Family Day at Prima Inland Sea Resort, Port Dickson
Alhamdulilah kita dah sampai ke penghujung 2013.Esok insyallah kita akan menyambut tahun 2014. Budak-budak pun dah naik sekolah.Kejap je masa berlalu dah habis dah cuti sekolah. Khayra dan anak-anak yang dok taska tak merasa lah cuti sekolah nak bangun tidur lambat-lambat.Sebulan lebih orang cuti sekolah, Khayra macam biasa kena bangun awal gak.Kena mandi pagi-pagi gak.Nasib lah Kakak..huhuhu..
Orang lain dah lama citer bawak anak pergi jalan-jalan time cuti sekolah ni.Saya dah naik sekolah baru nak update.Pada 21 dan 22 Disember 2013, ofis saya ada buat Family Day kat Tiara Beach Resort, Port Dickson atau nama baru dia Prima Inland Sea Resort.Kira aci jugak kan guna tiket Family Day bawak anak-anak jalan.Tehehe.
Pemandangan makan tepi laut.Angin sepoi-sepoi boleh mendatangkan kemengantukkan.ZZzzZZ...
Lokasi tempat terjahan malam nanti.Kitorang dah booking siap-siap untuk 30 orang makan.Datang dah siap hidang.Bayar saja depositnya buk...
Imran tak reti duduk diam. Takut dia terjatuh bawah sebab botol-botol penghadang tu bukannya rapat.Kalau Imran selitkan badan dia memang lepas.Kusss semangat kalau dia terlepas....
Lepas kenyang and tukar menu dengan tokey ikan bakar, boleh lah check in..kitorang dapat bilik jauh-jauh.Ada yang tak sama blok.Takpelah labu, janji dapat happy-happy.
View dari bilik.Saya dapat Blok A.
Mandi timeee!! Lepas rehat-rehat and take some refreshment, so mari kita berkubang.Luas jugak tempat ni.Ada 4 kolam kecik dan 1 kolam besar.Untuk buat family day memang sesuai.
Imran yang susah nak amik gambar dia.Huhu..
Masa ni baru main kat gigi air je.Saya pun tak basah lagi.Lepas simpan henpon, kedebush berenang-renang ketepian la jawabnya.Memang takde gambar lagi dah.
Waktu ni area kul 4 rasanya.Ramai yang dah turun mandi.Dah nama cuti sekolah memang penuh lah kolam.Petang tu kitorang berkelah ramai-ramai tepi kolam makan nasi lemak.Tugas saya order makan petang and breakfast esok pagi.Kat dalam tu makanan mahal cekik darah.2 bijik corneto RM10.Fuhh! Order kt orang luar.Nasib ada contact,so dah deal 2-3 hari sebelum.Memang dah agak kalau mandi-mandi camni musti lapau punya.Anak-anak En.Gangga siap repeat makan.Hehehe.
Pukul 6.30 baru nak naik bilik.Kolam tutup pukul 7 malam.Anak-anak dah keletihan.Malam nak pergi dinner,Amsyar dengan Imran pengsan tidur.Nak kejut bukannya senang, boleh meraunglah kalau tidur kena kacau.Haruu..Kul 8.30 baru gerak konvoi pergi ikan bakar.Alhamdulillah nasib baik Amsyar sporting.
Alhamdulillah sampai je kt Medan Ikan Bakar Kg.Telok, makanan dah siap terhidang.Risau gak sebab otw kesana dah start gerimis.Dah la open air, nasib baik kt situ tak hujan.Rejeki.Rejeki.Masa ni semua geng ofis dah complete.Campur orang dewasa dengan budak-budak semuanya 30 orang.Sikit je kan.Ada 2 orang staff tak dapat join.
Saya duduk kat tengah-tengah hujung meja.Macam penghulu rasanya.Ahaks.Menu malam tu ikan jenahak sweet sour, sotong goreng tepung, udang goreng butter, kerang bakar, kupang, telur dadar,ikan tenggiri bakar berlada,tomyam campur, kailan ikan masin,nasi lemak & nasi putih and ayam goreng.Ada pulak orang request ayam goreng time nak makan seafood ni.Hahaha.Tapi yang paling teringat kat tekak ni udang butter...perghhh! Sedap sangat-sangat-sangat!
Alhamdulillah selesai makan pergi jalan-jalan kat Teluk Kemang.Happening malam-malam minggu cenggini.Pastu hasben ajak jumpa member uitm dia yang meniaga burger.Memang masyuk bisnes kat situ.Sampai bilik kul 12.30 malam.Flat habis.
Tapi esok pagi budak-budak ni macam otomatik je celik mata nak mandi kolam.Janji dengan member ofis jumpa kat port semalam.So breakfast sama-sama kat tepi kolam.Pagi tu saya order bihun goreng dengan ayam goreng dan teh tarik bungkus.Lebihan seafood malam tadi pun banyak.Kebetulan bilik Ila ada microwave dia panaskan semua udang,sotong and ikan yang kitorang tapau.Memang burp lah masing-masing.
Walaupun takde aktiviti khusus Family Day ni tapi dapat merapatkan hubungan kitorang satu ofis.Tolong-menolong, tolerate, and janji masing-masing happy especially kiddos la..
Balik mandi kolam dah boleh kemas-kemas nak check out.Pastu terus balik Melaka.Takde nak singgah mandi pantai sebab budak-budak dah legam.Hahaha.
Tuan blog mengselfie.
Insyallah ada umur kita buat lagi Family Day.Oh setiap orang dapat doorgift tupperware. Alhamdulillah.Thanks pada semua yang terlibat.Syiok ok :)