Mummy Perut Baby Sakit. Baby Kena Colic Ni

Malam tadi sahabat saya, Lya, yang yang baru habis berpantang call. Dia tanya macam mana nak handle baby kena colic. Kesian Nafis,asik menangis je. Member saya tu macam stress je. Sebab Nafis tak berenti menangis.Dia pun dah balik rumah sendiri lepas pantang, mak ayah jauh kat Melaka. Tak tau nak handle macam mana. Nak harap kat hasben pun, diorang sama-sama 1st time ada anak. Takde pengalaman.

Terus saya teringatkan Khayra masa kecik-kecik dulu (macamlah kawan tu dah besar sangat skang ni). Memang selalu kena colic. Masa tu saya dok Gombak. Jauh dengan mak ayah. Malam-malam berjaga sebab Khayra asik menangis. Pastu tanya orang-orang tua.Petua yang selalu kitorang buat kalau Khayra kena colic :
  • Junjung perut baby kat umbun-umbun kepala kita. Selalunya hasben saya yang buat. Itu untuk melegakan perut yang berangin tu.Boleh jugak gosok-gosok perut baby kat lutut atau hujung bahu kita. Selalunya kalau buat macam tu, Khayra lega sikit.
  • Sapu minyak telon atau yu yi kat betis baby. Urut perlahan-lahan sampai baby lega.Kalau nak tau Khayra colic ke tak, kitorang mesti cek kat betis dia. Kalau betis tu keras,bermakna perut berangin la tu.
  • Ada juga saya dan hasben mintak air kat ustaz.Kita tawakal je masa tu.
Alhamdulillah,seiring dengan pembesaran Khayra lama-lama colic tu hilang. Kat sini ada sedikit info yang boleh kita share pasal colic.

Kembung Perut (COLIC)

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut.Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

1. Usus :

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
  • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
  • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut
3. Psikososial
  • Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
  • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?
Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.

Jika anak anda kembung perut :
  • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • Kurangkan bunyi bising
  • Bawa bayi anda bersiar-siar
  • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
  • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.
Peringatan:
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting.
Dapatkan nasihat doktor jika: 
  • Diagnosa tidak dapat dipastikan
  • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Gambar bersama baby Ziyyad An Nafis yang baru berusia 2 minggu.Khayra dah feeling kakak masa tu.

Sumber di ambil di sini.
4 Responses
  1. armouris Says:

    lagi info tentang perut kembung di SIHAT SELALU - Masalah Perut Kembung


  2. kakyong Says:

    anak2 kakyong masa dlm pantang pun kerap juga kembung perut..
    masa fikri memang hazab le sbb xde pengalaman, tp bila yg no 2 & 3.. ALhamdulillah...

    kami pastikan lepas mandi (pagi & ptg) di tuam bdn bb seluruhnya. then sapu minyak telon dibhgn2 tertentu.. lepas menyusu, burg kan.. walaupun fully BF & beri tidur mengiring.. kdg2 tu beri tidur menerap sekejap .. actually doktor nasihat terapkan bb utk bbrp ketika 5-10 minit..

    even kita yg tua ni pun.. kalo tetiba rasa perut masuk angin.. cuba lah sapu minyak angin & tidur sambil menerap.. Insya Allah, cepat lega & cepat keluor angin nya... ;)


  3. Hanna Says:

    armouris
    Thanks for that info :)

    kakyong
    betul tu kakyong..kalau kita yg dh tua2 ni kena kembung pun azab,apa lg kalau budak2 kecik..kesian kan..sy pun sama mcm kakyong tuam bdn bb pas mandi..pasni dah ada baby kena lah buat rutin yg sama mcm dlu (baby dlm perut x sbr nk kuar :))


  4. Nizam Says:

    Nice info.TQ for sharing

    dari

     
    Baby Shop Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...