Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Ombak Rindu Maniac

Hari Jumaat minggu lepas dah tengok Ombak Rindu kat MBO. Macam yang saya bebelkan, novel Ombak Rindu tak pernah lagi saya baca. Sekarang tergedik-gedik nak habis novel 563 mukasurat tu. Pinjam kat Aini dari hari Isnin hari tu. Sampai sekarang belum habis lagi.

Almaklum emak anak dua ni. Banyak sangat iklan time baca. Kalau baca kat rumah confirm 5 page je, mesti anak-anak kacau. Mintak itulah, nak makan lah, nak ber*k lah. Tutup balik novel.Sekarang ni ada modal nak membaca time traffic light.
Itu dia, novel Ombak Rindu pinjam.

Sempat ko membaca time ni nok. Sambil mata tu melilau tengok nombor. Kang dah hijau kena hon tak memasal.

Kat ofis baca gak. Tapi tak kusyuk sangat. Budak-budak ofis suka kacau bila tengok saya nak bergenang air mata. Tapi walaupun baca sambung-sambung, tapi tetap ada feel. Kalau tiba-tiba ada orang call - time tu lah aku nak nangis - boleh sambung nangis balik bila start baca.Hahaha. Lorat mak.

Kat rumah, sebelum tidur dapatlah baca beberapa page lagi. Nasib baik laki ai sporting. Dia layan anak-anak dulu, bagi saya feeling baca novel.Tapi gambar tu bukan gambar saya.... T_T
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Itu gambar orang yang tidak mahu dikenali. Dia pun layan jugak.Suwiiitt..hehehehehe...
Orang yang tak mahu dikenali itu baring bersama seorang perempuan yang tidak mahu dikenali jugak. Siapakah mereka? Takpelah, identiti mereka terpaksa dirahsiakan ;)

Nak ajak hasben tengok wayang citer Ombak Rindu. Tapi tunggu je lah Astro First. Hari tu saya masuk lambat 15minit. Tengok-tengok  Izzah dah kena paksa layan Hariz. Tak nak citer lebih-lebih kat hasben, nanti dia dah tak feel bila tengok Ombak Rindu tu sebab dah tau jalan citer. Sekarang dia tengah baca novel pulak, ala sama je dia dah tahu jalan citer. Ooops! saya terpecah rahsia ke?.....

Aktiviti Berbayar Di Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu.

Dah lama tak bawak Kakak & Adik pergi Play Land kat Jusco Melaka. Hari tu seminggu atau 2 minggu sekali kena bawak Kakak. Almaklum budak-budak sekarang ni ingatan dia kuat. Selalu remindkan dengan mama & papa bila nak pergi tempat lompat-lompat lagi.

Kalau dah selalu diremindkan , nak tak nak kenalah bawak. Tapi janji kena tolong mama kemas rumah, jaga adik, makan kena habiskan and bla,bla,bla.Kakak memang patuh.Lately ni banyak pulak majlis nak kena attend. So, Kakak pun dah terlupa nak pergi kat tempat-tempat macam tu. Sekali masuk RM8.00 T_T

Kakak dengan Terowong Ajaib

 Kat taska pun ada rumah macam tu. Tapi kalau dah nama budak, semua benda baru dia nak main.


Adik yang kontrol hensem. Tak minat lagi main benda-benda macam ni. Saya perasan yang adik ni pemalu sikit kalau ada ramai orang. Mesti nak melekap je. Kalau orang yang dia dah kenal, ok la. Lari sana, lari sini. Penat nak kejar. 

Jengah Kakak yang main pondok-pondok sorang-sorang.

 Aih?! Mana Kakak ni? Hilang dah. Tadi ada..

 Apa benda yang diorang tengok tu. Adik still maintain macho tak nak masuk rumah tu. Konon.

Sebenarnya dalam rumah tu dah ada budak lain masuk. Kakak segan, so dia pun keluar. Tapi jengah kat tingkap je la dengan Adik.

 Macam nak geget je tengok budak ni. Geram!

 
 
Masa ni 1st time pergi Play Land. Sepatutnya kena pakai jeans. Dah pakai skirt ni asik ternampak je lah yang belah dalam tu. Sori ye Kakak.



Mama dengan Adik jadi penunggu setia Kakak yang nak mencuba setiap permainan kat dalam tu.Pena tunggu. Papa tukang amik gambar. Adik yang sangat manja.

Sukaa sangat gambar ni!!

Itulah aktiviti kalau weekend. Lepas ni nak ajak Kakak bawak basikal kat Taman Rekreasi pulak lah. Tengok dah pandai sikit-sikit kayuh. Kena bagi tempat yang luas untuk Kakak berlatih. Kat dalam rumah yang terhad tu manalah puas Kakak nak berkayuh kan.

Air Asia 10 cents Sale

Wow!! Mari-mari..kita naik kapalterbang dengan rege seposen.Hahahaha.


AirAsia 10 cents Sale !! 8-11 December 2011

Booking Period : 00:00 8 Dec to 11 Dec 2011
Travel Period : 1 July to 27 Oct 2012

Fly from Kuala Lumpur to

Penang
Kuching
Kota Kinabalu
Kota Bharu
Medan
Bali
Jakarta
Bangkok
Singapore
Hanoi
Hat Yai
Phuket
Langkawi

Dah boleh nak pujuk papa pergi jalan-jalan tahun depan.Papa...jom kita pegi Langkawi tak pun Phuket..oopps! ada orang takleh kuar negara la..haih...

Tote Boutique Giveaway

Jom kawan-kawan kita join Tote Boutique Giveaway Cik As!

WordLess Wednesday - Budak Kotak

Artikel : Bersalin Selepas Dua Hari Meninggal Dunia

Hari ni saya nak share artikel yang menyentuh naluri saya seorang ibu. Aduhai sangat sedih. Setiap kejadian ada yang tersirat yang Allah berikan. Artikel ini tak beritahu waktu kejadian.Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.



Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat. 




Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Doktor cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.

Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit rawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan sokongan hidupnya.

Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.


Speechless T_T

Ragam Anak Bersolat

Melentur buluh biar dari rebungnya.

Hari Ahad semalam pergi beli barang sikit and makan-makan kat McD.Balik rumah dah nak dekat maghrib. Lepas Khayra & Khair mandi, papa ajak budak-budak 2 orang tu solat maghrib. Selalunya Kakak solat sendiri je. Ttak cukup 5 waktu pun, rakaat pun tunggang-langgang,nama pun budak-budak :) Ni 1st time papa ajak solat ramai-ramai.

Dak Adik pun nyibuk sekali. Selongkar balik songkok raya hari tu, bagi Khair pakai. Lepas ni songkok raya tu tak payah simpan dah .Tahun depan confirm kena beli songkok lain, kepala mesti dah besar sikit.Seronok tengok aksi anak-anak ni. Saya cakap dengan Khayra, Kakak ikut je apa papa buat tau. Kakak memang patuh, tapi Dak Adik ikut stail dia sendiri je. 

Mula-mula suruh Adik diri sebelah papa, tapi dia nak jugak nyempil sebelah Kakak. Kakak ikut je papa sujud.
 
Menonggeng la pulak.Masa ni Dak Adik freestyler. Nampak montot dia. "Mama, tengok adik ni baring-baring je. Mama angkat adik" Kakak siap sound. Tengah solat tak boleh cakap lah Kakak.
 
Nasib baik dah tahiyat akhir. Kalau tak apa lagi yang dak Adik nak buat. Saya kena pantau je. Nak bagi peluang kat anak-anak solat sama-sama.
Amiin.Selalunya lepas solat dan abis baca doa, saya dan hasben mesti salam,peluk cium anak-anak (kalau budak-budak tu ada kat situlah). Semoga anak-anak saya membesar sebagai anak yang soleh&solehah.Insyallah..

Mata Bengkak Tengok Ombak Rindu


Sape dah tengok Ombak Rindu!

Saya.Saya!

Ecewah, nak citer gak dia pergi tengok wayang tadi. Hari ni Jumaat, rehat panjang. Bila Ila ajak pergi tengok Ombak Rindu semua kelam-kabut nak ikut. Tak plan pun.Nasib baik tiket pukul 12.00 pm tak sold out lagi. Pergi kat MBO, dapat seat baris ketiga dari depan. Jadiiilah...

Kitorang pergi 7 orang semuanya. Naik 2 kereta. Aaron Aziz punya pasal, lajuu je mak anak 2 ni ngikut. Hehehe.

Disebabkan saya tak pernah lagi baca novel Ombak Rindu ni, memang layan habis lah cerita ni. Tak yah nak fikir jalan cerita macam mana. Lepas tengok cerita baru nak cari novel. Macam Nora Elena jugaklah. Dah habis siri kat TV, baru terhegeh-hegeh cari novel Kasih Suci.

Disebabkan hormon tak stabil sejak dua menjak ni, emosi cepat tersentap. Saya rasa sayalah juara orang kuat nangis dalam wayang tu.Kesian sangat dengan Izzah. Tapi saya tetap suka dengan Aaron Aziz walaupun mula-mula dia layan kasar dengan Izzah tu (yes, saya peminat setia Aaron Aziz).

Entah kenapa scene Hariz kat hospital tak sedar sebab eksiden, saya nangis sungguh-sungguh. Saya tak boleh ar tengok orang yang kita sayang terlantar macam tu. Izzah yang solat hajat & baca Yassin untuk suami dia. Pastu mula lah teringatkan hasben, janganlah kena macam tu. Nanti saya nagis. Teruk betul saya imegine.

Jangan kata saya, orang lain kalau tengok orang lelaki nangis boleh kita nak nangis sekali jugak. Macam tu la dengan Hariz, berapa kali dia kuarkan air mata. Saya tak boley arr.Dah lah lupa bawak tisu, lengan baju dah tak cukup nak tampung ayaq mata saya ni.Meleleh je.

Lisa Surihani pun ok jugak. Mungkin dia tak cukup garang kot. Tapi kena jugak dengan karakter dia. Paling nyampah mestilah Datuk Sufiah. Pelakon lain pun best-best belaka. Watak Pak Dollah pun sangat berkesan kat saya ni. Hai, terer betul Pak Dollah berlakon nangis, saya tak sampai hati tengok dia nangis laa.Nangis lagi mak ni.Nasib baik saya duduk sebelah laluan tangga, sebelah kanan Aini, apa ada hal nak nangis beria-ia pun. Hehehe.

Nanti kalau ada kat Astro First saya nak tengok lagi. Amaran! Kalau sesapa tak suka tengok cerita meleleh macam ni sila jangan tengok.


Birthday Party Zulaikha Nur Damia

Entry terperam berapa hari. Tak sempat nak publish.

Hari Ahad lepas, bersamaan Maal hijrah, adik saya buat Birthday Party anak dia yang pertama a.k.a anak susuan saya Zulaikha Nur Damia kat rumah emak. Kebetulan hari sebelum tu, dia buat aqiqah, alang-alang dah balik kampung buat Birthday Party sekali.

 Kek Hello Kitty sponsored by mama. Frust! Sebab saya order chocolate moist tapi akak kek tu terbuat blueberry cheese cake. Takpelah, nasib baik sedap.

 Antara juadah untuk kanak-kanak yang datang. Macaroni goreng, mee goreng, nugget, sosej, buah anggur, apam polkadot & air punch + ais pop.Ajak budak-budak kampung je. Kebanyakannya saya dah tak kenal.

 Birthday Girl

 Ayah, Ibu & Zulaikha Nur Damia.

Ajak budak-budak lain amik gambar sama-sama dengan kek. Ramai yang malu-malu miau pulak. Mentang-mentang la kek pun miau-miau.

 Adik Khair Amsyar teringat time dia tiup lilin bulan September hari tu. Sungguh bersemangat dia pun nak tiup jugak.Heee.

 Dengan rasminya kek pun dipotong. Jom serbuu.

 Khair Amsyar sangat suka dengan cekak beday tu.

 Khayra tumpang sekaki. Memang sekaki pun. Haha.

3 beradik main sama-sama lepas makan kek. Lepas habis party, amik pool mandi sama-sama.Orang jarang jumpa. Amik masa yang ada main sepuas hati.

Semoga Zulaikha cepat belajar jalan lepas ni. Jadi anak yang baik, dengar cakap ayah & ibu. Mama, Papa, Kakak Khayra & Abang Khair sayang kat Zulaikha.Muah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...