Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Fully Breastfeeding...without Formula Milk in 12 Months..Alhamdulillah..

* Edited by Hanna on 12.31 pm..Credited to Kak e-caR for that information..Thanks a lot..

Exlusive BF= breastmilk only (no FM, no solid foods, no pacifier, no air masak, BF more than 12x per day)
Fully BF= breastmilk + solid foods (no FM)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada aku memberi seribu khasiat susu ibu kepada puteriku yang comel - Khayra Nur Rania - selama 12 bulan / setahun tanpa sebarang susu formula yang lain.

Permulaan yang kurang menarik,apabila hari kedua Khayra lahir,susu aku tidak semewah mana.Tetapi hasil daripada mengurut,alhamdulillah,susu kembali lancar dan melimpah-ruah.Waktu tu,breast sentiasa membengkak kalau Khayra tak menyusu.

Hari-hari yang mendatang,aku tabahkan diri untuk terus menyusukan Khayra.Waktu mula-mula BF,target aku hanya 6 bulan pertama sahaja exclusive susu ibu.Masa tu masih belum yakin.Lepas 6 bulan,tambah lagi 6 bulan untuk teruskan penyusuan.Alhamdulillah,aku berjaya 12 bulan ni untuk menyusukan Khayra tanpa bantuan susu formula.

Memang banyak cabaran kalau BF ni.Memang kadang-kadang kalau hati tak kuat,kita boleh kalah dengan keadaan sekeliling.Aku masih lagi memerah susu. Walaupun dimana aku berada,cooler bag kesayangan sentiasa aku angkut.Tetapi yang penting sekali sokongan yang kuat daripada suami dan keluarga antara penyumbang kejayaan BF aku.Terima kasih banyak-banyak kepada hubby yang tak putus-putus menggalakkan aku untuk teruskan penyusuan susu ibu kepada puteri kami tu.Begitu juga kisah kejayaan rakan-rakan blog yang berjaya fully BF sampai 2 tahun,menjadikan aku lagi bermotivasi.Terima kasih.

Alhamdulillah,berkat susu ibu,Khayra bijak,cerdas dan sentiasa maju dalam semua perkara.Sekarang ni aku nak target lagi 6 bulan lagi.Aku target sikit-sikit dulu.Insyallah kalau berjaya,aku berazam untuk fully BF selama 2 tahun.Moga niat murni aku ni tercapai.Amiin.
9 Responses
  1. Mummy Aqil Says:

    alhamdulillah.. daku doakan dikau berjy bf till 2yrs n titisan terakhr... chaiyo2


  2. dear..
    congratezz dh jd BF-ibu selama 1 thn.. truskn smpi 2 thn yerr.. chayork2..BF-ibu rawkksss the world!!

    jz my 2 cents..
    Exlusive BF= breastmilk only (no FM, no solid foods, no pacifier, no air masak, BF more than 12x per day)

    Fully BF= breastmilk + solid foods (no FM)


  3. Hanna Says:

    Mummy Aqil

    Thanks mummy aqil bam-bam...moga kita sama-sama berjaya.chaiyok gak!

    Kak e-caR

    Thanks kak e-caR..harap sy pun dpt fully BF mcm akak..you're my idol :)

    oops!silap ke sy tulis tu kak..ok2,nnt sy edit blk..thanks a lot for dat info..


  4. ~Umi.Sufira~ Says:

    Alhamdulillah...happy for you!:) Tahniah yer..:)


  5. epi besday khayra...semoga kak hanna dpt bf khayra sehingga 2thn


  6. alhamdulillah, semoga Khayra sihat sentiasa dengan khasiat susu Ibu..
    Ina mmg inspired dgn cite2 kejayaan mcm ni..
    All d best!!


  7. Naura Says:

    kak,naura nak tanya,kalau cam akak gi jenjalan kan,dalam keta mesti khaira nak menyusu.Akak siap pam susu dari umah/akak terus bagi jer?


  8. Hanna Says:

    Umi Sufira

    Thanks umi sufira..i's so grateful :)

    Naz

    Thank u very much Naz..sama-sama kita target smpai 2 thn..insyallah,amiin..

    Azlina

    All da best 2 u 2 Ina..hanya terbaik untuk anak kita..

    Naurah

    Selalunya kalau Khayra ada sama-sama dengan akak,jarang dia minum pakai botol.Mesti direct feed.Cuma kat taska atau time dia tinggal dgn papa dia je Khayra minum susu perah.

    Harap Naurah pun sama-sama dapat fully BF mcm rakan-rakan kita yang lain utk 2nd baby ni.(^_^)


  9. no probs. dear.. sharing is caring n loving rite!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...