Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Assalamualaikum Dunia, Adik Baby Dah Keluar Dari Perut Mama

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan adik baby iaitu baby boy pada 23 September 2010, hari Khamis jam 6.53 am seberat 3.0kg.Sekarang ni saya masih berulang-alik ke hospital kerana adik baby ada jaundice. Doktor bagi masa sampai 5 hari untuk memantau darah adik baby. Jap lagi saya nak gerak ke hospital. Mama amat rindukan adik baby. Malam tadi breast bengkak yang teramat sangat. 2 kali bangun nak pam susu.1 x pam = 7oz.Esok kalau takde pape masalah adik baby boleh keluar. Insyallah. Nanti saya upload gambar adik baby ok.

Aktiviti Hari Ini Sempena Menyambut Kedatangan Adik Baby - Rebus dan Sterilized

Oleh kerana saya ada banyak masa menunggu kedatangan adik baby, so aktiviti hari ni ialah merebus dan sterilized semua botol-botol untuk simpanan EBM nanti. Kebanyakan botol-botol ni recycle Kakak Khayra punya.Collect balik semua botol yang boleh guna. Ada gak yang kena reject. Takut time berpantang tak sempat nak bersihkan botol-botol tu.

Setakat ni saya just tambah botol Bumble Bee (yang beli 8 percuma 2 botol tu) je.Yang lain-lain tengok keadaan time berpantang nanti. Ok jom tengok mak buyong wat kerja hari ni. Lokasi adalah rumah mak ayah saya.
Antara barang keperluan untuk aktiviti saya hari ni. Sterilizer Kakak Khayra yang dah lama tak guna sejak tak produce EBM dan botol-botol pelbagai jenama termasuk hadiah dari kawan-kawan. Ini semua Kakaak Khayra yang puunyaa.
Pelbagai kaler tutup botol. Saya suka colorful. Hehe. Ada yang beli online macam Moms Little One. Yang biasa pun banyak gak.
Ini botol Bumble Bee yang cakap tu. Ada 10 botol semuanya. Beli kat Mom's Care kt Jusco Melaka.At least takdelah semua pakai Kakak Khayra punya kaann. 
Encik Sterilizer tengah menjalankan tugasnya. 2 kali trip jugak lah.
Botol-botol yang disaunakan.
Setelah disauna, boleh baring-baring ye.
Yang ni pulak telah terpilih untuk masuk kolam air panas. Menggelegak la korang. Muahaha!

Harapan saya semoga adik baby dapat fully breastfeeding sehingga yang disyariatkan. Saya hanya merancang, dan sentiasa berdoa supaya perjalanan BF saya kali ini dipermudahkan. Insyallah. Amiin..

Pada Kakak Khayra, mama mohon maaf kerana hanya sempat menyusukan Khayra selama 1 tahun 2 bulan. Walaupun begitu, mama tetap akan bagi yang terbaik untuk Kakak ok.


Update : Adik baby masih selesa setelah 3 hari overdue..tak tau bila dia nak keluar.

Mama Masih Menanti Adik Baby


Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian.

Hari ini dah 2 hari hari saya teroverdue untuk deliver adik baby. Kalau ikut pengiraan 1st klinik kat klinik swasta, saya sepatutnya deliver pada 19 September 2010. Kalau pengiraan kat Klinik Kerajaan yang yang dok check up tiap-tiap bulan, saya dijadualkan deliver pada 20 September 2010. The point is, adik baby masih belum nak keluar lagi.

Semalam konon-konon saya nak menyerah diri kat doktor, ingatkan diorang nak induce ke apa. Tapi doktor bagi masa 7 hari lagi untuk tunggu adik baby keluar. Mak baby ni tak sabar nak tunggu tau. So, kalau adik baby tak keluar lagi, saya ada appointment dengan doktor pada 27 September 2010.Tak taulah apa doktor nak buat nanti.

Buat masa sekarang saya dah bercuti bersalin. Amik 2 minggu awal sebelum deliver. Ingatkan hari tu bersalin time raya. Takpelah, nasib baik rumah mak ayah dekat je. Sekarang ni saya tinggal kat rumah mak, petang kang balik rumah sendiri. Gigih drive lagi tu. Sebab tak rasa pape. Drive pun macam orang yang tak pregnant je lagaknya. Khayra pun tak pegi taska. Angkut dia sekali bawak balik rumah nenek & atuk.

Hasben pulak ingatkan nak teruskan percutian time raya,disebabkan adik baby masih selesa dok dalam belly mama dia, terpaksalah hasben pegi kerja hari ni. Rutin macam biasa, gerak dari rumah pukul 4.30 pagi. Hasben dah inform awal-awal,kalau ada pape berlaku bagitau cepat-cepat. KL-Melaka amik masa dekat 2 jam jugaklah perjalanan.

Tanda-tanda lain, just kepala baby je dah engaged. Tapi pergerakan still aktif. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger dan FB yang mendoakan saya. Nanti saya update perkembangan terkini lagi ye.

Wassalam.

Two Days To Go

Masih lagi menghitung hari. EDD 19 September 2010. Hari ni 17 September. Ada lagi ke makanan yang belum saya jamah sebelum deliver?..Muahaha..Baby still berenang-renang dalam perut ni, tanpa memikirkan tarikh akhir nak submit assignment (ada kaitan kah?)

Hari Raya pertama hari tu, perut ada rasa senak sikit. Orang-orang kampung dah risau (sebenarnya family je,bukan sekampung pun).Tengah syok-syok raya,muka jadi merah. Perut sendat. Mak mertua dah risau suruh pegi hospital. Sebenarnya, bukan sakit perut nak beranak. Tapi overdose makan ketupat rendang yang terlampau banyak. Sungguh takut kalau-kalau tak sempat nak makan makanan yang beraneka macam tu.Muka merah sebab dah berpeluh-peluh beraya takde kipas. Hormon mak buyongkan cepat menghasilkan peluh.

Walaupun due nak dekat tapi, barang-barang keperluan nak ke hospital still lom packing lagi. Mana la tau time beraya tu nak terberanak pulak kan. Lepas beraya dan habiskan saki-baki makanan (yang entah kali keberapa untuk hari raya pertama tu), hasben ajak balik rumah. Sila packing barang untuk standby.Wah, rasa dah lengkap dalam bonet kereta dah ada barang nak pegi hospital (perlu ke rasa teruja).Namun setelah 8 Syawal, tanda-tanda untuk adik baby nak keluar belum ada lagi walaupun dah 8 hari packed barang.Malam tadi mimpi dah bersalin. Bangun tidur,perut masih lagi membuyong.Ingatkan adik baby dah ada kat sebelah dah. Ok, mama tunggu adik baby keluar k.

Kakak Khayra semakin menampakkan kekakakannya (buleh saja eja macam tu). Malam-malam nak tidur, Kakak Khayra akan monitor supaya mama dan papa tidur dulu. Sambil berkata "Mama, diaam.Tido" masa tu tengah tepuk-tepuk papa supaya lelap dan lena kerana ditepuk-tepuk. Selalunya menjadi. Ok,sangat perihatin. Part yang paling best, bila Kakak Khayra tanya "Mama, sape wat? Papa ei? Ambooi, aace gi papa ni!" Pok!Papa kena lepuk dengan Khayra.So, sape-sape yang nak Khayra backing, buat-buat muka sedih,pastu nangis olok-olok. Otomatik Khayra akan tanya "Sape wat?" Pasni Khayra akan jaga adik dia baik-baik. Sape-sape yang kacau adik baby kena lepuk dengan Kakak Khayra. T__T

Setakat pukul 5 pm 17 September 2010, masih belum ada tanda-tanda lagi. I'll update soon kalau ada pape perkembangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Salam Lebaran kepada semua kawan-kawan blogger semua. Sudilah kiranya terima e-Kad daripada kami sekeluarga.Mood raya dah sampai nih.Hehehe.

p/s : Gambar body masih slim, raya tahun lepas :)

Designed by P.a.p.a.K.h.a.y.r.a

Dah Lama Tak Cerita Pasal Adik Baby.. Tinggal 2 minggu Untuk Kita Berjumpa

Alhamdulillah, adik baby dah 38 minggu dalam perut. Saya menghitung hari je sekarang ni. Tapi kalau ikutkan time Kakak Khayra dulu, saya deliver awal 5 hari je dari EDD sebenar. Bermakna minggu ke 39 Khayra dah keluar.Buat masa sekarang, adik baby still bergerak aktif. Senak perut saya time adik baby tekan ke ari-ari. Aduhai. Banyak lagi ruang dia nak berenang-renang. Senget-senget perut ni.

Tanda-tanda untuk adik baby nak jumpa mama & papa belum ada lagi. Ye lah, hari-hari mama dia dok doa adik baby nanti biarlah keluar lepas 2-3 hari raya. Mama nak melantak makan best-best dulu.Hee.Tak senonoh je.Agaknya sebagai anak yang baik, adik baby seronok duduk dalam perut mama sambil bermain bola. Tendang sana. Tendang sini. Kalau kuat sangat tendangan tu, mesti gol agaknya. Mama dia merepek le ni.

Sejak minggu ke 35, adik baby ni suka mengeras kat tepi kanan perut saya.Risau gak kalau-kalau songsang ke. Alhamdulillah, doktor cakap tu perkara normal. Selagi kepala tak turun,kedudukan macam tu still ok. Tapi kalau kepala dah turun, tapi still menyenget je, ada masalah la tu. Hopefully adik baby ok.Berat badan time 2nd pregnancy ni takdelah naik mendadak. Setelah 38 minggu, berat saya naik 13kg dari berat asal. Compare masa pregnantkan Khayra, berat saya naik 21kg tau time nak deliver tu. Pergh!!Memang betul membuyong. Kaki dah mcam kaki anak gajah. Bengkak tak hingat. Tapi sekarang ni, baru nak start bengkak.Sikit je la.Patutlah orang kata, setiap kali mengandung,lain-lain situasi kita dapat.

Barang-barang baby semua setel. Sebab boleh recycle kakak punya. Hohoho.Tapi takdelah banyak. Baju-baju ada jugak yang beli lain. Ye la takkan nak pakai kaler pink plak.Macam bath tub, net nyamuk, baby car seat, barut still in good condition. Tak payah beli lain. Cuma saya punya set confinement lom beli lagi. Tengah dok usha Set NR atau Leesa Formula. Dulu time Khayra saya pakai jamu time mak saya guna dulu.Betul-betul old skool da.Apa ntah nama dia. Air Manchur tak silap.Layan je.Bengkung pulak guna kain skeping yang panjang berjela-jela tu. Jenuh nak pusing. Kalau hasben yang ikatkan, memang sesak nafas nih.Agak-agaklah dia punya kekuatan lelaki. Terik kemain.

Setiap kali solat, saya memohon kepada Allah supaya dipermudahkan bersalin. Tragedi time Khayra tu masih saya ingat lagi. Dok labour room dari pukul 11 pagi sampai pukul 10 malam. Macam saya ceritakan kat entry saya bersalinkan Khayra ni. Selain pada itu, saya mohon supaya dipermudahkan perjalan BF saya nanti. Saya harap dapat breastfeeding 2nd baby ni sampai 2 years. Khayra sempat fully 1 tahun 2 bulan je,disebabkan pregnant lagi. Tapi bukan dia tak nenen langsung. Malam-malam nak tido still cari B saya ni. Tak taulah esok bergaduh dengan adik. Buat tendem nursing la nampaknya. Hee.

Kalau tiba-tiba ada tanda baby nak keluar, saya akan inform k. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ni saya berpuasa penuh ^__^

Kakak Taiya

Khayra : Ni kakak Taiya
Mama : Ni siapa?
Khayra : Kakaak Taiiyaa!

Khayra dah feeling kakak. Dua hari lepas dia cakap "Kakak Taiya". Memula pening gak apa dia cakap, sebab selalunya Khayra bahasa diri dia Aya.Contoh "Ni Aya nyee" - Ni Khayra punya.

Skang ni dah tukar jadi Kakak Taiya. Agaknya susah nak sebut huruf lepas K,terus jadi huruf T (Taiya).Hee. Dulu kalau tanya pasal adik,mesti Khayra tarik muncung. Dia fikir dia lah adik. Sekarang dah ok dah. Siap agah adik dalam perut lagi. Kelakar pulak tengok. Haha. Lega mama sayang.

Dah nampak dah Khayra akan jadi seorang kakak yang baik. Insyallah. Amiin.
Kakak Khayra yang nak pegi taska. Bersemangat waja!

Kakak Khayra yang tak sabar balik dari taska. Melengas badan tu, baru pas lompat-lompat.

Bukan Colic, Tapi Hernia

Salam. Berita terbaru tentang Ziyyad An Nafis, baby tu rupa-rupanya bukan kena colic. Seperti yang saya ceritakan di entri ini. Tapi hernia. Apa itu hernia? Bahasa biasa yang kita dengar adalah angin pasang. Secara ringkasnya penyakit ini adalah penyakit orang lelaki. Kawan saya, Lya, tengah berusaha bawa baby dia pergi berurut dulu. Doktor cadangkan operate. Ibu mana yang sanggup tengok baby yang belum sampai umur 2 bulan di operate. Alternatif lain,sekarang ni dalam proses berurut. Alhamdulillah, dah nampak penyakit tu beransur baik. Ada beberapa kali sesi urutan. Saya doakan baby sahabat saya tu sembuh.Antara petua untuk mengelakkan hernia :
  • Lepas mandi tuam perut baby & bird dia dengan daun mengkudu atau towel suam
  • Letak minyak telon atau minyak yuyee pada telapak perut n telapak kaki baby..
  • Bacalah dengan selawat...
  • Guna barut yg menutupi perut baby..
Antara info yang berkaitan tentang "Hernia" atau "Angin Pasang" :

  •  Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.

  • Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

  •  Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

  •  Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan.

  •  Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

  • Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia

Info lain berkenaan dengan hernia boleh klik di sini.

Insyallah baby dalam perut ni boboy, saya berdoa setiap kali solat supaya baby saya dijauhkan segala penyakit. Tips kat atas untuk peringatan saya juga.

Mummy Perut Baby Sakit. Baby Kena Colic Ni

Malam tadi sahabat saya, Lya, yang yang baru habis berpantang call. Dia tanya macam mana nak handle baby kena colic. Kesian Nafis,asik menangis je. Member saya tu macam stress je. Sebab Nafis tak berenti menangis.Dia pun dah balik rumah sendiri lepas pantang, mak ayah jauh kat Melaka. Tak tau nak handle macam mana. Nak harap kat hasben pun, diorang sama-sama 1st time ada anak. Takde pengalaman.

Terus saya teringatkan Khayra masa kecik-kecik dulu (macamlah kawan tu dah besar sangat skang ni). Memang selalu kena colic. Masa tu saya dok Gombak. Jauh dengan mak ayah. Malam-malam berjaga sebab Khayra asik menangis. Pastu tanya orang-orang tua.Petua yang selalu kitorang buat kalau Khayra kena colic :
  • Junjung perut baby kat umbun-umbun kepala kita. Selalunya hasben saya yang buat. Itu untuk melegakan perut yang berangin tu.Boleh jugak gosok-gosok perut baby kat lutut atau hujung bahu kita. Selalunya kalau buat macam tu, Khayra lega sikit.
  • Sapu minyak telon atau yu yi kat betis baby. Urut perlahan-lahan sampai baby lega.Kalau nak tau Khayra colic ke tak, kitorang mesti cek kat betis dia. Kalau betis tu keras,bermakna perut berangin la tu.
  • Ada juga saya dan hasben mintak air kat ustaz.Kita tawakal je masa tu.
Alhamdulillah,seiring dengan pembesaran Khayra lama-lama colic tu hilang. Kat sini ada sedikit info yang boleh kita share pasal colic.

Kembung Perut (COLIC)

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

1. Usus :

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
  • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut
3. Psikososial
  • Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
  • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.

Jika anak anda kembung perut :
  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan bunyi bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar
  • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
  • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan:
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
Dapatkan nasihat doktor jika: 
  • Diagnosa tidak dapat dipastikan
  • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Gambar bersama baby Ziyyad An Nafis yang baru berusia 2 minggu.Khayra dah feeling kakak masa tu.

Sumber di ambil di sini.

Mari Membebel Bersama Mak Buyong

Semalam mood mak buyong ada sikit jiwa kacau. Mungkin disebabkan hormon menjadi semakin sensitip. Atau disebabkan bulan puasa yang menjadi alasan untuk bersikap sabar dan pemaaf tapi kerana melayan sifat degil suruh sabar taknak dibuat, tapi buat jugak. So jadilah mak buyong yang petang-petang semalam jadi mak nenek yang bukan sikit membebel, tapi berbakul-bakul.

Pagi Isnin - o.k. Petang Isnin - k.o.Sepatutnya 16 Ogos, pukul 2.30 petang ada meeting antara pihak Jabatan dan pihak Taska. Ini first time saya nak menghadirkan diri dalam program keibubapaan. Dolu-dolu time kat KL, hasben yang mengwakilkan diri antara kami berdua disebabkan dulu Khayra dibawah taska kelolaan department hasben. Siap jadi AJK Taska lagi encik itu. Sekarang bila pindah Melaka, Khayra masuk taska dibawah jabatan saya pulak. So, otomatik saya yang menjadi wakil untuk segala meeting.

Disebabkan Unit saya ni terletak jauh dengan main department, saya kena tempuh traffic light MITC baru sampai kat tempat meeting tu. Kesimpulannya saya kena drive tengah-tengah hari buta meredah traffic light untuk menghadirkan diri. Bila sampai, parking dah lah penuh. Kena side parking celah-celah keta. Ok fine. Saya sampai pukul dewan mesyuarat pukul 2.25. Aik, apesal gelap je. Bukan ke Timbalan SUK yang chair. Kenapa diorang tak siapkan bilik meeting lagi. Tanya kat budak receptionist tu. Dia pun tak tau. Dia siap cakap mungkin orang-orang PSM tak sampai lagi kot.

Saya duduk kejap. Tunggu dalam beberapa minit. Ada sorang cik puan tu pun bertanyakan pasal meeting yang sama. Tapi pastu dia keluar kejap. Tak puas hati, saya terus call pegawai yang incharge. Dia cakap macam ni "Mintak maaf puan, hari ni meeting batal. Timbalan SUK ada meeting tergempar. Tak dapat chairkan meeting ni. Tadi area pukul 11 lebih saya dah suruh staff saya inform by phone setiap orang yang meeting batal". Pergh! Menyirap saya dengar. Buat pengetahuan,semalam HP saya langsung takde incoming call mana-mana. Saya dah tengok kat log pun memang takde sape-sape call.Saya sound dia balik "Lain kali tolong cek balik kalau dah inform. Saya tak dapat mana-mana call pun.Penat-penat saya datang sini." Berapa kali dia mintak maaf kat saya. Saya terus letak call. Geram la wei. Sepatutnya dia kena monitor staff dia ataupun makesure semua jemputan meeting dah diberitahu pasal pembatalan.

Agaknya kalau dia tengok keadaan saya yang membuyong ni, mesti lagi berjuta kali mintak maaf. Takpelah. Redha. Dengan perut buncit ni, saya balik ofis balik. Tapi geram punya pasal, saya melencong kt Mydin dulu. Heeee.Ala, kalau sesape dalam keadaan geram, mestilah nak buat sesuatu untuk melepaskan apa yang terbuku di dada.Saya pegi sana dengan harapan dapat sejukkan hati sikit dalam panas tengah-tengah hari buta tu.Alasan kukuh. Noktah.

Sampai kat parking Mydin, ada lagi yang membuat saya menyirap. Mentaliti orang kita kalau nak parking main suka-suka hati je parking. Tak peduli pasal orang lain. Kalau korang tak suka,boleh amik parking lain. Ceh, kalau semua buat camtu, satu keta amiklah tiga petak terus. Parking melintang, lagi bagus.Memanglah banyak lagi parking kat situ, saya pun takyah nak membebel pasal keta ntahapahapa parking tu.Tapi sisa-sisa geram tu ader lagi, membuatkan saya nak membebel. Tolonglah wahai saudara-saudari sekelian. Jangan susahkan orang lain kalau nak parking suka-suka mak bapak kita.
Dengan hati macam reporter, terus saya snap gambar keta depan ni. Saya parking keta betul-betul depan keta yang cantik tersebut. At least pun ko tegakkanlah tayar keta tu. Dah macam sakit pinggang plak tengok keta dok parking berkeadaan bengkok macam tu.Pastu amik side orang lain. Oklah,positive thinking, agaknya driver tu tak tahan nak pegi "membuang" kot. Tak menyempat nak parking elok-elok. Pastu berlari sekuat hati cari toilet. Entah-entah dah terkucil.Hahahaha. Biarlah. Suka hati saya nak imagine macam mana pun.

Niat lain untuk pegi Mydin nak beli pencuci muka. Sekali lagi....geramnya! Bayang pencuci muka tu langsung takde. Dua tingkat bangunan tu saya jelajah. Kat both, kat outle, kat dalam, semuanya tak jual pencuci muka saya tu. Geramnya! Ok,saya tau salah saya keluar waktu kerja, saya balik ofis yang sebenarnya sebelah Mydin tu. Sasaran bebelan yang pertama mestilah member-member ofis. Dengarlah citer saya yang tengah geram tu. Sebenarnya dah ok dah, tapi agaknya petang-petang dah takde modal nak bercerita, berbakul-bakul lah saya membebel.

Petang tu, hujan lagi. Hasben call bagitau dapat tiket pukul 6 petang. Huhuhu. Sedihnya saya. First, sebab hasben balik lambat. 2nd, kesian kat hasben tak sempat balik berbuka ontime. 3rd, saya berbuka sorang-sorang. Huwaaaa! Hasben dah pesan suruh makan dulu. Jangan tunggu dia balik. Kesian kat baby dalam perut lapar.Makan dengan Khayra, sambil suap nasi ke mulut, teringatkan hasben yang struggle balik rumah naik motor membelah hujan lepas turun bas.Alhamdulillah hasben selamat sampai kat rumah pukul 7.45 malam.Alahai nasib kami.

Itulah serba-sedikit graf hormon mak buyong yang turun naik semalam. Cuba kira perkataan bebel untuk entri kali ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...