Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

GA - Sebagai Tanda Penghargaan

Musim berGA la pulok.Hehe.Mati kita masuk http://pasttimescollectibles.blogspot.com/2011/02/ga-sebagai-tanda-penghargaan.html#comments ni.Tuan GA ni adalah pengumpul pinggan mangkuk antik. Sesape yang giler mengumpul pinggan mangkuk antik boleh lah ke Blog Kak Nita. Harga semua berpatutan. Barang baik punye!

Sempena tanda penghargaan, Kak Nita buat GA ni. Jom kita tengok apa syarat-syaratnya :
1. Jadi follower blog saya
Ok.Dah lama dah.
2. Link kan blog saya dlm blog list anda
Done
3. buat N3 GA ni dalam blog anda
Sudah semestinya
4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )?
Tengok koleksi kat rumah mak.
5. Apakah koleksi PML anda yang pertama?
Teko biru mak punya.Aci kan.
6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
a) Koleksi Bunga Kangkung
b) Koleksi Twin Rose
c) Koleksi 5 roses
d) Koleksi Hitam ( Bunga Rose jambatan, bunga padi, ros hitam dan kekwa hitam )
e) Koleksi Kek wa merah
f) Koleksi Meakin/ J & G ( pink, biru, kuning dan hijau )
Sekarang ni mungkin musim bunga rose

Jom join cepat coz tarikh tutup GA ni ialah 22 Februari 2011. Result pulak akan dimumkan pada 25 Februari 2011. Ok meh kita tengok hadiah-hadianya. Memang menarik.Wish me luck!

TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE
 TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE
TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU  
 

Kawan Yang Amat Rapat Dulu Telah Dilupakan

Setelah sekian lama, tiba-tiba tangan ni gatal pulak nak jengah tempat jatuh lagi dikenang...."Friendster". Sekali password dia saya betul-betul dah lupa. Banyak kali try tak dapat jugak. Setelah dibahagi & darab ego + ya aku ingat password dia, last-last mintak gak password kat FS (bukan Fasha Sandha) send ke email. Memang betul-betul hilang ingatan. Akhirnya dapat jugak log in.Phew! Lain benau rasanya. Dah tak macam dulu. Sempat la saya shout up status baru dan tinggalkan email untuk kawan-kawan lama jejak saya kat tempat baru.

Gambar profile Cik FS saya ialah gambar Khayra baru 7-8 bulan tak silap.

Tak sangka dulu kat FS ni la saya dapat ramai kawan, pastu make up FS kasi cantik dan manja, tempat mencurah pengalaman masa pregnantkan Khayra dan bla bla bla. Sekarang ni saya telah melupakannya.Kalau dulu on je PC mesti log in FS. Macam kembar siam la. Bukan dengan saya tapi PC. PC+FS=kembar siam.Oh mintak maaf Cik FS. Selaras dengan perkembangan jaringan sosial (social networking), akhirnya FS telah dipinggirkan dan telah digantikan dengan Incik FB pulak. Sangat sedih.Moga Cik FS dapat terima kenyataan ni ye. Harap tabah menghadapi dugaan global ni. Segala jasa baik Cik FS amat saya hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. <----ayat skema surat rasmi kerajaan.

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Tak mau sedey-sedey lagi. Sekarang nak hiburkan hati ni dengan masuk GA.Jom kawan-kawan kita singgah ke Blog Cik As yang cute itu (^__^) GA beliau bertajuk :



 
Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

Ada masa lagi kalau nak join GA ni. Memang sangat comey!

Rest In Peace

Dia budak baik. Baru 25 tahun bulan Oktober nanti. Sangat pemurah dan rajin. Dia anak bongsu dari empat adik beradik. No wonder dia sangat hormatkan kakak-kakak kat ofis ni. Kalau keluar breakfast tak lupa ajak semua orang atau volunteer tapaukan makan kepada sesiapa yang nak kirim.Pernah dia hangkut semua orang naik van ayah dia untuk pergi breakfast.Kelakar pun ada.Haha.

Ketua Pegawai Eksekutif adalah bekas Naib Canselor universiti budak ni. Dia sangat suka dapat bekerja sama-sama dengan idola dia.Datuk (Ketua Pegawai Eksekutif) cakap, yang dia pernah bagitau "Saya bukan kerja pasal gaji, tapi saya suka sebab dapat bekerja sama-sama dengan Datuk".Datuk bangga betul dia cakap macam tu. Kalau dia nak mintak tolong apa-apa, mesti dia tanya dulu kt saya atau sesapa samada busy ke tak. Kalau betul-betul orang tu free,baru dia mintak tolong. Kalau tak dia berusaha sendiri setelkan problem yang kadang-kadang diluar bidang dia.

Dia budak yang ada wawasan. Lepas waktu kerja dia masih lagi bekerja untuk cari side income.Hasratnya cuma satu, nak bagi ibu bapa dia hidup senang. Score A yang dia jalankan memang nampak boleh pergi jauh. Sebulan pendapatan dia kat Score A telah melebihi gaji dia sebagai Pegawai Penyelidik.Saya selalu bergurau dengan dia "Wah! tak lama lagi kau boleh jadi Datuk ni.Hahaha".

Dia juga amat pemurah. Jangan tanya berapa not wang ringgit yang dia derma kalau tiba-tiba ada musibah kat ofis. Selalunya duit hijau yang ada 2 digit tu.Ada sekali tu kitorang pergi keluar lunch ramai-ramai. Cash saya memang tinggal 3 hinggit je. Pergi keluarkan kat ATM, semua tak boleh guna. Ada 4 jenis ATM, hampeh. Dia cakap "Akak jangan susah hati. Mari sini, saya belanja" "Kau belanja akak je, atau semua orang ni?" "Takpe, arini saya belanja akak dulu ok" "Tak maulah,segan la akak ko ni asik belanja je"saya terus pergi taska,tak mau dia belanja lagi. Dah malu dah.
    
Hari Ahad haritu, henfon saya dah abis bateri. Cas sampai terlupa nak on henfon balik. Sampailah nak tidur balik malam tu baru saya on.Tup-tup keluar 6 sms, 12 missedcalls.Kak Yam, officemate saya terus call sebab sms yang dia hantar kat saya dah delivered. "Ana...Tinesh dah meninggal!"Terkejut beruk saya.Saya adalah orang terakhir yang tahu dia dah pergi untuk selamanya.Dia eksiden masa bawak motor. Pukul 2 lebih hari Ahad (6 Februari 2011) dia eksiden, meninggal kat situ juga.Baru je hari Rabu sebelum CNY kitorang berborak.Dia lebih banyak bergurau dengan kitorang.Nampaknya hayat dia tak panjang.

Itulah officemate saya - Tinesh Subramanian (1986 - 2011) - walaupun berlainan agama dan bangsa, keakraban kami seramai 14 orang di office seperti bersaudara...
 Gambar ni semasa kitorang main bowling satu ofis masa 29 Januari 2011 aritu. Selepas 8 hari kami bersuka-suka, Tinesh telah tiada untuk selama-lamanya. Kak Yam pernah tanya Tinesh "Lepas ni kita main bowling lagi nak?" Tinesh : "Saya rasa tak sempat kot kak"..Dia dah tahu ajal dia.....




Ni saya cilok kat blog Nurul, budak ofis saya.Dia pun ada buat entry untuk Tinesh. Sebagaimana dalam gambar, macam tu lah kerenah dua-dua budak tu kat ofis..asik nak bergurau je..sekarang dah takde lagi :(

Baru Pandai Meniarap

Orang bujang saya baru pandai meniarap masa 4 bulan 3 hari. Lambat sikit dari kakak dia yang meniarap masa umur 3 bulan 2 hari macam yang saya ceritakan kat entry yang lepas-lepas.

Sekarang ni hobi Khair Amsyar sembur air liur pulak. Rasanya memang setiap baby akan melalui fasa menyembur ni sebab time Khayra pun dulu macam tu gak.Hahaha,

Gambar Khair menirap takde pulak dalam simpanan. Layan dulu gambar Khair dengan sepupu dia - Zulaikha Nur Damia - anak adik lelaki saya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...