Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Sudah Jatuh Ditimpa Motor

Assalam...

Hari Isnin hari tu, saya ada cerita pasal papa yang tak berapa sihat. Malam tu, hasben tak sampai rumah lagi.Selalunya kalau dia naik bas dari Melaka Sentral, memang lambat sikit sampai rumah.Lebih kurang pukul 7.45 dah boleh sampai.Ni dah pukul 8 malam pun tak sampai-sampai lagi.Tu yang saya tak berapa gemar kalau dia naik bas kat MS.Kalau turun kat tol, kejap je sampai rumah.Ni kes tak beli tiket.So nak tak nak kena la bangun awal sikit merempit ke MS.

Masa tu pulak tengah hujan.Takdelah lebat.Biasa je.Kakak asik tanya "Mana papa ni..asik pergi kerja je.." sebenarnya dia nak cakap kenapa papa lambat balik.Pukul 8.15 baru dengar bunyi motor masuk laman rumah.Anak-anak melompat pergi ke grill sambut papa.Saya macam biasa, bukakkan pintu sambil dukung Imran.Masa papa masuk, saya tak perasan pape.Dia pun terus menuju bilik belakang.

Mungkin sebab tengah basah, so dia terus kebelakang.Dalam 2-3 minit, baru saya terkedek pergi tengok papa.Imran still berdukung lagi.Masa tu saya heran, kenapalah papa ni terkial-kial bukak seluar.Rupa-rupanya, lutut hasben berdarah,seluar koyak.Apehal ni?Abang jatuh motor tadi..Ya Allah..saya tak boleh nak cakap apa.Sambil dukung Imran, sambil mata dah berair menangis, sambil cari air segelas bagi papa minum.

Cara dia jalan pun dah tak berapa betul.Saya kesian.Tengok anak-anak lagi hati ni cair.Melalak lagi.Orang yang sakit ni ok je.Orang yang tak sakit ni lebey-lebey.Alhamdulillah nasib baik tak teruk.Just lutut berdarah, peha & dada bengkak sikit.Hasben kata salah diri sendiri.Dengan keadaan jalan licin, kat corner tu dia break tayar depan.So, terus terseret jatuh.Nasib baik kereta belakang tak hentam.Allahu akbar.Ada jugak orang sudi menolong time tu.Angkat dia & betulkan handle motor.Saya membayangkan bukan-bukan dah....dengan anak 3 orang lagi...Jujur, mana-mana isteri pun kalau terjadi macam ni kat suami, mesti dah terbayang bukan-bukan..Walaupun sebenarnya dah tahu keadaan sebenar macam mana..Tapi mesti terlintas perkara-perkara yang tak sepatutnya..You know what i mean..Nauzubillah..

Mula-mula saya ingat sebab demam yang tak baik lagi tu ke yang menyebabkan hasben jatuh.Alhamdulillah,demam dia dah baik.Tapi perkara lain pulak yang jadi.Dah takdir Allah.Saya tolong bersihkan luka,alahai mengalir lagi air mata.Malam tu, parents hasben datang tengok.Bila mak tengok anak tak sihat, berlaku lagi drama ayer mata.Saya pun join jugak.Adoi...emosi la...Dah kata orang pompuan, mesti tengok kat anak-anak jugak.Macam tu lah mak mertua saya, "Allah hai, nasib baik tak pape..kesian kat anak-anak kau kalau jadi pape"..tengok..tengok..mak pun fikir macam tu.

Esoknya, saya bawak haben pergi klinik.X-ray ok.Dada takde pape.Luka kena cuci.Cuma lebam-lebam je lah.Dapat MC dua hari.Hari ni dah pergi kerja balik.Hujung minggu ni baru nak pergi urut badan.Alhamdulillah hasben pun dah bertambah baik.Boleh je kalau nak sambung MC, tapi memikirkan banyak kerja nak buat plus tanggung kerja lagi,takpelah dia gagahkan jugak pergi kerja.

Semuanya adalah dugaan Allah nak bagi.Ini baru sikit.Macam man lah orang yang kemalangan teruk tu.Besar sangat dugaan.Semoga suami, anak-anak, ibu bapa dan semua ahli keluarga saya dilindungi.Amin Ya Rabb..



0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...