Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Aktiviti Khair. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Khair. Show all posts

Berendam di A Farmosa Water World

Alhamdulillah kesihatan mak buyong and baby semakin baik. Hari tu dah wat check up susulan kat GH. Doktor puas hati tengok uri yang lekang tu dah cantum balik. Dan-dan hari tu balik rumah pergi dukung dak Khair. Geleng kepala.

Hari ni nak citer pasal mandi-manda kat A Farmosa Water World pada 8 Januari haritu.Ofis ada buat Family Day kat Pengkalan Balak, bermalam sehari pastu pagi Ahad bertolak ke Water World pulak. Kebetulan Khayra baru baik demam, so mak sefamily takpat join ber-BBQ malam tu.Tapi join mandi-manda je la.Itupun Kakak tak berapa sporting main air.


Khair Amsyar 1st time pergi theme park. Sangat seronot main air.Kakak tu setakat meniarap kat air nan cetek boleh lah..pastu takoot!


Bapak ghimau datang..huargh!!




















Khair Amsyar suka tengok air tu kuar dari dalam kolam. Terjerit-jerit dia tengok air tu membuak keluar. 

Nasib baik papa dok layankan.Nak harapkan mama dia bawak perut memboyot ni, tak dapek nak nolong.Mengah dik non.



Kakak teruja tengok papa dengan adik main air. Sikit-sikit datang kat diorang. Kat situ takdelah dalam sangat.

Pastu, haa cabot! Tengoklah tu, papa baru simbah air sikit dia pergi lari balik.Adik steady je.


 Simbah lagi.Syok sangat.



Masa ni budak-budak ofis yang lain pun ada. Masing-masing dah berkubang macam budak kecik.Khayra dengan Khair pulak, kalau ada orang lain, terus taknak main air. Moody lagi sebab baru baik demam. So, terpaksalah kitorang pergi tempat lain. Tak geng dengan budak ofis.Hehe.

 Ekspresi muka dah menggambarkan betapa budak jantan sorang ni memang suka main air.Biar berjam-jam pun takpe.Bibir tu sampai biru dok berendam je.


Smile papa! Susah nak amik gambar papa senyum macam ni.Mahal dia kata.Iyolah...



Splash it!! Suka gambar ni.

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi kena tapis sebab mak buyong kuasa 3 ni makin membuyong.Segan tengok diri sendiri.hihihihi. Harga tiket RM40 untuk dewasa termasuk pakej makan tengah hari. Kanak-kanak RM35.Khayra dengan Khair tak kena charge. Masa datang kat Water World tu, kitorang sampai lambat.So, kena guna duit sendiri dulu. Pastu boleh claim balik kat ofis.

Banyak lagi tempat yang boleh main air. Kat ombak besar tu lagi best.Adik boleh tunggu ombak tu datang kat dia.Budak bertuah.Pastu boleh ketawa besau tengok ombak tu hempas badan dia.Nak citer sikit, sebelum gerak ke tempat mandi lain, Khair boleh poopoo dalam suar dia.Haruuu.Nasib baik dia tak buat hal dalam air.Kalau tak terapung je dari jauh.Hahaha.

Elok lepas bagi makan, dia buat projek tau.Cepat-cepat tadah dengan plastik, pastu basuh suar dia.Dah setel, ajak main air balik.Tengok tu, tak padan dengan kecik.Sambung main ombak, area kul 5.00 petang baru balik.Esoknya saya start kerja setelah 2 minggu MC.Letih woo.Saje cari penyakit.Nasib baik tak pape.Hehe.

Aktiviti Berbayar Di Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu.

Dah lama tak bawak Kakak & Adik pergi Play Land kat Jusco Melaka. Hari tu seminggu atau 2 minggu sekali kena bawak Kakak. Almaklum budak-budak sekarang ni ingatan dia kuat. Selalu remindkan dengan mama & papa bila nak pergi tempat lompat-lompat lagi.

Kalau dah selalu diremindkan , nak tak nak kenalah bawak. Tapi janji kena tolong mama kemas rumah, jaga adik, makan kena habiskan and bla,bla,bla.Kakak memang patuh.Lately ni banyak pulak majlis nak kena attend. So, Kakak pun dah terlupa nak pergi kat tempat-tempat macam tu. Sekali masuk RM8.00 T_T

Kakak dengan Terowong Ajaib

 Kat taska pun ada rumah macam tu. Tapi kalau dah nama budak, semua benda baru dia nak main.


Adik yang kontrol hensem. Tak minat lagi main benda-benda macam ni. Saya perasan yang adik ni pemalu sikit kalau ada ramai orang. Mesti nak melekap je. Kalau orang yang dia dah kenal, ok la. Lari sana, lari sini. Penat nak kejar. 

Jengah Kakak yang main pondok-pondok sorang-sorang.

 Aih?! Mana Kakak ni? Hilang dah. Tadi ada..

 Apa benda yang diorang tengok tu. Adik still maintain macho tak nak masuk rumah tu. Konon.

Sebenarnya dalam rumah tu dah ada budak lain masuk. Kakak segan, so dia pun keluar. Tapi jengah kat tingkap je la dengan Adik.

 Macam nak geget je tengok budak ni. Geram!

 
 
Masa ni 1st time pergi Play Land. Sepatutnya kena pakai jeans. Dah pakai skirt ni asik ternampak je lah yang belah dalam tu. Sori ye Kakak.



Mama dengan Adik jadi penunggu setia Kakak yang nak mencuba setiap permainan kat dalam tu.Pena tunggu. Papa tukang amik gambar. Adik yang sangat manja.

Sukaa sangat gambar ni!!

Itulah aktiviti kalau weekend. Lepas ni nak ajak Kakak bawak basikal kat Taman Rekreasi pulak lah. Tengok dah pandai sikit-sikit kayuh. Kena bagi tempat yang luas untuk Kakak berlatih. Kat dalam rumah yang terhad tu manalah puas Kakak nak berkayuh kan.

Ragam Anak Bersolat

Melentur buluh biar dari rebungnya.

Hari Ahad semalam pergi beli barang sikit and makan-makan kat McD.Balik rumah dah nak dekat maghrib. Lepas Khayra & Khair mandi, papa ajak budak-budak 2 orang tu solat maghrib. Selalunya Kakak solat sendiri je. Ttak cukup 5 waktu pun, rakaat pun tunggang-langgang,nama pun budak-budak :) Ni 1st time papa ajak solat ramai-ramai.

Dak Adik pun nyibuk sekali. Selongkar balik songkok raya hari tu, bagi Khair pakai. Lepas ni songkok raya tu tak payah simpan dah .Tahun depan confirm kena beli songkok lain, kepala mesti dah besar sikit.Seronok tengok aksi anak-anak ni. Saya cakap dengan Khayra, Kakak ikut je apa papa buat tau. Kakak memang patuh, tapi Dak Adik ikut stail dia sendiri je. 

Mula-mula suruh Adik diri sebelah papa, tapi dia nak jugak nyempil sebelah Kakak. Kakak ikut je papa sujud.
 
Menonggeng la pulak.Masa ni Dak Adik freestyler. Nampak montot dia. "Mama, tengok adik ni baring-baring je. Mama angkat adik" Kakak siap sound. Tengah solat tak boleh cakap lah Kakak.
 
Nasib baik dah tahiyat akhir. Kalau tak apa lagi yang dak Adik nak buat. Saya kena pantau je. Nak bagi peluang kat anak-anak solat sama-sama.
Amiin.Selalunya lepas solat dan abis baca doa, saya dan hasben mesti salam,peluk cium anak-anak (kalau budak-budak tu ada kat situlah). Semoga anak-anak saya membesar sebagai anak yang soleh&solehah.Insyallah..

Konsert Taska Khayra & Khair : Part II

Mari kita sambung cerita Konsert Taska Khayra & Khair : Bahagian Akhir

Lepas habis persembahan Khayra eh silap, kawan-kawan Khayra, sambung pulak cabutan bertuah. Nombor Mama naik. Bawak sekali anak-anak naik atas pentas. Dengan sorang berdukungnya, sorang pimpin tangan. Kecoh je. Itu baru anak 2, lom 3,4,5 dan seterusnya lagi (amboi banyaknyer anak..).

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian 1 Malaysia. Budak-budak + After School. Ada tarian Melayu, Cina dan India. Boleh la. Kena prektis lebih sikit ni. Shy-shy cat pun ada. Hehe. Ada jugak aktiviti untuk bapak budak. Segmen pakaikan baju baby dengan mata kena tutup. Nasib baik baby tak tertukar. Then persembahan anak-anak dengan lagu Bila Berpacaran. Siap ada pakai tanduk setan lagi. Haru.

Tarian 1 Malaysia

Miming Lagu Bila Berpacaran. Tengok kat kiri kanan tu ada bodyguard pakai tanduk.Takuut...

Bila ada family aktviti, Mama dah berapa kali ajak papa involved sama. Tapi macam biasalah, hasben ai malu sikiiittt. Kesian pulak kat penganjur takde sambutan dari mak bapak. Last-last untuk segmen "Family Designer", saya ajak jugak hasben naik pentas. Nama pun designer kann.Macam-macam alasan pulak bapak Khayra ni, Adik takde sape jaga lah, nanti dulu lah.

Agaknya ramai yang mak-bapak segan-segan nak naik pentas, setiap cikgu pilih family mana yang kena amik bahagian. Haa, kan dah kenaa. Family Khayra boleh naik ke pentas untuk amik bahagian.Mula-mula pening gak, apa benda nak main ni. Rupanya kena buat baju untuk anak guna paper lama. Terus jem kepala mama nak fikir.Dalam tengah fikir tu, tak sedar tangan ni dok menggunting. Ooops! Pertandingan belum mula lagi. Siap kena sound dengan pengacara majlis, sabar dulu kak..belum mula lagi nih..T_T

Khayra ok je bila mama, papa sama-sama join dengan dia kat stage. Masa tu dah warm up. Dah panas dah. Siap lompat-lompat lagi. Awal-awal tadi nangis..huhu..Adik pun sama-sama tolong papa carik-carikkan kertas yang dah gunting. Sangaat membantu Dek.Thanks! Papa buat skirt rambu-ramba & topi, mama buat baju. Inilah hasilnya.....
*
*
*
*
*
*
*
*

Taraaaaa!! Kesian anak aku. Macam kena dera pulak siap peace macam tu. Cantik kan.... (ayat berlawanan)

Designer yang bertanggungjawab. Saya tak terlibat (tiba-tiba).

Just for fun je. Bila lagi nak mengeratkan silaturahim dengan mak-bapak yang lain. Dapat lah nombor 2. Kalau kemaskan sikit skirt and topi Kakak tu confirm dapat tempat pertama.Hahaha.Bila tinggalkan Kakak sorang-sorang kat stage, sebab juri nak tengok, boleh je dia dok diam. Tak nangis. Saya just berhatikan dari jauh. Lepas dah sudah, Khayra dengan sendirinya bukak balik baju kertas tu, kemas dan siap kumpulkan paper bagi kat cikgu.Memang saya dah ajar, kalau buat sepah, kena kemas balik. Alhamdulillah, Khayra buat sendiri tanpa disuruh.





Candid. Khayra bersungguh-sungguh kemas balik sampah-sampah tu. Langsung tak kisah mak dia kat mana.Mak dia pun langsung tak kisah anak dia buat apa.Hee.Perhati dari jauh je.

Baju papa tak ikut tema. Tak sempat cari baju oren.Merah pun merah la.Peneman setia Adik yang dah lapar nak makan. Setiap Family dapat makanan dari A&W. Mama bawak bekal sandwish.Rasanya kat tempat kitorang la paling banyak barang. 

Persembahan penutup. Cikgu dan Kanak-kanak Taska. Tarian Sumazau.Masa ni Khayra dah ikut sama menari.Tapi kat depan pentas la. Nampak tak Khayra depan budak baju putih tu.Lompat sana, lompat sini. Kalaulah Khayra tak nangis tadiiii.....


Dah ada self-confident untuk ke pentas amik hadiah. Elok je ha.Mula-mula je tadi takut.


Ceria bersama hadiah. Sampai rumah Adik pun dah tido.Adik takpat amik gambar dengan hadiah-hadiah tu sebab Kakak tak sabar nak bukak.

Kesimpulannya, Khayra kena bagi panas lama sikit baru boleh dia ada keyakinan perform depan orang. Next year, kalau ada umur lagi, saya nak request cikgu suruh Khayra buat persembahan yang last-last. Biar dia dah syok baru lah tak nangis.

Konsert Taska Khayra & Khair : Part I

Hari Sabtu 12 November 2011, Taska Khayra & Khair buat Konsert Tahunan. Tahun ni 1st time Khayra involved sebab tahun lepas Khayra tak dapat pergi sebab kena sakit mata. Kesian.Pagi-pagi lagi Mama dah siapkan Adik & Kakak. Papa mandikan, Mama siapkan bekfes semua orang. Dah mandi, baru makan.

Yang sebetulnya Mama dia la paling excited. Anak nak buat persembahan, mestilah tak sabar nak tengok. Siap suruh Nenek & Atuk datang tengok Kakak nak perform. Konsert start pukul 10.00 am, so kitorang bertolak pukul 9.40 am.Theme color Orange-Black. Sampai kat Auditorium Seri Negeri, Atuk & Nenek pun sampai sama. Lepas register, bawak Khayra masuk belakang pentas nak mekap.

 Banner Taska

 Antara hadiah untuk dirembat

Acara bermula dengan persembahan pakaian beragam oleh anak-anak ikut stage umur. Dak Khair Amsyar tak masuk pun acara ni. Mak dia fening (malas?) nak cari baju untuk dipakai. Senang citer, Dek takyah masuklah. Kakak pun tak masuk. Adil dan saksama. *geleng kapla.

Macam-macam pakaian yang diperagakan. Ada yang siap sewa kostum, ada yang kreatif siap jahit sendiri. Alahai anak, sorilah mak ni tak kreatif, langsung tak terfikir nak sarungkan anak-anak baju apa. Paling comel Baby Aimi - Si Little Mermaid. Sangat tekun nenek Aimi ni jahit ekor duyong guna Jalur Gemilang. Gambar semua contestant tak complete. PhotoG memilih amik gambar yang cun je.Huhuhu.

 Aidid (Abang Baby Aimi) Si Ahli Sihir Jalur Gemilang. Hentam la Labu.

Kategori Baby. Si Ikan Duyong kat tengah-tengah yang di apit Little Princess dan Little Dracula.

Angle dari belakang. Seksi betul Baby Aimi. Sangat cantik bila Aimi angkat kaki ke atas. Nampak macam duyong real. Pandai pose ye.

Acara untuk Khayra selepas kanak-kanak umur 4-5 tahun perform. Cari balik dalam kamera takde pulak amik gambar. Konsep Pop Yeah Yeah. Kemain gelek lagi budak-budak tu. Sebenarnya naluri Mama ni dah tahu yang Khayra taknak buat persembahan. Dari awal lagi masa nak mekap, tangan sebelah tarik baju Mama. Tak bagi mama bergerak dari situ. Kalau tak dia bantainya menangis.

Atuk & nenek datang pagi-pagi nak tengok Kakak perform, tak kan tak nak buat pulak. Kakak dengan group 3 tahun kena buat Music & Movement. Ada 3 lagu. Lagu pertama guna payung sebagai prop, kedua Sun, ketiga I Love U (Barney). Puas dah Mama pujuk, melalak pulak. Start kena tukar baju tu, dia bantainya baring kat lantai menangis. "Taknak tukar bajuuu, bajuu tu buroook!!" Sambil menangis dia cakap macam tu. Oklah, taknak tukar baju, kita pakai je baju Kakak tu ok.

Mama siap panggil Aidid- kawan kakak suruh pujuk. Dia taknak jugak. Budak lain dah teruja nak naik pentas. Sampai turn Kakak, Mama siap temankan naik stage tau. Dia nak balik pulak. Alahai anak, haruuu betul.

 Sesi memujuk Khayra kat belakang pentas. Nampak tak kat belah kanan tu. Aidid tengah pujuk Khayra. Mama siap menggayakan payung tu lagi..

 Tuan2 dan Puan2..dipersilakan eh ala kesian nape nangis ni sayang..mak dia pun join sekali tau..kata Pengacara Majlis. (Sila abaikan punggung orang tu.Tak sempat nak crop.)

Yeah, inilah anak saya. Melopong mulut menangis. Kakak, kakak...Esok dah besar tengok balik gambar ni. Mesti Kakak gelak tau..Hee..

Last-last bawak jugak Khayra turun. Bagi laluan kat kawan-kawan nak buat persembahan. Frust Mama tau. Khayra tengok je kawan-kawan tu. Atuk tolong pujuk.

 Khayra tak masuk, tinggal 4 kerat je la. Suppose Khayra tengah-tengah sebab she is only girl in the group. Masa ni lagu Sun. tu pasal kena pakai cekak matahari kat kepala tu.Ala sayang lah khayra taknak buat...huhu..

 Atuk & Nenek yang datang. Khayra takut mama marah, dia pergi kat Atuk. Pandai eh.Atuk tolong pujuk..Adik Steady je..Muka orang lepas nangis, penyek je..haha..

 Adik hari ni good boy..tak meragam sangat..elok je duduk dengan atuk macam orang besar..hee..

Muka mama yang frust...

Lepas Khayra dah ok, Atuk&Nenek nak balik. Nak pegi beli barang kat Mydin Mall. Tinggal Papa & Mama nak handle budak dua orang ni. Thanks Ayah , emak...susah-susah je datang. Nanti kita sambung citer part II pulak k. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...