Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Entry Terperam Pasal Dua Tahun Lepas

Salam kawan-kawan. Lamanye saya tak update blog sejak umumkan saya pregnant 2nd baby hari tu.Almaklumlah mood mak buyong ni lain macam sikit. Lagipun internet kat rumah saya tu tak sporting langsung.Asal saya nak guna je line dia terus tak elok.Bukan sekali dua.Taaapi baaanyak kali internet kat rumah saya tu tak kawan saya.Pastu kalau husband guna,ok pulak dia.Nyampah! Dengan kuasa mak buyong ni saya merajuk terus nak update blog.

Oklah,ni disebabkan mood saya boleh lah sikit-sikit tapi kadang-kadang boleh loya tengok blog ni.Hairankan,benda yang kita suka before pregnant jadi musuh time ngandung ni.Uweek! Alamak sori saya terloya pulak.Saya tahan dengan tutup mulut ok.Ok tarik nafas sikiiit.Fuuh..lepas.Saya amik masa nak menaip ni.Loya la mak.

Oklah,oklah.Sebenarnya saya nak cerita pasal anniversary yang kedua saya hari tu.Terima kasih.Terima kasih.Dah 2 minggu dah.Lama betul saya nak update pasal anniversary,baru sekarang kuar.Kalau peram dah lama masak ranum dah entry saya ni.Bukan saya nak cerita sambutan yang saya dan husband raikan.Tapi nak cerita pasal 7 Mac 2008,Hari Jumaat dua tahun lepas.



Jeng..jeng..jeng..



Tarikh : 7 Mac 2008
Hari : Jumaat
Masa : Lepas solat Jumaat
Majlis : Nikah
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.

Debaran tunggu bakal suami terchenta.Ni first time saya mekap bagai ni.Macam ada topeng muka ni.
Dah pukul 2.48 petang.Kat ruang tamu orang sebelah dah sampai.Dup.Dap.Dup dap.

Orait.Pak imam dah ada,wali dah ada,saksi dah ada boleh kita mulakan. Ooops! lupa pulak pengantin mesti la ado.Kang naya masuk paper pengantin lelaki tak sampai.



Serius.Serius.Wali merangkap tukang nikah merangkap ayah saya.Sebelah tu pak imam.Saksi tu macam nak tidur je.



Alhamdulillah sekali lafaz saya menjadi isteri kepada Encik Khairul Nizam bin Mohamad.Masa ni encik suami tengah baca lafaz taklik dan sumpah janji.Saya dengan ayu dengar sambil angguk faham.Yo-yo o.


Ayah saya dah dapat menantu pertama.Yea! Yea! Ha, encik menantu sila salam dengan bapak mentua awak tu.



Muka saya dah kena conteng dengan mekap.Yang saya tak puas hati ada ke mak andam tu letak tone gelap kat muka saya yang sedia gelap.Tak mau.Tak mau! Dah la tudung senget.


Touc up sikit.Jap lagi nak batal air semayang.Sempat lagi makcik ni tau.


Saya amik masa yang lama nak salam tangan suami saya.Nangis tak berenti. Macam tak caya saya dah jadi isteri orang.


Saya mintak gelang.Hehehe.


Suami dapat cincin je la ye.


Apasal entah muka suami saya macam tu.Panas kot.Masa tu badan saya masih lagi kecik dan kurus. Sekarang..owh tidaak!


Salam mak mertua tu.Itu ibu saya.Syahdu tau.Duit hantaran lagi separuh ada kat peha mak saya tu.Nampak tak album kaler merah tu.


Alamak,gambar touching ni pun termasuk sekali ke.Adik-adik saya sebak.Saya memang dari tadi sebak.Lepas ni takpat la kita tidur sebilik sama-sama lagi.Pastu borak sampai pagi.Sampai mak tegur nape tak tidur malam-malam buta ni pastu buat bising pulak tu.Saya dah nangis dah macam orang tak sedar diri yang saya pakai mekap.


Tengok. Abis bulu mata palsu saya.Gam dia dah loose sebab air mata banyak sangat.Terpaksalah encik suami jadi pembantu mak andam kejap.


Lepas nikah jamu keluarga mertua saya makan tengah hari.Tu semua mak-mak sedara belah suami saya.


"Ok,abang nak balik dulu ni.Malam ni abang datang lagi."

"Abis tu sape nak betulkan bulu palsu Ana ni?..huhu".... gedik betul manja-manja time ni.



Tarikh : 7 Mac 2008
Hari : Jumaat
Masa : Lepas Isyak
Majlis : Malam Berinai
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.



Waaah! Ada bunga api lah. Adik lelaki saya sponsor bunga api. Dua kali bakar jugak lah.Dah lah sekali bakar ada 16 das.Jenuh gak nak tunggu abis.


Suami saya gelakkan apa entah dengan abang ipar dia.Ye,abang ipar suami a.k.a biras saya jadi pengapit bidan terjun.Kena asap bunga api la tu.Adik lelaki saya yang sponsor bunga api tengah main kompang betul-betul fokus kat kamera.





Nama pun sanding waktu malam.Gelap gelita kat luar tu.


Family saya.Emak saya silap tema daa.


Hokie,gelak time.Bukan photo shoot time.


Mekap malam saya suka.Saya suka! Sebab lepas saya komplen dengan mak andam,terus dia buat tone cerah sikit.Lagipun dia kata mekap malam kena terang.Terus saya request lepas ni mekap semua nak terang-terang.


Eceh!


Dalam bilik.Belum boleh rasmi lagi taw.Hahaha!


Ok mari kita gelak lagi.


Dan lagi...


Bajet manja la tu kunun.




Tarikh : 8 Mac 2008
Hari : Sabtu
Masa : Pagi
Majlis : Persalinan baju
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.Time ni Pilihanraya Umum.

Baju sendirik. Nasib baik boleh pakai lagi.


Bolly time!

Baju Arab daa.



Gaun putih bak salju.Pernah ke tengok salju?




Tarikh :8 Mac 2008
Hari : Sabtu
Masa : Pukul 1.30 tgh hari
Majlis : Persandingan
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.Hari Pilihanraya Umum.Tak sempat pegi mengundi.

Princess kecik tu nama dia Amanda Batrisyia.Tak sempat nak prepare bunga untuk Amanda bawak.Huhu.


Suap dia.Tonyoh kuat sikit.

Waktu pembalasan.Ha amik ko! Lagi teruk saya kena.Huaaa!



Tarikh : 9 Mac 2008
Hari : Ahad
Masa : Pukul 1.30 tengah hari
Majlis : Sambut Menantu
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.




Main cak-cak pulak.Suami saya bermalam kat rumah saya dulu.So kena siap kat rumah baru pegi rumah dia.Rumah kitorang dekat je.Apalagi amik gambar kat pelamin rumah saya dulu lah.



Rombongan saya memang ramai.Sedar tak sedar ramai pulak sedara-mara ikut.Sampai penuh khemah pengantin.Separuh kena lah makan kat khemah biasa.Sori ye.


Hahaha,pengantin yang tak ikut protokol.Tapi ni lepas bersanding.Kalau camni la gaya time saya bersanding memang kena reject dengan mak mertua.


Tarikh : 8 & 9 Mac 2008
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : Lepas bersanding
Majlis : Outdoor Photoshoot
Situasi : Bukan gambar dalam album kawin, tapi gambar candid.













Dah tak larat nak taip lagi.Kang saya loya kang.Just letak je gambar outdoor tu.
Itulah serba sedikit aktiviti saya waktu dua tahun lepas.Cepat masa berlalu kan.Sekarang ni nak tambah sorang lagi.Alhamdulillah. Dua tahun, dua anak.Akhirnya tercapai jugak saya nak buat enrty ni sempena Anniversary saya yang Ke-2.Walaupun dah terlewat saya masih lagi terkenang saat manis sambut anniversay bersama suami dan Khayra.
Oh ye,selang 2 hari lepas anniversary,iaitu pada 10 Mac hari tu Birthday saya yang ke 18+10.Heee.


OK. Saya Pregnant Lagi

Hmmm..macam mana nak cerita ek. Oklah, sebenarnya dah 3 minggu saya tahu berita ni.Ingat lagi tak entry saya pasal semuanya sakit? Lepas saya kena nebulizer tu,then balik rumah dan makan ubat. Tak semena-mena semua makanan yang saya makan keluar balik. Muntah.

Kat rumah,memang dah standby pregnancy test kit.Ala saje-saje beli.Masa saya beli tu gatal-gatal nak tengok camne rupa 2 line tu.Hahaha.Rasanya saya beli pregnancy test tu dah lama.Lepas saya muntah, husband kata "Ha,tu mesti pregnant tu". Saya kata iye lah.Tu muntah sebab makan ubat athma. Teringat kit tu, saja la try. Konon nak buktikan kat husband yang dia silap.Tup,tup lepas urine test...Ooops. Alamak! 2 line la.Biau betul ni. Panggil hubby, "Abang, cuba abang tengok betul-betul ni.Macam tak caya je".Sambil muka saya macam nak gelak pun ada.Husband tengok,dia pun gelak. "Tahniah la yang" sambil cium pipi saya. Haa! Saya pregnant lagi..

Saya terperanjat bukannya apa kawan-kawan. Saya memang merancang. Kalau boleh saya dah dapat keja elok-elok dulu baru nak dapat next baby.Sekarang ni keja pun tak berapa betul. Lagipun segala protection kitorang pakai.Hehehe.Tapi,Allah dah bagi rezeki ni.Akhirnya saya redha.Esoknya, husband dan Khayra demam. Memang macam tu la husband saya dulu time dapat tahu saya pregnantkan Khayra.Mesti demam. Khayra pulak agaknya demam terkejut nak jadi kakak kot.Heee.


Inilah rupa 2 line tu. Saya test 2 Februari 2010 hari tu. Bermakna dah 3 minggu saya simpan rahsia ni dengan kawan-kawan. Jangan marah ar.

Entry saya pasal saya belikan jeruk untuk Kak Lijah yang tengah pregnant tu, rupanya masa tu perut saya dah ada "isi". Cuma saya je tak tahu. Sebabnya saya tak takde apa-apa alahan. Alhamdulillah. Cuma lepas dah tahu pregnant barulah tanda-tanda orang pregnant keluar. Loya lah, pening lah. Nasib baik loya-loya waktu malam je time kat rumah. Kat tempat keja langsung orang tak perasan saya pregnant.

Lepas saya buat check up kat doktor panel,barulah saya bagitau kat rakan-rakan sekerja [apa ke skema sangat ayat tu 'rakan-rakan sekerja']. Kak Lijah la orang paling seronok. Sebabnya dia dah ada geng. Saya pegi check up lepas 2 minggu saya tahu. Sebabnya doktor panel tu seminggu takde.Saya sanggup tunggu. Agaknya dah 2nd baby ni excited dia lain sikit.Kesian baby saya ek.Alhamdulillah sekarang saya dah 10 weeks. EDD saya insyallah 20 September 2010. Time raya tuu.Sama bulan dengan Kak Lijah nanti.

Kak Lia, saya dah join club akak.Tak pasal-pasal menjangkit. Hehe. Mula-mula Kak Lijah, pastu Kak Lia,sekarang terkena kat saya pulak. Rezeki. Sekarang ni mood saya berubah-ubah. Tapi alhamdulillah, alahan saya tak teruk. Sama macam pregnantkan Khayra dulu. Kalau ada kesempatan saya akan update perkembangan baby dalam perut ni. Hari tu dah scan, baby aktif. Teruja saya tengok. Tapi slip scan tu doktor pegang dulu. Next check up baru dia bagi sebab nak siapkan saya punya report card.

Pinjam dialog Kak Lia, JOM KAWAN-KAWAN, MEH JOIN THE CLUB!

Update Kesihatan Khayra

Alhamdulillah,semalam dan hari ni baru demam Khayra pulih sepenuhnya. Kalau tak mesti demam kejap-kejap.Kalau tak demam malam ,siang mesti suhu badan Khayra naik.Naik runsing mama dan papa.Klinik dah berapa kali pegi.

Weekend hari tu memang keja melayan Khayra je la.Kesian dia.Badan panas. Kena lumur dengan air asam jawa sampai rambut Khayra dah keras. Ye lah, asik dok basah pastu kering balik.Lepas baik dari demam, Khayra kena batuk pulak.Ubat dah makan still berkokol lagi.

Sekarang ni mood saya nak berblogging pun sedikit terganggu.Kat rumah kena layan Khayra yang mintak perhatian lebih sikit time tak berapa sihat ni.Kat tempat kerja pulak kena pulun balik keja-keja time saya cuti jaga Khayra hari tu.So quality time dengan kawan-kawan blogger semua sedikit terganggu.Cewah!



Masa ni suhu badan Khayra tinggi.Tengah demam la ni.Saya bukak kan dia baju.Biar haba keluar.Waktu ni masa mula-mula Khayra demam.Masih aktif lagi.





Masa ni Khayra betul-betul tak bermaya.Melekap je dengan papa dia.Kejap-kejap kitorang lumurkan kepala dia dengan air sejuk atau air asam jawa.Kesian saya tengok.Masa ni dia terbaring je,cuma mata je pandang saya kalau saya panggil dia.Nak angkat kepala pun tak larat.Sayang anak mama..



p/s: Saya pun tak berapa sihat sangat sekarang ni...

Semuanya Sakit

Hari ini dan semalam (Rabu & Khamis), saya berada dirumah. Tak bekerja. Mintak maaf kat kawan-kawan saya tak sempat nak jengah blog kawan-kawan semua. Ini tuntutan menjaga si kecil saya yang demam hari ni.Semalam saya jaga bapaknya yang demam.

Oklah,sebenarnya semua orang dalam rumah ni sakit. Mula-mula, saya la yang punca bawa virus. Lepas balik bercuti dikampung, saya diserang dengan dasyatnya virus selsema dan batuk. [yang ko tak sedar diri minum air batu bergelen-gelen macam orang mengidam tu buat hape?] Virus tu membawa saya kepada penyakit athma saya. Selasa malam, saya pergi klinik untuk amik nebulizer a.k.a sedut gas.Alhamdulillah, saya beransur baik.

Pukul 4 pagi, tengah masing-masing syok tidur, Khayra menangis. Saya tengok dia tak nak gerakkan tangan kiri dia. Kalau gerak,dia akan menangis. Saya dan suami sepakat nak bawak Khayra pegi klinik.Kat klinik 24 jam tu, doktor terus refer ke HKL. Takut tangan Khayra terkehel ke apa.

Dalam mamai-mamai tu, kitorg terus pegi emergency HKL. Risau gak kalau-kalau tangan Khayra patah. Dah siap X-ray [siap x-ray tau,mau tak risau saya] alhamdulillah tangan Khayra tak patah. Doktor cakap mungkin Khayra kena muscle pain.Pukul 6.30 pagi baru kitorang sampai rumah balik. Papa sempat tapau roti canai.

Hari Selasa semua ada kat rumah. Papa Khayra tiba-tiba pulak demam. Alahai. Kesian dia. Khayra dengan tangan tak berapa ok,ditambah pulak papa yang kesejukan dan lemah tak boleh bangun sebab demam.Saya nak bawak pegi klinik dia tak nak.Sebab tak larat nak bangun. Nasib baik saya dapat ubat antibiotik dan demam masa cek athma hari tu.Boleh papa Khayra makan. Berbekalkan ubat tu, papa Khayra tidur je la hari Selasa hari tu.

Tangan Khayra saya tengok beransur baik. Dia dah boleh gerakkan siku. Lepas saya urut sikit-sikit dengan sapu ubat otot yang doktor klinik 24 jam tu bagi,Khayra dah boleh gerakkan jari.Lama-lama Alhamdulillah, tangan Khayra pulih sepenuhnya. Saya dan suami pun tak berapa pasti Khayra sakit apa. Saya dah telefon taska untuk kepastian.Mana tau Khayra terjatuh ke.Tapi pengasuhnya cakap takde.

Lepas semuanya sembuh [papa Khayra terus baik demam lepas bangun tidur yang lama hari Selasa hari tu], hari ni (Khamis) dah bercadang nak kerja balik. Pukul 1.30 pagi satu badan Khayra pulak yang panas.Kelam-kabut saya amik air asam jawa lumur kepala dan badan Khayra. Tengok suhu dah cecah 40 darjah celcius.Takut woo.Bagi makan ubat demam,then pagi tadi kepala Khayra still panas lagi.Cuma tak sepanas malam tadi.

Papa Khayra pegi kerja, saya la yang tinggal menjaga si kecik saya tu.Sekarang dia tengah tidur. Saya tak bawa dia pegi klinik sebab suhu badan Khayra dah turun. Lagipun ubat demam dia ada lagi. Papa Khayra amik leave 2 jam tadi balik rumah jengah anak kesayangan dia. Lepas tu Khayra makin sembuh.Alhamdulillah.

Doakan kesihatan Khayra baik ye kawan-kawan. Oh ye, saya ada berita terkejut nak bagitau ni.Tapi tunggulah dulu.Insyallah hari Isnin nanti saya bagitau.

Cuti Balik Melaka

Salam semua. Semalam Hari Wilayah. Semalam jugak saya baru balik dari kampung setelah 3 hari bercuti di sana. Agenda balik kampung tak banyak. Hanya mengahadiri kenduri kawin anak buah saya. Ya, saya ada anak buah. Iaitu anak sepupu saya. Malangnya sepupu saya tu meninggal dunia sebelum melihat anak daranya itu berkahwin. Sehari sebelum Ayu nikah, genap 100 hari pemergian ibunya itu.


Khayra yang tak sporting amik gambar kat pelamin. Tengok muka mak saya pun dah cuak bila Khayra menjerit.Dulu masa saya kecik-kecik cukup teruja tengok pelamin.Mesti kerusi pelamin tu saya rasmikan dulu sebelum mak andam nampak.Haha.





Abis tu duduk dengan papa, Khayra boleh main pijak-pijak kaki papa.Biarlah daripada dia dok menjerit,biarlah kaki papa jadi mainan untuk dipijak.Esok dah besar jangan kepala papa pulak yang dipijak.Berdosa besar tau.





My sister. Saya adalah adik. Itu kakak saya. Bukan.bukan. Sebenarnya saya adalah kakak. Itu adik saya.Masih bujang lagi. Tengah tunggu teruna pojaan meminang.Sesiapa ada calon yang nak direkemen boleh contact saya ok. [lepas ni mesti adik saya mengamuk lepas baca.hahaha]





Nyorok sikit. Kang orang nampak. Khayra syok melayan.





"Ok.Ok. Jalan dulu.Jumpa lagi ye". Khayra kemain melambai.Sebenarnya tu aksi Khayra tengah menari kebudayaan.Lemah gemalai tangan dia ikut alunan kompang.Sebenarnya bukan tangan je, badan-badan sekali ikut bergoyang.Ewah.Ewah!





"Selamat Pengantin Baru Ayu. Mak Ana doakan semoga Ayu berbahagia dengan suami hingga hujung nyawa." Ayu dan suaminya Tamimi. Melaka vs Terengganu.Itulah dia jodoh. Rupanya suami Ayu dilahirkan kembar. Lepas ni ada peluang lah saya dapat cucu kembarkan.Hehe.




Nenek dan Khayra.Hari Isnin sebelum balik KL, singgah ofis mak saya. Melaka tak cuti. Sebelum tu saya tinggal rumah mertua.Rumah dekat-dekat je.Selang-seli.Lepas tidur semalam rumah mak saya,pastu tidur semalam rumah mertua pulak.Adil dan saksama.Hoho.Oh ye. Bulan Mei nanti mak saya bersara wajib. Boleh lah mak rehat-rehat kat rumah.Syoknya.






Sampai rumah, Khayra terkam boyfirend dia dulu. Tu tengah berceritalah pasal 3 hari dok Kampung.Siap feeling ambik angin kat balkoni sambil berbual dengan Encik Pooh.Nanti ada cuti panjang lagi kita balik kampung lagi ok.



Minum Petang Bersama Khayra & Friends



Mari minum petang bersama Khayra. Minum air masak je. Jaga kulitlah katakan.




Saya ditemani oleh 2nd boyfriend saya. Barulah syok minum air.





Uuuu. Tiba-tiba ramai pulak kawan-kawan saya datang. Jemput. Jemput. Bukan jemput-jemput ye





Kenape halang saya minum air Abang Mickey. Oh! Lupa pulak Abang Mickey lom ada air lagi.Sorry..





Hehehe. Encik Pooh tergolek pulak. Berlakon kehausan la tu.Kelakar. Kelakar.





Tengok, saya dah tersedak minum air. Ini angkara Encik Pooh la ni.




Muahaha.Muahaha.Pssstt : Sebenarnya saya cover malu je tu. Tersedak tak hingat tadi. Terpaksa ketawa. Sambung balik, Muahaha.




Alamak, air tumpah la. Abis la saya nak menjawab dengan mama nanti. Jap. Jap. Bagi saya main air ni dulu. Best la tepuk-tepuk air kat lantai ni.





Muka cuak. Mama saya dah bising tu. Seluar saya dah basah kena air. Mana saya nak sembunyi ni. Kawan-kawan saya semua tak boleh harap, diorang yang bagitau kat mama saya tadi.





Mari kita gunakan "Kuasa Anak Kesayangan Papa". Hehehe. Baik saya lepak dengan papa saya, mesti mama saya tak boleh marah. Hohoho. Seluar saya mama dah buka. Sebab basah kena air tadi. Empuknya badan papa saya ni.Syok lah. Esok kita minum petang sama-sama lagi ye kawan-kawan. Saya belanja air masak lagi. (^_^)




Mimpi Apa Malam Tadi Khayra?

Tiap-tiap hari, alarm henset saya akan berbunyi pukul 5.30 pagi. Waktu itulah untuk saya gosok baju saya dan suami serta kemaskan barang-barang Khayra untuk ke taska. Kalau ada baju yang belum dilipat, saya lipat. Kadang-kadang saya sidai baju waktu subuh. Baju-baju kotor saya dah siap-siap suruh mesin basuhkan waktu malam. Bangun pagi untuk sidai je.

Dulu masa sebelum ada Khayra, selalunya saya setelkan baju-baju untuk digosok atau kerja-kerja rumah yang lain waktu malam. So, bangun pagi pukul 6.30 untuk mandi ,solat dan bersiap ke tempat kerja.

Sekarang rutin dah lain. Malam-malam tak sempat lagi nak gosok baju.Kena layan Khayra. Lagipun kalau Khayra ada, mesti dia kacau saya gosok baju. Bahaya. Kecuali kalau Khayra tidur dulu, bolehlah saya setelkan kerja-kerja then boleh tidur dengan senang hati dan esoknya boleh bangun lambat sikit.

Masalahnya sekarang kalau saya menyusukan Khayra secara berbaring, memang saya sesama akan tertidur jugak. Kadang-kadang saya yang terlelap dulu. Buruk betul. Motif menyusukan secara baring sebab nak suruh Khayra tidur, lagipun terus baring kat katil sambil lampu dipadamkan. So kawan-kawan, apa yang anda bayangkan kalau dah keadaan macam tu. Haaruus saya pun terlena. Hahaha.Kadang-kadang je saya terbangun balik,tapi selalunya terlajak sampai pagi lah.

Pagi tadi, rutin bangun pagi macam biasa. Baru saya nak on iron kat luar bilik, tiba-tiba terdengar seseorang berjalan. Mesti papa Khayra dah bangun ni. Rupa-rupanya Khayra yang muncul kat pintu sambil cari saya.Dia turun katil senyap-senyap, padahal papa tidur lagi kat katil tu. Masa tu baru pukul 5.45 pagi. Alahai anak mama dah bangun. Saya tinggalkan semua kerja-kerja, dukung Khayra masuk bilik. Saya menyusukan dengan harapan Khayra tidur balik. Tapi harapan tinggal harapan. Mata Khayra buntang. Dah dia ikut saya keluar.



Tengoklah budak yang dah bangun ni. Tergendala kerja-kerja mama dia.Kat dalam tu papa tengah tidur dengan lena.





Ala comot muka anak mama baru bangun tidur ni. Khayra tak sabar nak pegi taska ke?





Boleh pulak bersiar-siar dalam rumah awal-awal pagi ni. Melawat kawasan ke Khayra. Sila perhatikan apa yang tergantung kat belakang pintu tu?





Inilah hasilnya masa nak hantar Khayra kat taska pagi tadi. Tidur. Tu la sape suruh bangun awal. Kan dah mengantuk. Taska Khayra kat tingkat 2.



Apa la yang Khayra mimpi pagi tadi sampai bangun awal. Nak kata tidur awal, tak jugak. Saya dan papa Khayra terpaksa buat-buat tidur supaya Khayra pun tidur jugak. Tapi Khayra main sorang-sorang kat atas katil sambil diapit oleh mama dan papa dan menyanyi dan menyanyi. Pastu buat bunyi motorbot sampai la tertidur. Asalnya saya nak buat-buat tidur supaya Khayra pun tidur, terus saya betul-betul tidur. Takleh pakai betul. Hahaha.Apa yang tergantung kat belakang pintu tadi?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Bunting masa saya kawin dua tahun dulu. Dari kad kawin, banner dan bunting, semua papa Khayra yang designed. Jimat sikit.Hehe. Sekarang jadi hiasan belakang pintu je. Buat kenang-kenangan. Cuma Khayra tak berapa cam papa kat bunting tu sebab ada perubahan fizikal sikit. Muahaha.


Wahai Anak Ku Yang Jelita, Nak Jadi Macam Papa Ke?

Tuuu dia anak papa. Dah nampak dah bakat semulajadi iras-iras papa dia. Selama ni saya cukup jaga dinding dan alat-alat tulis jangan bagi Khayra conteng dinding. Tapi semalam kejadian telah berlaku buat pertama kalinya.

Memang setiap kali balik rumah, kadang-kadang semua orang buat hal masing-masing sekejap. Ialah saya dengan busy kat dapur, papa busy dengan laptop dan Khayra busy dengan Mickey, Kiki dan Pooh. Tanpa saya sedari, Khayra telah buat mural kat dinding dengan bantuan pensil warna yang Khayra dapat masa masuk pertandingan mewarna time Hari Wargatua hari tu.Terer kan kecik-kecik dah masuk pertandingan mewarna. Dah syarat dia untuk umur 7 tahun ke bawah. Maknanya baby baru lahir pun boleh masukkan? Masa tu Khayra baru 11 bulan. So,nak dapat barang Staedtler punya pasal, saya pun daftarkanlah. Hahaha.

Ok.Ok. No more gelak-gelak.Memang la dulu papa Khayra buat mural dinding kat sekolah time form 5. Giler tamak buat sorang-sorang. Sekarang ni Khayra memang dah ikut jejak papa dia. Buat sorang-sorang gak. Senyap-senyap pulak tu. Menjerit saya bila papa Khayra dengan bangganya panggil saya kat dapur "Mama, tengoklah Khayra buat apa ni..cantikkan" sambil senyum simpul bangga dengan tindakan anaknya itu. Waaa! Saya terjerit. Akhirnya dinding rumahku meriah juga. Ingatkan saya boleh jaga sampai bila-bila.


Inilah hasil kerja tangan Khayra T_T




Lakonan semula. Gigih saya suruh Khayra pegang pensil kaler tu balik untuk amik gambar. Lepas dapat 2 snap, dengan pantas saya cabut balik pensil kaler tu. Kejam kan. Tapi kawan-kawan, masa tu jugak dengan sepantas kilat Khayra dah tambah lukisan dia dengan aksi tangan macam berus baju. Laju betul.Huhuhuhuhu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...