Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Dengan Ini Saya Mengisytiharkan.......

...... yang Khayra Nur Rania telah berhenti menyusu badan sepenuhnya pada umur 2 tahun 6 bulan....

Alhamdulillah, walaupun sejak Khayra umur 1 tahun 2 bulan saya dah start bagi FM untuk bekalan ke taska,tapi Khayra tetap fully bf dengan saya time kat rumah.Itupun disebabkan saya start pregnant yang kedua.Masuk trimester 3 pregnant, Khayra just menyusu dengan saya waktu nak tidur je.Siang minum FM.Mungkin rasa susu badan dah lain macam time pregnant.

Hari pertama adik baby Kair Amsyar lahir, untuk 1st time saya tak dapat menyusukan Khayra waktu tidur.Dan buat pertama kali juga saya tak tidur dengan Khayra. Admitted dalam wad sampai 2 malam.Waktu keluar hospital, Khair Amsyar pulak kena tahan nurseri hospital sampai 5 hari.Malam pertama balik rumah tanpa baby, saya jadi bengkak susu.Memang besaaaar.Khayra jadi takut tengok B saya.Saya terpaksa tangkap Khayra suruh dia directfeed.Hahaha.Entah apa rasa kolustrum tu, Khayra terus tak nak menyusu lagi.

Dengan kekuatan yang ada, setiap jam saya akan bangun untuk perah susu sebab B dah terlalu bengkak.Sambil pam, air mata berlinang teringat kat Adik Khair yang tidur sorang kat hospital.Huhuhuhu, sedih tau bila teringat balik, dah lah Adik Khair masa tu baru 2 hari.Dalam masa 5 hari takde baby kat rumah, Khayra memang tak teringin langsung nak menyusu dengan saya balik.Lepas je Khair Amsyar dibenarkan balik, Khayra start mengendeng dengan saya.Dia tengok baby sedap je menyusu, Khayra pun tumpang sekaki.

Saya tak sampai hati nak tolak sebab belum waktunya Khayra putus susu.Khayra dapat adik masa umur  1 tahun 9 bulan.Masih lagi memerlukan perhatian yang lebih dari saya.Atas dasar percaya yang susu saya mewah untuk 2 orang anak, saya mula tandem nursing. Mula-mula memang kekok, tapi saya suruh Khayra panjat badan saya kalau nak menyusu, lama-lama jadi biasa. Adik Khair baring sebelah, Kakak Khayra panjat badan saya yang keadaan mengiring.Keadaan ni meleret sampai Khayra 2 tahun.

Pantang je tengok adik menyusu, dia pun nak jugak.Kadang-kadang lagi over dari adik.Adik dah sudah Khayra still dok gayut lagi.Pastu boleh pulak tolak kepala adik suruh tepi. "Adik tepilah, kan Kakak nak susu ni" amboi ayat.Pastu leh pulak bagi-bagikan B saya "Yang adik punya, yang ni kakak punya" sambil tunjuk. Bila Khayra dah masuk 2tahun, barulah terpikir nak berentikan susu badan. Sebab dah tak larat saya menaggung badan kena panjat ni.Waktu siang oklah sebab Khayra boleh tunggu turn menyusu, takyah nak panjat-panjat.Tapi time nak tidur malam, masing-masing nak bergayut.Saya kena berkorban tenaga sikit. Ada time-time tu Khayra tertidur tapi mulut tak lepaskan N saya.Adoiyai.Mekak jugak saya malam-malam.Geram.Dah picit hidung pun, Khayra still mencari-cari N saya pastu sambung tidur.Kalau tak dia punya melaung sampai satu taman dengar.

Saya dah hasben dah berpakat guna pendekatan psikologi.Hari-hari saya cakap dengan Khayra "Kakak dah besar, takyah minum susu mama lagi tau.Adik kecik lagi,Adik boleh minum susu mama.Malu nanti kawan kakak tengok".Hari-hari dalam kereta nak bawak dan balik dari taska saya akan ulang-ulang ayat yang sama.Ada satu hari tu dalam keta, Khayra cakap "Mama, kakak tak minum susu mama lagi.Kakak dah besar"Waaa, punya lah sejuk hati saya dengar.Alhamdulillah.Malam tu Khayra tak minum susu saya. TAPI, esoknya dia claim dia kecik lagi.Boleh minum susu mama.Adoi anak.Memang bijak bercakap.

Pernah sekali saya datang taska nak susukan Khair, pastu saja jengah Khayra buat apa.Boleh pulak dia merengek nak susu saya.Terpaksalah bagi, sebab waktu tu dah time tidur untuk budak-budak taska.Kang kalau dia melaung kang, budak-budak lain tak boleh tidur nanti.Cikgu dia usik pun Khayra buat derk je.Hapah dia tak kisah.Peduli apa aku.Haha.

Saya dah tak sabar nak guna asam jawa lumur kat B.Mula-mula hasben kata tak payah guna benda-benda macam tu.Kesian kat Khayra.Dia kata tu zaman tok kaduk boleh la buat macam tu.Ada gak member-member citer guna sambal la, lumurkan minyak angin la eh tak sanggup saya.Last-last saya lumur jugak asam jawa kat B yang Khayra selalu minum.Tak jalan jugak.Lagi kuat dia menyusu.Esok pagi kat mulut dia penuh dengan asam jawa kering.Hampeh.Memang tak makan saman dak Kakak ni tau.Punya la sedap susu mama dia letak asam jawa pun dia tak heran.Huhuhuhu.

Lama-lama kesedaran tu datang sendiri agaknya.Saya still guna ayat power saya tu yang Kakak dah besar tak payah susu mama lagi.Malam-malam bila saya cakap macam tu, terus dia nak susu botol.Malu la tu.Ada gak dia mintak, tapi saya keraskan hati.Walaupun tengah sedap tidur, kalau Khayra mintak susu saya gagahkan diri bangun pegi dapur.Kalau dulu selak je.Habis citer,tidur balik.Sekarang ni saya yang kena kuatkan pendirian.Nak tak nak, kena gagahkan jugak walaupun mata ni separuh celik.Alhamdulillah, sekarang dah sebulan Khayra tak minum susu saya lagi.Bagi peluang kat Khair Amsyar pulak.

Petua yang saya guna  untuk cerai susu : Pendekatan psikologi.Kena ayat power T_T

Banyak suka-duka sepanjang journey penyusuan ni.Walaupun Kakak tak dapat fully bf sampai 2 tahun, tapi mama dah tebus dengan teruskan bf kakak sampai 2 tahun 6 bulan.Kakak sangat berharga buat mama.Disebabkan Kakak, mama belajar erti penyusuan.Pernah susu mama drop masa Kakak still fully bf dengan mama, tapi mama tak putus asa dengan berdoa dan berkorban pergi directfeed Kakak kat taska 3 kali sehari.Lepas tu susu mama kembali mewah.Kakak jugak menyebabkan Adik Khair kenyang dengan susu mama sebab mama tandem.Bila Kakak dengan Adik Kahir menyusu, susu mama amatlah mewah sampai terpaksa beli deep freezer untuk menampung EBM yang banyak tu.Mama harap Kakak membesar sebagai anak yang solehah, bijak dan dengar cakap mama dan papa.Amiin.

All About Kakak Khayra










Missed this moment... Khayra masa ni umur 2 tahun

Saya, Aaron Aziz dan Semut


Ekceli "saya" kat tajuk tu hanya tempelan semata.Takde kena-mengena dengan hidup Aaron Aziz pun T_T .Sebelum fenomena Nora Elena lagi saya memang minat habis dengan Aaron Aziz.Muka dia sweet je..Hasben pun tahu.Boley pulak kalau ada Aaron Aziz kat tv hasben panggil saya.Ala dia tahu minat saya tak kemana pun.Perah santan je lebih.Hahaha.

Kat Berita Harian hari ni, statement membuatkan saya tergelak sendiri..allololo comeynya..hahaha

Di rumah Aaron sering melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak. Aktiviti dilakukan ada kalanya pelik seperti mencari semut dan kemudian memberi makan kepada binatang itu, tetapi ternyata aktiviti berkenaan amat digemari oleh anak-anaknya.

Alahai cari semut pun bole.Sweetnyer!! (orang kalau dah minat, bukan cari semut je cari  ulat gonggok pun dikatanya suwit.muahahaha). Boleh baca artikel penuh kat sini.

Contest Kurangkan Berat Badan

Mencik betul bila dah full taip entry tapi bila post internet error pulak.Geram! Kat bawah ni saya taip balik entry yang sama tapi dah tak kuasa nak bebel banyak.

Bebelan saya pasal berat badan mak ni dek non.Adoiyai.Haritu kemain berjanji taknak makan makanan yang mengGEMOKkan.Tapi apakan daya,saya hanya insan biasa yang mempunyai nafsu makan tahap dewa.Mana boleh tolak ayam goreng makcik pasar malam yang garing lagi enak tu,pastu kalau mak buat asam pedas harus tambah nasik,jangan lupa eskrim vanilla mekdi,pergh!Ditambah dengan "kerajinan" untuk bersenam.Janji tinggal janji...

Saya buat kaji selidik,selain dari faktor umur (takde kena mengena pun), faktor takde guideline atau dateline untuk diet membuatkan saya terlajak.So,adakah saya perlu join contest nak kurus baru ada kesedaran untuk kurangkan makan? Mari kita terjah blog anjuran Kak Zel.


SYARAT-SYARAT PROGRAM
 1- Program akan bermula pada 13/6/2011 dan tamat pada 1/8/2011. Lebih kurang 50 hari.


2- Yuran penyertaan = RM20.00 seorang. Duit yuran ini akan diberi kepada pemenang utama iaitu seorang pemenang sahaja. Perlu bayar sebelum 10/6/2011 untuk mengesahkan tempat. Tiada pengembalian atas apa sebab sekalipun.



3- Peserta perlu mempunyai berat melebihi 50kg. (Saya layak masuk)



4- Kemenangan berdasarkan LWP (Lose Weight Percentage) tertinggi.



5- Wajib ada BLOG. Perlu update makanan yang dimakan. Menu-menu yang best untuk dikongsi, gambar timbangan berat mingguan. At least seminggu 2-3 kali pun cukup.



6- Perlu hantar gambar (full) + gambar timbangan kepada penganjur mulai 2/6/11 hingga 11/6/11 (xde timbang @ xde camera = sila jangan masuk)



7- Timbangan mingguan adalah pada pagi Isnin dan perlu diberitahu kepada penganjur sebelum 5.00 petang. 3 kali gagal update = anda tersingkir.



8- Boleh makan produk diet lain.



9- Hari AHAD = free day. Boleh pi makan kenduri, boleh minum air sirap, boleh pepah tulang ayam KFC. Tapi AWAS!! Isnin adalah hari timbang. Bayangkan susah payah diet 6 hari dan dimusnahkan hanya dalam 1 hari :)



10- Boleh tarik diri atas alasan munasabah. Cthnya kalau production susu ibu saya menurun dengan teruknya, maka saya akan tarik diri kerana anak saya lebih penting dari segala-galanya :) (Betul,betul,betul)


ANDA AKAN TERSINGKIR JIKA


1- Berat naik 3 kali


2- Tidak update berat sebanyak 3 kali


3- Anda mengandung @ sakit parah


4- Anda tak snap gambar & tak update lansung blog tentang program ini.


5- Anda buat liposuction



DIET PLANNING



1- Sila kira kalori makanan anda. Jangan melebihi 1200 cal sehari


(rujuk di http://www.myfitnesspal.com)


cth -


sarapan = cornflakes 1 cup + susu low fat = 250cal


lunch = nasi + ikan goreng + sawi rebus = 360cal


snack = karipap 2 ketul = 260cal


dinner = sup sayur + 2 potong tembikai = 240cal


TOTAL = 1110 cal



2- Nasi hanya boleh diambil 1 kali sahaja 1 hari = 1 cawan (200cal)



3- Kurangkan minyak, garam, gula, msg. Kalau masak sendiri kat rumah, sila tinggalkan bahan-bahan tersebut.


4- Minum air masak 2 liter 1 hari



5- Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran


TARGET UTAMA = TURUNKAN BERAT

Hadiah = Belum pasti bape RM.. tgk pada bilangan peserta.

ANDA BERMINAT?!!!

Sila emel penganjur di diet_lwc@yahoo.com

Masukkan butiran-butiran berikut

1- Nama Penuh


2- Umur


3- No. telefon


4- Berat sekarang


5- Berat idaman

Nanti emel anda akan dibalas dengan no. account :))


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN = 10 JUN 2011

So,adakah saya perlu join contest ni?..Nak join ke tak,join ke tak,join ke tak...50 hari je.Ada tak kawan-kawan lain nak join..Boleh saya ada geng.Contest ni memang bagus dan amat bagus bagi kita-kita yang dah rasa peha selisih bila jalan.Untuk seharian kita memerlukan 1500 cal,kalau tolak 300 cal sehari ape lah sangatkan.Untuk kawan-kawan yang menyusu badan pun still boleh join sebab kita still makan makanan berkhasiat plus minum air yang banyak.Tapi kena mintak izin hasben gak.Untuk diri saya sendirik,MAMPUKAH SAYA?

Terima Kasih kat Mummycute Sebab Review Blog Yang Tak Seberapa Ni

Oh! Tanpa pulut kuning dan kompang, blog saya telah dikunjungi oleh Mummycute. Sangat blushing sebab entry kat blog ni baru je update (dan sangat "M").Buat kawan-kawan yang belum kenal Mummycute, beliau adalah blogger yang sangat aktif dalam arena pemblogerlan ni (perkataan cipta sendirik).Follower pun ramai.Thanks pada Kak Liza yang sudi review blog saya.

 Ni blog Mummycute




Ni pulak review blog saya yang Mummycute buat.Malu..hehe..

Kenapa Khair Amsyar Tak Ada Walker?


Sejak zaman Khayra lagi memang saya tak pernah belikan walker.Sekarang Khair pun tak merasa naik benda alah tu.Salah satu punca saya tak belikan waker,sebab saya nak anak-anak saya berdikari belajar berjalan.Memang saya suka tengok anak-anak cuba explore kebolehan masing-masing.Disebabkan itulah, alhamdulillah Khayra start berjalan umur 10 bulan.Cerita Khayra berjalan ada kat entry ni dan ini.

Pengalaman yang saya tengok pada Khayra, dia akan menggunakan kekuatan kaki untuk dia berdiri dan memapah sikit-sikit.Mula-mula tengok dia rajin berdiri sendiri dengan memaut sofa atau meja.Lepas tu start belajar melangkah dengan memamapah dari meja ke sofa atau keliling katil.Sangat teruja time tu bila Khayra dah boleh berjalan bila nak masuk 10 bulan.Memang terkedek-kedek la saya tengok.Lagipun masa tu, Khayra memang dikategorikan baby kecil molek.Tak berapa nak tinggi (kalau ikut gen bapak dia memang tinggi galah,hmmm) berbanding dengan baby yang sama umur dengan dia time tu.

Sekarang ni Khair pulak nak menunjuk kebolehan.Sekarang baru 8 bulan,tapi dah eksyen berdiri lepas tangan.Saya pernah sekali nampak dia mula melangkah kedepan nak dapatkan saya.Pastu bom,jatuh terduduk,penyeklah cik pers kat montot tu.Haha.Sekarang ni memaut dari tv ke sofa,pastu amik kerusi kakak dia buat macam push walker.Padahal memang ada push walker warisan dari Khayra.Khair pun rajin berdiri sambil memaut apa yang ada pastu lepas tangan.Kat situ saya nampak baby berlatih menguatkan otot lutut dan kaki supaya lebih cepat tegap dan seterusnya mula melangkah.

Masa 1st time jadi emak,memang banyak yang saya gugel untuk jadi parents yang bagus.Ter search la pasal keburukan walker.Terus hati ni tertutup nak beli walker.Ayah saya selalu ingatkan belikan walker.Dari zaman Khayra lagi sampailah dak Khair ni.Dia risau tengok anak-anak saya berdiri pastu jatuh.Takut terhantuk kat bendul atau kepala terlentang kat lantai (ayah saya memang terlalu sayangkan cucu-cucu dia ni).Saya cakap dengan ayah, saya memang bagi extra monitor.Risau memang risau.Kebaikannya, alhandulillah anak-anak lebih cepat berjalan.Sekarang nak tengok Khair dapat beat tak Kakak dia.

Antara artikel pasal walker :


Ringkasan

  1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.
  2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan). Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?
  3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.
  4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.
Satu lagi artikel menarik daripada Eropah:   http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf
  1.  Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.
  2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).
  3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih untuk pembentukan minda dan fizikal.
  4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS).
  5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.
Sumber dari Dr.Muna

Banyak lagi artikel keburukan walker.Just gugel je.

Tapikan saya tak pernah nak kondem emak-emak yang pakaikan walker untuk anak-anak.Itu adalah hak masing-masing.Anak adalah segalanya.

Antara gambar hero saya yang tengok lasak dan tak sabar nak berjalan.Adik Khair sayang,awak tu baru 8 bulan.Jangan gelojoh sangat ye.Gigi pun tak tumbuh lagi.Haha.








Selain daripada tu, saya pun rajin bagi senaman kat Kair.Pegangkan tangan dia,pastu suruh dia step kedepan.Dak Khair pun suka bila saya buat macam tu.Kaki dia kemain ligat lagi melangkah.Macam orang pijak kat lecak,tercicit-cicit kaki dia.Kelakau pun ada.Hahaha.

Biarlah orang cakap saya ni "ibu buku".Skema sangat.Dahlah takde walker, buai pun takde pastu pulak minum susu badan je.Old skul la sekali-sekala ye tak.Semuanya hanya nak buat yang terbaik untuk anak-anak.Yang baik kita ikut.Sekadar berkongsi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...