Cooler Bag Yang Berjasa
Masuk hari ni, dah 4 hari cooler bag dan 3 ketul chiller saya berpencen.Pencen sebab saya dah tamatkan PhD Breastfeedingkan Imran.Kalau nak guna tunggu pregnant lagi and dapat baby baru.Tapi rasanya lambaaaaaatt lagi kot.T_T Alhamdulilah CB ni saya guna sejak Khayra kecik lagi.Saya order online pada 6 Julai 2009. Kiranya dah nak masuk 5 tahun usia CB saya ni.Dia dah berkhidmat untuk 3 orang anak saya...ohh terharu rasanya..
Saya beli jenama Moms Little Ones (MLO).Harga dah lupa.Tapi saya beli set. Dapat CB, Chiller 3 ketul dan 6 bijik botol EBM.Semua jenama MLO.Saya rekemen untuk sesiapa yang nak beli CB, cari lah jenama ni.Sangat tahan lasak.Beberapa tahun saya usung dia ke ofis yang cuma rosak ada sikit tetas kat zip dia.Yang lain semua ok.
Rupa set CB saya masa mula-mula sampai.Baru kuar kotak ni.
Comel je tapi boleh memuatkan 6 bijik botol dan 3 chiller tau..Hebat!
Masih kacak dan hensem.
Closed up.MLO.
Entry 5 tahun lepas excited dapat 1st CB boleh klik kat link ni :)
Dan inilah rupa incek CB saya setelah 5 tahun.Sedikit uzur tapi masih menawan.Hitam itu menawan.Walawei.Saya dah start bungkus dia simpan baik-baik.Dah 4 hari dia tak ikut saya pergi ofis.Biarlah CB ni rehat.
Pandangan sisi.Tegap lagi
Dah berkedut.Takpelah masih segak dan bergaya :)
Close up lagi.
Ni chiller.Pun tak mengecewakan service dia.Cuma saya pernah terjatuhkan seketul chiller masa dia tengah lembik dan terus bocor.Top up yang baru beli jenama MLO jugak.
Alhamdulillah puas rasanya beli barang yang dapat pakai lama.Orang kata kalah membeli menang memakai.Dan saya juga bersyukur dapat menyusukan Imran full breasfeeding selama 2 tahun ni.Tanpa CB tak dapat saya nak simpan EBM yang perah kat ofis tu.Jasamu ku kenang T__T