Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Rumah Baru Punya Cerita : Dapur

Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang persiapan nak masuk rumah baru.Deal dengan orang wiring,cari quotation grill,beli lampu kipas, survey perabot dan kena tipu dengan orang kitchen kabinet (KC)....huhuuuuu.

Mula-mula saya dapat nombor contact Ah L**n ni dari jiran yang dah buat KC dengan dia.Memang cantik dia buat.Tapi jiran saya cakap dia buat memang lambat.Walaupun belum dapat kunci tapi jiran saya dah siap ukur nak buat KC start Mei 2014 lagi.Bayangkan kitorang dapat kunci bulan Ogos 2014 punyalah tak sabar jiran saya tu nak masuk rumah.Eh?..haha.Dia buat KC kt rumah jiran dalam bulan 9.Lama dowh.

Ah L**n tengah lukis KC kt incek hasben.Time ni rumah tengah wiring.Saya tambah plug kat dapur.Developer bagi 2 unit tapi hasben suruh tambah lagi 2.Tu pasal ada wayar terjuntai kat dinding tu
Tapi saya ok je time tu.Sebab saya fikir mungkin dia lambat sikit je.Saya fikir saya boleh push dia.Dah siap panggil ukur.Kira punya kira, dia sketch KC saya atas bawah, siap tambah dengan tall unit dan tall unit untuk oven dan microwave.KC aluminium cuma RM4,200.00 je.Wow! Cukup murah dengan penambahan 2 tall unit tadi.Sebelum tu saya dah dapat 2-3 quotation yang nak 6-7k.Apalagi saya terus bagi deposit RM1,300.00.Biar dia semangat nak buat KC saya.Huwa huwa huwa.

 
23 Ogos 2014

Saya dah siap bagi duit booking pada Ah L**n.Dia janji lagi 2 minggu boleh datang pasang.Table top pun dia akan tebuk sekali.Lepas bagi duit,2 minggu lepas tu saya pindah masuk sebab wiring dengan grill dah setel.Saya call dia, tapi tak angkat phone.SMS pun tak reply.Orang dah nak masuk rumah ni tapi dapur takde.Geram betul.At least jawab lah SMS saya tu kalau bussyyy sangatt.Ada sekali tu saya call pekerja dia budak melayu angkat.Dia kata bos keluar kejap.Apehal taknak cakap dengan saya pulak.


Ikutkan hati taknak tutup mata dia.Tapi hasben tak bagi.Saya yang menurut perintah..huhuu..

 Lama jugak proses pencarian saya kat Ah L**n ni.Dia hilang gitu je.Hasben saya kata sabar lah dulu.Mungkin dia betul-betul busy.Orang lelaki positif jee.Orang pompuan ni dah tak sabau nak guna dapur tau tak. Sampailah saya pindah rumah dapur macam tu lagik.Semua barang-barang tak boleh nak kemas sangat kat dapur tu.Kicap,sos,gula, garam,minyak,bawang saya sumbatkan dalam box dulu.Dari hari ke hari saya yang dok call.Dia ada gak jawab SMS saya, alasan dia nenek dia mati.Seminggu dia cuti.Hokey.Alasan boleh terima.Huh!
Tengoklah melopong je dapur singki saya ni
Nasib baik ada dapur masa kat rumah lama.Pakai yang tu dulu untuk memasak.Plug saya dah jadi 4 unit.
Sakit mata tengok rumah lom kemas lagi.
 2 Oktober 2014

Dia sms saya malam tu bagitau esok dia datang.Tapi KC tak siap lagi.dia datang tebuk dulu.Hasben saya dah mula naik darah.Ye lah,hari-hari saya mengadu kat dia memang dia pun baran lah.Huhu.Kitorang dah nekad nak cari orang lain buat KC.Tapi pulangkan balik deposit.

Esoknya dia datang dengan pekerja budak melayu bawak pekakas nak tebuk table top.Siap ukur bagai.Last-last dia tebuk dinding untuk hood je.Dia cakap dia tak bawak drill untuk tile kat table top.Watdehel.

  
Kau tak hangin ke dia datang just nak buat lubang dinding je.Tebuk table top pun tak.Banyak pulak alasan dia. Kata dia, orang yang buat KC dengan dia lom bayar lagi,so dia guna deposit saya untuk buat KC orang yang dah tempah.Macam tak logik je.Entah mana dia joli duit saya tu entah.


 Dah siap tebuk, dia tutup dengan sokabau je.Halamak buruk je geramnyee akuuu.

Saya ada jugak basuh  budak melayu ni,sampai bila ko nak kerja macam ni,karang takut tak berkat.Menipu je kerjanya.Budak tu cakap, pekerja Ah L**n ramai yang berhenti.Tu pasal lambat siap KC sebab diorang yang potong cermin dan aluminium sendiri.Kedai dia kat Muar tu ramai yang serbu sebab tak puas hati lambat.

Saya dah warning Ah L**n kalau lambat gak saya nak duit deposit saya balik.Then kalau tak bagi, saya nak report polis. Dia suruh tunggu bos besar issue cek untuk saya.Itu pun jadi gaduh sebab bini dia call saya jangan report polis.Lama gak dia nak bagi deposit saya.Lepas tu dia datang rumah bagi cek RM1,300.00.Rupanya cek tendang.Hanginnnn satu badan!

10 Oktober 2014

Masa ni saya belum tahu cek tu tendang sebab tarikh cek belum boleh release kat bank.So saya tak boleh cashkan dulu.Saya dah upah orang tebuk table top.Dia kira upah pasang hood+hob dengan tebuk semuanya RM320.00.Aduss.Takpelah.Redha.

 Keadaan rumah yang penuh habuk masa diorang tebuk table top.Masa ni saya dah sebulan berpindah.Ofkos la rumah dah basuh.Ni nak kena basuh balik debu-debu simen ni.Haishhh.

 

 Diorang tebuk siap kemas sekali.Oklah.Saya dah tak larat nak kemas batu-bata tu.

 Masa nak pasang hood, point untuk hood ada masalah.Short.Nasib baik team Abang Jimmy yang buat wiring rumah saya tengah buat wiring dekat-dekat dengan rumah.Diorang datang betulkan.Sekejap je setel.Tak payah bayau.Diorang datang betulkan sikit je. Saya syak ni mesti kerja budak Ah L**n yang tebuk dinding haritu.Mungkin dia ada usik sikit wiring kat lubang tu.

Team wiring
Ok setel dah hood & hob.Tapi deposit saya tak dapat-dapat lagi ni.Haritu dia pulangkan separuh.Dia bagi RM650.00 dulu.Nanti balance dia bayar masa client dia bayar duit KC.Dah berbakul-bakul saya makikan.Hasben saya dah macam orang gila gaduh dalam phone.Sebab dia dah bayar separuh,so dia tak takut saya report polis sebab ada transaksi kat situ.Sakitnya tuh disini!

Lepas sebulan beli hood & hob, dan dah lebih sebulan berpindah baru merasa dapat pakai dapur canggih sikit.Huhuhu.

Next entry saya tunjukkan KC saya.Buat dengan orang lain pulak.Pegi jahanam dengan Ah L**n.
9 Responses
  1. Rizziela Says:

    Adoi..saya pun sama kena gak

    Tapi nasib baik KC sya siap..tp x memenuhi kreteria yg dijanjikan..

    Ini orang melayu kita..bila call terus x dpt2


  2. Hanna Says:

    Diorang ni nak meniaga lama kenalah layan pelanggan.Kalau call xpat jawab,reply la by sms.ni senyap je buatkan kita geramkan.adoi la.sama lah nasib kita kak rizziela.nak tunggu dia buat berbulan2 baik saya cari yang baru..huhu.


  3. Hirlan Says:

    Jika anda mencari org yg pakar dalam bidang2 berikut ini:
    Wiring
    Lampu 1 poin dalam rm.60.00
    Plack poin 1 dalam 80
    Hitter 1 poin dalam rm 250.00
    Ac/aircond 1 poin rm 250.00
    Kipas 1 poin rm 60.00
    Semua itu tak termasuk pemasangan:
    Pasang lampu 1 set rm 30.00
    Pasang kipas rm 30.00
    Pasang Ac/aircon rm 200.00
    Pasang hitter / air panas rm 30.00
    PAIP
    Paip pecah dalam dinding RM 300.00 dan tergantung keadaan juga
    Tukar mangkuk tandas rm 350.00 tergantung mangkuk tandas juga
    Pasang paip baru rm.1000.00 tergantung keadaan jg
    Tukar pintu Rm 350.00 tergantung pintu jg
    Table top rm 2000.00 tergantung keadaan jg
    kabinet rm 5000.00 bawah atas
    Pasang mozek /TILES RM .........tergantung tiles
    Cat satu rumah RM 700.00 tergantung cat jg
    Jika anda berminat silahkan anda menhubungi kami di talian ini 0172943954
    Kepuasan anda adalah impian kami


  4. Unknown Says:

    Apa nama Kedai ah l**n tu..takut kena tipu gak so nk kna hti2..
    Dan nak jugak org baru yg buat kc tu boleh..sy duk area melaka gak ni..tq in advance


  5. Unknown Says:

    # no contact org yg but KC Hanna yg baru


  6. Unknown Says:

    Same plak cite ngan nasib sy.Tp org melayu yg buat.Buat wiring table top n pasang kc sume suh dia buat.Sampai turn kc xsiap2.Bayangkn drp lps raya Cina sampai nk raya melayu plak xpasang2 kc n pintu kabinet bwh.Xhangin sebadan.Maka bersepahlah dapur bile xde kabinet sbb mmg xde rak or labinet lain nk diletakkan brg.Sume dok longgok atas table top n table counter.Adoyai...mcm2 alasan.Ingat nl tlg org Melayu tp camni plak perangainya.


  7. Uni Munirah Says:

    Salam sis, risiko tak tebuk lubang table top tuu?


  8. Uni Munirah Says:

    Salam sis, risiko tak tebuk lubang table top tuu?


  9. Uni Munirah Says:

    Salam sis, risiko tak tebuk lubang table top tuu?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...