Mama Masih Menanti Adik Baby


Assalamualaikum kepada rakan-rakan sekalian.

Hari ini dah 2 hari hari saya teroverdue untuk deliver adik baby. Kalau ikut pengiraan 1st klinik kat klinik swasta, saya sepatutnya deliver pada 19 September 2010. Kalau pengiraan kat Klinik Kerajaan yang yang dok check up tiap-tiap bulan, saya dijadualkan deliver pada 20 September 2010. The point is, adik baby masih belum nak keluar lagi.

Semalam konon-konon saya nak menyerah diri kat doktor, ingatkan diorang nak induce ke apa. Tapi doktor bagi masa 7 hari lagi untuk tunggu adik baby keluar. Mak baby ni tak sabar nak tunggu tau. So, kalau adik baby tak keluar lagi, saya ada appointment dengan doktor pada 27 September 2010.Tak taulah apa doktor nak buat nanti.

Buat masa sekarang saya dah bercuti bersalin. Amik 2 minggu awal sebelum deliver. Ingatkan hari tu bersalin time raya. Takpelah, nasib baik rumah mak ayah dekat je. Sekarang ni saya tinggal kat rumah mak, petang kang balik rumah sendiri. Gigih drive lagi tu. Sebab tak rasa pape. Drive pun macam orang yang tak pregnant je lagaknya. Khayra pun tak pegi taska. Angkut dia sekali bawak balik rumah nenek & atuk.

Hasben pulak ingatkan nak teruskan percutian time raya,disebabkan adik baby masih selesa dok dalam belly mama dia, terpaksalah hasben pegi kerja hari ni. Rutin macam biasa, gerak dari rumah pukul 4.30 pagi. Hasben dah inform awal-awal,kalau ada pape berlaku bagitau cepat-cepat. KL-Melaka amik masa dekat 2 jam jugaklah perjalanan.

Tanda-tanda lain, just kepala baby je dah engaged. Tapi pergerakan still aktif. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger dan FB yang mendoakan saya. Nanti saya update perkembangan terkini lagi ye.

Wassalam.
3 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    Rohana,aku doakan ko :) aku pun nerbes nih :) ko bersalin kat mana :)


  2. Mykhalish Says:

    nmpknya adik baby sgt syokkk duk dlm pewot. xabis2 mkn ketupat rendang kot. huhu.. anyway, ila doakan dipermudhkan deliver k. take care dear


  3. Hanna Says:

    Mrs Nageb
    owh!thanks khaleelah,aku bersalin kt GH nnt..

    Mykhalish
    nampaknya mcm tu la ila..hehe..aritu mama wish nk mkn ketupat rendang,smpai sendat perut..xtau la adik baby suruh mama mkn apa lg..haha..thanks dear,ila dh scan AK Jr lom?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...