Sana-sini mak-mak sekarang ramai yang dah guna benda alah kat bawah ni. Ala benda yang boleh pump susu tu. Memang canggih. Sambil bawak keta pun boleh pump susu tau,dua-dua belah pulak tu. Jimat masa dan tenaga.Nama dia Medela Freestyle. Semua ini kerana komitmen untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak yang minum susu ibu.Walaupun harga dia mahal, kerana sayangkan anak, tutup mata sebelah beli jugak. Saya takde freestyle ni. Tak mampu. Tapi memang itulah impian saya. Kalau dapat,alangkah bestnya. Senang nak mengepam.Tak dapat saya bayangkan kalau saya pump susu guna contoh kat atas. Hehehe.
Tapi bukanlah yang beli breastpump murah-murah tu tak sayangkan anak.Lagi-lagi yang guna manual je.Memang menjerihkan. Oleh kerana tu, memang saya salute mak-mak yang guna manual dan dapat stok EBM yang cukup untuk anak.Dulu saya pun guna manual.Mula-mula breastpump manual macam hon kereta tu,warna merah.Kihkih. Second, upgrade ke Manual Pureen. Pastu tukar lagi ke Manual Anakku.Alhamdulillah tanpa breastpump2 tersebut, memang saya tak dapat nak kumpul EBM untuk Khayra dulu.
Masa dua minggu lepas bersalinkan Khair Amsyar saya dapat benda kat bawah ni. Posmen yang hantarkan. Nama dia Medela Swing Breastpump.Kalau dulu saya guna
breastpump manual, alhamdulillah dah di upgrade yang mudah sikit.
Swing ni saya beli kat blog
Kak Engku, bukan Kak Engku Raja Azura ye
. Kak Engku ni jual secara ansuran. Yang bestnya kita boleh tawar menawar dengan dia. Alhamdulillah Kak Engku bagi harga yang berpatutan. Pastu kalau nak ansuran, tak kisah berapa bulan atau berapa RM yang kita boleh bayar. Asalkan habis bayar baru Kak Engku poskan barang tu. Saya target dalam lima kali bayar. Mula-mula bayar seratus lebih pada bulan pertama.Next month saya dah bersalin pulak, Khair Amsyar pulak duduk dalam wad nurseri.Memang jadi bengkak susu. Tangan saya dari dari pergelangan tangan ke siku memang bisa sebab terpaksa perah manual. Almaklum baru 2 hari bersalin. Badan lemah lagi.So, hasben dengan baik hati dan kesian tengok tangan saya bisa-bisa,bagi duit suruh saya setelkan beli Swing cepat. Dah dapat Swing ni saya suukaa sangat.Thanks papa.
Time saya beli dengan Kak Engku, dia still jual breastpump auto dan manual. Cuma sekarang je dia tak jual yang auto lagi, sebab supplier dah naikkan harga. Bagi Kak Engku, dia nak menolong orang-orang macam kita beli breastpump yang mampu milik. Tapi disebabkan dah naik harga, dia tak jual lagi.Yang ada cuma breastpump manual.Tapi bukan tu je Kak Engku jual, selain tu set bersalin pun ada. Yang penting kos penghantaran pos adalah PERCUMA! Saya rasa macam beli terus kat dia je sebab tak keluar modal duit shipping. Heee. Saya promote blog Kak Engku ni pun sebab saya puas hati dengan cara Kak Engku layan pelanggan (yang penting dapat tawar..hehehe).
Hari Isnin depan (15 November) saya dah start keja balik. Cepatkan.Sebab hari tu amik cuti bersalin awal dua mingu. Ingatkan baby keluar awal. Rupa-rupanya overdue 4 hari.Huhu. Rasa rugi pulak amik cuti awal. Antara lain saya amik cuti awal sebab sambung terus cuti raya hari tu.Stok EBM ni pun antara buat tak buat je. Takut gak kalau tak cukup nanti.
Ish..orang kat rumah tu takde stok makanan ke?Kosong je?
Label EBM memang ada, tapi saya pusing ke belakang..Saja..
Harap-harap cukuplah untuk Khair Amsyar nanti. Kalau mak-mak lain mesti dah penuh fridge. Saya takat tu je la. Alhamdulillah rezeki.Saya ada persoalan, susu awal yang kita perah tu (kolustrum), sama tak jangka hayat dengan EBM lain?Takut baby rasa lain pulak.Adalah dalam 2-3 botol susu kolustrum (kaler kuning) dalam freezer tu.Boleh guna lagi ke?Harap-harap adalah sesiapa yang pakar dapat bagi jawapan.
Jap lagi nak pegi potong rambut. Memang dari dalam pantang tu saya dah niat nak potong rambut lepas habis berpantang. Tak tahan. Sampai jumpa lagi.Bye