Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Detik Kelahiran Khair Imran

 Hi semua..My name is Khair Imran :)

Ish..ish..dah hari ke-18 dah...

Sebelum banyak lagi urat putus, meh nak story macam mana Baby Khair Imran keluar. Kang dah lama-lama takut lupa plak camne beranak yang ketiga ni.

23 Februari 2012

Sebagaimana entry saya yang dulu, 23hb saya kena warded sebab doktor decided untuk induce kelahiran yang ketiga ni. Ini disebabkan kes Abruptio Placentae (Uri Lekang) masa saya pregnant 31 weeks.Tapi masa ni memang takde tanda-tanda nak beranak langsung. Appointment dengan hospital pukul 2.00 pm, tapi saya sampai hospital pukul 3.15pm.Takde hati wei nak beranak. Sebenarnya takut dengan induce tu.Anak-anak, saya dan hasben dah pos ke rumah MIL. Dengan berlinangan air mata saya peluk cium diorang. Kakak dah besar, dia dah boleh faham. Siap cakap dengan Adik (masa ni adik lagi), "Dek, mama nak kuarkan baby la".

Kat CDS, bukan main ramai lagi makyong nak beranak. Siap menunggu sampai kerusi depan lagi. Dalam hati dah berbunga riang. Dah fikir, mesti doktor tolak nak induce sebab wad penuh.Ngeh,ngeh,ngeh.Hasben pun heran dengan fenomena ni. Sebenarnya dari dalam kereta lagi, saya dan hasben dah bincang.Kalau doktor benarkan tak payah induce, kitorang nak balik je. Biar tunggu baby keluar sendiri.Lagipun keadaan saya dah ok.Uri yang lekang tu pun dah baik.Just doktor yang risau takut risiko abruptio tu berulang time bersalin nanti.

Lepas bagi senyuman manis kat nurse, dengan harapan boleh balik, nurse cakap pape hal kena warded dulu ye puan. Sila tukar baju, pakai baju pink yang similar dengan orang nak beranak tu.Huhu.Bila dah duduk kat wad, acara mencucuk jarum kat tangan pun bermula.Ayoo! Sakit tau. Saya paling tak gemau kena masuk jarum panjang tu.Saya tanya doktor hajat saya tu.Doktor suruh saya tunggu pakar esok pagi.Kena bincang dengan pakar and tunggu pendapat dia.Ceh, kena la dok hotel wad semalam dengan dok termenung and beramah mesra dengan orang yang baru pas bersalin.

Ada member kat wad tu suruh saya induce je."Ala kak, alang-alang dah sampai hospital, beranak je la.Kang tunggu lama-lama pun kalau baby tak kuar, time EDD kena induce gak".Tiba-tiba idea bernas tu meresap kat dalam hotak.Betul gak ek.Dah la kat tangan ni dah kena cucuk, esok-esok kalau lain kali datang hospital kena cucuk lagi.Berapa banyak kena cucuk daa.Disebabkan hasben dan saya tak sain kebenaran induce so, esok pagi baru proses bermula.


24 Februari 2012

Hasben datang kul 10 pagi untuk sain kebenaran induce. Malam sebelumnya saya dah bincang dengan hasben yang saya rela untuk di induce.Hasben benarkan.Oleh sebab saya sain lewat, so dos ubat dimasukkan kul 11.00 am.Padahal member yang sama kena induce dah selamat masuk ubat kul 6.00 am.Untuk 2 jam pertama saya tak dibenarkan turun katil.Kena golek-golek kat situ sambil tengok siling.Lepas tu tunggu lagi 4 jam, kalau takde bukaan, masuk dos yang ke-2.

Pukul 5.00 pm, doktor cek.Still takde bukaan.Saya pun tak rasa pape lagi.Ok, mari kita masukkan lagi dos ke-2.Time tu elok je waktu melawat.Anak-anak, hasben, family saya and family mertua semua ada.Kakak heran kenapa mama baring je.Tak boley bangun la nak oi, kang ubat tercicir pulak.Hehe.Lepas je dos kedua mari, pergh tiba-tiba ada rasa satu macam.Dia dah datang dah.Contraction 10 minit sekali.Kadang-kadang 2 minit sekali.Adoi. Bila contraction datang je, mata dah start berair.Huwaa, sakit.Hasben urut belakang.Lepas dah lega, sembang balik.

Bila kekerapan dah mula cepat, saya suruh hasben panggil doktor.Apehal sakit ni.Baru je masuk ubat.Doktor cek "Ayo, baru bukak 2cm la kak.Kepala baby pun tinggi lagi" Cakap doktor Cina tu.Lelaki plak tu, tak sukee.Tu la dia padah amik induce.Sakit je lebey, tapi bukak baru sikit.Macam amik air selusuh tapi bukan time dia.Macam tu la gambaran saya.Habis waktu melawat, ngam-ngam 2 jam.Baru lah boleh bangun.Semua orang nak balik.

Tapi nampak gaya saya macam nak bersalin je malam kang, hasben tunggu kat hospital.Dia balik jap kat rumah, anak-anak shoot kerumah MIL.Time ni saya dah start menggelupur dah.Buat CTG sangat lah bosan.Contraction dah kerap, tapi kita takleh bangun.Saya dah cakap dengan doktor, tak payah lah CTG, saya sakit la.Tunggu doktor cek bukaan pukul 11.00 pm.Masa tu kalau bukaan tak banyak, kena buat alternatif lain.Nasib baik dah 4 cm.Doktor suruh prepared masuk labour room.Hasben dah sampai.Dia sama-sama teman pergi LR.Sampai LR kul 11.45 pm.Sakit dah kuat.Ya Allah, sakitnye.

25 Februari 2012

Kul 12.15 am, doktor pecahkan air ketuban, bagi cepat sikit bersalin.Lepas tu lagi sakit contraction.Hasben masuk LR bila bukaan dah 7cm.Inilah 1st time dia masuk tengok saya bersalin.Anak yang 2 orang tu dia tak masuk.Sister suruh saya teran bila ada gesa.Jujur, saya memang failed kalau meneran.Dah 3 orang anak pun confused camne nak meneran.Haish..

Hasben bagi kata-kata semangat kat sebelah.Habis air selusuh dia sapu kat muka saya.Bagus jugak, saya dah berpeluh-peluh time tu.Sejuk sikit.Hee.Dengan 3 kali push, pada pukul 12.57 am, Alhamdulillah, keluarlah khalifah di muka bumi ni.Mama ni bila dengar heartbeep baby dah lemah, barulah gelabah nak push betul-betul.Macam tu lah gaya time Khayra dan Amsyar dulu.Sama je 3 kali push.Itupun bila doktor dah gertak heartbeep baby dah lemah...

Alhamdulillah, betul la naluri saya yang pregnant kali ni boy lagi.Papa azan dan qamatkan dalam LR tu jugak.Bila sister dah keluarkan uri, barulah lega perut ni.Rasa kosong je.Time untuk dijahit..jeng,jeng,jeng..!Saya dah mula imejin jarum yang tajam tu jahit hidup-hidup tanpa dibius.Alamak, memang tak suka.Tapi..macam mimpi yang sister tu kata saya tak payah jahit.Luka takde.Woo! Syabas mama.Orang kata anak dah 3, dah pandai elak koyak.Kui,kui.




p/s: Akhirnya habis gak saya taip entry ni.Dari hari ke-13 lagi asik dok taip and save draft.Orang ada anak kecik..huhu..

WordLess Wednesday - Happy 4th Anniversary

7 Mac 2008 (Jumaat)

I LOVE U


Selamat Bersalin Anak Ketiga


Assalamualaikum..

Baby dah kuar. Hari ni dah 11 hari. Just short entry. Nanti saya story lagi.

Memperkenalkan...........
Khair Imran bin Khairul Nizam
25 Februari 2012
12.57 am
3.5kg & 50 cm


Set Bersalin NR

Morning...

Belom lagi. Saya belom lagi bersalin.Heee.

Ingatkan weekend haritu bersalin, sebab Jumaat dah rasa sengal-sengal badan. Now, I'm here. Masih lagi bekerja.Tak bersalin lagi. Sekarang dah 39 weeks 4 days. Tunggu je lah hari Khamis ni. Masa untuk menyerah diri T_T

Sabtu lepas parcel saya dari Rawang sampai. Thanks Kak Engku Bidan Bersalin. Dah dua kali saya order barang dengan akak ni. Memang terbaek.Sebab harga boleh tawar.Hehe.1st time order beli breastpump. Siap boleh ansuran lagi, bukan kutu tau.Kali ni beli Set Bersalin NR. Senangnya shopping online ni :)


Pos hari ni, dijamin sampai esok. Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat. Pos guna alamat rumah emak.

Semua barang-barang ada dalam kotak ni. Nak try Set NR pulak. Bila bukak kotak ni, semerbak haruman rempah ratus. Memang dah terasa aura nak berpantang ni.Jangan ngelat lagi yer makcik!

Oklah, hari ni nak kemas-kemas meja ofis. Manalah tahu malam ni bersalin ke (?)... Boleh tak wishlist saya, bersalin kali ni nak rasa air ketuban pecah sendirik. Sengal! Sebab, masa Khayra, kuar tanda lendir darah, pastu time Khair Amsyar sakit perut dengan kerap. So, tanda ketiga (air ketuban pecah) je yang saya belum rasa.Lantak ko la labu. Satu dalam sepuluh orang je akan rasa ketuban pecah. Bukan semua dapat T_T

 

Thoughtful Thursday - 8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

Picture : Google (Kyrgyz Muslim Couple)

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun. 
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  8. Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)


 

WordLess Wednesday - Bestfriends

Anjali Khanna Dah Anak Dara

Hari Sabtu hari tu sape tengok citer Kuch Kuch Hota Hai kat TV3 pukul 2 petang? Saya! Saya!

Pergh! Nostalgia habis bila tengok. Teringat zaman sekolah menengah.Dah 14 tahun rupanya citer tu, tapi part lagu-lagu memang mak kau ni hafal.Siap joget lagi.Haha.Masa citer tu meletup zaman CD cetak rompak.Dah beli CD, beli pulak kaset lagu-lagu saoundtrack KKHH.Memang legend lah.

KKHH meletup tahun 1998, so mesti budak Anjali Khanna tu dah besau ek.Meh kita tengok siapa budak tu.

 Anjali Khanna & Rahul Khanna


 Anjali Khanna & Anjali Sharma





 Cantik. Dah anak dara dah. Nama dia Sana Saeed

Umur baru 24 tahun lahir pada 22.9.1988.Masa dia berlakon baru umur 10 tahun.

Sekarang ni Sana Saeed banyak berlakon drama Hindi je.Tak berapa nak glamer.Dia meletup kat KKHH, pastu ada buat cameo kat movie Har Dil Jor Pyar Karega.Bila tengok budak Anjali tu dah besau, ish, aku ni dah tua jugak ek.Kejap je masa berlalu. Sob..sob..sob..

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday

Salam Kawan-kawan.Jom join GA Puan Geez. Hadiah menarik taw. Saya memang suka barangan tupperware ni.Kalau ada rezeki, dapatlah menambah koleksi kat rumah.BTW, Happy 30th Birthday untuk Puan Geez.Sebaya la kitew :)



Syarat penyertaan adalah sangat mudah!
  1. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk February 2012 Giveaway - My 30th Birthday dan link ke sini - Done
  2. Copy banner diatas, masukkan dalam entry tersebut dan juga link ke post ini - Done
  3. Masukkan Blog Just Tupperware & U ke blog list anda - Done
  4. Tag 2 orang rakan dalam entry anda dan pastikan mereka dimaklumkan tentang ini - Saya tag Aini & Ila. Jom join wei.
  5. Follow blog ini (optional) - Done
  6. Akhir sekali, sempena birthday saya, kongsikan sedikit impian anda dalam hidup dan apa yang anda rasa ingin capai di dalam hidup anda - Semoga tahun ni kehidupan saya lebih teratur . Impian saya kalau boleh hasben dapat tukar kerja ke Melaka.Hari-hari berdoa semoga hasben dapat pindah.Semoga kehadiran cahayamata ketiga tak lama lagi membuka pintu rezeki kami sekeluarga dengan lebih luas lagi.Amiin.
  7. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen - Done
Giveaway ini akan berakhir pada 29 Februari 2012 pukul 12 tgh malam. 
 

Dah Suka Pergi Taska

Malam tadi budak jantan ni dah tak sabar nak pergi taska. Lepas mama siapkan beg masing-masing, Adik dah angkat beg tu, suruh mama pakaikan.Dah amik kunci grill dah suruh bukak.Nasib baik kejap je.Kalau dia bantai nangis nak pergi sekolah malam tu gak, haruu.Dia tak perasan ke kat luar tu gelap gelita.Betul tak sabar nak jumpa kawan-kawan lah Dak Adik ni.

Pagi tadi dah macam Panca Sitara pulak. Masing-masing dah siap mandi, amik spek - sila pakai.Yang bagusnya Dak Amsyar ni, celik mata je dah ada dalam toilet, tapi tak nangis.Siap senyum lagi sambil mata terkebil-kebil sebab baru bangun tidur.Kesian gak, sebab kejutkan tidur.

Gaya terkini bila amik gambar.Macam orang nak berlari pun ada.

Comot bedak.Papa mesti tak berkenan tengok anak-anak dia pakai bedak macam tepung gomak.Sorilah papa, nak cepat tadi.Main tepuk je kat muka Kakak.Masa ni ada jiran sebelah nak pergi kerja.Dak Adik punya ramah siap babai lagi.Kuat lak tu dia jerit "BYE".Haha.



Sampai taska.Hari ni awal sikit sampai.Kakak nak karipap.Singgah jap beli kat kafe sebelah taska.Hari-hari makan karipap.Haritu hari-hari mintak nasi lemak.Ada musim la budak-budak ni.Kat taska memang sediakan breakfast, saje bagi extra bfast kat Kakak & Adik.

 
 Budak-budak kecik kat taska yang belum mandi.Comel je.

 Ni gambar semalam. Gaya peluk balang biskut ke taska.Dalam kereta buat kudapan sepanjang ke taska.Tengok beg lagi besar dari tuannya.Macam payung terjun pulak.Haish..

Kena Bersalin Awal 2-3 Hari

Semalam ada appointment kat Hospital Melaka. Follow up pasal Abruptio Placentae. Datang sorang-sorang sebab hasben ada kerja.Ni 2nd time appointment dengan O&G.1st time datang memang azab menunggu.Datang kul 10 am nombor naik kul 3 petang.Wadehel.

This time, taknak susahkan hasben.Just jadi peneman je.Biarlah saya je dok sorang-sorang tunggu.Ramai gak makyong yang datang sorang.Kes taknak dengar laki merungut la ni.Tapi laki ai memang nak teman, disebabkan ada kerja takpelah, Aiman tak kisah...

 
Lepas hantar anak-anak pergi taska, shoot ke Hospital Melaka.Sampai pukul 9.15, tapi dapat nombor kul 9.30.Agak-agak saya setel pukul berapa? Setelah berbaris panjang dengan segerombolan manusia yang kena buatan orang hanya untuk amik urine, berbaris lagi nak timbang & cek BP, pastu que up lagi tunggu nombor naik untuk jumpa pakar, keluar balik untuk tunggu di scan, pastu tunggu nama dipanggil untuk jumpa pakar balik akhirnya saya keluar dari Klinik O&G pukul 1.45 tgh.* Tepuk untuk diri sendirik, Makyong yang tabah...

Semalam dah dapat tarikh check in wad CDS. Dokor Ian cakap, disebabkan saya ada kes, saya tak boleh deliver masa EDD.Mesti 3-4 hari sebelum EDD.Kalau ikutkan EDD hospital, saya due on 26 Februari 2012.Tapi saya guna EDD kat internet 23 Feb.Biar awal.Hee.So, kalau saya still lom bersalin lagi, by 23rd Feb, saya kena daftar masuk ke CDS untuk induce.Doktor takut ada risiko uri lekang lagi.Tak macam Khair Amsyar dulu, dah terover due 5 hari. Siap datang menyerah diri, tapi doktor suruh tunggu 7 hari lagi.Kalau tak baru induce.

Moga saya dipermudahkan bersalin kali ketiga ni.Amiin...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...