Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Penggemar Roti Delicia Gardenia

Makanan kegemaran waktu senggang Khair Amsyar ialah roti krim Delicia Gardenia. Roti cap lain dia tak berapa gemar. Sangat membangkitkan selera mama bila tengok dak Adik makan (kadang-kadang terngap jugak bila Adik tak perasan - muahahaha). Sebuku roti krim tu dia boleh habiskan.

Selalunya aktivtiti makan roti ni dalam kereta on da way pergi atau balik taska. Apa nak buat nok, terpaksa bagi makan sebab kang dia meraung. Soal kereta comot ke sepah ke hape ke, sila tolak ketepi.Janji anak gumbira.

Tapi bagus ke bagi anak makan roti krim ni? Itu je benda manis yang Khair Amsyar telan. Air favorite - air masak. Susu still mama's breastmilk lagi. So, takde la kuantiti gula yang melampau.Kat rumah dah ada stok roti krim untuk Adik. Kakak yang dulu tak berapa suka, dah terikut dengan Adik makan roti krim. Kena beli stok banyak sikit.



 Roti krim coklat. Sekali je beli. Sangat comot bila kena krim coklat. Lebey-lebey lagi kena kat baju & car seat. Huwaaa! Tak mo beli lagi.....


 Roti krim yang dibenarkan hanya vanilla & corn flavor saje. Tengok, hidung pun join sekali.

 Kadang-kadang bawak bekal pergi taska.

 Stok Roti Delicia Gardenia kat rumah

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...