Artikel : Bersalin Selepas Dua Hari Meninggal Dunia
Hari ni saya nak share artikel yang menyentuh naluri saya seorang ibu. Aduhai sangat sedih. Setiap kejadian ada yang tersirat yang Allah berikan. Artikel ini tak beritahu waktu kejadian.Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.
Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.
Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.
Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat.
Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.
Doktor cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.
Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit rawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan sokongan hidupnya.
Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.
Speechless T_T
wuwu...sgt terharu dgn cerita nih. tp dgn izin-NYA, ape2 pun bole berlaku
Subhanaallah...Tuhan Maha Berkuasa..shahdunya..
MyKhalish
kdg2 mcm tak terfikir benda mcm ni pun boleh berlaku..Allah Maha Besar..
Mrs Nageb
sedih...alhamdulillah baby tu selamat..
Subhanallah..kuasa Allah tk siapa boleh duga.
Btw, url akak dh tukar tau..
http://halia-ginger.blogspot.com