Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Lama tak hapdet blog

Sejak dua menjak ni,kebizian melanda la...tiap kali nak hapdet blog je,ada keja dok menanti suruh abiskan...kalau kat rumah,jangan harap la dapat layan blog...mesti ZZZzzzZZZ...

Pastu kat office ni diorang block chat. So,aku dah tak nampak sape yang hantar message kat shoutmix aku tu. Kalau guna internet kat rumah baru la nampak apa yang ada kt shoutmix. Kepada sesiapa yang ada tinggalkan message kat shoutmix sy tu,terima kasih ya. Nanti saya baca dan balas. Sebab laptop hubby dah takleh on.Huhu. Nanti pas laptop ok sy nak hapdet citer Khayra manyak2 ok.Hehe.

Ibu Datang Nak Jumpa Khayra

Semalam, Ibu Liana (Maklong Khayra a.k.a Kakak Papa a.k.a Kakak Ipar Mama) ada kursus sehari kat Mara. Ibu dari datang dari Melaka. Beriya2 Ibu nak jumpa Khayra kat taska time rehat nanti. Ala,pity Ibu, Khayra baru kejap tidur. Ibu nak jumpa gak Khayra. Rindu. Lagipun Khayra dah lama tak balik Melaka. Kalau balik pulak, Khayra mesti tak sihat. Kesian anak mama. Ibu lepaskan rindu dan geram.Hehe.



Ibu : Anak Ibu bangun lah..Ibu datang nak jumpa Khayra ni..

Ibu : Alahai..Semalam Ibu saje tak nak bagitau nak datang..Nak surprisekan Khayra..
Ibu : Takpe lah...nanti Khayra balik Melaka tau...kita main sama-sama dengan Kakak Alia dan Kak Hani...
Ibu : Lena anak Ibu tidur....Bye Khayra..Ibu nak balik Melaka ni...Jumpa lagi...




Sampai sudah pun Khayra tak bangun. Lena dia tidur. Ibu dah sampai Melaka dah pun. Lain kali kita jumpa lagi ye Bu :)

Hari Perjumpaan Pengasuh dan Ibu Bapa

Hari ni Taska Khayra ada buat perjumpaan dengan pengasuh dan ibu bapa. Untuk kelas Khayra, perjumpaan dibuat hari ni lah (Khamis,16 Julai 2009). Yang kelas-kelas lain dah start awal dah. Aku ni 1st time mama,memang lah excited. Macam tak percaya aku dah ada baby,pastu nak kena sain rekod perkembangan baby. Baru hari tu aku terkinja-kinja jadik anak dara. Sekarang dah jadi mak. Fuh!Memang tak sangka. Kejap ek masa berlalu.
Tadi aku tunggu Mr.Papa,ktorg pegi sama-sama.Untuk perjumpaan ni, Ibu Rehan (pengasuh Khayra) akan terangkanlah perkembangan Khayra sepanjang dia jaga. Apa yang dia nampak, apa yang Khayra dah boleh buat, apa masalah Khayra, apa kesukaan dia dan apa sajalah. Semua tu Ibu Rehan akan catat dalam Buku Rekod Perkembangan Bayi. Rekod tu sama gak kalau baby check up kt klinik kerajaan.
Kat rumah,aku memang ada catat apa saje perkembangan Khayra dalam buku rekod ktorang. Complete dengan tarikh,hari,masa dan tempat.Tapi kat buku rekod taska ni lagi detail la. Cuma takde tarikh je,lump sum ikut bulan. Begitu gak kalau yang tak puas hati ke,boleh luahkan. Tapi sepanjang Khayra dijaga oleh Ibu Rehan, aku puas hati je. Khayra pun manja dengan Ibu An dia tu. Ala masalah-masalah kecik tu,biasa lah.


Buku Rekod Perkembangan Bayi 2009

Khayra datang bawak sendiri buku rekod dia :)
Khayra pelik tengok papa ada. Selalunya mama je datang kat bilik tu. Mana taknya,ktorang buat perjumpaan kat bilik menyusu.
Sebelum balik,amik gambar dulu. My Happy Family.
Bergambar dengan Ibu Rehan. Terima kasih banyak-banyak ye kak.

Masa ni Khayra baru pas menyusu dengan mama. Lepas tu baru mama masuk keja balik. Papa dah balik dulu pegi keja.
So,sepanjang sesi perjumpaan tu, Khayra boleh dapat kategori cemerlang la. ala,bila lagi nak up anak sendiri Cuma time dia tak sihat je,banyak ragam dia. Asik nak berdukung je. Kalau Ibu An takde,mau dia nangis beriya. Nama pun baby kan. Adat la tu. Sekarang ni Alhadulillah,Khayra dah sihat balik dan aktif semacam je. Tak sabar nak tunggu Khayra boleh berjalan. Hohoho.

Happy Birthday Mak Ngah!

Hari ni 15 Julai 2009
~To Mak Ngah~


Khayra, Mama & Papa nak ucapkan :



Hepi Beday yg ke 25 mama kata Mak Ngah dah tua
Moga diberi kesihatan yang baik
Moga Mak Ngah dapat habiskan Master dengan cemerlang sem ni
Moga jadi lecturer yang disayangi
Khayra nak pakcik Fariz cepat-cepat masuk meminang Mak Ngah..oops!

Barang Yang Ditunggu-tunggu Baru Sampai

Hari Isnin hari tu aku ada buat pembelian secara online (dah popular dah shoping macam ni). Insyallah barang tu sampai hari Rabu by pos laju (coz aku buat payment dah petang,so diorang pos hari Selasa).
Hari Rabu, tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai lagi. Tanya kat khidmat pengurusan (aku bagi alamat opis),diorang cakap takde barang sampai. Pos laju untuk bos ada la. Mana pulak ni. Takpe,aku tunggu lagi.
Khamis,aku tunggu lagi. Asik tanya kat jaga kaunter. Diorang pun naik boring tengok muka haku.haha.Untuk kepastian, aku call opis tu. Laa,belum pos rupanya. Barang tu takde dalam stok. Hari Isnin depan baru diorang pos. Takpe la,aku pun tak urgent nak guna.

Tapi atas inisiatif, diorang cari gak barang tu untuk pos kat aku hari tu gak. So,pagi tadi (Jumaat),guard yang selalu aku tanya tu tersengih-sengih bawak kotak untuk aku.Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kat Pn. Rita dan Suriani. Ini first barang aku dari MLO.So,ada sikit teruja dan lorat la.Apakah barang itu?




Ha,dah nampak dah barang tu?Itulah cooler bag aku (Moms Precious Cooler Bag Set).Nak simpan EBM. Selalunya kalau sampai rumah,mesti EBM aku dah start mencair.Apa taknya,aku balut botol susu tu tebal-tebal pakai kain lampin Khayra,pastu masuk dalam beg.Haha.Teruk kan. Pada sesapa yang dah ada cooler bag tu,korang memang bagus. aku nak bagus macam korang la aku beli benda ni ha.(apakah...?)

Khayra @ Taska

Si kecik aku ni makin lasak nampaknya. Ada je perkara yang boleh buat jantung aku kecut. Kadang-kadang jatuh lantai la,muka kena tembok la,macam-macam lagi. Aduhai,bukan salah orang lain,tapi salah sendiri. Baby tengah lasak macam ni la...
Khayra @ Taska
Apa yang Khayra buat tu?

Oh,nak ambik beg rupanya.
Cewah! Eksyen lepas tangan sebelah tu.
Ini lah beg Khayra yang kaler pink ni.

Inilah Ibu Rehan. Dia jaga Khayra kat Taska.

Mama nak pergi kerja ni. Khayra dok dengan Ibu An ok.Jangan nakal-nakal ye sayang.

Bye Khayra.Petang karang mama&papa ambik Khayra macam biasa.


Moga Khayra baik-baik saja hari ni. Pagi tadi badan dia dedah nak demam. Panas sikit. Tak sabar nak tunggu weekend,nak main-main dengan Khayra puas-puas :)

Entry Khas Buat Ibu ku Sayang

Entry ni khas untuk Ibu kesayangan aku iaitu Pn. Bena bt. Kudus. Sekarang ni mak aku tak busy sangat kat office dia. Semua orang terlibat dengan sukan jabatan. So,mesti mak tengah boring sekarang ni kan. Kalau camtu ,meh tengok gambar-gambar Khayra masa pegi Klang hari tu.


20 Jun 2009 - Sabtu


Masa ni Khayra bangun awal. Dah rutin dia bagun untuk pegi Taska. So,hari Sabtu&Ahad pun dia bantai bangun awal. Kesian la kat mama&papa ni sayang. Itu la masanya untuk ktorg bangun lambat.Huhu.Pagi ni Khayra nak pegi Klang rumah Pak Uda&Mak Uda. Nak jumpa atuk dan nenek..horay!


Jom mama siapkan Khayra. Kalau dah cantik baru lah boleh pegi jalan-jalan. Khayra dah excited nak pegi jalan.



Dari Gombak ke Klang. Khayra mula-mula excited,pastu dah start berlayar. Tu la, sape suruh bangun awal. Khayra tidur sampai rumah Pak Uda baru dia jaga.




Khayra dah sampai rumah Pak Uda pengantin baru kat Klang. Yea,yea! Atuk dengan nenek dah sampai dari Melaka. Diorang datang malam sebelum tu. Mak Ngah pun ada. Atuk amik Mak Ngah kat Cheras. Suka betul Khayra dapat manja-manja dengan semua orang.

Petang tu ktorg pegi rumah Kak Epah kt Klang. Tu anak buah atuk Khayra. Dapat la jumpa dengan Abang Adam. Abg adam tu tak lama lagi nak dapat adik gugurl. Bestnya.

Malam tu ktorg semua pegi Tanjung Harapan. Makan time! Atuk belanja makan ikan bakar. Nyum-nyum!

Masa jalan antara parking ke tempat makan, atuk yang dukung Khayra. Untuk mengelakkan benda-benda yang tak diingini "tegur" Khayra. Ye la,kiri-kanan pokok ru besar-besar. Seram pun ada. Atuk baca ayat-ayat sikit. Malam tu Khayra tidur lena. Alhamdulillah.

21 Jun 2009 - Ahad




Pagi Ahad, lepas sarapan, Ktorg pegi Pasar Pagi kat Seksyen 13, Shah Alam. Macam-macam ada. Impian nenek dah tertunai nak pegi sini dari mama belajar kat UiTM lagi. Best tak mak?..hehe...Gambar bawah tu, Khayra geram dengan Pak Uda sebab tak bagi lampu basikal yang ada kat tangan Pak Uda tu. Mak Ngah lagi sokong Khayra buat macam tu kat Pak Uda. Haha.

Masa untuk berkemas balik. Atuk dengan nenek nak balik Melaka. Mak Ngah atuk hantar balik Cheras. Khayra nak balik Gombak. Esok kena pegi Taska. Tak boleh tidur rumah Pak Uda lama-lama.
Masa untuk balik. Masa sampai rumah, hujan turun pulak. Khayra merenung dua hari yang terindah bersama Atuk, Nenek, Mak Ngah, Pak Uda&Mak Uda. Terima kasih semua. Insyallah,kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Khayra gembira sangat-sangat.

CC,tu saje lah catatan yang anakmu catit sepanjang 2 hari kat Klang hari tu. Mesti CC suka tengok gambar cucu CC tu kan. Hehe. Ok, la mak,harap mak tak sunyi dok office tu. Nanti Ana update cerita Khayra lagi tau. Salam sayang dari kami Ana, Erul & Khayra :)

Kemas Rumah! Kemas Rumah!

Rasanya dah lama aku tak kemas rumah.
Dua minggu lepas dok Klang,mak dan ayah datang.
Minggu lepas balik kampung. Balik dah malam.
So,sawang sana-sini. macam-macam alasan
Maka dengan itu, Jom kawan-kawan kita kemas rumah!

My EBM & Breastpump

3 minggu lepas,production susu aku sikit merudum. Susah hati aku masa tu. Setiap kali pump session hanya dapat 2-3 oz je. Pernah gak dapat 1oz. Sedih sangat. Kalau tension lagi lah susu tak mo kuar. Stok EBM kat dalam fridge makin hari makin habis. Ialah, selalunya kalau ambik sebotol, simpan sebotol. Tapi hari tu asik hambik je. Simpan takde. Huhu. Sudahnya, fridge aku empty.

Tapi aku syak mungkin aku ambik ubat herba untuk batuk. Lepas aku stop makan ubat tu, plus makan makanan yang berkhasiat such as fresh milk,sayur-sayur hijau dan amalkan minum air masak bergelen-gelen,begitu gak dengan niat nak bagi yang terbaik buat Khayra dan berdoa banyak-banyak kepada-Nya, Alhamdulillah production aku increase balik. Hooray!

Setakat ni aku gunakan manual breastpump brand Anakku. Alhamdulillah,hasilnya tidak mengecewakan. Walaupun harganya murah,tapi jasanya tidak ternilai. Sebelum tu aku guna manual breastpump Pureen je. Pureen tu pun banyak berjasa. Aku guna sampai Khayra 6 bulan. Pastu salah satu getah dia hilang,so terpaksalah beli baru.

Aku teringin gak guna breastpump yang mahal-mahal macam S3,PISA,Avent ISIS Uno ataupun yang canggih lagi Medela Freestyler. Insyallah,kalau ada rezeki nanti aku akan sambar gak. Itu semua untuk baby kesayanganku cik Khayra.


Inilah hasil tenusu ku...hehe..


Kosong lagi..
*
*
*
5 minit
*
*
*
*
10 minit
*
*
*
*
15 minit
*
*
*
*


Tadaaaa! Rezeki untuk Khayra : )
p/s:Thanks sangat-sangat pada Mr.Papa yang very supportive.Luv u sayang.

Happy Hour!

Tadi masa lunch hour, memang dah plan nak pegi Sogo.Keluar awal sket. Pegi susukan Khayra dulu, pastu masa untuk menerjah!..hehe..Aku memang dah aim dari hari tu nak beli bedsheet baru. Sebenarnya dah beli dah bedsheet hari tu, kt Sogo gak.

Tapi hari ni last day sale bedroom stuff kat ground floor Sogo tu, maka dengan hati yang gumbira, aku pun sama-sama dgn kakak-kakak yg lain membongkar segala macam bedsheet yg dh bersepah-sepah tu.
Kebetulan masa aku sampai, tengah "Happy Hour" sampai pukul 2. Waa,lagi seronok aku membeli dan belah. "Happy Hour" (HH) untuk bedsheet yg siap dengan comforter tu. Brand Novelle. Harga dari RM200++ jadi RM89.00. Mau tak kelabu mata aku hitam ku ini. Pastu free sebijik bantal. Sebelum tu kat tangan aku ni dah pegang bedsheet kalau dah tolak diskaun tinggal RM29.90. Ala, alang-alang tu, beli dua terus la. Hehe.

Lepas aku bayar, nampak la pillow brand Akemi. Sebijik harga dia RM10.00, Aku amik 3 terus. Tadi dah dapat free bantal, so cukup la 4 bantal aku borong hari ni. Masa aku nak balik, nampak kt tepi tu ada poster dapat Free Voucher RM10.00 kalau pembelian RM150.00 ke atas. Ceh,aku punya barang memang dah capai RM150.00 tapi dalam dua resit. Sengal la aku ni. Kalau tak,mesti dah dapat sploh hengget tu.
Peh mak, macam mana aku nak balik dengan tangan yang penuh barang ni. Barang-barang plak besar gabak. Aku kena pegang 3 plastik bag yang besar giant tu. Orang lain pun sama. Tapi diorang datang berteman. Aku lak sorang. Aku dengan muka selamba je,mengusung le barang-barang bagai ni.
Nasib baik bawak kereta. Aku humban semua dalam bonet. Tak muat pulak. Ye la,stroller Khayra memang sentiasa dalam bonet. So, dua bijik bantal lagi dok kat seat depan. Setel. Aku berlenggang masuk ofis macam takde apa yang berlaku.

Inilah hasil yang aku dapat kt Sogo. Huhu. Tengoklah plastik yg besar gabak tu. Bayangkanlah aku bawak kiri kanan. Malu pun ada. Hehe

Gaun Hijau Khayra

Masa adik aku kawin hari tu guna green theme. Nenek Khayra awal-awal lagi dah belikan si kecik tu gaun untuk dipakai waktu kenduri nanti. Rasa-rasanya dua bulan sebelum kenduri dah beli tu. Excited ye nek. Cucu pertama la katakan. Hehe. (Mak aku memang baca blog ni). Tak pernah nak try kat badan Khayra. Bila pakai, gaun tu besar sket la. Ala-ala seksi gitu baby aku ni. Cantik gak. Ni antara gambar Khayra dengan gaun hijau pemberian Nek Ena. Terima kasih banyak ye nek!

Nampak bahu. Seksi la pulak.
Gaun + baby tight = Comel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...