Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Dating Dengan Adik K

25 Jun 2012 genap 4 bulan Khair Imran.Kejaap je dah 4 bulan ek.Haritu rasanya baru je pegi hospital amik tarikh nak induced baby Imran.Alhamdulillah Imran dah mula meniarap masa 3 bulan 3 minggu.Sekarang ni makin galak meniarap.Susah nak salinkan pampers, mesti dia terbalikkan badan dia balik.Teringat memori yang sama time Khayra & Amsyar.Macam tu la gaya masing-masing bila dah start meniarap (^__^)

Rabu haritu bawak Imran pergi monthly check up. Bulan ni takde cucuk.Imran dah 6.8kg.Alhamdulillah naik 400g.Mama dating dengan Imran berdua je.Papa kerja.Imran memang sporting, tak meragam pun.Suka sangat menjerit.Geram tau dengan budak jantan sorang ni.Tapi takleh lawan dengan Abang Amsyar masa 4 bulan.Amsyar 4 bulan dah 7.06kg.Heee.


Tengah tunggu nurse panggil. Belum timbang lagi.

Bulat mata bila tengok kamera hp mama ni.Kalau boleh nak tarik tangan mama.

Masih lagi menunggu. Tapi kolar baju dah lencun dengan muntah. Imran ni kuat muntah dan kuat menyusu. Input & ouput :p

Mama kerja time ni. Amik time slip bawak Imran pergi check up. 

Dah lama sangat tunggu, time nama Imran naik, tertidur pulak. Nasib baik bawak stroller, nurse check kat situ je.Takyah angkat baring kat tilam. Sampailah nak balik pun Imran bantai tidur. Letih.

Masa ni kat dalam carseat. Time letak Imran, automatik tangan tu dia sendal bawah kepala.Waah kemain lagi.

Dah betulkan tangan. Sampai taska balik baru lah Imran bangun. Dah kenyang susu, barulah mama balik ofis.

23 Jun 2012 rumah nenek Imran ada buat kenduri kesyukuran sikit. Apelagi tumpang sekali buat cukur jambul.Tu pasal rambut Imran jadi macam tu.Tak botak habis, pakai gunting je.Huhu
.

Dialog Dalam Kereta

Dalam perjalanan ke Taska waktu dalam kereta 

Kakak :  Mama, kakak taknak roti ni... (sambil hulur Roti Krim Delicia yang dah separuh kena gigit)
Mama :  Makan lah roti tu kakak.Nanti roti menangis sebab Kakak taknak makan dia. Dia kan untuk dimakan.
Kakak : Roti mana ada hidung, dengan mata. dengan mulut.Ha takde tau.Roti tak boleh nangis la mama.

Aduhai, apsal dulu masa mak saya cakap pasal nasi menangis kalau tak makan saya percaya je ek.Budak sekarang ni lain tul la. Oleh sebab taknak kalah ...

Mama : O ye ke.Betul la, kalau Kakak taknak makan nanti roti menangis dalam hati.Kakak tak nampak sebab dia menangis dalam hati je.
Kakak : Takde pon.. (sambil putuskan roti tadi)
Mama : Ok fine.Bak sini roti tu.. (sambil ngap masuk mulut)




WordLess Wednesday - NIP #2

Pam Jangan Tak Pam


Rutin mengepam dah bermula sejak start kerja 3 minggu lepas.Yang bestnya kali ni dah tak mengepam sorang-sorang.Dah ada member buat projek mengepam.Dulu sorang-sorang je nyuruk kat belakang pantri. Sekarang ni boleh buat projek kat dalam "bilik khas".

Bilik Khas la sangat.Bilik tu sebenarnya untuk GM.Tapi dek post GM tu dah dimansuhkan, kitorg buat lah Bilik Khas tu untuk projek baikk.Tapi termasuklah buat Bilik Solat kanns.Fina bersalin awal sebulan.Time mengepam untuk Amsyar dulu, dia selalu tengok saya pam.Saya pun sibuk nak promote kebaikan bf ni.Masa tu dia anak dara lagi.

Alhamdulillah, sekarang ni Fina pun dah jadi fully breastfeeding umi. Laagi rajin dari saya, sebab Dak Fina ni pam 3 kali sehari.Hari-hari dia akan bawak balik 24oz untuk Baby Aisyah.Masyuk woo.Kakak ko ni kalau rajin 2 kali je pam.Standard memang sehari sekali la.Sebab lunch hour pergi taska df terus Dak Imran.Boley la, boley laa.Hee.

 Tengah berprojek ;p
 Peace yo!

 Masih alatan yang sama.


Allah masih kurniakan rezeki untuk saya.Alhamdulillah, supa-rupanya susu badan saya tidak pernah kering sejak 4 tahun lalu.Sentiasa ada permintaan. Bermula daripada Kakak Khayra breastfeeding, lepas tu Amsyar lahir, Khayra dan Amsyar bertandem. Sekarang bila Imran pulak lahir, Amsyar dan Imran pulak tandem.

Nanti saya buat entry bagaimana saya tandem anak-anak saya.Insyallah.Gambar tandem selalu saya amik.Nak mintak izin incik hasben kalau dia benarkan saya publish sekali dengan gambar nanti.Happy Breastfeeding :)

Amsyar : New Haircut

Salam Senin yuols..

Dah lama tak citer pasal Dak Abang Amsyar. Oopps! Sekarang dah naik pangkat "Abang".Budak jantan ni makin lasak. Dengan berat badan semakin bam-bam ni, lagi seronok nak gomol.Haha.

Tapi satu je, Amysar ni penakut dengan orang sikit.Kalau dah selalu jumpa baru dia ok.Paling tak best kalau ajak pegi gunting rambut.Mesti nak nangis. Sudahnya, bergulung la rambut dia sampai dah tutup mata. Last potong rambut time nak raya tahun lepas.Punyalah lama. Oleh sebab mama tak tahan tengok rambut yang ikal tu, so dengan kuasa veto seorang puan mama, "Papa, tolong lah gunting rambut dak abang tu.Kang mama gunting jadi bob style plak kang." Dengan pantas papa bebudak ni carik gunting.Hahaa.

Muka seriyes. Rupanya tengah tengok citer kartun.Rambut depan dah turun sampai mata.Selalu kena selak dengan mama.Takleh tengok rambut dia panjang.Rimas.Belah tepi telinga kadang-kadang terjulur masuk dalam lubang.Haish..Kat belakang kepala dah boleh ikat dah sebenarnya T_T



Tukang gunting dah amik posisi.Mula-mula je behave dok kat kusi.Toleh kiri-kanan.Kakak jadi pompom girl kat sebelah. Actually Kakak yang orang pertama tadah kepala nak gunting.Nak botak katanya.Hai la anak.Kenapa botak jugak yang kamu pilih... T_T


Suspek dah berdiri.Tak leh lama-lama duduk.Tak cool gunting duduk.Tukang gunting kena cari port baik.Umpanan adalah iPhone yang menyiarkan citer Pada Zaman Dahulu.

Sikit-sikit rambut kena tarah.Hantam la labu papa. Asalkan pendek dan kemas.

Tukang gunting dah lenguh kaki sebab mencangkung.Kena ikut stail suspek yang berdiri.Baru ngam ho.

Sangatlah kusyuk suspek ni.Tak payah toleh kiri kanan dah kalau ada umpan yang bagus.Tukang gunting pun senang buat kerja :)

Muka suspek dah kena lumur dengan bedak.Mula-mula suspek miang kat tengkuk, assistant tukang gunting pun tepeklah bedak kat tengkuk.Bila rambut dah termasuk dalam mulut, budak cerdik ni pergi tuang bedak dalam mulut..........................

Belakang suspek si Kakak tengah sapu rambut lebihan tanpa disuruh. Sebenarnya dia buat main. Abis baju penuh dengan rambut.Sorang lagi...adoi anak...

Hampir setengah jam tukang gunting mengerjakan rambut suspek.Akhirnya setel gak.Mama yang lega sebenarnya.Takdelah nak amik masa nak sikat rambut Dak Abang tiap kali mandi (itu sebenarnya motif utama). * geleng kepala.

Lepas ni papa takleh ngelak nak gunting rambut Dak Abang la ye.Mama tahu papa boleh gunting, selalu pandai betul papa ngelat.For first attemp, not bad. Boley la..Hee..Thanks papa :) 

Hasil kerja papa :

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

WordLess Wednesday - Sila Tadah,Jangan Membazir

Dua botol untuk B kanan. Botol satu lagi tadahan lelehan susuan ;)

WordLess Wednesday - Peminat Setia Blog Saya

Mood Belom Marii


Salam Semua..

Lama tak menulis pakai keyboard ni.Hee.Tak tahu nak citer apa.Padahal banyak benau nak citer ni.Ofkos la pasal anak-anak-anak saya tu.Takpe, saya intro dulu.Mana tahu kang mencurah-curah idea datang.Tepek gambar Imran sedas.Nak semak surat-surat yang berlambak atas meja ni jap.Chow!

 Khair Imran @ 3 months old = 6.45kg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...