Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Thoughtful Thursday. Show all posts
Showing posts with label Thoughtful Thursday. Show all posts

Thoughtful Thursday #6 - Doa Pembuka Dua Belas Pintu


KLIK GAMBAR UNTUK GAMBARAN PENUH

Thoughtful Thursday #5 - Doa Harian Untuk Pekerja

Thoughtful Thursday - 8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

Picture : Google (Kyrgyz Muslim Couple)

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun. 
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


 

Thoughtful Thursday #3 - Think

Thoughtful Thursday #2 - Mencuri Dalam Solat

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya"

Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).


Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid. Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) kerana terburu-buru.Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :

“Apakah kalian menyaksikan orang ini?

"Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad”

Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

”Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda.

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merusak gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa. Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma’ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma’ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.

Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma’ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma’un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?

Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung. Membuang thoma’ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

Subhanallah..Maha Suci Allah

Thoughtful Thursday #1 - Surah Untuk Di Amalkan

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...