Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tukar Minyak Hitam

Dah guna kereta hari-hari, kena la tau sikit pasal keta kan. So, Jumaat aritu dapat asignment from hasben suruh tukar minyak hitam sendiri.Lagipun bunyik enjin dah kasar sangat dah.Huhuhu...

Sebenarnya dah berapa kali dah saya bawak kereta pergi bengkel sendiri.Dulu bawak pakcik keta ni sebab alternator bunyik kuat. Pastu ada pergi jugak sebab buat alignment bagai. Then bawak sebab tangki air bocor..haaiihhh...macam-macam le ko ni pakcik.Takpe kena jaga dan hati dan perasaan dia.Kang tak gerak langsung habis aii...Heee..

Kita ni tak boleh lah nak harapkan hasben semata.Kalau benda simple-simple bole lah kita buat sendirik ye tak. Kang tak memasal hasben rugi cuti sehari sebab nak bawak keta pergi bengkel.Alaaa tukar minyak hitam je puuun...

Sesi buang minyak hitam.


 Hasben pesan suruh beli brand Castrol. Tapi takde pulak brand tu.Yang ada Shell dan Total Quartz. Shell pulak hanya untuk 5000, tapi budak ni kata Total Quartz ni pun bagus so saya pun beli lah yang ni.Memang hasben suruh beli 7000.Kalau budak tu bohong dia masuk neraka.Hehehee...

 Dulu-dulu saya ingat minyak ni memang hitam.Dah pakai keta baru lah tahu minyak yang dah abis pakai baru dia bertukar kaler hitam macam tar tu.Kalau dalam botol, kaler dia jernih kekuningan je.Harga untuk hari tu hanya RM127 je termasuk upah. Murah.Selalu RM200++.Rezeki hari Jumaat.
 

Mega Home MITC

Jumaat lepas pergi jalan-jalan cuti mata kat MITC. Kita lunch break lama, so saya dan officemate terjah Mega Home kat MITC. Ofis pun dekat, jalan kaki je.Tapi tang nak melintas jalan, terkedek-kedek macam anak itik.Sapa yang pernah melintas kat roundabout MITC yang ada Planetarium Melaka tu taulah besar mana roundabout dia.Mengah mak!

Mega Home start 5 - 8 Disember 2013. Memang selalu sangat ada homedec kat MITC ni.So sesiapa yang terlepas pergi, rasanya bulan Mac 2014 ada lagi kot.

 Saya pergi dah hari ke-2, 6hb Dis.

Barang asas untuk disurvey. Mesti pergi tengok hood & hob.Aircond. Perabot...Survey je dulu,beli belum tentu lagi.Huhu. Sementara rumah tengah nak siap ni, memang kena budget apa yang nak dibeli.Banyak blog yang boleh kita rujuk untuk buat list barang rumah ni.

Hood & Hob jenama Faber.Rasanya boleh murah lagi kot.Survey tak payah bayar maa.


 Aircond.1.0 HP

 Member saya tengah survey ampaian steel.

 Haa yang ni benda yang paling comel saya jumpa masa Mega Home tu. Penyangkut berus gigi. Macam-macam binatang ada.Kalau nak amik berus gigi, kita just tarik berus kedepan.Nanti muka binatang tu terbukak.Nak simpan balik, pun sama kaedahnya, kita tekan je belakang berus gigi kat muka binatang, pastu dia terbukak sendiri.Pastu kita sangkut dengan tekan lama sikit then muka binatang pun tertutup..Fuhh jakun-jakun.3 - RM10..tapi yang bestnya saya tak beli. *sekeh kepala

 Ni pulak alat untuk ubat gigi.

 Tekan kedepan, pastu ubat gigi pun keluar.Kalau macam ni gayanya memang cepatlah ubat gigi ku habis.Bukan budak-budak punya kerja, tapi mak budak yang jakun kang.Hahaha...

Wardrobe 10 x 10...RM2300. Orang kedai boleh bagi design yang kita nak.Pintu sliding nak separuh pun boleh.Cermin nak penuh pun boleh.

 Tengok je..takde plan nak amik L-shape.So harga tak tau la berapa/

 Recycle Furniture. Barang-barang dari hotel kat China.Diorang polish balik pastu jual. 

 Kalau nak buat toilet ala-ala hotel meh beli design macam ni.Cantik woo.

 Nak amik gambar cermin sebenarnya. Bukan gambar kerangka tu.Nampak tak buy 1 free 1.Harga sekeping RM99.00.

Dalam tengok-tengok modern style, ada gak terselit English style.Kayu je la.Pastu mesti kaler putih. Tak minat, sebab rasa macam mak-mak je..huhu..

Nama pun jalan-jalan cuci mata so memang tak beli pape.Tunggu tahun depan baru cadang nak beli sikit-sikit. Minggu lepas dah pergi tengok progress rumah.Dah nampak tiang pagar dah.Insyallah, tak sabar rasanya nak tunggu siap.Agaknya macam nilah perasaan kawan-kawan yang dah beli rumah ek.Keterujaan nak duduk rumah sendiri. Moga dipermudahkan.Amiin.

Amsyar Kena Chicken Pox

Dah Khamis balik dah. Entry lepas hari Khamis gak.Hmm, nak story pasal Amsyar nih.

Jumaat lepas teacher dia sms suruh datang, sebab Amsyar suspek chicken pox. Terus saya bawak Amsyar pergi klinik, dengan harapan, konon-kononnya berita yang saya terima tu pelesu. Tapi..yup! Amsyar kena chicken pox...huhuhu...
Hari ke-2.Sapu ubat sejuk campur daun semambu. Buat kat rumah Atuk Lias.Kat belakang tu la Atuk kesayangan Dak Abang :)

Doktor bagi ubat anti virus zoraxin suspension. Ubat tu memang kuat, insyallah dalam masa 5 hari chicken pox akan susut. Sekarang ni dah hari ke 7 (senang ingat sebab Amsyar kena 1 Feb). Kalau makan ubat tu, Doktor nasihatkan tak payah bagi minum air kelapa. Sebenarnya, ada satu gula kat dalam air kelapa tu membuatkan kuman tu keluar semua. Gula tu yang menggalakkan kuman keluar jadi cecair kat badan. Anti virus tu akan bunuh kuman dari dalam badan lagi.

Kuman akan jadi kuat dan aktif kalau dia tak mati.Sekiranya chicken pox tu menjangkit kat orang lain, kuman tu akan lagi kuat.Orang yang kena jangkitan akan kena lebih teruk.So, kalau kita bunuh kuman tu, kuman tu akan lemah.Kemungkinan orang lain yang terkena jangkitan tak seteruk orang yang bawa jangkitan tu. Alhamdulillah,chicken pox Amsyar sekarang ni pun memang nak kena tunggu kering je.Takdelah teruk sangat dia keluar. Kat kepala sikit, kat badan sikit.

Hari ke-3. Kat bibir pun ada.

Minggu ni memang Amsyar tak dibenarkan ke taska. Kalau datang pun  kena halau..hehe.Nasib baik Amsyar start kena hari Jumaat, so Sabtu & Ahad untung la sikit sebab takyah cuti. Isnin, papa volunteer cuti jaga Dak Abang. Selasa, mama la pulak kann.Hari Rabu, hehehe, mintak tolong Atuk Lias & Nenek Bena jaga.Eh, bukan Rabu, Khamis, Jumaat ke..Terima kasih ye Ayah, Makk..Love U!

 Hari ke-5.Turn mama cuti jaga Dak Abang. Breakfast nasi lemak.Boleh ke makan makan nasi lemak? Nampak ok je Dak Amsyar tu.Huhu.

Alhamdulillah Amsyar demam pun sehari je. Start semalam, ayah & mak datang rumah pagi-pagi pick up Dak Abang balik Umbai. Petang balik kerja baru saya amik dia balik rumah.Harap-harap Imran dengan Kakak tak menjangkit. Actually saya tak kisah diorang kena serentak.Cuti pun tak banyak lah nak apply.Tapi kalau diorang ni kena bersambung-sambung, habislah mak nok.Sekarang ni pun takde tanda-tanda budak dua orang tu nak menjangkit.Cuti nak kena simpan,bulan Jun ni nak fly ke Langkawi.Huhu.
 Dah kurang sikit bintik kat muka.Tinggal kopeng je. Tangan tu asik menggaru je.

Pagi tadi, Amsyar cari mama tengah solat. Budak chicken pox tu still manja dengan mama lagi.Mana taknya, anak jantan saya ni still BF dengan saya. Masih lagi tandem dengan adik. Sambil dia tunggu, dia duduk kat kerusi.Lepas habis solat tengok-tengok Dak Abang tertidur atas meja.Alololo.Kesian dia.

 Ngantuknya...

Artikel : Janin 15 Minggu Lahir Kedunia

Semua kejadian adalah kekuasaan Allah swt. Sekali lagi saya terjumpa artikel yang amat menyentuh perasaan saya sebagai ibu. Hari tu saya share artikel Ibu Bersalin Setelah 2 Hari Meninggal Dunia, hari ni saya nak share artikel seorang bayi yang still hidup walaupun hanya berusia 15 minggu dalam perut. Macam tak percaya, tapi percayalah Allah Maha Berkuasa. Subhanallah.


Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….


Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.














Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?


Kes Siamang Gigit Budak - Baru 2 Minggu Lepas Pergi Zoo Melaka

Malam tadi tengok Buletin Utama, sangat terperanjat bila sekor siamang (spesis beruk) dalam Zoo Melaka gigit sampai parah seorang budak. Saya dengan hasben berpandangan sekejap. Terkejut sebab baru 2 minggu lepas kitorang bawak anak-anak pergi Zoo Melaka.

Kalau kejadian ni berlaku masa kitorang pergi, tak tahu nak cakap apa. Lepas ni memang tak jejak lagi mana-mana Zoo kot. Saya pulak yang trauma.Nasib baik Khair & Khayra sempat tengok binatang-binatang kat Zoo. Tunggu la beberapa tahun lagi baru boleh pergi Zoo lagi kot.

 Detik-detik cemas bila siamang tu mula menggigit.Budak ni budak yang pertama kena gigit disusuli Adik Muhammad Afieq.

MELAKA: “Saya perasan siamang itu melompat-lompat atas jalan sambil mengejar beberapa pengunjung. Saya sangka ia jinak dan memang dilepaskan untuk hiburan pengunjung zoo menyebabkan kami tak bimbang menghampirinya.

“Bagaimanapun, sebaik menghampiri haiwan itu berpusing dan menerkam lalu menggigit kuat betis kanan kaki anak saya yang sedang didukung,” kata Kamarul Baharin Othman, 37, yang anak lelakinya, Muhammad Afieq Haziq, 3, parah akibat betis kanannya digigit seekor siamang hingga terkoyak dan menampakkan tulang ketika melawat Zoo Melaka di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan kejadian itu berlaku selang 15 minit selepas haiwan sama menggigit kaki kanan seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Zukrina Abdul Hadi, 5, yang berkunjung ke zoo itu sempena cuti sekolah bersama keluarganya dari Pekan, Pahang.


Difahamkan juga kanak-kanak terbabit hanya luka kecil dan menerima tiga jahitan di Hospital Melaka (HM) sebelum dibenarkan pulang. Bapanya enggan ditemu bual berhubung kejadian itu.

Menurut Kamarul, kejadian itu disedari isterinya yang menjerit kuat apabila melihat siamang berbulu hitam, seberat kira-kira 38 kilogram itu menggigit kaki anak keenam daripada tujuh beradik itu.


Katanya, mereka sekeluarga singgah di Zoo Melaka kira-kira jam 12.30 tengah hari.


“Apabila sampai di kawasan siamang itu, kami lihat ramai pengunjung dan saya mendukung Muhammad Afieq sambil diikuti lima anak lain serta isteri yang turut mendukung anak bongsu kami.

“Saya sangka siamang itu jinak kerana tiada papan tanda amaran atau petugas zoo berkawal di kawasan itu. Malah, haiwan itu kelihatan tidak bahaya dan melompat-lompat sambil mengejar pengunjung lain sebelum dia berhenti seketika.


“Ia kemudian berada di kiri saya dan tiba-tiba terus berpusing. Saya tak perasan pada mulanya, namun isteri menjerit kuat mengatakan kaki anak kami digigit dan serentak itu anak menangis kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Kamarul berkata, serentak itu dia memegang kepala siamang itu dan cuba mengerak-gerakannya, namun haiwan itu enggan melepaskan gigitannya.


“Saya yang terperanjat jadi panik dan tidak berani menyentap kepala siamang itu kerana bimbang luka pada betis anak lebih parah. Seorang pengunjung lelaki pantas menyepak badan siamang itu hingga gigitannya tercabut dan saya terus mencampaknnya sekuat hati.


“Dalam keadaan anak menangis dan darah keluar dengan banyak hingga mengenai baju dan seluar, saya berlari ke arah kaunter tiket sejauh kira-kira 1.5 atau dua kilometer untuk mendapatkan bantuan sambil menjerit meminta pengunjung ke pejabat pentadbiran.


“Petugas zoo muncul memberi bantuan dengan mencuci dan membalut luka anak saya sebelum kami dibawa ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya yang tinggal di Taman Seri Andalas, Klang, Selangor.


Menurutnya, dia kesal kerana mendakwa tiada petugas zoo di tempat haiwan itu untuk memberi sebarang bantuan kepada pengunjung ketika kecemasan.


“Sewajarnya ada petugas di setiap lokasi haiwan berkenaan supaya mudah orang ramai yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak zoo yang membantu membawa anak ke klinik kesihatan dan seterusnya ke HM untuk rawatan,” katanya.


Menurutnya, setiba di wad kecemasan, anaknya diperiksa dan dirawat doktor sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam bermula jam 9 pagi dikendalikan pakar bedah tulang dan pakar bius.


“Alhamdulillah anak saya makin sembuh dan doktor memberitahu dia perlu rawatan susulan setiap hari sehingga benar-benar sembuh. “Selepas itu anak saya perlu menjalani fisiotrapi supaya dapat berjalan seperti sedia kala,” katanya yang merancang memindahkan anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.


Sementara itu, isterinya, Anita Leman, 35, berkata kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga mengalami trauma yang teruk.


“Sampai tujuh keturunan saya tidak akan bawa anak ke mana-mana zoo,” katanya.


p/s : Moga menjadi iktibar kepada semua. Harap, Adik Muhammad Afieq cepat sembuh....

Air Asia 10 cents Sale

Wow!! Mari-mari..kita naik kapalterbang dengan rege seposen.Hahahaha.


AirAsia 10 cents Sale !! 8-11 December 2011

Booking Period : 00:00 8 Dec to 11 Dec 2011
Travel Period : 1 July to 27 Oct 2012

Fly from Kuala Lumpur to

Penang
Kuching
Kota Kinabalu
Kota Bharu
Medan
Bali
Jakarta
Bangkok
Singapore
Hanoi
Hat Yai
Phuket
Langkawi

Dah boleh nak pujuk papa pergi jalan-jalan tahun depan.Papa...jom kita pegi Langkawi tak pun Phuket..oopps! ada orang takleh kuar negara la..haih...

Artikel : Bersalin Selepas Dua Hari Meninggal Dunia

Hari ni saya nak share artikel yang menyentuh naluri saya seorang ibu. Aduhai sangat sedih. Setiap kejadian ada yang tersirat yang Allah berikan. Artikel ini tak beritahu waktu kejadian.Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.



Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat. 




Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Doktor cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.

Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit rawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan sokongan hidupnya.

Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.


Speechless T_T

Analisa Kekalahan Indonesia Oleh Warga Indonesia Sendiri

Hari ni nak share satu artikel dari Indonesia analisa kekalahan diorang masa final game bola kat Sukan Sea Jakarta - Palembang. Artikel ni betul-betul ikhlas menyatakan isi hati penulis. Saya memang setuju 150%.


Sumber : Olahraga Kampasiana

Sepulang dari kantor kemarin, saya menyaksikan suatu fenomena yang luar biasa, trotoar-trotoar jalan penuh oleh kenderaan bermotor yang diparkir. Si empunya motor asyik nglesot di lesehan pinggir jalan yang dipasang layar tancap. Cafe-cafe penuh dan jalanan lenggang, Garuda Muda akan melawan Harimau Malaya. Petandingan sarat emosi, dendam kesumat dan kebencian. Teriakan-teriakan Malingsia dan Ganyang Malaysia bergema. Warna merah mendominasi pandangan mata, di udara sangat terasa hawa keoptimisan bercampur kebencian pada negeri Jiran. Inilah final impian dimana mayoritas masyarakat Indonesia sangat ingin melihat pasukan Garuda Muda menjungkalkan Harimau Malaya.


Pertandingan pun berlangsung, decak kagum bergumam melihat kecepatan para pemain Garuda Muda khususnya para pemain-pemain dari Pulau Papua. Dan gol cepat pun terjadi, suasana menjadi riuh rendah, teriakan gol bergaung, rasa puas merasuk ke jiwa penonton. Lalu penantian gol kedua pun bergelora, detik demi detik, menit demi menit tapi gol kedua yang ditunggu tak kunjung datang, malah pasukan Harimau Malaya mampu menyamakan kedudukan. Serangan dari tuan rumah tak berhenti, umpatan dan cacian silih berganti menemani pertandingan.


Wasit, hakim garis, pemain, pelatih lawan tak lepas dari hinaan dan umpatan. Hingga beberapa gol yang diciptakan tak mendapat pengesahan makin tinggi tensi permainan main gemes penonton. Petandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindui oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur.


Ok, part bawah ni best. Salute dengan penulis ini yang tak berat sebelah memihak sesiapa.


Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan.


Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya, sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.


Oleh karena itu, marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang "Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan".


TAMAT

Kawan-kawan faham bahasa Indonesia tu kan? Memang banyak kebenarannya. Saya dah mention dalam entry hari tu, setiap perbuatan yang tak baik pasti dibalas oleh Allah.Emo pulak makcik ni. Hahahaha. Hari ni makcik jadi pengulas sukan fuulak. Oklah sekadar berkongsi idea dan artikel.

Jangan Malas Log Out Facebook

Sebelum sambung Konsert Kakak, nak buat entry ni dulu.

Kawan-kawan pernah tak log in Facebook lepas tu kalau nak tutup laptop, terus je klik pangkah kat window tanpa logout Facebook? Saya memang selalu, sebab laptop tu  hanya kiter je yang guna. Takde orang luar pun yang guna.

Baru-baru ni, hasben dapat traced, kalau kita tak log out Facebook, lepas tu senang je kita masuk balik kat Facebook yang baru buka tadi. Walaupun dia mintak password, tapi tanpa password pun Facebook still boleh di akses. Kat rumah, kawan-kawan surf internet selalu guna Chrome atau Mozilla Firefox? Saya guna Mozilla, tapi hasben suka sangat kat Chrome. Saya tak pernah try, macam sama je.Saya tak pasti adakah sistem Facebook yang insecured atau Chrome yang pembawak masalah.

Senang cerita, cuba cek printscreen kat bawah ni. Hasben rajin edit.

 Kita try guna Chrome. Mula-mula mesti dia mintak password kan. Cuba buat-buat tak nampak je permintaan dia tu. Ignore pastu pergi kat notification.

 Sape tak tau notification, yang belah atas tu terletak menatang tu yer.

 Bila klik notification, dia akan keluarkan senarai yang ada. Cer klik mana-mana list, pastu tengok dia akan ke mana.

 Ha! Dia akan terus jump ke list yang kita klik tadi. Macam contoh kat atas tu. Lepas dah dapat masuk rumah dia, moh kita masuk ikut pintu pulak. Klik kat home menu..wallla dah macam akaun FB kita pulak. Padahal orang lain punya tu.

Kalau guna Chrome kat ofis atau tempat public yang lain, kena hati-hati. Jangan lupa log out lepas guna FB. Ingat kalau terus klik pangkah je orang tak leh masuk ke. Kalau diorang buat naya tukar gambar ke, masuk status yang bukan-bukan ke,  atau mengaibkan abis lah time tu. Tapi kalau nak naya tukar password mungkin tak boleh kot. Sebab mesti FB mintak confirmation password yang lama.

Kalau tak faham apa yang saya bebelkan, boleh pergi ke Blog BasicIcon ye. Mana tau ayat dia orang lagi faham.Sekadar berkongsi idea dan pendapat. Sharing is Caring...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...