Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts

Running Man Fever

Satu hari waktu cuti sekolah kat rumah Emak saya.

Khayra : Nenek, Kakak kena tidur petang sebab malam karang nak tengok Running Man.... 

Aduhai anak... Penangan Running Man le ni...

Sebenarnya nak citer pasal favorite tv programme yang kami anak beranak tengok kat rumah.Running Man adalah gameshow dari Korea. Lambat jugak saya follow.Mula-mula dengar je cerita adik ipar saya yang kipas susah mati Korea tu borak dengan Abang dia (hasben saya la tu) pasal Running Man. Diorang memang follow gameshow ni.Disebabkan asik tertengok sama-sama je gameshow ni saya pun sekarang orang yang paling depan tunggu kat tv.

 Masa mula-mula tengok memang tak berapa nak faham cara game diorang ni.Lama-lama tengok baru la faham dan tangkap syok pulak.Running Man ni macam rancangan realiti kategori game. Diorang memang takde skrip lepas tu ada shot-shot menarik sebab setiap cast ada camera diorang sendiri.

Boleh tengok lah setiap pergerakan macam mulut terloponglah,terjatuhlah,muka macam monyet lah dalam gameshow tu sebab dah di edit dan digabungkan balik.Takdelah part yang tertinggal (selalunya benda yang spontan tu lah diorang masuk dalam tv) sebab setiap camera rakam semua orang.

 
Running Man ada tujuh orang peserta yang semuanya adalah selebriti Korea.6 orang lelaki dan seorang perempuan. Setakat ni saya follow Running Man yang lama sebab ada 7 orang.Sekarang dah 8 orang.Diorang ni semua giler-giler.Masing-masing ada trademark kat Running Man.Macam Kwang Soo dipanggil Si Pengkhianat sebab selalu sangat berjanji dengan geng pastu dia khianat balik.Pastu paling menonjang lak tu.Tinggi giler dia ni.Haha pulak main game cara keji.Selalu main tipu tau.

Suk Jin yang paling lemah sekali.Dia lah orang pertama tersingkir kalau part tarik name tag masing-masing.Kang Gary dan Ji Hyo dipanggil Monday Couple.Sebab Running Man dirakam hari Isnin selalunya.Diorang ni macam couple tak jadi.Jae Suk pulak pandai bercakap (dia pengacara popular di Korea standard Aznil kalau kat Malaysia) dan suka sangat menari belalang tu.Jong Kook paling kuat dalam Running Man sebab ada otot.Diorang panggil Harimau ataupun Sparta.

 Setiap episod ada tema game dia. Last Sabtu hari tu saya tertengok episod Istimewa Seram. Kita tak terfikir macam mana penerbit and team boleh fikirkan game ni.Susah nak cerita rasanya korang boleh tengok sendiri.Saya paling suka part tarik name tag kat belakang badan masing-masing.Lagi thrill kalau ada part peserta yang jadi pemburu pastu kena pakai loceng kucing kat kasut.Semua peserta kena cari tempat menyorok, then bila dengar bunyi loceng tu cari diorang, semua dah takde darah kat muka.Hahahaha.Part yang tu untuk game last sekali.Pemenang selalu dapat cincin emas, plat emas, syiling emas dan emas yang sewaktu dengannya.
 Tengok lah Si Kwang Soo tu.Nama lain diorang panggil Si Zirafah.Tinggi nau.


 Setiap episod ada tetamu yang diundang. Haritu saya ada tengok Park Ji Sung datang. Yang lain biasalah dia panggil pelakon dan penyanyi fofular kat sana.Saya memang tak kenal selebriti Korea selain Running Man je.
 Episod ni tema budak sekolah.

 Entah kenapa dalam ramai-ramai Running Man saya suka tengok si ketot Haha ni.Kahkahkah!Mula-mula tengok menyampah lama-lama rasa macam comel je.Walaupun dia ni kadang-kadang selalu buat orang annoyed.Nama lain ialah Haroro.Sebab pakai topi macam Pororo.Baru je kawin tahun lepas..hhmmmm... (takde motip pun..hahahaha!)


 
 Contoh videoman ikut diorang.Pastu part kena tarik name tag kat belakang diorang.Sape nama dia kena tarik so dah terkeluarlah.Yang last terkeluar dia menang.Bila dah tengok kat TV siap dengan dialog-dialog spontan tu memang kelakar.Running Man ada kat channel One 393 HD ataupun 395 yang tak HD.

Kalau sape takde One boleh tengok kat TV2 setiap Sabtu dan Ahad jam 4 petang.Kalau kat One siaran setiap Jumaat adalah episod terbaru jam 11.40 malam.Kalau tak sempat tengok ada ulangan hari Jumaat minggu depan jam 7.30 malam.Malam minggu dia bagi episod double shot.Dua episod sekaligus.Pukul 11.20 sampailah pukul 2.30 pagi.Tu pasal Khayra boleh cakap dengan nenek dia macam tu.Sebab dia pun sama-sama berjaga tengok Running Man.Adoiiyai...

Mata Bengkak Tengok Ombak Rindu


Sape dah tengok Ombak Rindu!

Saya.Saya!

Ecewah, nak citer gak dia pergi tengok wayang tadi. Hari ni Jumaat, rehat panjang. Bila Ila ajak pergi tengok Ombak Rindu semua kelam-kabut nak ikut. Tak plan pun.Nasib baik tiket pukul 12.00 pm tak sold out lagi. Pergi kat MBO, dapat seat baris ketiga dari depan. Jadiiilah...

Kitorang pergi 7 orang semuanya. Naik 2 kereta. Aaron Aziz punya pasal, lajuu je mak anak 2 ni ngikut. Hehehe.

Disebabkan saya tak pernah lagi baca novel Ombak Rindu ni, memang layan habis lah cerita ni. Tak yah nak fikir jalan cerita macam mana. Lepas tengok cerita baru nak cari novel. Macam Nora Elena jugaklah. Dah habis siri kat TV, baru terhegeh-hegeh cari novel Kasih Suci.

Disebabkan hormon tak stabil sejak dua menjak ni, emosi cepat tersentap. Saya rasa sayalah juara orang kuat nangis dalam wayang tu.Kesian sangat dengan Izzah. Tapi saya tetap suka dengan Aaron Aziz walaupun mula-mula dia layan kasar dengan Izzah tu (yes, saya peminat setia Aaron Aziz).

Entah kenapa scene Hariz kat hospital tak sedar sebab eksiden, saya nangis sungguh-sungguh. Saya tak boleh ar tengok orang yang kita sayang terlantar macam tu. Izzah yang solat hajat & baca Yassin untuk suami dia. Pastu mula lah teringatkan hasben, janganlah kena macam tu. Nanti saya nagis. Teruk betul saya imegine.

Jangan kata saya, orang lain kalau tengok orang lelaki nangis boleh kita nak nangis sekali jugak. Macam tu la dengan Hariz, berapa kali dia kuarkan air mata. Saya tak boley arr.Dah lah lupa bawak tisu, lengan baju dah tak cukup nak tampung ayaq mata saya ni.Meleleh je.

Lisa Surihani pun ok jugak. Mungkin dia tak cukup garang kot. Tapi kena jugak dengan karakter dia. Paling nyampah mestilah Datuk Sufiah. Pelakon lain pun best-best belaka. Watak Pak Dollah pun sangat berkesan kat saya ni. Hai, terer betul Pak Dollah berlakon nangis, saya tak sampai hati tengok dia nangis laa.Nangis lagi mak ni.Nasib baik saya duduk sebelah laluan tangga, sebelah kanan Aini, apa ada hal nak nangis beria-ia pun. Hehehe.

Nanti kalau ada kat Astro First saya nak tengok lagi. Amaran! Kalau sesapa tak suka tengok cerita meleleh macam ni sila jangan tengok.


Sambung Drama Tentang Dhia Pulak

Wah, sejak bila mama ni suka tengok citer drama petang-petang ni?Ni semua penangan Nora Elena la. Lepas habis citer tu sambung lah cerita-cerita yang lain. Semalam Soffiya dah tamat. Ish, meleleh gak ayaq mata makcik ni bila tengok Ilyas dan Kamal menangis. Sedey woo.

Setiap hari sampai rumah around 6.15 pm, dah start buka Disney Junior. 6.40 pm sambung Upin & Ipin kat TV9. Kul 7.00 pm melekat pulak tengok drama swasta. Takpelah, untuk merilekskan badan yang penat bekerja (kukuh tak alasan ai?). Petang karang sambung Tentang Dhia sebanyak 26 episod. Kenapa saya asik mengharapkan Aaron Aziz yang berlakon?Gediks taw...


SINOPSIS TENTANG DHIA


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia ( Nora Danish ) , yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya . Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly ( Izreen Azminda ) , yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai . Raffi ( Irfan Roslan ) dan Azmi ( Ako Mustapha ) , dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang .

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa , Azmi adalah seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati . Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi , walaupun Raffi , jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil.
Tergamam apabilanmelihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan & kekecewaan. Namun hatinya ikhlas mencintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan reda dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi & menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi "jerat" yang dipasang Melly memakan dirinya endiri apanila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan & terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi & Melly ditangkap basah penduduk kampung & ditahan di lokap polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunaeka akan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi & majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang, Namun, majlis mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan dari Azmi. Mereka mahukan Azmi bertanggungjawab ata perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi, Dhia diuji & ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi & Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shila) yang juga pekerja firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak mengerjakan olat Jumaat. Zikir datang ke kampung Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang & ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata mereka bertentang, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi & apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Hasil nukilan dan arahan Azlina Pa'wan.

Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Nora Danish , Adi Putra , Ako Mustapha , Irfan Roslan , Tasha Shilla , Izreen Azminda dan Puteri Sarah .

p/s: Hasben saya suka tengok Nora Danish. Dia kata comel. Saya tak jeles puuun.....

<data:blog.pageTitle/>

<data:blog.pageName/>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...