Sangat Bosan Kala Menunggu Di Traffic Light

Halo kawan-kawan. Kejap je dah Jemahat kan. Esok Sabtu.Yeay! Esok birthday pak mertua. Selain tu adik-adik saya balik kampung. Boleh lah jumpa, dah sebulan lebey tak jumpa diorang.Last hari tu jumpa kat Klang. 

Macam biasa rutin saya hari-hari, bawak anak-anak pergi taska, pergi kerja pastu balik kang amik anak-anak balik. Yang paling bosan masa nak amik diorang kena tempuh traffic light kat MITC tu. Punyalah lama. Kalau dapat dok depan sekali memang sangap la.

Starting number dia 199 tanpa gerak. Mungkin 240 saat kot. Sangat lah lama. Kalau dok tunggu area belakang forsure 2 kali lampu merah kena tempuh. Kejam betul.Dulu time ada novel boley lah layan gak. Dah setel baca tak tau nak buat apa time tunggu tu. Tapi pernah sekali saya terleka baca novel, rupanya dah lampu hijau. Kereta depan saya dah jauh tinggalkan dah. Pergh! malunya. Nasib baik orang belum hon saya dah sedar.Kihkihkih.

Dulu dok KL ngadu jalan jem, skang dah dok Melaka balik ngadu traffic light panjang pulak. Please lah bersyukur makcik.Oraitlah, kejap lagi nak pergi kira kereta kat traffic light tu * ish,ish,ish cubalah bawak baca Quran ke kitab-kitab agama ke, ada gak faedah.
Bahan bacaan terbaru masa dok tunggu lampu bertukar hijau. Tip Memandu Selamat Di Lebuh Raya.Masa ni nombor baru gerak.Kalau tak, statik 199 je.
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...