Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Kecik Punya Hal Hampir Sebulan Terpaksa Guna Tangan

Ooops! Jangan salah sangka ye. Takut ader pulak yang tersengih-sengih kang.Haha.Ni ha, pasal breastpump (BP) saya ni. 2-3 minggu yang lepas, BP saya buat hal. Power sucking dia betul-betul tak memuaskan hati.Macam malu-malu je BP ni nak menjalankan duty dia. Akibatnya susu yang keluar pun ala-ala gitu.Titis demi titis.Selalunya kalau time BP ok, susu yang let down mengalir macam pakai straw.Kelakar pulak emegine susu tu.Haha.

Dah tu,tak kan nak tunggu titis demi titis kan.Kena lah cari alternatif lain.Kepakaran saya selain mengepam guna BP, saya guna yang manual.Guna tangan. Alhamdulillah guna tangan pun boleh.Tapi yang tak syoknya guna tangan ni selain lenguh, susu yang terkumpul dalam botol jadi buih-buih yang banyak.Emegine (emegine lagi) milo tarik.Haa macam tu la buih dia.Style saya,mesti kena penuh-penuh sebotol.Ni ha, dah buih yang penuh kat atas,kena lah saya goncang-goncang sikit bagi buih-buih tu hilang.Kalau tak,time buih tu dah hilang,susu tak penuh sebotol.Tak syok lor.Pastu kalau nak transfer dari botol ke liner bag,buih-buih tadi mesti tak ikut sama.Rugi wei.Buih-buih tu pun susu gak.

Dalam 3 minggu dok guna tangan, saya tak bagitau pun kat hasben.Kang dia melenting pulak, dia beli mahal-mahal tak guna (pada saya tetap mahal).Kalau pam kat rumah, saya konon-konon je letak pam kat sebelah.Padahal guna tangan tu.Ampun bang.Hehe.Pastu,saya rasa macam bersalah je buat olok-olok ni.Barulah kesedaran datang nak cari punca kenapa BP saya lemah gemalai je nak menyedut.Telek punya telek, ada something wrong kat membrane BP ni.Fungsi dia untuk menutup segala lubang aliran BP untuk memudahkan duty untuk menyedut. Umpamanya seperti kedap segala udara dalam BP ni.Faham tak ayat saya.Hehe.Rupa-rupanya membrane ni terkoyak sikiit je.Itu menyebabkan BP ni tak kuat nak sedut.Sebab ada lubang angin.Dah tak kedap udara la.
 Inilah rupa membrane tu.Kecik je benda ni.



Membrane ni kena partner macam ni.Bukanlah kena ada dua bijik macam ni tapi membrane tu melekap dengan benda kuning tu ha.


Rupa sebenar-benarnya benda kecik ni yang mendatangkan masalah besar kat saya T_T

Nasib baik ada sparepart yang lain.Cari balik dalam kotak, ada pun.Fuh,terus melekap kedapan udara dia.Aliran pun lancar je.Takde titis demi titis macam hari tu.Kepada kawan-kawan yang menggunakan breastpump macam saya, kalau agak-agak BP tu sedut lemah gemalai tu, cuba lah cek kat membrane.Mungkin itulah punca BP kita ni macam suck.Ooops!Takleh ye guna ayat tu.Sori.Hee.Jangan putus asa untuk mengepam.Kalau takleh gak,guna tangan pulak ye.Jangan kata tak boleh tau.Saya dah bagitau dengan hasben pasal perah guna tangan.Belum lagi cakap yang dah guna BP balik,hasben dah berleter.Saya dah agak dah T_T .. Sharing is Caring and Loving.

9 Responses
  1. ajumohit Says:

    hehehe masalah sama dgn aju jugak, baru settle last week, puas hati hasil susu membereangsangkan semula, hmmm mcm kan? tp sronok


  2. Hanna Says:

    oo ye ke aju..hehe..nasib dh setelkan,kalau x nnt takut production merudum plak..huhu..mcm2 hal la.. :)


  3. Mrs Nageb Says:

    Thanks for the info..leh aku jaga2..huhu..Setakat ni aku rasa aku nya softshield tu je yang dah makin tak best..huhu


  4. Hanna Says:

    ko pun guna swing kan,nnt kalau ko pun ada info lain psl swing bole lah share.. softshield tu dh x grip sgt ke?


  5. bagus2!

    akak pun penah kena gitu gak hanna..
    selain masalah membrane tu, tiub salur tu pun penah bermasalah gak..macam straw bocor...hihihi


  6. kak..sy bru je pump semula..rasanye dulu..s3 saya sedut mcm xkuat..tp skang rasa kuat sesangat plak..


  7. Azrina Says:

    Salam Hanna...thanks sudi jengok blog saya. EBM takleh goncang2 kalau nak jimat goyang2 Inul jer EBM itu hehehe. Boleh baca entri saya terdahulu http://mamayangcekal.blogspot.com/2010/01/tolong-jangan-digoncangkan-ebm-itu.html.

    Happy Breastfeeding!


  8. Hanna Says:

    =sz=

    o ye ke kak..mcm2 hal kan..kalau x yg tu prbelm mesti yg ni pulak buat hal..haha,mcm mak nenek sy bebel...

    Naz

    dlu ms mula2 bersalin khayra,akak mmg ngidam s3..agaknya B nazz penuh dgn susu x?mantap ni..hihi..

    Azrina

    Thanks kak atas info tu..sy bknnya goncang tp goyang2 mcm akak ckp tu la..main pakai taip je,x perasan makna lain2..hehe..kt susuibu pun ckp mcm tu,xleh goncangkan..


  9. MamaPatch Says:

    hanna...thanks for sharing. i pun pernah mengalamai the same problem. huhu! sampaikan hubby tanya pump rosak ke? nape guna tangan?

    tp...i punya dh guna. mana ek nak cari lg. kot kot pas ni jd kes lg?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...