Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Khayra Yang Pemalu

Dah lama dah aku perasan perangai si kecit aku yang baru 6 bulan ni. Khayra akan jadi pemalu bila jumpa orang lelaki. Ye betul. Lelaki tau, bukan baby lelaki. Haha. Yang betul-betul aku perasan perangai baru Khayra bila rumah MIL kenduri Sabtu hari tu.
Masa mula-mula Abah (sebenarnya paklong tapi panggil abah) Khayra start nak dukung,tiba-tiba je Khayra palingkan muka dia kat dada aku sambil tersenyum. Masa tu aku ribakan dia. Cewah! Macam budak remaja kena ngurat je aku tengok muka dia. Berapa kali dia buat macam tu. Sambil Abah ajak dukung, dia mesti paling muka pastu senyum. Malu le tu. Hek eleh. Kitorang yang ada kat situ semua gelak.
Semalam pun sama. Aku dan Mr.Papa pegi kedai perabot. ewah2 nak beli perabot baru ke cik kak? Masa tu aku duduk sambil pangku si kecik tu. Tokey kedai tu agah Khayra. Start la dia paling muka kat dada aku. Pastu senyum. Pekerja dia pun sama,bila agah je, Khayra nyorokkan muka dia kat dada aku. Time tu isteri tokey tu ada. Aku cakap yang Khayra malu dengan orang lelaki. Isteri tokey tu tak percaya. Dia agah Khayra. Tapi Khayra buat dek je. Hahaha. Memilih betul baby aku ni.
Aku harap baby aku kekalkan sifat pemalu dia dengan lelaki ni. Jadi Perempuan Melayu Terakhir gitu. Hehe.

Sedut Hingus

Sedut hingus? Manual ke pakai penyedut?
Masuk ni,dah dua kali Khayra kena batuk + selsema. Kesian dia batuk kong-kong. Pastu hingus asik dok melekat kat hidung dia. Baby mana reti nak hembus. Ada sekali tu aku pernah gak try sedut pakai mulut hingus Khayra. Mula2 memang la geli,tp tak sampai hati tengok Khayra macam tu. aku pun sedut. Tapi lepas tu,aku plak yang selsema teruk. Kali ni,aku beli kan penyedut hingus brand Japlo. Mr. Papa yang tolong buatkan.


Mr.Papa Si Penyedut Hingus

Operasi permulaan dijalankan masa sasaran tengah tidur



Mula menyedut. Sasaran lena tidur. Operasi tak diganggu.


Hasil tak berapa lumayan. Tapi operasi BERJAYA!
Setakat ni Khayra masih lagi selsema + batuk. Setiap kali hidung dia tersumbat, Mr.Papa akan jalankan operasi dia. Harap Khayra cepat sembuh.

Khayra dan Solid Food

Khayra dah masuk 6 bulan. Sepatutnya umur baby 6 bulan baru kita boleh bagi solid food. Tapi aku tak berjaya. Huhu. Masa Khayra 5 bulan 2 minggu dah start makan.
Semuanya gara-gara Khayra demam lama sangat.
So, my MIL kata baby merengek sebab nak makan tu. Nak tak nak, kena la ikut cakap MIL. Walaupun Khayra tak genap 6 bulan untuk start makan solid food, namun akan ku pastikan Khayra menyusu badan sampai 2thn++. Insyallah.
Aksi-aksi lasak baby aku time makan
Makan kat pangku mama je. Mama tak belikan tempat duduk Khayra lagi.

Best gak bubur nasi blended yang mama buat ni


Nyum! Nyum! Belum pandai makan. Masih comot lagi.

Takpe mama, biar Khayra makan sendiri.

Hujan Yang Damai

Khayra merenung jauh sambil menghayati hujan turun


Pagi ni masa keluar rumah, dah nampak dah tanda-tanda nak hujan. Langit gelap. Sepanjang jalan nak pegi keja masih belum hujan lagi. Tup-tup, elok keluar dari keta, hujan mencurah-curah turun. Khayra leka tengok air menitik-nitik turun kt cermin keta. Pas hantar Khayra pegi taska,hujan pun berhenti. Hujan yang mendamaikan suasana pagi ni.

p/s : tu gambar kt rumah, pinjam gambar yg ada hujan..hehe..

Hantaran Untuk Abang Uda

Aku perasan kadang-kadang aku ni ada gak bakat terendam. Masa adik aku nikah 30 Mei hari tu, aku siapkan satu hantaran untuk dia. Cewah kakak mithali la katakan. Padahal tu satu je yang aku buat, adik aku yang Kak Ngah tu lagi banyak hantaran dia buatkan. Tak kecoh pun. Muahaha. Ok puan-puan sekelian, mari kita tengok step-step untuk buat hantaran yang simple dimple ni. Sesuai untuk letak telur atau potpuri.


Step 1 : Bahan-bahannya adalah gunting, gam UHU, bunga kecil, riben, rantai hiasan, tapak polisterin, kertas pembalut dan bekas berbentuk love. Renda hiasan tak ada dalam gambar ni. Beli kemudian. Hehe.




Step 2 : Ni contoh bekas berbentuk love tu ye puan-puan. Selalunya dia jual 10 biji sebungkus. Tak jual satu-satu. Kalau kita just nak guna 5, kena beli 10 gak. Pandai diorang ni meniaga ek. Ada bentuk bulat dan empat segi.



Step 3 : Mula-mula kita lilitkan riben di tapak dan di penutup bekas tadi. Boleh lilitkan seluruh bekas ni atau lilit tengah-tengah. Ikut kreativiti maring-masing. hehe. Lepas tu, tempekkan bunga kecil tadi kat atas penutup bekas. Dah nampak tak hasilnya. Boleh la kan.



Step 4 : Inilah beberapa biji bekas love yang telah dikreativitikan oleh saya ye puan-puan. Macam la cantik sangat Oh ye, step untuk hiaskan tapak tu, saya tak sempat nak snap pic. Masa tu saya sambung hari lain. Lupa nak beli riben. Macam biasa, lilit-lilit, pastu gam. Haha keja orang nak senang.



Step 4 : Inilah dia bentuk hantaran yang telah siap ye puan-puan. Kalau nak tambah dramatik ape da dramatik letakkan stand tinggi sket kat tengah-tengah hantaran tu ye. Nampak ada leader kat situ. Bunga pun cari besar sket antara semua.
Itulah serba sedikit aktiviti aku masa adik aku nak kawin hari tu. Tak dapat nak menyumbang benda lain, sumbangkan hantaran pun jadi la. Asalkan ikhlas ye tak. nak sedapkan hati Bekas tu ktorang letakkan telur. Kalau ada sape-sape yang berminat nak cuba, dipersilakan. Kalau nak aku buatkan pun boleh kot. Tengok kalau ada time free la.Hohohoho.

Daddy’s Dearest Contest

Ni first time nak masuk contest ni. Dah lama aku fikir nak join contest yang pelbagai tu, tapi yang ni sempena Father's Day, aku pun menerai kan diri a.k.a saje suka suki. Walaupun hari ni hari last contest tu, saje je nak menyibuk diri. Kalau ader rezeki, ada la.

Tuan punya pengacara majlis adalah
Pn. Isabelle kita yang mantob plus jelita tu bukan membodek ye kawan2. Tajuk contest this time ialah Daddy Dearest. For sure untuk para daddy with his son or doter kan.

Worait, Setelah puas menggodek gambar2 Khayra with Mr.Papa, so inilah gambar yang ku rasakan sesuwei dengan tajuk kita pada kali ini.

Masa ni Khayra baru 3bln++. Mr.Papa rajin ajar Khayra baca buku. Buku tu pun Mr.Papa yang belikan kt Sogo. Tiap2 malam walaupun keletihan bekerja mesti Mr.Papa bukak buku yang gabak besar tu, letakkan Khayra kat pangku dia then dengan lembut start la tunjuk "Tu jam..yang itu lion...kiri left, kanan right...ini sayur,kita kena banyak makan sayur....ini finger, red merah,bla,bla,bla..." Khayra macam faham apa yang papa cakap. Dia diam je. Sambil ikut tengok mana papa tunjuk. Pastu khayra cuba gak sebut, walaupun bunyinya "uuu, aaa". Aku saja biar dua beranak tu layan feel. Dalam diorang tengah leka, aku snap gambar ni. Dapat la gambar candid. Dan ini lah satu-satunya gambar Mr.Papa tengah ajar Khayra. Dalam gambar tu nampak keihklasan seorang bapa yang mengajar anaknya supaya faham apa itu kehidupan. Si anak dengan manja cuba belajar demi mengambil hati bapanya walaupun masih belum mengerti apa-apa. Sekarang ni papa masih lagi dengan rutin dia. Dan keakraban papa dan Khayra tak dapt dipisahkan lagi.

How to participate?
Just follow the steps below and the prizes could be yours!
1. Add Isabelle...frankly in your blogroll@bloglist and become my follower.
2. Write a short entry in your blog about this contest (it could be in Bahasa Melayu or English - up to you) and put up the Daddy's Dearest banner (above).
3. Upload a creative/dramatic photo of the father with son/daughter and explain why do you think your picture is unique.
4. Include a link back to this blog and this contest in the entry.
This blog -
http://thesnowwybear.blogspot.com/This contest - http://thesnowwybear.blogspot.com/2009/06/daddys-dearest-contest.html
5. Tell me about your entry by leaving a comment here with the link to the entry.

*The prize would be something special for the moms (as I believe only moms will spend time to do this...hahaha*
Terms and conditions


* This contest is only opened to Malaysian bloggers only.
* The contest starts on 1st June 2009 and ends on 19th June 2009.
* You must put the required links in your entry. Else, it will be disqualified without notice.
* Winners will be selected based on the most creative pix that resemble daddy-child closeness.
* Judge’s decision is final and no correspondence will be entertained.

* Winners will be announced in this blog and will also be contacted via email.

Kenapa?

Dah lama aku perasan setiap entry aku takde disertakan tarikh dan hari. Tak best la camni. Puas aku godek2, kt mana nak adjust benda alah tu. Even dah jumpa pun, but it's still not working at all. Sekarang ni aku tengah mengintai2 mana2 blog template yang cun2. hehe. Tapi penyakit M aku ni mengatasi segala. Huhu.

Cuti Lama


Lama rasanya tak hapdet blog nih...bila lama x hapdet,otak pun tepu tak tau nak tulis apa...busy sangat dengan Khayra,lagipun Khayra makin main manja dengan mama dia sekarang ni...mana mama duduk,dia akan merangkak pegi kat mama..oh!ye, Khayra dah pandai merangkak, duduk tegak dan dah start memaut untuk berdiri...nanti aku story kat entri lain...


Mula-mula,disebabkan baby aku yg jelita tu tiba-tiba demam panas...mau tak panik...ialah,daripada dia boleh ketawa2 dengan mama dan papa,malam tu terus satu bdn panas...kt kepala jgn ckp la,dah tuam dengan air asam jawa,kejap je kering...bawak pegi klinik,then aku pun amik cuti dua hari...rasa2 dah kebah demam,Khayra masuk Taska hari Rabu...hari Jumaat plak memang dh plan nak cuti balik kampung...so,2 hari je la Khayra dok kat Taska...


Balik kampung,ktorg nak menghantar adik lelaki aku menikah kat Triang, Pahang...dari KL balik Melaka pastu pegi Pahang...Khayra seronok je...tak meragam langsung...balik dari Pahang,papa stay dua hari kat kampung,pastu balik KL...aku dan Khayra dok kampung,konon nak tolong family uruskan kenduri kawin adik aku tu...then,Khayra start meragam...asik nangis je...batuk + selsema + demam macam biasa...pastu nak berdukung...aku dah tak boleh nak tolong2 uruskan kenduri...kena layan si kecik aku tu...sian dia...


Bgtau kt papa,kena balik kampung cepat...maybe Khayra demam rindu kt papa...papa balik malam rabu...malam tu Khayra tido peluk papa...aduhai,sian tengok baby aku ni demam rindu kat papa dia....esoknya,khayra still keadaannya yg sama..asik nangis...ktorg bawak khyara tangkal...orang tua-tua cakap khayra kena "tegur"...ialah jalan jauh pegi pahang..ntah la...


sampai hari kenduri kawin adik pun,khayra nak berdukung je...nangis pun sama...aku kurantinkan khayra tak boleh keluar rumah..untuk langkah berjaga-jaga...kenduri kawin sepupu aku pun,aku tak pegi..mengenangkan khayra macam tu....ayah aku bekalkan air yasin...so,balik KL Khayra mula ok...setiap kali dia merengek,aku akan bagi air tu kat dia...nampaknya Khayra serasi dengan air yang atok dia buatkan better than air tangkal yang lain...


Alhamdulillah,sekarang Khayra makin cergas...orang kata dia "membeli"...tu la yang lama sangat dia demam...apa taknya,pas dia demam Khayra dah bole merangkak, boleh duduk tegak (takde senget2), nk berdiri dan gusi dah nampak bayang nak tumbuh gigi...Khayra oh Khayra...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...