Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

WordLess Wednesday - Budak Milo





  Imran pakai cap sendiri.Mama tolong terbalikkan.Alololo tomei-tomei

Tukar Minyak Hitam

Dah guna kereta hari-hari, kena la tau sikit pasal keta kan. So, Jumaat aritu dapat asignment from hasben suruh tukar minyak hitam sendiri.Lagipun bunyik enjin dah kasar sangat dah.Huhuhu...

Sebenarnya dah berapa kali dah saya bawak kereta pergi bengkel sendiri.Dulu bawak pakcik keta ni sebab alternator bunyik kuat. Pastu ada pergi jugak sebab buat alignment bagai. Then bawak sebab tangki air bocor..haaiihhh...macam-macam le ko ni pakcik.Takpe kena jaga dan hati dan perasaan dia.Kang tak gerak langsung habis aii...Heee..

Kita ni tak boleh lah nak harapkan hasben semata.Kalau benda simple-simple bole lah kita buat sendirik ye tak. Kang tak memasal hasben rugi cuti sehari sebab nak bawak keta pergi bengkel.Alaaa tukar minyak hitam je puuun...

Sesi buang minyak hitam.


 Hasben pesan suruh beli brand Castrol. Tapi takde pulak brand tu.Yang ada Shell dan Total Quartz. Shell pulak hanya untuk 5000, tapi budak ni kata Total Quartz ni pun bagus so saya pun beli lah yang ni.Memang hasben suruh beli 7000.Kalau budak tu bohong dia masuk neraka.Hehehee...

 Dulu-dulu saya ingat minyak ni memang hitam.Dah pakai keta baru lah tahu minyak yang dah abis pakai baru dia bertukar kaler hitam macam tar tu.Kalau dalam botol, kaler dia jernih kekuningan je.Harga untuk hari tu hanya RM127 je termasuk upah. Murah.Selalu RM200++.Rezeki hari Jumaat.
 

Dating 6th Anniversary

Entry ini banyak gambar syok sendiri. Kalau rasa annoying tengok gambar saya bermesra-mesraan dengan hasben boleh klik X kt atas tu.Ini just blog peribadi.Peace :)


Alhamdulillah 7 Mac 2014 haritu dah 6 tahun perkahwinan saya dan hasben. Baruu 6 tahun. Rasa baru je nikah.Hehehe! Kebetulan tahun ni 7 Mac jatuh hari Jumaat iaitu hari yang sama kitorang nikah. Moh ler kita kuar dating berdua. :)

Macam biasa kena hantar anak-anak pergi sekolah tadika and taska dulu.Kalau hasben cuti time waktu bekerja, perkara yang mesti dia nak buat adalah hantar anak-anak.Sebab dia nak merasa moment hantar anak-anak macam mana. Almaklum hasben kerja ulang-alik Melaka - KL - Melaka.Kena gerak dari rumah kul 5 pagi, so memang tak merasa lah hadap anak-anak waktu pagi.Mak dia ni lah yg bersilat hari-hari ngadap 3 orang budak ni.Huhuhu.


Hari Jumaat, pakai baju Melayu.Masa ni dah lepas hantar Kakak ke tadika.Lepas habis tadika, nanti Kakak balik ke taska yang sama.Amsyar dan Imran teruja papa hantar haritu.

Inilah kejaan dua orang budak ni sebelum masuk pintu taska.Diorang pergi cek meter air.Hari-hari la saya amik gambar whatsapp kat papa dia kejaan budak-budak ni.Haritu papa tengok live apa yang Amsyar dan Imran buat.Hehehe.

Lepas hantar Amsyar dan Imran, baru pergi breakfast.Lokasi tetap kitorang kalau bfast time dating adalah - Gerai Tasik Ayer Keroh. Yay! Mesti order kuewtiau goreng atau mee bandung. Superb sedap beb.Perghh!!! Lepas makan lepak-lepak jap tepi tasik. Betul-betul old skul orang berdating lerr.

Ok depan kitorang ada tasik sebenarnya. Tak caya sudah.Heee.

Lepas bfast terus pergi bakal sekolah Khayra tahun depan. Anak mak nak masuk darjah 1 uollss :) Sekolah tu call hari sebelum suruh amik surat. Nanti kena isi form and hantar salinan-salinan yang diperlukan. Negeri Melaka still macam sekolah yang lain, register just hantar surat beranak je.Macam zaman saya kecik-kecik dulu.Mak pass surat beranak adik-adik kat saya je.Mak pesan suruh antau kat makcik kerani.Nanti tahun depan adik sekolah sama dengan Kak Long.Heheee.Rasanya negeri Selangor ah start daftar online kan?

Teruja tengok bakal sekolah Kakak.Ni court basket ball.

Mak pak nak jugak bergambar depan sekolah. Kat tangan hasben tu lah surat yang nak kena amik tu. Hasben tanya saya "Ayang amik gambar apa?" takde motif suruh amik gambar belakang tu parking basikal.Boleh lah tu...

Ok next destination...entah ler..memang tak rancang nak pergi mana.Tiba-tiba otak berkarat ni kuarkan mentol bernyala. "Abang, jom kita pergi Menara Taming Sari" Ayat skema dowh.Macam ayat budak-budak sekolah ajak mak pak pergi jalan-jalan.Hahaha!

Sebenarnya dah lama saya nak naik menara tu. Tengok orang luar Melaka je bergasak naik.Anak jati Melaka ni tak pernah lagi naik. Hasben dengan Kakak dah pernah naik masa trip Taska Permata dulu. Sekarang ni kalau bawak Amsyar dengan Imran mesti melolong nak turun balik.Anak mak tu penakut sikit. T_T  It's time for me to lift off..Kihkihkih!

Muka teruja.Halaaa naik Menara Taming Sari je pun. Bukan Menara KL tuu.

 Orang tu rilex je sebab dah naik dua kali dah. Macam biasa saya adalah kanak-kanak riang waktu itu.

Menara Taming Sari akan berputar secara perlahan semasa naik dan turun.So kita dapat tengok pemandangan yang berbeza-beza.Kita boleh nampak secara keseluruhan Banda Hilir ni (bukan typo, memang ejaan dia Banda).Boleh nampak Selat Melaka, Bukit St.Paul, Muzium Samudera, Dataran Pahlawan,Mahkota Parade dan lain-lain lagi (suka dengan ayat ni,macam ayat dalam karangan sekolah..wakakaka).

Dah turun, jalan-jalan sekitar Banda Hilir, eh eh ternampak pulak A Famosa.Waktu tu baru pukul 11 pagi.Takdelah terik sangat. Hasben cabar panjat Bukit St.Paul.Apa ada hal.Bukit ni dah berapa kali dah naik sejak jaman kecik-kecik dulu.Berlagaks.

A Famosa.Masih teguh dan kukuh.Kebanggaan warisan sejarah Negeri Melaka.

Selfie la apalagas.

Mintak maaf hasben sebab amik gambar ni macam orang tak sudah.Silau la..hee..


Posing dengan telefon macam 80-an punya posing. Masa ni mak saya tengah call. Sambil cakap sambil posing.Boley? Gambar gediks lagi...love this picture to the max <3 b="">

Melengas jugak panjat bukit tu.Fengsan.Sambil naik sambil kitorang imagine kalau bawak budak-budak bertiga tu.Nak-nak kalau bawak Imran.Hadoi tak larat nak berdukung.Sebab kawasan tu curam jugak walapun ada pagar tepi.Nantilah tunggu anak-anak besar sikit baru boleh bawak naik atas ni.Sekarang ni bagi mak pak jalan-jalan dulu.

Dah turun, cadang nak masuk Dataran Pahlawan. Naik kereta parking bawah tu pulak. Takde cerita best pun.Hari berdating kita nak jugak tengok cerita romantik-romantik ke, cerita kelakar-kelakar ke, cerita berpengetahuan ke (ada ke?)....ada ke hasben saya ajak tengok movie 300 : Rise of an Empire. Cerita perang zaman epik tuuu...Sangat ganas uolls..Rasanya banyak kali saya tutup muka dari tengok cerita tu.Takut woo tengok orang penggal kepala.Main campak dalam laut macam tu je.Takpelah ikut kan aje,esok-esok dating lain kali turn saya pulak pilih movie.Huh!

Padang ni kat atas Dataran Pahlawan Cantik design rumput.Tapi musim kemarau ni jadi kaler capuk-capuk la pulak.

Budak-budak sekolah melepak tengah-tengah padang.Motif?

Dah abis tengok movie jom lah kita lunch pulak. Masa kitorng memang banyak berborak.Sejak zaman bercinta dulu, memang suka bercerita itu-ini.Sambil lepak sambil borak sambil order makanan sambil selfie.Hahaha!

Gambar ni macam sama je memek muka.Saya rasa hasben tiru saya lah.Tapi dia cakap dia bukan nampak pun saya buat muka macam mana.Oh my soulmate...


Benda yang saya tak suka kalau pilih menu.Dok ulang-ulang selak menu dari depan sambil kebelakang ulang balik sampai 5 kali khatam pun tak tahu nak makan apa.Adoiyai.


I ikut U je lah.Senang cerita.



Akhirnya inilah menu dia.Tu pun susah ke.


Dua potong kek :)

Lepas makan, kuar dari Dataran Pahlawan, pergi Mahkota Parade pulak.Dah setel ke surau and toilet, hasben ajak cari hadiah.Eh eh,ingatkan tak dapat pape.Tapi dah namanya Mama Hana ni, berejam pilih barang. Dah lah janji dengan Kakak nak pick up diorang awal haritu.Haritu hasben saya memang terbaik, langsung tak bising saya lama-lama cari barang (kalau hari lain dah berbunyik dah suruh cepat...hahaha!). Hari Anniversary, so mood macam couple baru kahwin la.Kuikuikui.

Last-last aya yang surrender, takpelah cari hari lain lah Bang. Baik kita amik budak-budak cepat.Dari Banda Hilir nak ke Ayer Keroh memang bercinta nak tempuh jem.Hasben sempat tarik barang tu, dia bayarkan jugak.Tunggu saya memang jenuh la...hee..

Amik budak-budak kitorang ajak jalan lagi.Ni singgah Mydin pulak.Jom makan siap-siap.Harini mama off masak.Bukan selalu papa amik diorang kat taska.Kemain gumbira lagi anak-anak.


Anak-anak saya punya selera yang besar.Bihun sup mangkuk besar tu semua habis makan.

Itulah dia aktiviti masa 6th Anniversary.Terima kasih suami kerana bahagiakan Ana dan anak-anak.Hasben selalu ucapkan terima kasih kat saya sebab jaga anak-anak dia waku dia start keluar kerja kul 5 pagi tu dan sampai rumah kul 7.30 ptg. Kita faham tugas masing-masing dan tunaikan kewajipan dengan ikhlas.Sebab itulah hubungan itu sentiasa kembang mekar.

Happy 6th Anniversary Sayang :)

32 Tahun Dah...

TODAY 10 MARCH 2014...I AM 32 NOW!

ALHAMDULILLAH

My Soulmate - Pre Anniversary

Hari ni 6 Mac 2014 bersamaan hari Khamis.

6 tahun lepas pada 6 Mac 2008 bersamaan hari Khamis juga.

Esok 7 Mac 2014 hari Jumaat.

6 tahun lepas pada 7 Mac 2008 hari Jumaat adalah hari pernikahan saya.

Hari ni gigih selongkar gambar kawin yang pernah masuk dalam blog.Kononnya nak buat entry.Gambar kawin yg dalam CD banyak-banyak tu tak bawak pulak.Dalam tengah leka selongkar...tiba-tiba dapat whatsapp dari hasben...ohh, my soulmate :)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...