Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Dialog 3 Beranak

Babak I

Pada suatu malam. Ada 3 orang yang terdiri daripada Encik Papa, Puan Mama dan Cik Khayra tengah sedap baring atas katil sambil berbual-bual.

Papa : Hari ni Khayra belum kiss baby lagi kan? Kiss adik ok.

Mama : Ha'a lah, meh sayang..kiss baby ni.. saaayaang adik.. (sambil mama usap perut)

Dengan pantas Cik Khayra pegi cium perut papa. Adakah perut papa dah sama besar dengan perut mama membuatkan Cik Khayra keliru ???


Babak II

Setelah babak I berakhir, 3 orang beranak tadi terus pejam mata kerana tidur. Tiba-tiba, Cik Khayra berbunyi sambil merengek-rengek :

Cik Khayra : Papa, papa, nak tusu... (mata masih terpejam lagi, tapi badan dah mengiring ke dada papa)

Papa : Emm..Khayra nak susu?...silap orang la, papa mana ada susu...

Dengan pantas juga Puan Mama tarik badan Cik Khayra terus lekap ke dada beliau.


Sekian.





Gambar terbaru Cik Khayra yang kuat melaram :)
8 Responses
  1. myQza Says:

    ha ha ha ha

    khayra ni kelakarlah!


  2. hahahaa..sabar je la...mmg slalu baby/toddler conpius ngan tummy mama & ayah yg dekat2 sama besar ni..hihihi


  3. Rizziela Says:

    Agaknya badan papa dah jd macam mama ker?


  4. samalah Rikazz..abah dia suka tido tak pakai baju.Malam2 naz dengar dia mcm mrh2.Naz raba raba dia xda.Sekali tgok kat nenen abah tengah menyusu sambil mrh2.Susu xda.Yang abah tak sedar dunia.Abah dinodai


  5. Srikandi Says:

    hehehehe...lawak la khayra..

    lame x singgah sini..amacam tmpt baru?


  6. papaKhayra Says:

    mana ada sama...nak check ke??? perut mama yg x membesar lg...saje buat kecoh...ni yg nak kena amik gambar x pakai baju ni...


  7. kelako la khayra ni,...ada2 aje peel nyer ek


  8. Naff Says:

    ha ha ha ha..menghiburkan hati..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...