Rest In Peace
Dia budak baik. Baru 25 tahun bulan Oktober nanti. Sangat pemurah dan rajin. Dia anak bongsu dari empat adik beradik. No wonder dia sangat hormatkan kakak-kakak kat ofis ni. Kalau keluar breakfast tak lupa ajak semua orang atau volunteer tapaukan makan kepada sesiapa yang nak kirim.Pernah dia hangkut semua orang naik van ayah dia untuk pergi breakfast.Kelakar pun ada.Haha.
Ketua Pegawai Eksekutif adalah bekas Naib Canselor universiti budak ni. Dia sangat suka dapat bekerja sama-sama dengan idola dia.Datuk (Ketua Pegawai Eksekutif) cakap, yang dia pernah bagitau "Saya bukan kerja pasal gaji, tapi saya suka sebab dapat bekerja sama-sama dengan Datuk".Datuk bangga betul dia cakap macam tu. Kalau dia nak mintak tolong apa-apa, mesti dia tanya dulu kt saya atau sesapa samada busy ke tak. Kalau betul-betul orang tu free,baru dia mintak tolong. Kalau tak dia berusaha sendiri setelkan problem yang kadang-kadang diluar bidang dia.
Dia budak yang ada wawasan. Lepas waktu kerja dia masih lagi bekerja untuk cari side income.Hasratnya cuma satu, nak bagi ibu bapa dia hidup senang. Score A yang dia jalankan memang nampak boleh pergi jauh. Sebulan pendapatan dia kat Score A telah melebihi gaji dia sebagai Pegawai Penyelidik.Saya selalu bergurau dengan dia "Wah! tak lama lagi kau boleh jadi Datuk ni.Hahaha".
Dia juga amat pemurah. Jangan tanya berapa not wang ringgit yang dia derma kalau tiba-tiba ada musibah kat ofis. Selalunya duit hijau yang ada 2 digit tu.Ada sekali tu kitorang pergi keluar lunch ramai-ramai. Cash saya memang tinggal 3 hinggit je. Pergi keluarkan kat ATM, semua tak boleh guna. Ada 4 jenis ATM, hampeh. Dia cakap "Akak jangan susah hati. Mari sini, saya belanja" "Kau belanja akak je, atau semua orang ni?" "Takpe, arini saya belanja akak dulu ok" "Tak maulah,segan la akak ko ni asik belanja je"saya terus pergi taska,tak mau dia belanja lagi. Dah malu dah.
Hari Ahad haritu, henfon saya dah abis bateri. Cas sampai terlupa nak on henfon balik. Sampailah nak tidur balik malam tu baru saya on.Tup-tup keluar 6 sms, 12 missedcalls.Kak Yam, officemate saya terus call sebab sms yang dia hantar kat saya dah delivered. "Ana...Tinesh dah meninggal!"Terkejut beruk saya.Saya adalah orang terakhir yang tahu dia dah pergi untuk selamanya.Dia eksiden masa bawak motor. Pukul 2 lebih hari Ahad (6 Februari 2011) dia eksiden, meninggal kat situ juga.Baru je hari Rabu sebelum CNY kitorang berborak.Dia lebih banyak bergurau dengan kitorang.Nampaknya hayat dia tak panjang.
Itulah officemate saya - Tinesh Subramanian (1986 - 2011) - walaupun berlainan agama dan bangsa, keakraban kami seramai 14 orang di office seperti bersaudara...

Gambar ni semasa kitorang main bowling satu ofis masa 29 Januari 2011 aritu. Selepas 8 hari kami bersuka-suka, Tinesh telah tiada untuk selama-lamanya. Kak Yam pernah tanya Tinesh "Lepas ni kita main bowling lagi nak?" Tinesh : "Saya rasa tak sempat kot kak"..Dia dah tahu ajal dia.....
Ni saya cilok kat blog Nurul, budak ofis saya.Dia pun ada buat entry untuk Tinesh. Sebagaimana dalam gambar, macam tu lah kerenah dua-dua budak tu kat ofis..asik nak bergurau je..sekarang dah takde lagi :(
sedihhhh...
slalu orang yang baik pergi dulu kan...huhuhu
sedihnyaaaaaa.......:(
eksiden dimana?
dia telah pergi buat selama-lamanya....
alahai walaupun xda kene mengena lgsg .tp rasa nak nangis la......tp betul kan org baik selalu cepat tggalkan kita...hmmm rindu arwah abah n mama wani...
sz
betul tu kak..amat sedey..hukhuk..
Mieja@Amiizaa2001
eksiden kat serkam, melaka..amat sedey bila dengar ibu dia meratap (ditranslate oleh member office)
Princess Dilla
Kawan yang baik..sedey la :(
wanie @ suzie
wani mesti terasa dengan kehilangan orang tersayang..sy kagum dgn wani dpt jaga adik2 tanpa mama & abah disisi..
sy ni,walaupun member tp menangis smpai bengkak2 mata..xtaulah apa terjadi kalau org tersayang yg pergi dulu..harap dijauhkan..moga kita semua dipanjangkan umur oleh Allah..amin..
org baik2 selalu mati cepat...
sunyi la opis hilang staff yg suka bergurau & memeriahkan pejabat..