Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Khair Imran. Show all posts
Showing posts with label Khair Imran. Show all posts

WordLess Wednesday - Budak Milo





  Imran pakai cap sendiri.Mama tolong terbalikkan.Alololo tomei-tomei

25 Feb 2014 : Happy 2nd Birthday Son

Alhamdulillah dengan ini, saya pun telah selesai melaksanakan tugas menyusukan Imran susu ibu sepenuhnya.Syukur Ya Allah. 

Dulu masa Khayra, fully 1 tahun 2 bulan dan campur formula+susu badan sebab pregnantkan Amsyar.Khayra stop breastfeeding dengan saya umur 2 tahun 6 bulan.Amsyar pun sama dengan kes Kakak dia, fully 1 tahun 2 bulan dan campur formula+susu badan sebab pregnantkan Imran.Sama jugak stop breasfeeding umur 2 tahun 6 bulan.

Dan Imran yang paling special sebab time dia menyusu,mama dia kosong (tak pregnantkan sape-sape..hihihi).Alhamdulillah saya dapat perah susu kat ofis dan bekalkan untuk Imran kat taska selama 2 tahun.Hari ni Imran dah 2 tahun.Terharu...


Designed by : Papa



WordLess Wednesday - Imej Tu Penting Walapun Tengah Main Tab

 Sebelum gunting rambut haritu....



 

Imran New Hair Look

Menjelang umur Imran ke 2 tahun ni, saya nak stailkan rambut Imran.

Kalau ikutkan memang saje nak bagi rambut Imran panjang. Salah satu sebabnya ialah, hanya Imran je yang dapat rambut lurus dalam 3 orang anak-anak saya ni.Khayra dengan curly hujungnya, Amsyar pulak rambut gulung kalau panjang.Saya dan hasben pun tak delah rambut lurus.Rambut ketak jugak.Hahaha.

 Rambut bulan lepas.

 Tengok tu rambut dah masuk telinga.Asiklah mama dia selitkan rambut belakang telinga.Motif Imran tengok tab macam tu sebab geram dengan game yang dia tengah main.Adoilah anak...

 Muka jambu je.

Oklah disebabkan saya tak tahan tengok rambut Imran yang selalu terselit masuk dalam telinga dan yang penting sekali papa dia benarkan gunting rambut, jomlah lah kita ke kedai aney.Kali terakhir Imran gunting rambut pada cuti Melaka Bandaraya Bersejarah 16 April 2013 iaitu 9 bulan lepas. Memang rambut dia tak tumbuh banyak.Takat tu je.Tu pasal sayang nak potong.

 Detik-detik cuak bermula.Tengoklah muka Imran nak nangis tu.Papa kena pegang

 Itu dia mari kita tenyeh itu kapla..hahaha!

Setelah meraung,menjerit,berasak nak turun, menangis sampai kuar hingus...jadilah stail macam ni...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 Gaya otomen!! Yeah!!



Dah takde jambu dah.Baru macho.Kikiki.Semuanya pandangan sisi.Tuan badan takmo enterframe lagi.Malu katanya..hahahuhuhehe!!




WordLess Wednesday - Ssyyy....He's Sleeping






Tempat Ke-2 Baby Photogenic Contest Anjuran Family Store

Assalamualaikum & Morning uolls....

Tengah rajin godek-godek gambar dalam henpon. Bagus gak boleh jadi idea untuk buat entry. Ni nak citer pasal Dak Imran ni. Bulan Mei 2013, Family Store kat area rumah saya ada buat contest Baby Photegenic Contest. Alaa contest kecil-kecilan je. Hadiah tajaan Drypers. Kebetulan Imran memang pakai Drypers, so cuba nasib lah.

Lepas sebulan saya dapat SMS yang Imran dapat tempat ke-2 contest tu. Oh tak sangka. Saya submit form pun hari akhir sebelum contest tutup.Pihak Family Store suruh datang pick up hadiah 23 Jun 2013 around 10.30 hingga 11.30 pagi. Alhamdulillah rezeki Imran.

Sebenarnya pick up hadiah tu sehari slepas kiotrang pegi Pontian. Hantar Pak Yen Kahwin. Malam tu kitorang sampai rumah dekat kul 12.00 malam. Nasib baik pagi tu tak terlajak sambung tido balik. Hehehe. Kerah budak-budak bangun ikut pegi Family Store pick up hadiah.7

Dapat 6 beg Drypers termasuk 3 beg jenis pant & set mandian jenama Drypers.

 Takde penyampaian hadiah besar-besaran pun. Nama pun Family Store kannn.Just pick up hadiah pastu amik gambar. Cukup ler.

 Staf ni tampal sticker "Paid". Inilah dia drypers yang Imran dapat. Sampai sekarang ada yang belum guna lagi. Jimat beli pampers 3 bulan ni nak oii.Syukur :D


Gambar yang saya submit sampai Imran dapat tempat ke-2 tu......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taaraaa!!!

 

1 Tahun 6 Bulan - Fully Brestfeeding

Alhamdulillah semalam 25 Ogos 2013, Khair Imran genap 1 tahun 6 bulan. Meaning Imran dah minum susu mama selama itulah.Tak campur lagi dengan susu formula.Syukur sebab masih bertahan.

Kalau ikutkan dulu Kakak fully breastfeed dengan mama sampai 1 tahun 2 bulan je. Pastu continue susu formula kat taska, kat rumah fully breastfeed. Itu disebabkan saya pregnantkan Abang Amsyar.Time Amsyar pun sama, saya fully breastfeed sampai 1 tahun 2 bulan jugak. Alasan yang sama sebab pregnantkan Imran. Yang suwitnya, dua-dua budak tandem nyusu bila dapat adik masing-masing.Hahaha.Berebut uolls.Haisshh...Alhamdulillah, Khayra dan Amsyar stop brestfeeding genap umur 2 tahun 6 bulan.

Saya dah 1 tahun 6 bulan  :D

Sekarang ni Imran lah paling lama fully breastfeed. Setakat ni memang belum cadang nak tambah adik lagi.Heheee.Rezeki Imran. Dia kongker sorang-sorang.Dulu masa Imran start lahir sampai umur 12 bulan kena kongsi dengan Abang Amsyar. Kesian dia selalu kena tolak kepala dengan Amsyar kalau tandem.Sekarang ni bila dah kongker sorang-sorang,macam gaya kalau time menyusu.Ada kuak lentang, gaya bebas, menonggeng, kadang-kadang kat muka mak dia ni ada perut Imran. Adoi anak...

Tertidur lepas makan biskut.Comot nak oii..

Esok nak bawak Imran cucuk 1 tahun 6 bulan. Ada baki 6 bulan perjalanan penyusuan saya dan Imran.Oh ye saya masih lagi memerah susu Imran kat ofis. Sekarang dah tak boleh guna istilah pam susu.Sebab saya hanya guna jari-jemari ni je.Swing dah lama simpan.Bagi kakak ipar pinjam.Elok untuk saya yang ada vitamin M ni.Tak payah nak cuci part segala.Hee.
 Dua botol untuk 1 sesi.Alhamdulillah.

Sesi perahan pun dah kurang jadi 1 sesi je.Perah hari ni untuk stok bekalan taska esok hari.Sangatttlahh M.Stok beku dalam fridge tinggal beberapa ketul je untuk emergency.Dah lama tak buat stok.Kawan-kawan yang baru menceburkan diri dalam bidang ini sila jangan tiru.Amaran keras!




Moga Imran dapa fully breastfeed sampai 2 tahun. Insyalllah.amiiin.
 

Happy 1st Birthday Khair Imran

 ♥25 Februari 2013 - HAPPY 1ST BIRTDAY KHAIR IMRAN ♥





P/s : susah nak taip pakai tab..kalau sempat esok taip pakai keyboard..heee..peace..

Khayra & Imran Menjangkit Chicken Pox Amsyar

Well, dah nama adik-beradik, teman bermain, teman gaduh, teman makan, teman sebilik air, teman tandem dan teman semua sekali.Lastly, Kakak dan Imran pun kena chicken pox menjangkit Amsyar...apo nak dikato..

Macam manalah nak pisahkan budak-budak tu.Kalau dak Abang baring, Adik pulak datang meniarap atas Abang.Bila Kakak nak mandi, Dak Abang start bukak baju nak mandi gak.Dah larang, pastu dengar lah bunyi radio rosak.Nak tak nak bagikan jugak.Haih...

 Khayra start kena hari Khamis (14 Feb), esoknya Imran pulak dah nampak tanda-tanda cacau air

So far setakat ni semua dah kering.Tinggal nak recover balik je.Malam pertama kena, Imran ada gak meragam sikit.Tidur asik terjaga.Pastu tepuk-tepuk kepala.Agaknya tak reti nak garu, dia tepuk la.Kat kepala ada banyak gak yang timbul.Saya tolong gosok-gosokkan.Terasa gelembung air yang belum pecah time saya gosok kepala dia.Kesian...


Saya baringkan Imran atas daun mambu.Sorok daun tu dalam kain batik.Petua kurangkan miang budak chicken pox.


Si Kakak kena hari Khamis, cikgu tadika dia call bagitau yang banyak bintik-bintik yang dah pecah kat badan Khayra.Cikgu memang tau yang adik Khayra kena chicken pox, so automatik dia suspek Khayra pun dah menjangkit.Tengah hari tu terus saya bawak Kakak pergi klinik.Sah! Cacar air.

 Kat dada dia ada gelembung air.Masa ni tengah tunggu doktor panggil kat klinik.Time ni tak banyak lagi, chicken pox tu banyak kuar kat badan & kaki Kakak.

Genap 2 minggu lepas Amsyar kena, Khayra pulak menjangkit.Gambar Amsyar 1hb Februari 2013, tengah tunggu nak cek suspek chicken pox.Khayra pulak 14 Februari 2013 sebab yang sama.Tempat dan pose yang sama, tapi tarikh dan masa lain-lain.(Poliklinik Wahidah, Kota Cemerlang)


Minggu ni Khayra dengan Imran kena kurantin tak boleh pergi school.Semalam dua hari saya cuti jaga budak-budak ni.Amsyar pun skip school.Hari ni turn papa pulak jaga.Tapi Amsyar saya bawak ke taska tadi.Menangis tak nak pergi school sebab tengok Kakak dengan Adik best-best je golek depan TV.Bengkek member.Haha.

Lepas ni saya boleh tarik nafas lega sikit, sebab tiga-tiga anak saya dah kena chicken pox. Betul kan kalau dah kena chicken pox, kebarangkalian nak kena lagi memang takde.Kalau demam campak yang boleh kena ulang-ulang.Betul ke? Betul ke?


WordLess Wednesday - Si Tompok

Budak baik melecet hidung, jatuh sebab panjat kerusi T__T
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...