Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Tali Sudah Berganti Baru

Rasanya dekat 8-9 bulan jugaklah gitar Incik Hasben tak bergoreng.Sebabnya tali putus sudah.Sebelum Imran lahir dah putus.Kalau tak kerap gak Incik Hasben bergorengan sambil menjemput penyanyi undangan kanak-kanak kat rumah tu.

Incik Hasben ni just main gitar kat rumah je.Depan orang dia agak malu-malu miau sikit.Low profile katanya.Iyelah.Dulu time bujang selalu gaklah diorang jamming.Tapi dalam rumah bujang je lah.Saya tak pernah lah tengok.Dia yang citer, betul lah agaknya.

Hari Jumaat lepas gitar tu dah dapat rantai baru.Seronok lah anak-anak kat rumah tu bila papa ajak nyanyi sekali.Saya? Mestilah feeling romatik bila papa main gitar sambil nyanyi sekali lagu time berchenta dulu.Alalala, malu pulak bila teringat.Harharhar! Jarang woo nak dengar dia nyanyi.Main gitar tu selalu lah...

 Inilah gitar kesayangan. Beli time bujang dulu.Jaga baek punya.Mintak mahap, hasben saya memang kontrol bila amik gambar.Senyum mahal.Tapi hakikatnya inilah dia "Raja Lawak Asteruk" kat rumah.

 Amsyar naik syok.Bukan dengar papa main gitar, tapi joget dengar lagu BoboiBoy.Papa try lagu Jerrypah.Baru nak cari tune.


 Seronok dak Abang.Sekarang ni still cakap Jerman lagu.Bahasa Melayu belum nak fasih.Haha.Kakak makan goreng pisang sambil layan YouTube.Mendongak sebab kerusi dak Abang dah amik.Semua berebut kerusi kuning tu, padahal ada dua lagi kerusi kecik kat bilik belakang, kerusi yang ni jugak diorang rebut T__T

 
 Penonton kecik.Terselit kat bawah.Dah tak nak orang pegang dah.Suka merayau a.k.a bergolek-golek dari ujung sana ke ujung sini.

 Laptop on, TV pun on jugak.Amsyar macam tak tau mana nak tengok.Kerusi ngadap TV, citer Lanun Kecik kat Disney Junior, laptop BoboiBoy.Dua-dua favorite.Senang citer, kejap pandang kiri, kejap pandang depan.Adil dan saksama.

 Kuasa BoboiBoy lagi kuat.Terus dok depan sekali.Papa dah tukar lagu lain.Sesekali layan lagu Shaheizi Sam dan Yana Shamsudin.Boleh la...Kata nak cari tune kann..

 My Smiley Boy

 Mama letak atas sofa. Dah penat cari dia kat tepi sofa, baik dok diam-diam kat sofa tu Dek.

 Penonton yang sangat setia.Kagum dengan papa.Tepuk-tepuk! Dulu Kakak dengan Abang macam tu gak, sekarang dah tak heran sangat.Nasib baik Dak Adik dah ada.Pandai amik hati Papa.Hahaha.


 Penat meniarap, golek lagi...Rumah saya memang bersepah..Saya dah jawab siap-siap <--- macamlah orang tanya T__T

 Amsyar cari upah dulu.Alhamdulillah Amsyar dah 2 tahun.Gambar tiup lilin dalam draf lagi.

Tidur lah Wahai Anak-anak Ku

Tugas saya selain bawak anak-anak pergi taska adalah tukang amik gambar ragam anak untuk tontonan papa yang dah pergi kerja di subuh kala itu. Selalunya saya amik gambar time berenti kat traffic light sambil memantau keadaan anak-anak.

Gambar-gambar ni adalah senarai gambar Monday Blues ataupun gambar hormon lambat tidur di malam hari membawak ketiduran di siang hari walaupun dah mandi pagi.Saksikan...

Sampai terlentok Dak Abang termenung jauh memikirkan masa depan.Ni betul-betul Monday Blues.

Kakak dengan tidur gaya bebas. Tu laa, mama dah cakap suruh tidur awal.Malam-malam bila tak pat tidur, dia dok nyanyi sorang-sorang sambil baring.Belum lagi dok turun naik katil kejap baring sebelah mama, pastu turun carik papa kejap lagi kang naik balik suruh mama peluk.Kan dah penat...
 
Amsyar yang belum mandi.Saya tak sampai hati pulak kejutkan nak mandi.Bagi dia tidur puas-puas.Sama gak kes dengan Kakak kalau takpat tidur awal.Habis dia selongkar segala drawer dalam bilik.Tup-tup kang bergegar bunyi barang jatuh ke lantai. Bukan Imran je, dengan maknya dan apaknya sekali terkujat dari tidur.Kuss semangat.

 Ketiduran lagi.Sepit dah cantik dah, tapi tidur la pulak.Amsyar bawak ball pergi taska.Kalau amik, melaung.

 Nasib baik Amsyar masik lagi bertaska.So takde masalah hantar budak tak mandi lagi.Kat sana cikgu boleh mandikan.Tapi saya kalau boleh memang mandikan budak berdua tu siap-siap kat rumah dulu.In case kalau kesian sangat tengok dia mengantuk, baru saya mandikan Kakak je.Dah setel semua, bila dah siapkan semua dalam kereta, Dak Abang yang paling last saya dukung masuk kereta.Nasib baik tak jaga.Boleh sambung tidur.Khayra dah Taska Permata, memang wajib kena mandi dulu dari rumah.

 Tu diaa Akak kita.Walaupun mantain bertudung, tidur tetap tidur.Hehe.Kesian anak mama.

Tapi tak selalulah diorang tidur time nak pergi taska.Biasanya kalau malam-malam tidur pukul 12 lebih baru jadi macam ni.Kalau time ok, Kakak suka nyanyi dalam kereta.Tak pun meng'agah' Imran kat carseat depan.Pagi tadi dia boleh nyanyi ikut si Acai nyanyi.Kelakar bunyik dia bila ikut cakap Cina.Mana taknye, hari-hari dengar Kalaoke Acai kat radio Era.

Amsyar still kena dok carseat.Tak boleh lepas.Nanti dia duduk kat saya.Mana nak pegang stereng lagi, mana nak jaga dia lagi.Marabahaya! Bergaduh-gaduh suruh dia dok belakang balik.So jalan terbaek, Abang kena dok diam-diam kat seat hokay.

Masanya Akan Tiba...Wean Off

Pejam celik pejam celik..hari ahad ni 23 September 2012 genap umur Khair Amsyar ataupun Dak abang 2 tahun. Selama itulah Dak Abang minum susu mama.Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi dikongsi oleh Amsyar dan adik dia Imran.

Dulu masa Amsyar lahir, umur Kakak Khayra baru 1 tahun 9 bulan. Saya teruskan penyusuan dengan beri Khayra sama-sama berkongsi dengan Amsyar.Alhamdulillah, Khayra minum susu mama sampai 2 tahun 6 bulan.Walaupun kat taska top up FM (minum pun 2 kali je sehari - hanya di taska), tapi kat rumah, Kakak fully bf dengan saya. Time nak cerai susu ada sikit problem sebab Khayra dah pandai cakap.So, dia boleh mintak suka hati dia. Nak lebih detail macam mana saya wean off Khayra, boleh klik sini.

Sekarang ni dah sampai masanya saya nak atur strategi macam mana nak wean off Dak Abang pulak.Walaupun Amsyar dah nak masuk 2 tahun, tapi pertuturan dia masih lagi kurang. Tak sepetah Khayra masa umur macam ni.So, kalau nak susu, dia akan tarik tangan saya masuk bilik.Romantik tak.Haha.Favorite posisi mestilah menyusu sambil baring.

"Maa, tutuuu." sambil nak nangis <---- antara lain favorite Dak Abang ialah menangis. T__T .Bila Imran lahir, Dak Abang umur 1 tahun 5 bulan. Kecik lagi dah dapat adik. Memang tak putus susulah orang kata.Sebab masa pregnantkan Imran pun saya still menyusukan Amsyar lagi.Time pregnantkan Amsyar je, saya stop menyususukan Khayra, pastu sambung balik dengan tandem masa Amsyar lahir.

Sama jugak macam Kakak, kat taska je Amsyar minum FM. Itupun saya start bagi masa umur dia setahun (masa tu saya pregnantkan Imran 5 bulan). Alhamdulillah, kandungan saya ok walaupun nurse tak bagi teruskan breasfeeding time pregnant.Kat rumah memang Amsyar fully bf. Nak tidur mesti kena menyusu dulu baru lena. Habit tu sampai sekarang memang ada.Mesti selak dulu baju mak dia ni, menyusu pastu ZZzzZZ.

Sekarang ni, saya tak rasa boleh stopkan dia genap 2 tahun.Amik masa jugak nak wean off.Sedangkan bila tengok adik dia menangis pun, dia cepat-cepat cop saya mintak susu dulu (dia tahu adik dia nangis sebab nak susu...) Inikan pulak tak bagi dia bf tapi depan mata adik dia sedap bf.Melaunglah jawabnya...

 Baru je tidur.Itulah habit dia bila masuk kereta, cari B saya dulu.Kalau penat, terus tertidur.Baby Imran duduk kat baby carseat sebelah papa.So memang peluang baek punya untuk Amsyar kongker sorang-sorang.

 Rutin harian bila balik taska.Saya baring kat katil, dua hero saya tak sabar cari upah masing-masing.

Posisi Imran : Baring belah kanan
Posisi Amsyar : Naik atas badan saya menyusu belah kiri
Posisi Mama : Mengiring untuk bagi Imran yang sedang baring menyusu

Sekarang ni tangan Imran suka merayap masuk lubang hidung Dak Abang bila menyusu. Haha..

 Salah satu terapi untuk saya juga.Sangat relax bila menyusukan sambil baring. Badan kita macam refresh balik. Balik penat-penat dari kerja, so menyusukan dapat kurangkan keletihan kita bekerja seharian. Habis menyusu boleh golek-golek dengan anak-anak sambil bergurau.Kakak tolong jaga kalau Amsyar terhempap adik ke....

 Nursing In Public (NIP).. Penuh satu kerusi..Hehee...

 Khair Amsyar

Gambar-gambar kat atas telah dapat keizinan Incik Hasben untuk disiarkan. Dia cakap boleh bagi panduan kat emak-emak kat luar sana macam mana rupa tandem tu.Thanks sayang yang selalu support mama untuk teruskan breasfeeding ni :)

Lepas Dak Abang, Imran Pulak Demam

Alhamdulillah.

Salam Isnin kengkawan. anak-anak pun semuanya dah beransur sihat.Imran still batuk lagi.Haritu lepas
Amsyar demam, berjangkit kat Kakak & Imran. Adoi..Khayra demam sehari je.Antibodi kuat agaknya.Tapi demam Imran melarat sampai sakit mata.

Bila dak Abang demam, mama cuti.Baby Imran demam laagi la mama kena cuti.Kesian dia, merengek je.Kebetulan masa Imran mula nak demam, saya kena bertugas malam-malam kat Perkampungan Ikan Bakar untuk program Jejak Inovasi.Lepas tu makin teruk la demam Imran.Terus papa kata mama bawak balik antu laut.Sudah..Alhamdulillah bila Imran minum air tangkal dua teguk, demam pun kebah.Kebetulan agaknya.

Harap minggu ni bawa keceriaan pada anak-ana-anak semua.

Amsyar yang keletihan.Masa ni on the way pegi taska.Baru baik demam.Mengantuk lagi, walaupun baru lepas mandi pagi.Badan tak sihat.Muka pun dah tirus sikit.Badan turun 1kg.

Imran pun tak sihat.Haish...asik nak berdukung je.Adatlah bila baby demam, nak manja dengan kita.Kepala panas sangat time demam.Bila letak asam jawa, kejap je kering balik.Kalau nak tau demam tu teruk ke tak, bibir mesti merah.Sebab panas. Mata pulak menjangkit papa kot.Sebab sebelum tu papa dah sakit mata.Saya titik kan susu badan sehari sekali selama 3 hari.Alhamdulillah, baik terus.Petua yang saya tahu, kalau mata kiri sakit, titikkan susu breast kanan.Macam tu lah kalau sebaliknya.Tapi bila bapaknya sakit mata, takdelah saya praktikkan macam tu plak.Pakai ubat doktor sudah..hehe..

Kakak Khayra yang makin kurus. Seluar jeans tahun lepas still boleh sarung tanpa bukak zip & butang.Padahal makan banyak.Lepas breakfast nasik lemak, dalam pukul 11.30 dah lapar cari nasik.agaknya banyak cacing kot dalam perut tu.Kena cari jugak ubat cacing ni.Masa umur Khayra 2 tahun tu je makan ubat cacing,lepas tu tak bagi lagi.Rambut pun makin bergulung.Rambut tak pernah potong sejak cukur jambul dalam pantang.Sayang nak potong sebab jenis rambut Khayra ni sikit and ciput.Takut lambat panjang kalau potong.Huhuhu..

 The Sepet Girl.

 Ahad ni - 23 September 2012 birthday Amsyar ke-2.Kejap dah dua tahun ye Bang.Hadiah dah dapat seminggu awal.Wah kemain lagi Dak Abang dengan hadiah dia tu.Kena tunggu beday dulu baru boleh reveal hadiah apa.Tapi Kakak selalu rebut dengan Dak Abang.Takpelah, hadiah baru-baru memang macam tu.Tunggulah sebulan dua, langsung tak heran dah.

Kakak dah mintak hadiah harijadi dia bulan Disember nanti.

"Mama, Kakak nak IPad tau"

Haruuuuu!!!!

Opah Kak Nam Stail

Salam Semua..

Tajuk memang takde kena mengena dengan entry.Harap Maklum.

Huarghh! Menguap sat.Adoi kenape la sangat "rajin" nak hapdet blog ni.Dalam kepala bukan main banyak benda nak citer.Tapi sampai kat create post, terus jem.Alangkah bahagianya kalau ada orang cipta alat apa yang di-emejin dalam kepala, terus tertaip dalam blog.Dasar dot dot dot!!

Gambar raya-raya pun tak upload lagi.Raya pertama kelabu, raya kedua-coklat, raya ke-3-purple, raya ke-4-biru.Macam biasa dari apak, mak ke anak-anak-anak mesti satu kaler.Jenuh ko nak cari baju sedondondon tu time puasa.Oops!Nak bagitau saya puasa penuh lagi tahun ni.Alhamdulillah.Kalau baju Kakak ada, baju hadek-hadek dia pulak takde saiz.Baju hadek-hadek ada saiz, baju Kakak pulak dah habis kaler sama.Fening.Nasib lah anak dara sorang, baju girl banyak sket pilihan.

Hari Sebatu lepas, Amsyar demam. Semalam baru hantar pegi taska. Dah susut sikit badan dia yang gebu tu.Tu laa, orang asik panggil dia mok je,kan dia terus diet taknak makan.Susah hati mama bila sua makan dia amik sikit je.Orang demam la katekan.Isnin papa cuti jaga Dak Abang, hari Selasa turn mama pulak cuti.Alhamdulillah hari Rabu Amsyar dah baik demam.Mungkin dia nak perhatian kot.Kesian Dak Abang...

Imran dah pandai golek-golek.Dari ujung sana ke ujung situ.Tapi golek-golek.Menyelar lom lagi.Masalahnya sekarang, dalam car seat pun nak meniarap.Tahan badan dia dok dalam carseat yang melengkung tu dari rumah samapai la ke taska.Takpelah Dek, asalkan bahagia.Mamam dah penat terbalikkan badan Imran, tapi dia berusaha terbalikkan badan dia balik.Silakan.Umur 6 bulan berat dia 7.4kg.Alhamdulillah.

30 Ogos haritu ada Sambutan hari raya kat sekolah Kakak.Mama je yang datang.Papa tak dapat datang sebab cuti tinggal ciput.Meriaah.Khayra makin banyak Kak Nam dia. Papa panggil Opah Kaknam Stail.Haha.Tapi sangaat pandai jaga adik.Dia layan adik-adik bila mama busy kat dapur.Dengarlah dia bebel kat Imran macam mama dia jugak.Haishh kejap je masa berlalu bila tengok anak-anak cepat je membesar.

Papa sms tadi, dapat 2 hari MC.Sakit mata pulak..Minggu ni (Sabtu & ahad) saya ada program Jabatan.Busy-busy..Oklah, tu je seba sedikit nak update.Nak pegi taska jap.Bye!

Sempat upload gambar ni dulu.Nanti kendian upload gambar Amsyar yang dah susut, Sambutan hari Raya Khayra, Adik yang golek-golek & Papa yang sakit mata.Dadaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...