Kakak Dah Join Taska Permata
Tak faham betul la. Kejap tak boleh upload..kejap boleh pulak. Memang kawan-kawan selalu kena macam ni ke? Haritu masa tengah berkobar-kobar nak buat entry meletops, gambar tak boley upload sebab dah overload. Pastu kena upgrade storage kalau nak upload gambar.
Terus mood ke laut nak buat entry baru.Sekarang boley pulak tanpa sebarang kompromi.Takpelah labu, kang jap lagi dia mintak upgrade storage a.k.a berbayar tu baik kita layan dulu entry terperap.Hee.
Sejak bulan Mei 2012, Khayra dah masuk Taska Permata di bawah Kementerian Perpaduan. Alhamdulillah macam-macam aktiviti yang best-best Kakak dapat.So, tiap pagi mama kena hantar Amsyar & Baby Imran pergi Taska kat Seri Negeri pastu barulah hantar Kakak kat Taska Permata di MITC.
Antara peraturan Taskan Permata ni adalah ada aktiviti untuk parents.Kitorang (parents) kena take apart di Taska dan wajib adakan aktiviti dengan anak-anak permata selama 4 jam setiap bulan.Contoh aktivitinya macam ajar buat sandwish ke, story telling ke, pape je lah.Tak kisah lah sejam ke, 2 jam ke yang penting total up mesti genap 4 jam setiap bulan.
Bulan Jun haritu parents dapat task untuk ceriakan taska. Mama dapat task menghias ruang tonton.Blank mula-mula.Tak dapat nak tangkap camne nak hias ruang tonton.Teacher bagi masa sebulan. Lagi 2 minggu nak submit barulah dapat idea.Itupun berapa kali tanya Teacher camne nak buat.
Akhirnya saya buat macam sign board poster je. Print alphabet bagi cantik-cantik.Pastu cari kartun Boboiboy, Upin&Ipin dan Spongebob.Itupun jenuh nak memikir camne nak design.akhirnya terpaksa bawak pegi ofis, tanya anak-anak dara kat ofis yang banyak idea tu.Hee.
Ini rupanya bila dah siap gantung kat dinding. Elok je bawah TV.Teacher cakap, budak-budak ni siap berebut nak pilih kartun apa.Hee..Anak-anak, ingat ni boleh pilih dan tarik ke?Penat Mama buat tau.
Kakak posing kat hasil kerja bersama. Papa tukang beli barang. Mama buat.Khayra tukang sibuk.Oklah tu, bersama-sama jugak kan.Hee.
Disebalik tabir pembikinan signboard poster.Inilah dia dayang-dayang yang tolong saya tu.Saya dah buat kat rumah, bawak kat ofis just nak tacap sikit-sikit.Sangat rajin.Diorang yang volunteer nak tolong.Saya hape lagik, kecik tapak tangann,stadium bukit jalil saya tadahkan.Haha.
Khayra kat ofis mama.Memang tiap-tiap kali balik taska kena bawak Khayra balik ofis dulu.Taska bukak pintu pukul 5.00, kalau kita datang awal pun, Teacher akan benarkan balik kul 5 jugak.Pastu kalau lewat lebih pukul 5.15 kena denda RM3.Memang straigth.Huhu.Saya pulak balik kul 5.30, memang berkampung lah dak Kakak hari-hari kat ofis mama.Kakak kena paksa amik gambar dengan poster yang dah siap.
Esok ada lawatan anak-anak taska ke Planetarium Melaka.Parents dijemput sama, and paling best boleh tolak 2 jam aktiviti taska.Ngehngeh.Memang pantas mama setuju jek.Papa pun ikut sekali, sebab memang papa cuti esok.Mama pun sibuk nak cuti gak lah >.<
bestkn dpt htr anak ke taska permata..sy tak layak ;(
hai QA's..sbenarnya kiter pun x layak gak..tp dok pujuk teacher kt permata tu, nasib baik dapat..rezeki khayra sebab diorg nk penuhkan kuota girl..khayra sorg je girl utk umo 4y..hee..
selain di MITC , area bukit katil ada taska permata tak? saya ingin menghantar anak ke taska permata. tahun depan umo anak dah msuk 4 tahun
kat bukit katil rasanya takde kot..tp permata kat sebelah bangunan wisma negeri pun dia panggil taska permata bukit katil..kt mitc jugak..
Salam..sy dok area jasin..ade lg x taska permata dkt area tu? Tq..