Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Lawatan Cik Kiah Ke Zoo Melaka

Entry ni dah taip semalam. Tapi hari ni baru nak publish. Sebab semalam upload gambar punyalah lama. So, layan je lah ayat untuk hari SELASA semalam. Anggaplah hari ni hari Selasa, walaupun dah hari Rabu.Peace :)

Hai semua...adoii, ngantuknya pergi kerja hari ni. Rasa nak sambung cuti lagi je. Khayra pagi tadi ngigau "Mamaa, nak,pergi Tesco..mamaa nak pergi Tesco.." Mata tu pejam lagi.Start hari Jumaat hari tu saya dah cuti. Sebab hari Sabtu ada kenduri Aqiqah anak buah kat rumah emak. So, kenalah tolong mana yang patut.

Hari Sabtu kenduri, hari Ahad ada Birthday Party Zulaikha (budak yang diqeqahkan tu), hari Isnin pergi Zoo.Waa, sangat beharga cuti this time.Nak citer pergi Zoo Melaka dulu.Entry bergambar je lah ye. Penat nak menaip.

Jom masuk Zoo Melaka. tiket RM7.00 untuk dewasa. Kanak-kanak tak tau lak berapa harga tiket, sebab Khayra & Khair masih lagi free. Pergi dah dekat pukul 4.00 petang. Ada lagi 2 jam nak tutup. Yang sedeynya, sampai je kat Zoo, hujan gerimis pun start. T_T

Khayra yang berani-berani takut tengok badak Afrika. Masa ni elok je berjalan. Khair kena dukung sebab tak nampak binatang kalau duduk dalam stroller.

Badak tengah sondol kayu.

Duluu kann, masa ai sekolah rendah, budak-budak lelaki ejek ai giraffe..Teruk kan..Mentang-mentang diorang tak berapa nak tinggi masa kecik-kecik dulu..Hahaha.

Hujan gerimis. Macam sweet je laki ai duduk sambil pakai payung. Dua Hero Saya.
 
Tak larat nak memanjat ke giraffe tu. Adik dgn papa je pergi dekat-dekat. Kakak rilek kat dalam stroller.
 
Monyet ni bukan haiwan dalam zoo. Tapi haiwan menumpang. Nasib baik tak kacau orang.
 
Ape ntah binatang ni. Tak pasti keturunan monyet ke beruang. Pakai snap je gambar ni.
 
Kakak Khayra yang tak heran nak tengok bianatang pun. Dia lebih heran tengok belon gas Angry Bird & Dak Ipin tu.Boleh pulak nak masuk Zoo ada jual belon. Kakak melalak nak jugak belon, kalau tak menangis la sampai lebam. Geram tul. Nasib baik adik yang excited tengok binatang-binatang tu.

Macam lembu, tapi ada tanduk panjang.
 
Adik Khair yang sentiasa ceria tengok binatang.
 
Harimau Zoo la katakan. Rilek je kat dahan. Nama pun harimau dahan.
 
Tengok rimau dekat-dekat. Bilik ni khas untuk yang nak amik gambar. Jelas sket. Khayra still dalam stroller. Takuut.
 
Adik tak takuut pun. Elok je lari-lari kat dalam tu.

Biodata untuk sesapa nak berkenalan.

Inilah Harimau Malaya kita. Kerek je bila jalan. Walaupun tok rimau ni kalah hari tu, tapi saya tetap sokong kat diorang. Hidup Harimau Malaya!

Nice pic. Tak ingat sape yang shoot antara saya atau hasben. Tapi kalau gambar yang cantik selalu saya yang shoot.Bukan perasan, tapi betul lah.Hehehehe.

Mama, Adik Khair dan Harimau Malaya.
 
Masa ni adik lelaki saya pun pergi zoo jugak. Supposed kitorang pergi sama-sama.Lepas tu dia nak balik Klang. Tapi disebabkan kitorang sampai dulu, diorang terus nak cantas naik tren. Tak aci.Mak saya dengan adik perempuan saya pun ada.
 
Masa Dak Zul amik gambar ni, saya rasa macam kitorang pulak bahan yang dipamer dalam zoo.Adoi semua yang dalam tren tu tengok sama. Mestilah nak lambai babai kan. Glamer sekejap. Tapi pastu terus terpikir...wei aku ni orang la..hahahahaha.
 
Lepas babai tu, Kakak yang dah nampak nenek tadi, terus nak ikut.Haruu. Adik pun nak ikut jugak. Kena pujuk lebih kurang, pastu sumbatkan Adik sama-sama dalam stroller dengan Kakak. Tahan lasak jugak stroller ni.
 
Alaa, kat depan tu jumpa balik family saya. Rupanya tren tu brenti 15 minit. Bagi penumpang jalan-jalan kat sekitar situ. Saya dengan anak adik saya. Zulaikha Nur Damia, hari tu 28 Nov. 2011, hari jadi pertama Zulaikha. Budak debab tu yang lagi besar dari Dak Khair Amsyar.
Tengoklah cuaca tu. Macam dah nak dekat Maghrib. Gelap je. Tak seronok jalan dalam hujan ni. Makin letih jadinya.
 
Abang Ipar, Adik Ipar, Biras. Masing-masing bukan adik-beradik.

Pastu kitorang terus jalan lagi. Family saya nak naik tren balik. Tak aci. Masuk ke Taman Burung pulak.
 
Sekali lagi diroang lambai dalam tren. Dan sekali lagi terglamer sekejap.Ceh!
 

Masa ni pergi tengok kura-kura besau. Kakak cukup takut. Bukannya kura-kura tu terlepas pun, kat dalam sangkar tu ha.Kura-kura tu agaknya kecik ati, terus menyimpang ke tempat lain. Sori ye incik kekura.

Loving couple.
 
Yieeha! Dah nampak jalan keluar. Tak larat mak nak menonggek-nonggek naik bukit tu. Dengan bawak payung lagi, tolak stroller lagi. Walaupun tugas saya hanya tukang bawak payung, tapi hasben tak puas hati sebab payung asik kena mata dia je. Sape suruh tinggi sangat.Last-last dia bawak semua. Heeee.
Sayup-sayup kat situ dah nampak Kakak terlentok. Patutlah senyap je. Dah tido rupanya.Dalam mendung-mendung macam tu best tido.
Kesian Kakak ngantuk. Dah selesa pada tadi duduk stroller patutlah tertidur. Adik still mantain tak meragam.Thanks tu Angry Bird dan Dak Ipin sebab temankan Adik.
4 ekor burung Kakak Tua sebagai urusetia jemputan. Dia cakap terima kasih, datang lagi.Kat tepi tu ada laluan keluar.Hehe, gurau je. Burung tu tak pandai cakap puun.

Masa keluar ni pukul 5.45 ptg. Zoo tutup pukul 6.00 ptg. Patutlah kedai-kedai makan dah nak tutup. Hujan pulak tu. Alhamdulillah syukur dapat jalan keluar. Hehehe.
Amik gambar depan Zoo Melaka. Baru perasan takde gambar saya dengan hasben. Masa jumpa adik-beradik tadi tak terfikir suruh amikkan gambar.Adoi. Adik masih setia dengan belon gas dia.

Kalau tak disebabkan hujan, mesti trip ni seronok sket. Penat nak bawak payung, cari tempat berteduh pastu jalan balik. Banyak berhenti-henti.Ok next time kita pergi tempat-tempat lain pulak ok. Kat Melaka ni banyaaak tempat best-best. Saya yang duduk Melaka ni pun tak habis melawat lagi. Chow!
1 Response
  1. Nape Cik Khayra tu duk je dlm stroller?Adik bgs..Patut akak jln adik duk dlm stroller...Seronok sakan le ye anak akak berjumpa Binatang ....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...