Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Amsyar Dah Lama Tak Pakai Baju Melayu

Last week...

Hari Jumaat minggu lepas Dak Abang dah start pakai baju melayu kat taska. Dah lama dah saya tak pakaikan dia baju melayu.Sampin dia je saya lupa nak pakaikan.Dia punya excited, sampai kat tadika kakak pun dia nak ikut jugak. Menangis nak ikut kakak.Sebab kat tadika pun budak-budak pakai baju melayu.Amsyar ingat kena berkumpul kat situ dulu kot, pastu pergi jalan-jalan raya.Mama merepek.Hee..

 Selalunya dia babai dalam kereta je, ni siap turun. Rupanya nak ikut masuk sekolah Kakak. Kena tarik masuk dalam kereta balik.Haruuu..


 Muka penyek lepas menangis. Tapi bila mama amik gambar boleh dia pandang kamera jap, pastu sambung menangis balik... T__T
 
Muka dah nampak kena chicken pox..

Dah sampai taska, nak ikut mama balik pulak.Dah hensem-hensem kena lah pergi jalan-jalan kann.. Selalunya ok je, siap tak nak toleh dah kalau mama pergi kerja.Tapi haritu kemain lorat nak ikut mama.Dalam pukul 10.30 pagi saya dapat SMS dari taska pasal chicken pox tu.

Masa saya sampai taska, Amsyar sorang je dah salin baju melayu pastu pakai baju lain. Budak-budak lain masih setia dengan baju melayu.Rupa-rupanya, dia sudak yakk kena kat baju..huhu..Itulah 1st time pakai baju melayu, sejak Raya Haji tahun lepas.Sekarang ni Dak Abang cuti chicken pox lagi.Nak tunggu hari Jumaat depan (itupun kalau dah baik chicken pox), baju Melayu dia pun dah senteng agaknya.. ;)

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...