Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Plan Yang Tak Menjadi

Hari Isnin hari tu (30 Nov 09) aku dan hubby amik cuti.Sebenarnya stand by kalau-kalau family belah husband nak bermalam kat rumah kitorang.Rupa-rupanya diorang bermalam hari Sabtu malam Ahad hari tu.So,daripada membazir cuti,aku plan nak berdating dengan hubby.Ialah,rasanya lepas aku bersalinkan Khayra,tak pernah lagi kitorang pegi tengok wayang.So,pagi-pagi kitorang dah hantar Khayra ke Taska.Waktu macam biasa.Kalau sempat,kitorang nak amik Khayra awal.Dalam pukul 4 ke.



Lepas hantar Khayra,kitorang pergi breakfast dulu.Pegi kedai mamak.Dah lama aku ngidam roti sardin ni.Pergh!Terliur tau.Hubby amik roti telur + roti kosong.Balik rumah dalam pukul 9 lebih.Ala,ngantuk pulak.Tapi aku lepak-lepak dulu.Baca paper.Hubby macam biasa dengan FB dia.Baju banyak giler tak berbasuh.Jap lagi ar.Padahal ada 2 bakul besar menanti untuk di laundrykan.Huhu.


Sedar tak sedar dah pukul 12 lebih.Nak tengok wayang apa kalau keluar lambat.Last-last aku cakap,kita keluar lepas Zohor je la.So,korang bayangkanlah kalau keluar dah petang-petang ni. Hubby suruh aku drive.Sebab aku yang ajak dia dating.Ceh!


Sebenarnya aku dah kelaparan.Walaupun bfast pagi tadi,tapi perut ku ini masih menyanyi alunan indah.Dah lama tak pegi makan nasi campur kat Danau Kota.Apalagi,pecut ke sana.Sampai je,lauk dah makin habis.Tu la,sape suruh kuar lambat.


Penangan orang kelaparan.Licin wei.


Kitorang terus pegi MBO Ampang.Dah agak dah,cerita yang best-best dah start.Kalau tunggu camne nak amik Khayra kang.Huhu.Dari Ampang nak masuk KL time orang balik keja memang jem.Takut tak sempat amik Khayra.Terpaksalah kensel tengok wayang.Sedih tau.Nak amik gambar kat tepi poster wayang pun takde mood.Hubby ajak pegi jalan-jalan.Dia pulak drive.Aku tengah keciwa.


Masuk Bukit Bintang kitorang guna Lebuhraya AKLEH.Tersosat pulak.Just amik gambar Pavilion je la.Gambar ada.Tapi malas pulak aku nak upload.Pastu boleh pulak pegi SOGO.Tempat hari-hari aku pegi.Bosannya.Itu pun disebabkan Taska Khayra dah dekat.So,parking kat tempat biasa.Jalan-jalan.Yang penting,aku dan hubby bebas berjalan sambil bermanja-manja macam orang bercouple yang lain.Mesti orang ingat kitorang lom ada anak lagi ek.Hahaha.Perasan!


Waktu amik Khayra.Tepat kul 4 petang.Yang ramai-ramai tu budak praktikal.Tengah mengagah Khayra.


Sempat bawak Khayra main air pancut kat depan Tabung Haji.Habis basah baju Khayra.Suka sangat main air.


Jom balik.


Kesimpulannya,apa yang aku plan tak menjadi.Ini semua sebab time table tak betul.Kenapa tak betul,sila tanya dengan En.Hubby aku ei.Dia je yang tau.Tapi yang penting,inilah pertama kali aku seharian dengan hubby tanpa Khayra.Rindu tau.Asik ingat kat anak je.Tapi lain kali,aku nak plan betul-betul.Ntah bila dapat amik cuti lagi ni.

So,kalau sesapa yang ada pengalaman berdating dengan hubby masing-masing tanpa kehadiran anak-anak,boleh ceritakan.Aku nak follow sapa-sape yang baaiik punya plan.Nak pegi mana,aktiviti apa,makan kat mana.Sharing is Caring.Hehehe.
8 Responses
  1. padanMuka Says:

    kesiannyer...


  2. Hanna Says:

    padanMuka a.k.a papaKhayra

    amboi sedap je mulut memadan muka kat orang ye..nak kena ni..dush2!Tau pun kesian,lain kali ikut time hokey..


  3. Mummy Aqil Says:

    hmm...hmm.. sy slalu dating time lunch je kat giant sec 13 or lunch kat area opis. huhuu.. xsmp hati lgk nak tggl aqil. tkt rindu... huhuhuu... tp dah lama tak tgk movie.. wuwuwuu...


  4. myQza Says:

    ekekkekeke.. x pe.. cuba di lain hari..


  5. Hanna Says:

    Mummy Aqil

    mesti tiap2 ari dating tu..dlu b4 bersalinkan Khayra,daku pun tiap2 ari lunch dgn hubby..skrg tidak lg..waktu lunch daku pegi dating dgn Khayra..mesti jenguk dia kt taska..

    mummy aqil,agak2 mu boley jg khayra x time ktorg nak tgk movie nnt?

    giler ko,x pasal2 nk suruh org lain jg.haha.

    si tedi

    huhuhu..sabau je la..


  6. ibu wawa Says:

    cantik template baru hanna ni...

    sesekali best jugak keluar dating mcm masa bujang dulukan?


  7. Naff Says:

    Tak apa..lain kali bole plan yg betol2 punyer he he


  8. Hanna Says:

    ibu emy efy eqy

    oo thanks kak salwa,tp xleh celen akak punya template..meriah gitu..santek :)

    mmg best kak,tp dh x sama mcm bujang dlu,fikiran ni asik igtanak je..hehe..

    naff

    tu la pasal..kena plan betul2,tp kalau org yg kita nk dating tu buat spoil(lambat),abis lah..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...