.Incek hasben tunggu kat luar.Baby yang ke4 ni dah siap suruh hasben tengok time teran nanti.Macam anak ke3 dulu.So dia tak balik rumah standby kt hospital je.Lepas cek bukaan, tunggu turn nak scan pulak.Nak cek status baby dan jumlah air ketuban.Semua ok.Then doktor HO pulak nak cek bukaan sekali lagi,Time ni lah saya tak boleh lupa,time tengah contraction la time tu doktor seluk.Huwaaaaa.Sakit berganda uolss.Sampai terkeluar air mata.Bukannya saya nangis tapi tahan sakit.Tak patut tau doktor ni.Mencik..hehehe.

Doktor kata kepala baby tinggi lagi.Tapi dalam masa yang sama dia suruh tunggu je kt CDS ni.Tak payah masuk ward.Oklah.Kita ikutkan aje.Lebih kurang kul 7.30 malam matron datang buat kiraan kat perut.Time ni uols nak tahu,patient sikit je.Hari Ahad memang tak ramai orang.Sampaikan matron pun ada masa nak kira perut saya keras dalam kiraan berapa.Saya pun layan je lah.Time mengeras tu dari saya duduk terus berdiri.Tak tahannnn.Lagi sanggup berdiri layan contraction dari bergulung kt atas katil.Kikikii.

Pukul 7.45 malam saya saja pegi luar jumpa hasben.Hasben tak boleh masuk kat CDS tu.Kalau ada kecemasan je diorg panggil masuk.So jomlah jalan-jalan bagi bukak cepat sikit.Kat luar rupanya mak dan ayah mertua ada sekali temankan hasben.Thanks mak dan ayah.Sy jumpa diorang.time tu lah contraction.Mak mertua sapu/urut belakang saya.Hasben tukang catit masa.Hahaha.Pukul 8 malam saya masuk balik.Doktor nak buat CTG.HO cek bukaan lagi.Dia cakap kepala baby dah turun sikit.MO pecahkan ketuban saya.Masa tu still CTG lagi.Bayangkan sambil perut berikat pastu kena kangkang.Maluuuuu...heee.

Dalam 10 minit lepas pecah ketuban contraction saya dah bertambah kuat.Sorry ye saya terkuat suara.Allah.Allah.Allah.Tu je mampu saya buat.Sakit tauuu.Pukul 8.30 saya dah nak bersalin sangat dah.Nurse semua kelam kabut sebab saya belum masuk labour room lagi.Diorg nak tolak saya.Dalam keadaan sakit nau-nau tu dia suruh saya alihkan badan saya sendiri kat stretcher.Mana kuat.Saya dah rasa ada benda berat kat punggung.Macam mana nak angkat.Diorg suruh jugak.Meriah kau.Saya tarik nafas,kuatkan diri ni beralih dari katil ke stretcher.Dah setel,cepat-cepat diorg tolak ke labour room.

Masa tu hasben saya tak tahu lagi keadaan saya.Dalam pada kena tolak tu saya suruh nurse panggilkan hasben.Sambil jerit "Siapa nama Puan" saya cakap "Rohana" dia jawab "Ooo Rohana Jalil".Chait! time ni boleh main-main tau.Tapi lepas tu saya gelakkan jugak.Hahaha.Dah sampai labour room, lagi sekali kena alih sendiri badan dari stretcher ke katil pulak.Saya dah tak tahan ni.Saya cakap nurse saya dah nak berak ni.Adudududu kenapalah saya cakap nak berak.Kan sedap kalau cakap nak teran kan.Hahahaha.Ayat spontan nak buat mcm mana.Nurse suruh saya kuatkan badan."Puan jangan bersalin kat sini.Cuba kuatkan semangat tu.Puan boleh!" Adoiyai.Yela-yela.Sehabis daya saya ngesot gak ke katil.Memang punggung saya tak kuat.Macam berattttt je.

Kat katil time tu jugak nurse suruh kangkang.Rupanya kepala baby dah nampak.Patutlah punggung berat je.Dia suruh push.Saya dengan lemahnya push lah jugak.Jam 8.55 malam dengan 2 kali push baby pun keluar.Alhamdulillah.Hasben saya pulak sampai masa nak push uri.Bukannya jauh.Tapi memang pantas baby nak keluar.Tudung pun tak sempat bukak.Tak dapatlah hasben tengok baby keluar macam mana.Dah push,time nak jait pulak.Sekali lagi saya tak perlu jahit.Sama macam anak ke3 dulu.Allah permudahkan saya bersalin dan teran tak koyak untuk kali ke2.Huhuhuhu.

Lepas baby dan di azan dan saya pun dah dipakai modes,saya kena tunggu dalam labour room je.Malam tu saya tengok kt labour room tenang je.Boleh dengar nurse cakap "Durian bagi orang department belakang".Patutlah bau durian semerbak,diorg berpesta rupanya kt labour room.Nasib baik dah belasah durian sebelum tu,takdelah terliur.Hehe.Sempat saya tanya doktor,hari ni memang takde orang nak beranak eh doktor.Doktor jawab,biasalah hari Ahad,diorg tengok wayang dulu,pegi shoping.Tunggu esok confirm penuh.Hahaha comel je doktor cakap macam tu. Betul,esoknya saya lalu kat labour room,berderet makoyng tunggu turn nak masuk.Diorang ni macam ada jadual je.Tips beranak selesa - beranak hari Ahad.Kehkehkeh.

 Baby Boy.3.3kg.8.55 pm.07082016

Hai sayalah baby ke4 Mama dan Papa saya.Sekarang saya dah 4 bulan.Nama Saya Khair Adriy.Lahir 7 Ogos 2016 (Ahad).Berat 3.3kg.Tak jahit mama cakap.Hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...