Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Kerastangan Untuk Kak Ngah #LinaAshraf

Ini kali ke-5 saya buat hantaran.1st time buat masa saya kawin tahun 2008. Pastu buat untuk adik kawin tahun 2009.Then melarat lah 2 orang adik ipau dan last sekali untuk adik kedua saya yang kawin bulan November lepas.

Orang suruh buat kita hantam sajelah.Muahaha.Nasib la labu.Hantaran kali ni adik saya langsung tak kisah tema apa.Bagi bulat-bulat kat saya untuk pilih kaler tema.Setelah disurvey,marilah kita pilih merah + putih.Hantaran yang ni simple je.Cik pengantin tak mo sarat-sarat.Tu je permintaan dia.Yang lain bagi kat akak ko yang buat pilihan.Ammak!

Mula-mula kita balut polisterin dengan kain satin putih.Then hias bucu dengan kepingan foil.siap untuk tapak.



Cukup 9 tapak a.k.a 9 hantaran. Itu mula-mula je janji 9.Pastu meleret-meleret tambah lagi hantaran.Akhirnya sampai hari nikah pihak lelaki bawak 13 dulang.Mak aih! Bermakna orang pompuan kena lebihkan hantaran.So tercungap ler akak ko ni nak ngabiskan 15 hantaran. Mintak nyawa.mintak nyawa...


Baju Kemeja

Pen Parker

Perfume

Jam

Time ni belum tahu lagi nak kena tambah hantaran.Cewah cantik je susun.

Ni gambar sehari sebelum nikah.Tunggang langgang susun hantaran.Sirih junjung pun tak siap lagi.Tupperware kuning tu bukan ler hantaran.Tapi simpan coklat dalam tu buat sementara.Kang naya semut datang.Hari nikah baru curah dalam bekas.

 Dah malam pun tak siap-siap lagi. Pengantin tak fikir sangat pasal hantaran dia.Dia fokus benda lain.Ahkak dia yang kalut ni.So sampailah hari nikah, pun masih tak cukup.Takde idea nak balas apa.Mak pengantin amik kuih bakau 3 bijik letak kat dulang pastu tepekkan bunga ros merah.Tak semenggah.Fuh!Last-last tengok cantik gak.Hahaha.Mintak mahap hantaran 15 dulang tu tak sempat nak snap.Ahkak pengantin macam Ketua Program, busy sangat.


Buat hantaran ni suka-suka je.Kalau takde mood jangan harap ler nak mendeco  hantaran.Kat ofis ni pun ada jugak member yang rajin buat.So boleh tolong-menolong.Tu je.

#LinaAshraf

Teaser #LinaAshraf

Pengantin Lama. Nak tepek gambar terbaru mak jemah.Time adik kawin 23 Nov 2014 yang lepas.Kakak pengantin sampai hilang suara lepas kenduri noks.Peramah teramat nyambut tetamu...heeee....

Blog Header Yang Mesti Ditukar

Seiring dengan perubahan fizikal masing-masing, rasanya header blog ni dah boleh tukar lain. Muka Imran tersangat lah baby. Baru umur 3 bulan rasanya. Alololo cute je.Sekarang Imran pun dah 2 tahun 9 bulan. Bulan Februari 2015 dah 3 tahun.

So kena buat proposal kat incek hasben untuk design blog header.Gambar mama pun dah tak up to date. Sekarang jugak saya selongkar gambar meletts saya.Huwakakaka..

Amsyar kemain boolat muka dia.Sekarang dah tirus. Hensem dah.


 
 Time ni header blog baru ada anak 2 orang. Mama dgn papa dia still guna gambar yang sama??What?! Ok incek hasben tolong serius sikit dengan perubahan fizikal bini awak ni.Penat ai diet.Kehkehkeh.


Konvokesyen Tabika Kemas Dun Ayer Keroh 2014

 Assalam.....rinduunyeee kt blog nii :)

Rasa macam dipanggil-panggil pulak nak update blog setelah sekian lama saje menyepi. Iye memang saje....jangan marah arr (versi bujang lapok).

Hari ni dah pun masuk permulaan bulan Disember 2014. Bermakna Khayra tak lama lagi dah nak darjah 1.Apesal cepat sangat Kakak membesar ni. Baru je rasanya mama lap muntah Kakak masa Kakak kecit-kecit dalam pantang.Waah bukan main jauh lagi nak flashback.

Alhamdulillah Khayra Nur Rania bijak di sekolah tadika. Baru-baru ni masa Konvokesyen Tabika Kemas Dun Ayer Keroh, Khayra dipilih sebagai Kanak-Kanak Cemerlang Dun Ayer Keroh 2014 (there are 17 Tabika Kemas in these Dun).Pencapaian ini diukur didalam ujian khas pemilihan pelajar cemerlang iaitu seramai 60 orang pelajar mengambil ujian ni.

Mana tak bangga mama ko ni kak. Mama langsung tak pegi tadika.Terus je masuk derjah 1. Terer tak terer la mama ni.Atok Lias kata takde sape nak anta mama pegi tadika time tu sebab atok & nenek keja.Ok fine.Eh korang nak tau, my laki pun tak pegi tadika rupenyeee.Pun terus masuk derjah 1. Alaa kita memang sejodoh la bang.wink.wink.


 






 Bersama Cikgu Fatin yang mengajar Khayra 2 tahun kat tadika.Banguuun semuaaa...Teriiimaaa Kaaasiiih Cekeguu!!

Moga Khair Amsyar dan Khair Imran ikut jejak langkah Khayra untuk terus cemerlang. Amiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...