Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Family Day at Prima Inland Sea Resort, Port Dickson

Alhamdulilah kita dah sampai ke penghujung 2013.Esok insyallah kita akan menyambut tahun 2014. Budak-budak pun dah naik sekolah.Kejap je masa berlalu dah habis dah cuti sekolah. Khayra dan anak-anak yang dok taska tak merasa lah cuti sekolah nak bangun tidur lambat-lambat.Sebulan lebih orang cuti sekolah, Khayra macam biasa kena bangun awal gak.Kena mandi pagi-pagi gak.Nasib lah Kakak..huhuhu..

Orang lain dah lama citer bawak anak pergi jalan-jalan time cuti sekolah ni.Saya dah naik sekolah baru nak update.Pada 21 dan 22 Disember 2013, ofis saya ada buat Family Day kat Tiara Beach Resort, Port Dickson atau nama baru dia Prima Inland Sea Resort.Kira aci jugak kan guna tiket Family Day bawak anak-anak jalan.Tehehe.

Separuh member ofis kitorang konvoi, separuh lagi datang sendiri-sendiri. Sebelum check in kita lunch dulu kat Kg. Telok Pasir Panjang PD. Sebab utama pergi makan kat situ nak ubah menu dinner makan malam.Sebab dah tahu malam nak makan seafood, so takdelah kitorang order.Just order nasi goreng cina and mee goreng.Tapi portion dia mak datuk...segunung nasi dia bagi dalam pinggan tu.Kalau order 2 pinggan boleh divide into 4..puas hati dengan udangnya, sotongnya..fuhh!

 Pemandangan makan tepi laut.Angin sepoi-sepoi boleh mendatangkan kemengantukkan.ZZzzZZ...


Lokasi tempat terjahan malam nanti.Kitorang dah booking siap-siap untuk 30 orang makan.Datang dah siap hidang.Bayar saja depositnya buk...

Imran tak reti duduk diam. Takut dia terjatuh bawah sebab botol-botol penghadang tu bukannya rapat.Kalau Imran selitkan badan dia memang lepas.Kusss semangat kalau dia terlepas....

Lepas kenyang and tukar menu dengan tokey ikan bakar, boleh lah check in..kitorang dapat bilik jauh-jauh.Ada yang tak sama blok.Takpelah labu, janji dapat happy-happy.


View dari bilik.Saya dapat Blok A.



Mandi timeee!! Lepas rehat-rehat and take some refreshment, so mari kita berkubang.Luas jugak tempat ni.Ada 4 kolam kecik dan 1 kolam besar.Untuk buat family day memang sesuai.


Imran yang susah nak amik gambar dia.Huhu..



Masa ni baru main kat gigi air je.Saya pun tak basah lagi.Lepas simpan henpon, kedebush berenang-renang ketepian la jawabnya.Memang takde gambar lagi dah.

Waktu ni area kul 4 rasanya.Ramai yang dah turun mandi.Dah nama cuti sekolah memang penuh lah kolam.Petang tu kitorang berkelah ramai-ramai tepi kolam makan nasi lemak.Tugas saya order makan petang and breakfast esok pagi.Kat dalam tu makanan mahal cekik darah.2 bijik corneto RM10.Fuhh! Order kt orang luar.Nasib ada contact,so dah deal 2-3 hari sebelum.Memang dah agak kalau mandi-mandi camni musti lapau punya.Anak-anak En.Gangga siap repeat makan.Hehehe.

Pukul 6.30 baru nak naik bilik.Kolam tutup pukul 7 malam.Anak-anak dah keletihan.Malam nak pergi dinner,Amsyar dengan Imran pengsan tidur.Nak kejut bukannya senang, boleh meraunglah kalau tidur kena kacau.Haruu..Kul 8.30 baru gerak konvoi pergi ikan bakar.Alhamdulillah nasib baik Amsyar sporting.

I
Alhamdulillah sampai je kt Medan Ikan Bakar Kg.Telok, makanan dah siap terhidang.Risau gak sebab otw kesana dah start gerimis.Dah la open air, nasib baik kt situ tak hujan.Rejeki.Rejeki.Masa ni semua geng ofis dah complete.Campur orang dewasa dengan budak-budak semuanya 30 orang.Sikit je kan.Ada 2 orang staff tak dapat join.


Saya duduk kat tengah-tengah hujung meja.Macam penghulu rasanya.Ahaks.Menu malam tu ikan jenahak sweet sour, sotong goreng tepung, udang goreng butter, kerang bakar, kupang, telur dadar,ikan tenggiri bakar berlada,tomyam campur, kailan ikan masin,nasi lemak & nasi putih and ayam goreng.Ada pulak orang request ayam goreng time nak makan seafood ni.Hahaha.Tapi yang paling teringat kat tekak ni udang butter...perghhh! Sedap sangat-sangat-sangat!

Alhamdulillah selesai makan pergi jalan-jalan kat Teluk Kemang.Happening malam-malam minggu cenggini.Pastu hasben ajak jumpa member uitm dia yang meniaga burger.Memang masyuk bisnes kat situ.Sampai bilik kul 12.30 malam.Flat habis.

Tapi esok pagi budak-budak ni macam otomatik je celik mata nak mandi kolam.Janji dengan member ofis jumpa kat port semalam.So breakfast sama-sama kat tepi kolam.Pagi tu saya order bihun goreng dengan ayam goreng dan teh tarik bungkus.Lebihan seafood malam tadi pun banyak.Kebetulan bilik Ila ada microwave dia panaskan semua udang,sotong and ikan yang kitorang tapau.Memang burp lah masing-masing.

Walaupun takde aktiviti khusus Family Day ni tapi dapat merapatkan hubungan kitorang satu ofis.Tolong-menolong, tolerate, and janji masing-masing happy especially kiddos la..

Balik mandi kolam dah boleh kemas-kemas nak check out.Pastu terus balik Melaka.Takde nak singgah mandi pantai sebab budak-budak dah legam.Hahaha.





Tuan blog mengselfie.

Insyallah ada umur kita buat lagi Family Day.Oh setiap orang dapat doorgift tupperware. Alhamdulillah.Thanks pada semua yang terlibat.Syiok ok :)




Roti Krim Delicia Butterscotch

Tadi lepas balik taska, singgah kat 7-E.Tekak nak makan roti je sekarang ni.Bila amik roti gardenia ternampak dia promo roti krim Butterscotch & Rose.Cepat je cari roti butterscotch kat rak bawah.Amik 2 bungkus untuk try rasa (nak try rasa je amik 2 bungkus..amende cerita tu).Roti rose tu tak nampak lagi bayang dia.Nanti lain kali boleh try.Lagipun anak-anak pun suka Roti Krim Delicia ni.
  
 Tu dia iklan kat roti

 
 Tu dia rotinya



 
Lunch untuk hari ini.Roti butterscotch 2 bungkus dah setel.Rasa dia,rasa butterscotch..hehe..Rasa dia sedap la.Roti potong dah tinggal suku.Saya memang suka makan dan kuat makan.Bai.

 


 

WordLess Wednesday - Bukan Saya Yang Minta...

 Coklat Bar

 Burger Special

 Ais Krim

Kek Coklat

*Sumber : Incik Gugel

Breakunch

Menu untuk hari ini : Nasi Goreng Ayam Belakang Masjid. 
Breakfast + Lunch = Breakunch
 
Brrp.Alhamdulillah...
 

Campak-campak Je, Terus Jadi Kek Coklat

Sabtu petang, lepas bawak anak-anak jalan-jalan pusing taman, tiba-tiba jadi rajin nak baking cake.Konon lah... Rajin sebab guna tepung kek segera. Heeee. Hari Jumaat pergi Mydin Hypermarket, Ayer Keroh, nampak tepung kek ni.Rasanya dah lama tak menggunakan khidmat oven kat dalam stor tu. Rasanya dekat 2 tahun jugak oven tu tak berasap.Apalagas, terus sambar lah itu tepong.

Bahan-bahan yang perlu kita tambah sendiri hanya telur, susu pekat manis, mejerin / minyak masak & air panas.
 Ini dia tepung kek DRosni. Ada pandan flavour, butter & coklat. Saya pilih coklat sebab kat kepala ni dah nampak yang laki ai memang giler dengan kek coklat.Cuma wife dia ni je yang "rajin" tak buat kek T_T

 Mula-mula amik 3 biji telur. 

 Pastu pukul telur dengan garfu je. Pukul dalam masa seminit. Selamat mixer kat dalam kotak tu. Bertambah karat lah kamu.

 Lepas pukul lebih kurang, pastu campakkan tepung kek. Bagi dia mesra sesama mereka didalam tu ye.

Lepas dah beramah mesra, masukkan 3/4 susu manis. Mesrakan lagi.

 Lepas tu baru masukkan 3/4 majerin dan 3/4 air panas. Disebabkan kat rumah takde majerin, saya guna minyak masak. Itu dibenarkan dalam undang-undang kek ni ye.

 Dah setel semuanya, kita carik loyang dan lenserkan dengan butter/majerin. Tuang adunan tadi dan sedia untuk direntungkan. Oven tu jangan lupa bagi panas dulu. 

 Inilah rupa kek saya yang senget sebelah.Ini disebabkan dah lama sangat tak guna oven tu, so tak perasan yang saya heat untuk bahagian atas. Sepatutnya atas bawah. Bila dah 20 minit bakar, baru mak perasan nok. Masa tu atas kek dah garing.Pergh! Cepat-cepat adjust balik bottom & top. Bahagian bawah baru nak naik, tapi tersekat sebab top dah garing dah. Jadilah kek senget sebelah T_T

Kita siapkan topping pulak. Pun dah ada dalam peket tepung kek tu. Just masak je. Dah siap,kita tuang je atas kek.Tengok tu melimpah ruah.

 Inside. Gebu lah jugak.Kakak siap nyanyikan lagu birthday untuk mama. Dia ingat mama buat kek sebab dah harijadi.

Jemput makan kawan-kawan. Sedap makan time berasap.Rasanya sedap, moist. Tapi saya rasa kalau letak shortening lagi sedap kot, lemak-lemak sikit.Tapi termanis pulak. Pasni boleh kurangkan susu manis kalau nak buat lagi.

Lunch Tadi Orang Belanja

Alhamdulillah, kenyang makan lunch tadi. Lunch tadi ditaja oleh Kelab Office. Sebab meraikan pertukaran staff ke Bahagian lain. Semalam Datuk boss suruh order makan dah nak dekat pukul 5 lebey. Tak sempat nak order dekat mana-mana katerer.Sudahnya budak-budak office ni request "Kita makan kat hotel je la kak".

Oklah, dah lama tak buat makan-makan kat luar, kita ikutkan ajelah. Disebabkan dah lama tak melantak banyak-banyak (buruk tul perangai), saya tak sempat nak amik gambar apa yang saya makan lunch tadi.Dah setel makan, baru teringat.

 Ni jelah yang sempat snap.Daging panggang campur kerabu mangga. Lauk ulangan. Sebab sedap makan dengan nasi tadi, saya amik lagi sepiring untuk kudapan. Licin nok.

 Lawan dengan kordial mangga sejuk.Pergh!!

 Ahli kariah melantak. Mentang-mentang tak duduk semeja dengan Datuk Boss, melantak je kerja korang. Termasuklah ai. Nasib baik budak waiter tu dah angkat pinggan-pinggan kosong. Kalau tak dah jadi bahan bukti dah.

 Nasiblah korang Datuk Boss pilih duduk semeja. Sambil makan, sambil dengar citer. Boss saya ni memang suka bercerita. Budak meja sebelah dah berapa kali bangun-duduk pergi amik makanan.

Kejadian berlaku kat Kings Hotel. Disebabkan Datuk Boss dah biasa kat situ, dapatlah diskaun. Dari 11 orang yang makan, hotel tu kira 9 orang je makan. Yang 2 orang tu dapat free. Harga memang murah, RM17.00 nett. Murahkan.Alhamdulillah.

Balik ofis, semua dah menyandar.Mata pun kuyu.Tak sabar nak balik petang ni, esok saya dah start cuti.Yiieehaaa!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...