Warna-warni Di Aidilfitri 2011
Sunday, September 04, 2011
by Hanna
Assalamualaikum...Salam Aidilfitri untuk kawan-kawan blogger semua.Mohon maaf sebab dah lama mendiamkan diri.Diam-diam ada makna.Haha.Nanti lah saya citer kenapa saya dah lama tak update Blog Setiap Hari Penuh Kebahagiaan ni.
Aidilfitri kali ni seperti biasa saya beraya di rumah ibu ayah saya di Umbai Melaka dan mertua di Pulai Melaka.Alah sebelah kampung je.Sangat dekat.Takde masalah nak balik kampung siapa dulu.Hihi.Tema raya tahun ni Merah Makngah.Selamat Hari Raya Semuaaa!!
Aidilfitri 2011 -Day 1 (Red Theme)
Aidilfitri 2011 - Day 2 (Green Theme)
Aidilfitri 2011 - Day 3 (Purple Theme)
Aidilfitri 2011 - Day 4 (Blue Theme)
Aidilfitri 2011 - Day 5 (Recycle balik Red Theme)
Adik Khair Baru Tumbuh Gigi Pada Masa Yang Sama Dah Pandai Berjalan
Wednesday, July 13, 2011
by Hanna
Khair Amsyar tumbuh gigi masa tengah berlatih nak jalan.Sama-sama naik.Tumbuh gigi atas dulu, selang 2 hari gigi bawah pulak muncul.Orang kata kalau gigi tumbuh dulu nanti lambat jalan.Alhamdulillah, Dak Adik pun dah pandai jalan sekarang ni.Tumbuh gigi seiring dengan dah pandai jalan.
Officemate cakap, orang tua-tua kata kalau baby lambat tumbuh gigi sebab uri dia tanam dalam-dalam.Baru pertama kali saya dengar.Entah ye entah tidak, biasalah orang-orang tua ni, kemain banyak dia punya pantang larang.Haha.
Officemate cakap, orang tua-tua kata kalau baby lambat tumbuh gigi sebab uri dia tanam dalam-dalam.Baru pertama kali saya dengar.Entah ye entah tidak, biasalah orang-orang tua ni, kemain banyak dia punya pantang larang.Haha.
Gigi atas yang kapak.Besar punya!
Gigi bawah yang comel
Mesti yang nampak gigi atas jugak.
Macam yang saya ceritakan kat entry Kenapa Khair Amsyar Tak Ada Walker, alhamdulillah Dak Adik dah boleh berjalan tegap masa umur 9 bulan 2 minggu. Dah beat kakak yang berjalan umur 10 bulan.Sekarang ni jalan nak mengepak je.Geram saya tengok terkedek-kedek jalan.Haha. Senang sikit saya tak payah nak berdukung je.Nak pergi bilik air, pimpin tangan. Khair Amsyar pun tahu kemana arah nak pergi.Bukan saya yang bawak dia, dia yang bawak saya ke bilik air.Eksen.
Teruja tengok Upin-ipin kat TV.
Dah start terkedek-kedek pergi kat TV.
Gaya seorang Imam Muda Hero Remaja. Amekaw!
Mak Su Nak Jadi Doktor
Tuesday, July 05, 2011
by Hanna
Hari Sabtu, 2 Julai 2011 adik saya yang paling kecik dah selamat register sebagai budak MBBS.Alhamdulillah, dapat kat UNIKL RCMP. At least takdelah jauh sangat-sangat."Anoi, kat Malaysia pun boleh!"Hehe.
Akak doakan Anoi berjaya dalam study. Tipulah kalau tak bangga :) Chaiyok-chaiyok Mak Su!

Akak doakan Anoi berjaya dalam study. Tipulah kalau tak bangga :) Chaiyok-chaiyok Mak Su!
p/s : Kalau saya belajar sungguh-sungguh masa kecik-kecik dulu mesti sekarang saya dah jadi Pakar Perbidanan. <----- Jangan percaya sebab tengok darah pun boleh menggeletar badan T_T
Pergi Dating Berdua Tengok Transformers
Saturday, July 02, 2011
by Hanna
Hari Jumaat - 1 Julai 2011 saya coti. Bukan cuti sensorang, dengan hasben sekali. Sepatutnya hari Isnin hari tu dah cuti, tapi hasben tak dapat pulak.Jumaat pun Jumaat la.Setiap bulan memang kena peruntukan cuti untuk berdating.Ye lah, kalau tunggu weekend memang tak sempat.Kesiankan anak-anak kalau tinggalkan diorang.The best way, hantar diorang kat taska tapi mak bapak pergi berjimba.Hahaha.
Bulan ni tengok wayang best.Transformers : Dark Of The Moon. Tak kira, orang lain dah citer atau review saya pun nak gak.Seat yang strategik.Saya rasa macam robot tu nak tendang saya je.Saya bukanlah peminat tegar nak tengok citer mekanikal ni.Hasben saya yang yang teruja.Sekali tengok memang tak rugi.Tapi adakala buatkan saya macam nak pekak sikit.Sound system macam nak pecah gegendang telinga.
Dak Sam tak bercinta lagi dengan Megan Fox.Dah ada awek lain,tapi tinggi sket dari dia.Kerja pun tak dapat lagi walaupun dah dapat Pingat Keberanian dari Barack Obama.Sementara tu, masa zaman Neil Amstrong pergi ke bulan, rupanya diorang dah jumpa bangkai pesawat transformers terdampar kat bulan.Ada sekor trasnformer dah mati kat situ.Tapi Neil Amstrong amik satu teras atau alat hape ntah untuk misi rahsia.Kejadian tu jadi top secret.Konon-konon takde apa yang berlaku.Pandai betul Hollywood manipulasi cerita ek.Saya pun hampir terpercaya (lurus).
Nak jadikan cerita, bila citer pasal kat bulan tu dah didedah balik pada zaman sekarang, robot yang baik tu Prime pergi amik robot yang mati kat bulan tu.Sebab tu ketua dia.Lepas dia hidup balik, dia komplot nak tawan bumi.Tapi kena cari semua teras-teras yang tertanam kt seluruh dunia baru boleh berkuasa.Kat situ dah jadi kemarahan orang bumi.Robot-robot semua kena hantar balik ke planet diorang balik.Tapi kat bumi dah ada robot jahat.Pastu bumi dah jadi medan perang.Robot baik tu acah-acah je naik ke planet diorang.Rupanya nak jadi hero selamatkan orang bumi yang dah jadi bestfren robot-robot baik ni.Macam biasa orang baik mesti menang.Senangkan review saya.Hahaha.Penat nak ingatkan balik citer dia.
Yang penting saya suka tengok robot-robot tu dari kereta biasa jadi robot besar tinggi godang.Yang part paling best bila Sam dengan kawan-kawan dia slide kat bangunan yang nak runtuh.Saya pun jerit sama.Tapi takde sapa yang dengar sebab sound dia boleh buat kita terjerit-jerit bila nak cakap.Sape-sape yang nak tengok citer ni dijamin best.
Boleh tak jangan amik gambar macam budak remaja.Geli tengok balik T_T
GSC
Anak-anak tinggal kat taska.Mari berdating.
Jom amik anak-anak.Mama tak sabar nak balik,kena drive sendiri.Hahaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)





