Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

32 Tahun Dah...

TODAY 10 MARCH 2014...I AM 32 NOW!

ALHAMDULILLAH

Period Pain Dah Mula Merasuk

Untuk kali pertama selepas 11 bulan melahirkan...saya baru dapat period pain..adoiiii!!Tiap-tiap bulan takde pulak sakit, tapi start tahun baru dah mula buat perangai perut ni.Huwaaaa..rasa mcam sakit nak bersalin wooo...


Roti Krim Delicia Butterscotch

Tadi lepas balik taska, singgah kat 7-E.Tekak nak makan roti je sekarang ni.Bila amik roti gardenia ternampak dia promo roti krim Butterscotch & Rose.Cepat je cari roti butterscotch kat rak bawah.Amik 2 bungkus untuk try rasa (nak try rasa je amik 2 bungkus..amende cerita tu).Roti rose tu tak nampak lagi bayang dia.Nanti lain kali boleh try.Lagipun anak-anak pun suka Roti Krim Delicia ni.
  
 Tu dia iklan kat roti

 
 Tu dia rotinya



 
Lunch untuk hari ini.Roti butterscotch 2 bungkus dah setel.Rasa dia,rasa butterscotch..hehe..Rasa dia sedap la.Roti potong dah tinggal suku.Saya memang suka makan dan kuat makan.Bai.

 


 

WordLess Wednesday - Berkumpul

Sandarkan pada kenangan...

 

Bila Ni?

Setiap hari, sampai ofis mesti bukak website ITU dulu.Kalau belum ada pape lagi, asik nak refresh la keja saya ni. Bila ni? Sabar.Sabar. Moga perkhabaran yang baik buat saya nanti.Insyallah.Amiin.

By the way, Imran dah start menyelar pastu angkat punggung nak merangkak genap 7 bulan haritu. Sekarang dah jauh merayau :)

Hangin Satu Badan

Bulan Puasa tahun lepas, saya pregnant 4 bulan.Masa ni tak citer dengan kawan-kawan lagi yang saya tengah membuyong.Ada sekali tu badan penuh dengan angin.Mintak sorang kakak cleaner picit-picitkan biar kuar angin (akak ni tukang urut).Lepas dah urut, dia bisik kat saya "Ko pregnant ke?"..alamak bocor rahsia..hehe..Tukang urut,mestilah dia tahuu..

Hari ni, dalam bulan puasa gak,badan berangin lagi.Asik sendawa je.Mintak kakak cleaner ni picit-picitkan lg...Sayup-sayup ada suara cakap, ntah-ntah ko pregnant lg tak?..Adakah saya membuyong lg?

Teet!!

Ya, saya mengandung.Perut mengandungi angin je ok..jangan nak speku..hahaha! Kakak tukang urut tu dah sahkan dah..pape pun tggulah Imran 2thn..Yang penting target 6!!! Heeee...














Tupperware : Sumbangan Bulan Ramadhan

Hari ni masuk 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.Rezeki bulan Ramadhan. Tadi ada penyampaian sumbangan sempena Ramadhan daripada Kelab Kebajikan dan Sukan ofis saya.Setiap orang dapat sorang satuu.

 Inilah dia..cap Tupperware uolls.

 Taraa..ada dua bekas dalam box tu.Pastu ada sepeket kurma dia bagi..sukee!



Mood Belom Marii


Salam Semua..

Lama tak menulis pakai keyboard ni.Hee.Tak tahu nak citer apa.Padahal banyak benau nak citer ni.Ofkos la pasal anak-anak-anak saya tu.Takpe, saya intro dulu.Mana tahu kang mencurah-curah idea datang.Tepek gambar Imran sedas.Nak semak surat-surat yang berlambak atas meja ni jap.Chow!

 Khair Imran @ 3 months old = 6.45kg

Jom Kita KERJA


 

Setelah 90 hari berdondang-sayang...
Inilah harinya...KERJA..

Walaupun saya ni title bercuti, tapi still pepagi anta anak-anak pergi taska...
Tiga-tiga beradik tu harus bangun pagi dan mandi..
Baby Imran pun tak terkecuali..

Malam tadi punyalah tak pat lelap..
Macam budak Darjah Satu first time masuk sekolah..haa macam tu la..
Nasib baik dah kemas barang-barang budak..

Pagi tadi hasben pegi keja, kita dok punggah barang masuk kereta..
Dengan tilam baby, 3 bagpack sorang satu, beg breastpump, beg telekung..semua dah dihumban dalam kereta kul 5 pagi tadi..

Pas semua dah mandi cuma bawak termos isi EBM je..
Selesai..

Tengah cari track balik T_T

Selamat Bersalin Anak Ketiga


Assalamualaikum..

Baby dah kuar. Hari ni dah 11 hari. Just short entry. Nanti saya story lagi.

Memperkenalkan...........
Khair Imran bin Khairul Nizam
25 Februari 2012
12.57 am
3.5kg & 50 cm


Kena Bersalin Awal 2-3 Hari

Semalam ada appointment kat Hospital Melaka. Follow up pasal Abruptio Placentae. Datang sorang-sorang sebab hasben ada kerja.Ni 2nd time appointment dengan O&G.1st time datang memang azab menunggu.Datang kul 10 am nombor naik kul 3 petang.Wadehel.

This time, taknak susahkan hasben.Just jadi peneman je.Biarlah saya je dok sorang-sorang tunggu.Ramai gak makyong yang datang sorang.Kes taknak dengar laki merungut la ni.Tapi laki ai memang nak teman, disebabkan ada kerja takpelah, Aiman tak kisah...

 
Lepas hantar anak-anak pergi taska, shoot ke Hospital Melaka.Sampai pukul 9.15, tapi dapat nombor kul 9.30.Agak-agak saya setel pukul berapa? Setelah berbaris panjang dengan segerombolan manusia yang kena buatan orang hanya untuk amik urine, berbaris lagi nak timbang & cek BP, pastu que up lagi tunggu nombor naik untuk jumpa pakar, keluar balik untuk tunggu di scan, pastu tunggu nama dipanggil untuk jumpa pakar balik akhirnya saya keluar dari Klinik O&G pukul 1.45 tgh.* Tepuk untuk diri sendirik, Makyong yang tabah...

Semalam dah dapat tarikh check in wad CDS. Dokor Ian cakap, disebabkan saya ada kes, saya tak boleh deliver masa EDD.Mesti 3-4 hari sebelum EDD.Kalau ikutkan EDD hospital, saya due on 26 Februari 2012.Tapi saya guna EDD kat internet 23 Feb.Biar awal.Hee.So, kalau saya still lom bersalin lagi, by 23rd Feb, saya kena daftar masuk ke CDS untuk induce.Doktor takut ada risiko uri lekang lagi.Tak macam Khair Amsyar dulu, dah terover due 5 hari. Siap datang menyerah diri, tapi doktor suruh tunggu 7 hari lagi.Kalau tak baru induce.

Moga saya dipermudahkan bersalin kali ketiga ni.Amiin...



Aiseh..False Alarm La Pulak..

Pukul 4.00 am macam biasa jam bunyik.Dah set workdays kena bangun kul 4 sebab laki ai nak pergi kerja.Tapi hari ni hasben cuti lagi sebab KL cuti.Orang Melaka kena pergi keja.Jangan malas-malas.Lepas terjaga sebab bunyik alarm (bukan alarm yang ni tajuk sebenar), perut memulas-mulas.

Perut dah keras.Pergi masuk toilet, rasa memang nak buang air besau.Tapi dok teran-teran tak jugak keluar.Macam sembelit pun ada.Alamak, dah nak beranak ke? Hari ni baru 37 weeks 5 days.Dah ranum ke baby nak kuar ni?Bila buang air besau tak jadi, masuk balik naik atas katil.Sakit kejap-kejap.Dak Khair Amsyar nak nyusu lagi.Ngiring bagi dia susu.

Kali kedua sakit perut, nak tak nak tolak jugak mulut dak Adik.Tak tahan nak pergi toilet.Dia nangis kejap je, pastu sambung tidur balik.Kat toilet termenung lagi.Aduhai.Sakit apa ni?Dah masuk 3 orang anak pun confuse sakit bersalin camne.Masuk bilik balik, hasben tanya "Barang baby dah siap ke Yang?" Alahai, suamiku sayang, abang pun tahu kita lom habis prepare lagi.Pampers newborn pun tak beli lagi.Kali ni saya bentang tilam tidur kat bawah.Senang nak mengeliat-liat kalau sakit.

Perut mengeras kadang-kadang.Mata dah ngantuk ni, tapi sakit kejap-kejap.Kali ketiga masuk tandas....akhirnya keluar jugak apa yang sepatutnya keluar..Rupanya memang nak buang air besau.Few! Lega mak. My 1st false alarm.Akibatnya, pagi tadi saya dan anak-anak pergi keja lambat.Sebab terlajak bangun.Nasib baik papa ada, boleh uruskan anak-anak mandi pastu pegi taska.

Haish...buat saspen je.Adik baby, tunggu la mama dah ready.Lagi dua minggu je.Hari tu Kakak kuar 39 weeks 2 days, Abang Amsyar pulak terlebih 40 weeks 5 days.So, adik baby rileks-rileks kat dalam perut mama ni dulu yer.Apa la mama ni, kalau baby dah nak kuar tu mana boleh tahan-tahan lagi.Hari ni ramai tegur muka saya dah sembab, mata dah sepet, hidung dah kembang.Petanda awal nak bersalin,haha.By this week mana tahu saya bersalin.Insyallah kalau ada pape tanda saya update k.Bye kawan-kawan.

4 Weeks To Go


Salam Khamis kawan-kawan.

Sangat teruja bila tengok kat babystrology kat belah kanan tu dah masuk 36 weeks.Kejap je masa berlalu.Ada kira-kira sebulan lagi baby nak kuar. Harap kali ni still ikut pintu, jangan lah ikut tingkap.Takut...Sebab terkenangkan masa 31 weeks hari tu baby hampir-hampir nak dikeluarkan ikut tingkap.Syukur Alhamdulillah, baby masih lagi dalam keadaan baik dalam belly mama ni.

Bila kandungan makin sarat ni, time tu lah tekak ni makin ngengada memilih makan. Ni ha, pasal makan segala mak nenek vitamin yang KK bagi. Dulu, dua orang anak, takdelah tekak ni loya bila makan iron, acid folic & B complex.Sekarang ni dah 8 bulan baru tekak takleh terima. Makan je vitamin-vitamin tu, tersembor balik ikut tekak. Mual ya rabbii.Tak tahu nak cakap camne. Pelik, sepanjang 7 bulan hari tu ok je, dah masuk 8 bulan ni rejected habis.

Barulah saya merasa macam mana member-member yang tak boleh telan iron ni. Saya siap sound kat diorang, korang makan je, takde loya lah.Telan pastu tutup mata, habis citer.Senangkan.Itu duluuu, time makyong ni tak merasa lagi camne loya makan iron tu.Skang kena batang hidung sendirik.Merangkak cari toilet bowl sebab tak tertahan nak meluekkan balik apa yang ditelan.Sadis sungguh...

Persiapan baby..emmm, masih tak bersiap lagi.Dari hari tu nak selongkar balik baju-baju kakak and abang yang elok lagi.Tak menyempat nak hadap almari tu.Nama je cuti panjang, tapi takde mood nak kemas. Huhu. Barut pun banyak.Blanket pun berhelai-helai dalam almari.Tilam baby dah ada (pilih je nak yang pink ke blue - lengkap). Tinggal nak cari yang baru mungkin mitten&booties kena tambah sikit, toiletries, baju&seluar, and mama punya set bersalin.

Sekarang ni masalahnya, baby ni boy or girl? Orang kata kalau dah nampak testis, sah lah baby boy.Tapi bila scan yang ke-2 kat doktor lain, dia cakap "Saya tak nampak pun tanda-tanda boy.Flat je.."Adoiyai..Oklah, saya decided untuk baby ke-3 ni kita buat surprise.Tawakal je baby apa yang keluar, asalkan baby cukup sifat dan sihat tubuh badan.Amiin.

My EDD is 23 February 2012.Insyallah..
 

Cara Ekstrem Untuk Kurus. Amaran! Sangat Berisiko.

Waktu zaman UiTM dulu, saya pernah berdiet sampai turun 5kg dalam tempoh sebulan. Waktu tu cuti sem 3 bulan. Puncanya, sebab kawan saya suruh saya jadi pengapit dia. Kenapa haku yang over sampai nak berdiet? Lorat kan.

Kalau dok rumah, kerjanya tidur je la. Sanggup tahan lapar semata-mata nak kurus. Kalau lapar, tidur. Makan lauk je. Nasi tak makan. Pastu buat aerobik sorang-sorang. Memang berkesan habis. Sampai naik cuti sem member-member terkejut sebab badan dah macam badan budak Form 3. Ada ka patut?

Sumber: Kosmo


XIAMEN – Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam. Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu. – Agensi

Sanggupkah anda? Eeeiiiiiwww, saya tak sanggup!!

Mengeluh Bila Baca Harian Metro Hari Ni

Bila baca paper Harian Metro hari ni, yang keluar kat mulut saya, hanya keluhan kesal...

Takut bila baca berita-berita yang memualkan.

Remaja buat projek dalm bilik salin kat shoping complex, Teman lelaki paksa tonton video lucah, Mayat bayi dalam longkang, Kanak-kanak mati didera teman lelaki ibu, Gadis dikurung dan dirogol, Tarian separuh bogel...dan banyak lagi cerita yang menggerunkan hati saya sebagai seorang ibu. Setiap cerita tu dapat saya ingat masa taip entry ni.

Haaihhh...terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam kehidupan ni. Macam mana lah bila Khayra dan Khair dah remaja nanti. Sangat takut bila terfikir yang bukan-bukan ni. Cabaran juga bila cerita anak-anak yang bersekolah agama pun terjebak dengan gejala sosial.Walau diberi didikan agama, tapi bila dah terpengaruh dengan rakan sebaya, segala didikan itu dicampak ketepi. Dalam hal ni, ibu-bapa sangat memainkan peranan dalam memilih rakan anak-anak. Tapi macam mana kalau anak-anak tinggal asrama atau menuntut di universiti yang jauh dari ibu bapa?

Ya Allah, semoga dijauhkan segala permasalahan ini. Semoga anak-anak ku membesar sebagai anak yang soleh&solehah, turut perintah agama dan ibu bapa. Amiin.

p/s : Geram jugak bila baca wartawan & jurugambar Malaysia diberi layanan buruk sepanjang Sea Game di Jakarta. Paling meluat bila rakyat diorang tak hormat Lagu Negaraku sambil memaki-hamun Malaysia. Bertemadun ke macam tu? Bila kata diorang mundur, marah. Tapi pemikiran tu tetap mundur bila bersifat membenci Malaysia membabi buta.

Mari Kita Bersidang

Agenda pagi tadi pergi Dewan. Kena wakil Datuk Boss yang kena pergi Beijing hari ni. Setakat ni dah 3 persidangan saya pergi. Datuk Boss nak setiap staff dia merasa pengalaman pergi Dewan yang kadang-kadang ada orang gaduh, memaki, dan membo*ek. Hahaha. Selama 4 hari bersidang, hari ni hari terakhir. Saya wakil pada hari terakhir, staff yang lain dah wakil Datuk Boss start hari ke-2.

Bagus gak kalau selalu ada gaduh-gaduh ni. Takdelah buusan sangat. Ada orang sebelah tu sampai berdengkur tertidur. Sebab YB yang bercakap tu macam cakap dalam kelambu, makin perlahan suara dia.Saya pun kadang-kadang menjangkit gak..ZZzzZZ...

 Suasana Dewan, masa ni tengah tea break. Pastu sambung balik.Dalam Dewan ni kedap phoneline. Memang takleh sape-sape call atau sms. Tapi wi-fi buleh fulaak.

W.A.K.I.L sajerr

Hari ni Dewan habis bersidang pukul 2.00 pm tadi. So sesi petang dah takde. So, far persiangan ketiga untuk penggal ke-4 ni tak sehangat persidangan ke-2. Semuanya ok.Sidang ke-2 dulu,ada YB kena gantung kehadiran satu penggal. Pastu masuk TV. Kebetulan time tu saya kena wakil. Live tengok orang gaduh-gaduh ni.Macam budak sekolah gaduh.

Masa first time kena wakil Datuk Boss tahun lepas, punya la jakun. Sampai saya ter video kan orang bergaduh. Dalam dewan tu mana boleh amik gambar. No camera allowed. Kecuali stesen TV je.Pembantu dewan datang kat saya, kat situ jugak saya kena deletekan video tu. Hampas.Nasib baik orang tak perasan saya kena tegur.Malu gak.Huahuahua.

Setiap perkara itu pengalaman...

Bila Water Dispenser Mechine K.O

Bila minuman harian kena bercatu, so faham-faham sendiri la kena cari alternatif lain. Susah jugak bila mesin tu rosak. Satu balang RO Water boleh melimpah begitu je. Habis karpet ofis bau masyem. Kalau nak amik air panas, kena tuang sikit-sikit pastu tunggu dia boiled kejap. Baru boleh minum. Tu kalau sorang, abis tu kalau 14 orang tak ke sangap jadinya.

Dah report kat supplier. Hari ni janji nak datang. Akan ku tungguuu uuu... 

 Buat masa sekarang kita bawak bekal 2L air masak dari rumah ok.

Botol air 1.5L jadi bekas top up bila amik air kat mesin tu. Sekali amik kemain banyak. Patut la balang air tu cepat abis...

Salam Jumaat kawan-kawan. Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Aidil Adha. Yang pulang ke kampung berhati-hati ok.

p/s : Hari ni hasben dah beli tiket bas siap-siap. Takut tiket habis orang balik kampung. Yang penting hasben saya hari-hari balik kampung.Hehehe.

Saya, Aaron Aziz dan Semut


Ekceli "saya" kat tajuk tu hanya tempelan semata.Takde kena-mengena dengan hidup Aaron Aziz pun T_T .Sebelum fenomena Nora Elena lagi saya memang minat habis dengan Aaron Aziz.Muka dia sweet je..Hasben pun tahu.Boley pulak kalau ada Aaron Aziz kat tv hasben panggil saya.Ala dia tahu minat saya tak kemana pun.Perah santan je lebih.Hahaha.

Kat Berita Harian hari ni, statement membuatkan saya tergelak sendiri..allololo comeynya..hahaha

Di rumah Aaron sering melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak. Aktiviti dilakukan ada kalanya pelik seperti mencari semut dan kemudian memberi makan kepada binatang itu, tetapi ternyata aktiviti berkenaan amat digemari oleh anak-anaknya.

Alahai cari semut pun bole.Sweetnyer!! (orang kalau dah minat, bukan cari semut je cari  ulat gonggok pun dikatanya suwit.muahahaha). Boleh baca artikel penuh kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...