Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Hantaran Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Hantaran Kahwin. Show all posts

Kerastangan Untuk Kak Ngah #LinaAshraf

Ini kali ke-5 saya buat hantaran.1st time buat masa saya kawin tahun 2008. Pastu buat untuk adik kawin tahun 2009.Then melarat lah 2 orang adik ipau dan last sekali untuk adik kedua saya yang kawin bulan November lepas.

Orang suruh buat kita hantam sajelah.Muahaha.Nasib la labu.Hantaran kali ni adik saya langsung tak kisah tema apa.Bagi bulat-bulat kat saya untuk pilih kaler tema.Setelah disurvey,marilah kita pilih merah + putih.Hantaran yang ni simple je.Cik pengantin tak mo sarat-sarat.Tu je permintaan dia.Yang lain bagi kat akak ko yang buat pilihan.Ammak!

Mula-mula kita balut polisterin dengan kain satin putih.Then hias bucu dengan kepingan foil.siap untuk tapak.



Cukup 9 tapak a.k.a 9 hantaran. Itu mula-mula je janji 9.Pastu meleret-meleret tambah lagi hantaran.Akhirnya sampai hari nikah pihak lelaki bawak 13 dulang.Mak aih! Bermakna orang pompuan kena lebihkan hantaran.So tercungap ler akak ko ni nak ngabiskan 15 hantaran. Mintak nyawa.mintak nyawa...


Baju Kemeja

Pen Parker

Perfume

Jam

Time ni belum tahu lagi nak kena tambah hantaran.Cewah cantik je susun.

Ni gambar sehari sebelum nikah.Tunggang langgang susun hantaran.Sirih junjung pun tak siap lagi.Tupperware kuning tu bukan ler hantaran.Tapi simpan coklat dalam tu buat sementara.Kang naya semut datang.Hari nikah baru curah dalam bekas.

 Dah malam pun tak siap-siap lagi. Pengantin tak fikir sangat pasal hantaran dia.Dia fokus benda lain.Ahkak dia yang kalut ni.So sampailah hari nikah, pun masih tak cukup.Takde idea nak balas apa.Mak pengantin amik kuih bakau 3 bijik letak kat dulang pastu tepekkan bunga ros merah.Tak semenggah.Fuh!Last-last tengok cantik gak.Hahaha.Mintak mahap hantaran 15 dulang tu tak sempat nak snap.Ahkak pengantin macam Ketua Program, busy sangat.


Buat hantaran ni suka-suka je.Kalau takde mood jangan harap ler nak mendeco  hantaran.Kat ofis ni pun ada jugak member yang rajin buat.So boleh tolong-menolong.Tu je.

#LinaAshraf

My SIL's Wedding

Pada 16 Februari 2014 telah berlangsungnya kenduri kawin adik ipar saya iaitu adik hasben.Nikah dan sanding hari yang sama.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Meh nak share gambar.
 
Family In Law
Purple theme.







The Hantaran


Pelaminan yang indah..walawei!





My small family with pengantin





My anak dara





5 gambar ni keadaan Amsyar yang pose statik.Langsung tak kisah apa yang berlaku.Tengah leka main game. T__T

Kepenatan.Amsyar oh Amsyar kenapa gaya tidur macam tu nak?

Hantaran Kahwin Untuk Adik Ipar

Bulan Jun 2013, bulan mengkerastangan sendiri. Sebab kena siapkan hantaran adik ipar yang nikah 22 Jun 2013.Menantu ni baik hati memvolunteerkan diri sebab pas hari nikah nak berjimba ke Langkawi pulak.Seminggu kat Langkawi tak sempat nak nolong rumah mak mertua yang tengah kecah nak sambut menantu baru (tiba-tiba rasa ada pesaing pulak..kikiki).

Rumah kitorang kenduri seminggu lepas nikah kat Pontian.So, boleh imejin tak menantu hantu jelita ni takde, masa orang sibuk nolong nak kenduri kawin.Sampai dari Langkawi elok je esoknya dah majlis.Bagusss.Tu lah Pak Yen,sape suruh nikah time tu,orang dah booked tiket awal-awal dah.Bluerk!!!

Oklah, intro kemain panjang.Dak Ayen (adik ipar) nak 9 dulang.Dengan gigihnya ahkak ipar buat cecantik 9 dulang yang diidamkan itu.Pastu tiba-tiba tengok masa makin suntuk.Eh,rasanya dah bajet nak buat awal.Tapiii lengah-lengah dah macam takde masa nak buat.Hangkut segala pekakas ke ofis mintak tolong kawan-kawan yang jelita lagi gojess tu (jek kena lebey).

Thanks Fina dan Ila..nasib baik korang tolong.Shalu pun thanks jugak sebab tolong tengok.Booo...hahaha! Sebenarnya saya lom dapat rentak je,pas makcik-makcik tu start, baru lah mood tu mari.Dapatlah saya siapkan 9 dulang tu dalam masa seminggu lebey.

 Mak buyong Ila tengah tembak gam dengan gunting riben


 Fina tengah bagi idea


 Shalini....tengah pegang riben dan tengok riben..Hehehe.



Kawan-kawan tolong siapkan yang penting-penting je,pastu saya bawak balik rumah deco cecantik munga-munga tu.Theme color Purple & Pink. Bahan-bahan semua saya kena fikir sendiri nak beli macam mana. Fening jugak. Sebab kena ikut tema dan bajet yang diberi.Ngeh ngeh..

Pastu dah setel buat 9, dak Ayen mintak tambah sedulang untuk perfume..grrrr!Kena carik lagi munga-munga,tapak & lace. Pastu tapak gelang batal air semayang tak buat lagi.Matik! Kena tawaf lagi kat kedai tu.Pape pun Kak Ana suka Yen..Huhuhu.

 Telekung ni adik ipar bongsu yang gubah.Terer tak dak Atin buat..saya touch up mana yang patut.


 Hari sebelum bertolak ke Pontian.Kitorang kat Melaka.


 Perfume

 Baju kebaya nyonya dengan kain batik.


 Al-Qur'an dan Sejadah

Duit mas kawin dalam frame yang saya lekat dengan shine-bright-like-a-diamond dan gelang batal ir semayang

 Beg

 Kasut

 Bakul buah dan buah-buahan.Time ni gugusan anggur lom letak lagi.

Sireh junjung buat gubahan bunga dalam bakul.Gulung-gulung pastu cucuk.Siapp

 Telur Pindang

 Kapkek

 On the way pegi Pontian.3 Jam perjalanan dari Melaka. Lentok sudaa.

 Inilah Dak Ayen.Berdebar ke dude?Rilekk arr..kehkehkeh

 Tudung biru pakai spek tu my sporting mother-in law.Tudung coklat tu mak kesayangan saya.Ikut sekali.Kata besan kann.Ayah pun ikut.Hee.

 Pelamin pink youu.




 Imam tak sampai lagi.Apa yang disembangkan tu entah.

 Baca jangan tak baca

Lepas gambar tu saya snap,bergegas ke bawah rumah melayankan hero kecik saya yang turun-naik tangga tu.Spoil la Dek.Mama tak dapat tengok Pak Yen ketau tangan salam pak imam tu.Gambar pengantin perempuan a.k.a biras saya pun tak sempat nak amik.Imran dengan Amsyar tag team main pasir & batu-batu kat bawah rumah.Adoiyaii..

Melengas jangan cakaplah budak-budak tu.Saya inta-intai je dari tingkap dengar pengantin nak akad.Dah balik rumah tengok video nikah tu,tergelak pulak sebab Imam yang 3 kali akad. Sebab susah sangat sebut nama pengantin perempuan.Hahaha lawak.Pengantin lelaki steady sekali lafaz.Cewah!


 Balasan hantaran dari pihak perempuan.Kerlass ko Ti..Hehee :D

Lepas nikah ada malam berinai.Tapi saya terpaksa balik Melaka malam tu.Kena pack barang nak fly ke Langkawi.So kitorang ditugaskan bawak balik hantaran perempuan.Nasib baik 2 kereta (hasben & ayah pun balik)..so muat semua hantaran.Yang terbalik tak yah cakaplah.Nasib baik dah setel majlis.


Kepada Ayen & Ati, Selamat Pengantin Baru (2 bulan pun baru gak)..Semoga ikatan ini kekal selamanya.Amiin. (cilok gambar kat FB pengantin..peace :D)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...