Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Kabinet Dapur. Show all posts
Showing posts with label Kabinet Dapur. Show all posts

Rumah Baru Punya Cerita : Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet)

Setelah ditipu oleh tokey KC, saya nekad cari orang lain untuk buat KC. Ada dua company yang saya tengok ok.Tapi yang company saya tak pilih tu sebab yang ukur budak dia.Pastu dia tak boleh harga time tu.Kena balik ofis dulu.Ye la nak mark up dulu kan.2-3 hari baru boleh bagi harga.

8 November 2014

Last-last saya pilih Mr. Kuan untuk buatkan KC saya. Dia pun tokey jugak.Dia datang ukur sendiri.Dia sketch dan kira harga kat situ jugak.Sebab dia tokey takyah pening kepala nak mark up ke hape.Sebab ada 2 company saya mintak datang ukur tapi tak boleh bagi harga waktu tu sebab nak kena tunjuk kat bos dulu.Haiya!Saya doa-doa moga tak kena kencing lagi.

Setelah setuju sketch yang dia buat, then harga yang boleh dia bagi RM4,124.00.Kurang sikit dari Ah L**n.Tapi dapat 1 tall unit je.Kalau harga Ah L**n boleh dapat 2 tall unit dengan 4.2k.Takpelah, murah kalau buat sakit hati nak buat hape ye tak.

10 November 2014

Saya tawakal je bagi deposit RM1,000.00 kat Mr.Kuan.Bayar online pulak tu.Sebelum ni masa datang ukur saya tak decide lagi,so takdelah nak bayar dulu. Dia janji 24 November dia akan datang pasang.Pergh! Seram je dengar ayat yang sama macam Ah L**n.

24 November 2014

Seperti yang dijanjikan oleh Mr.Kuan, pekerja dia datang rumah saya nak pasang kabinet.Yay! *Lompat bintang.Perasaan yang seronok tak dapat digambarkan sebab dah berbulan saya tunggu KC saya nak siap.Akhirnya menjadi kenyataan.Hanya orang yang pernah alami kena kes macam ni akan faham perasaan saya T_T

Dah nampak dah bayang nak letak barang apa kat situ.Suka :)


Pekerja dia bangla & myanmar.Tengah ukur rata guna laser.



Dah siap pasang, tiba-tiba bangla ni cakap pintu tall unit dengan wall unit tak sama saiz.Kena balik kilang kena betulkan balik.Halamak.Dup dap dup dap je.Takut dia lambat nak setelkan pintu tu.Pernah baca kat pengalaman kat internet, disebabkan hanya pintu je kadang-kadang tokey ni buat lambat-lambat.sebab kejarkan client yang lain.Tapi yang bagusnya bangla ni tak mintak duit,dia suruh tunggu dah siap baru habiskan bayar.Selamat.


Esoknya bangla tu datang pasang pintu kabinet yang salah saiz tu.Fuuhh! *Lap peluh. Ingatkan lama lagi.Kejap dan pantas. Drawer atas dia bagi partition sudu & garfu :)

Saya tak tutup hood dengan kabinet.Biar nampak macam tu.Ok jugak kan.KC tepi tingkap tu dia siap bagi rak pinggan.Sukaa.


Akhirnya siap jugak KC saya.Sukaa sangat.Merah + Hitam.Semua peralatan saya sorokkan dalam KC.Kat table top hanya ada, penapis air, periuk nasi, dan sabun basuh pinggan kat singki.Tu je.Dulu masa kat rumah sewa dah cukup semak.Dah ada rumah sendiri boleh buat cara yang kita nak ye tak.

Alhamdulillah nasib baik jumpa Mr.Kuan.Memang servis terbaik.Janji ditepati.Partition and rak pinggan dia bagi FOC.Sape tak senyum lebau kan...haha.Sape-sape area Melaka boleh cari Mr.Kuan ni.


UPDATE 19 JULAI 2016
 
MOHON MAAF KEPADA YANG BERTANYA PASAL MR.KUAN. SAYA DAH TAK AKTIF BERBLOGGING. KEBETULAN PASSWORD BARU JUMPA.SORRY YE.HUHUHU

Moga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...