Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Pelangi Petang

Petang semalam masa saya bagi makan Khayra kat balkoni tiba-tiba ternampak pelangi yang mula membentuk. Waaa! Takjubnya saya. Saya apa lagi dukung Khayra pastu tunjuk kat dia pelangi. Khayra tengok je.Mungkin dia tak faham saya tunjuk apa.

Dulu masa saya kecik-kecik, selalu dengar orang cakap jangan tunjuk pelangi guna jari. Nanti kudung. Mitos tu terbawa-bawa sampai saya besar. Takut saya nak tunjuk guna jari. Tapi disebabkan saya dah ada anak, nak tunjuk jugak pelangi tu. Macam mana nak ajar tunjukkan Khayra kalau guna muncung je. Hahaha.



Nampak tak pelangi tu besar sampai hujung. Beesaar punya! Subhanallah.Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.


Cerita Pasal Sorry Hari Tu

Nak update sikit pasal entry saya Isnin lepas. Alaa,pasal saya bagi kad mintak mahap kat Papa Khayra . Boleh klik kat link ni untuk refresh balik.

Ok nak cerita la ni. Hari Isnin hari tu hubby EL,sebab nak servis kereta yang tempreture dia naik macam oven tu. Malam sebelum tu adalah hal sikit yang boleh buat hubby terkecik hati [huhuhuhu..ampun.ampun.taknak buat lagi]. So, pagi tu hubby hantar saya dan Khayra pegi kerja dan taska macam biasa. Hubby balik rumah setelkan apa yang patut. Tapi pagi tu,nampak lagilah yang hubby tarik muka lagi. Aduss! camne nak buat. Dengan tulus ikhlas,saya mohon maaf kat hubby via blog.Bukan saya tak nak cakap direct,tapi saya takut.Huhuhu [nampak sangat salah sendiri]. Biar hubby cool dulu,baru boleh masuk jarum. Tapi sebelum tu saya dah buat macam-macam dah pujuk dia,tapi tak jalan pun. Apa lagi,kuasa blog la nampaknya.

Saya publish entry tu pagi,tapi sampai tengah hari masih takde respon. Agaknya hubby ni tak on internet kat rumah ke atau tak bukak blog saya?Saya tak kisah lah,banyak cara lain saya boleh mintak maaf. Mungkin jugak hubby tengah busy uruskan hal kereta kat workshop. Tengah hari tu hubby call. Ingat nak cerita pasal pasal entry saya tu,rupanya nak cerita pasal kereta,tiub air,bengkel,tempreture naik,cooler,dan macam-macam lagi pasal keta.Ceh!

Ok.Takpe.Betul lah,dia tak on internet lagi,sebab dia keluar pegi bengkel after tidur balik lepas hantar saya dan Khayra.Faham tak?Hubby balik rumah lepas keta setel,pastu petang keluar balik ambil saya dan Khayra pulak.Dalam keta,saya tak cerita lagi pasal entry saya.Saya layan hubby cerita pasal keta intan payung ni [macam-macam hal tau keta ni..geram]. Kitorang boleh singgah beli barang dan tapau makan.Eh,macam dah ok je cik abang aku ni.

Nak dekat sampai rumah, [dalam keta lagi] dia cubit pipi saya yang mulus ni.Sambil cakap "Oooo,apa yang ayang tulis kat blog tadi tu haa?..pandai eh"..dan tersenyum.Haha,rupanya hubby dah baca.Dia terharu la tu. Mesti tak sangka saya buat entry khas untuk dia.Benang dah masuk jarum.Yes! Saya dengan tersipu-sipu siap tanya balik "Eh,abang baca ke?..Ingat tak baca tadi"..sebenarnya memang saya mengharap sangaaat dia baca.Hehehe.

Sampai kat rumah, saya mintak maaf betul-betul.Saya taknak cerita detail macam mana saya mintak maaf.Sensored.Muaahaahaa.Hubby pun minta maaf kat saya balik sebab ada marah-marah kat saya.Lumrahlah tu kalau orang dah buat salah mesti kena marah kan?Tapi,bukan itu yang saya nak tekankan kat sini.Rupanya-rupanya dia kemas rumah tadi.Macam tak percaya.Dia suruh saya pandang atas.Wow!Kipas licin.Abis semua habuk hubby rembat.Macam gambar kat bawah ni.
|
|
|
V

Waa!Tak sangka rupanya hubby saya bukan dok rumah sesaja.Dia vacum semua habuk yang bertepek tu,pastu susun semua majalah-majalah yang Khayra sepahkan,kemas bilik tidur dan dapur. Pastu tiba-tiba hubby pimpin tangan saya pulak.Bawak ke bilik belakang.Apa hal ni? Mak aih,suspen la pulak.Fuiyo!Baju dua bakul sebeban yang belum dibasuh dah siap sidai dah.Magic.Selalunya saya yang akan bebel mintak tolong, ni tanpa disuruh hubby buat semua.


Sebahagian baju-baju yang papa basuh.Ada dua ampaian lagi yang tak interframe.Almaklum rumah atas,kena jemur baju dalam rumah.

Maknanya, seharian yang saya rasa bersalah tu, rupanya pada diri suami saya dia dah maafkan dah. Lepas ni saya berhati-hati tak nak buat suami kecik hati lagi.Saya tau berdosa.Tapi kadang-kadang terrr buat jugak.Adoiyai! Buat En.Suami, friends for ever..eh! silap, love u for ever. Boleh gak friends forever jugak kan.Sebab kitorang sebelum kawin dah kawan 8 tahun. Pastu kawin dekat 2 tahun. Campur semua 10 tahun. Memang sahabat sejati. Sekarang ni kawan kami bertambah sorang lagi,iaitu Khayra Nur Rania. So, 3 sahabat sejati.Inilah dia sahabat-sahabat itu :

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


3 sahabat yang pagi-pagi buta dah sampai KL, untuk mencari rezeki. Ni gambar kt parking.kena hantar sahabat kecik dulu pegi taska.Pastu baru 2 sahabat yang lain masuk keja tempat masing-masing


p/s: Terima kasih kepada kawan-kawan sebab sudi baca cerita ngengada saya ni.Peace (^_^)


Semuanya "1"

Hari ni bukak blog, terpandang ticker usia Khayra. Baru saya perasan hari ni Khayra berusia 1 tahun, 1 bulan dan 1 minggu. Triple 1. Dan selama itu juga saya menyusu badan secara penuh tanpa sebarang susu formula untuk Khayra. Alhamdulillah. Semoga saya dapat menyempurnakan penyusuan penuh selama 2 tahun. Amin.

Lecur Air Liur

Pergh!! Masih lagi saya lecur tengok jeruk-jeruk ni. Selama bertahun-tahun saya bertapa kat SOGO, inilah pertama kali saya beli jeruk kat tingkat bawah SOGO tu. Konsep dia,amik sendiri jeruk yang kita nak,campur-campur pun boleh,pastu masuk dalam container dan timbang.Asam boi ke,kicap pekat ke,harga lain.

Adakah saya pregnant lagi sekarang ni,sampaikan mengidam nak makan jeruk? Time mengandungkan Khayra dulu,tak pernah saya mengidam makan asam-asam macam ni. Inilah pertama kali saya beli jeruk sambil air liur kat dalam mulut ni macam nak terkeluar sebab meleleh.Bau masam dia mencucuk hidung.Sampai sekarang saya menaip ni pun,air liur saya masih lecur.Sllrrp!

Aneka jeruk. Sila pilih sambil mulut tutup rapat ye. Kang leleh kang.




Isi penuh-penuh.Terpulang pada masing-masing.Saya isi penuh-penuh.[Tamak]. Asam boi tu lain harga.Saya campur asam kelubi dan mangga muda.




Siap dibungkus. Semuanya RM13 kak. Terkedu saya.Sepatutnya saya toskan air jeruk tu dulu sebelum timbang.Nanti takdelah berat sangat.Tapi saya terlupa T_T




3 batang lidi diberi. Mesti dia suruh kita share ni.




Sampai kat ofis,telan asam kelubi dulu. Mak oi!! Masamnya. Pergh!! Nasib baik beli mangga. Cover masam tadi. Dah cicah asam boi pun nauzubillah masam nye!!.




Sebenarnya saya tolong belikan je jeruk tadi. Alang-alang pegi SOGO, officemate kirim beli.Bukan saya yang mengidam. Saya lalu kat tempat jeruk pun dah lecur,inikan nak beli. Officemate - Kak Lijah - tengah pregnant 8 weeks. Time-time macam ni dah start la pening-pening,loya,nak makan yang masam-masam,tak boleh bau minyak dan macam-macam lagi lah.Asam kelubi yang masam giler tu, Kak Lijah makan dengan selambanya. Dia rasa pahit lagi ada.Saya yang tengok dia makan tu pun,pejam-pejam mata sebab terbayang masamnya asam tu. Ini pregnancy dia yang ke-4.Alhamdulillah.Rezeki tak dirancang. Tapi tetap bersyukur.




Inilah Kak Lijah. Peace kak.Hehe




Sorry...

TO : PAPA

WITH LUV : MAMA




Alamak..Hujan Lebat Daa..Nak Balik,Huwaaa!

Camne ni, hati ku berbunga girang tadi bila tengok jam dah 4.30 petang. Bermakna lagi setengah jam nak jumpa hubby dan si comey Khayra.Tapi,tup-tup..kedengaran bunyik guruh yang kuat.Bila saya tengok kat luar,sah! Memang sah hujan tengah menggila kat luar.




Langit gelap.Dah nampak dah rumah saya kat area Gombak tu pun tengah hujan [cewah! Terer tak saya teka]





Kalau hujan je,mesti jem. Tengok la tu. Aduhai, bencik tau!






Hujan + Jem = Seronok tak? *menangis


Lokasi : Tgkt 22, Menara TIMA, Jln. Raja Laut
Hari : Jemahat
Tarikh : 22012010
Jam : 4.50 ptg



** Update bila sampai rumah : Rumah saya kat area Gombak tak hujan langsung. Kering je tanah. Tak terer langsung saya teka lor. Ngeee...


Tidur Sambil Menangis atau Menangis Sambil Tidur?

Sob.Sob.Sob...

Malam tadi saya mimpi menangis lagik.Bukan.Bukan.Bukan saya bermimpi tengah menangis,[tapi memang menangis pun] tapi saya bermimpi sesuatu yang sedih sambil air mata keluar walaupun dalam tidur.Saya memang tahu saya menagis sebab kejadian menangis dalam tidur memang saya alami sejak zaman persekolahan lagi.Bila bangun tidur,air mata saya bertakung dalam mata.Kat pipi pun ada bekas lelehan air mata tu.

Saya taknak cerita kisah mimpi saya [lagipun mimpi saya tu amatlah complicated.susah nak cerita hujung pangkal.tapi memang sedih]. Saya nak cerita perihal menangis dalam tidur.Agak-agak, ramai tak mengalami peristiwa macam saya? Emosi dalam mimpi terbawa-bawa sehingga terhasilnya air mata walaupun tengah tidur.Dah lama saya tak menangis dalam tidur.Untuk tahun ni,inilah pertama kali.Kalau ikut purata,setahun mungkin dalam 5 kali saya mengalami keadaan macam tu.

Kadang-kadang sambil teresak-esak saya menangis
.[saya agak lah] Pernah jugak saya terfikir,macam mana rupa aku time nangis dalam tidur tu?Agaknya macam rupa tengah nangis beriya-iya ke?Burukkan.Cubalah kawan-kawan bayangkan,saya tengah tidur sambil tutup mata [of course la] tapi muka berherot-herot sebab nangis.Hahaha.Kelakar pulak.What say u?

Kenapa Saya Jadi Begini?

Tajuk macam best je.Hehe.Takdelah,ni pasal macam gambar kat atas tu.Takde mood a.k.a malas nak berblogging? Yeah! Itu lah yang terjadi kepada saya akhir-akhir ini. Pada hal baaaanyaaak benda nak cerita kat u all nih. Adeh2! Saya nak cerita pasal Khayra, pasal keja, pasal family kat kampung, pasal En.Suami, pasal taska, pasal kawan-kawan, pasal kat rumah, pasal balkoni, pasal cuaca, pasal hobi, pasal projek baru, pasal, pasal, pasal dan pasal lagi. Tapi semuanya dalam otak je la. Tak tertaip lagi. Ooh! Kenapa aku begini?

Sekarang banyak benda bermain di fikiran. Kalau ada terluang akan saya update ok. Saya janji [tau]. Tahun 2010, ada banyak perancangan yang akan berlaku. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Insyallah.


ALPHABET CUT OUT SET FOR SELL



ALPHABET CUT OUT SET

Harga : RM12.00
Kegunaan : Sesuai untuk menerap fondant atau biskut berbentuk huruf.
Kenapa nak jual : Terbeli duat set tanpa ku sedar.Masih baru.Tak buka plastik lagi :)

Sesiapa yang berminat sila email saya di oha_luve@yahoo.com

FREE DELIVERY

Siapa cepat dia dapat!!

Hari Terakhir Dengan Ibu An, Hari Pertama di Kelas Melati

Salam semua.Hari ni hari kedua Khayra masuk kelas Melati.Seperti yang saya ceritakan dalam entri ini, sepatutnya Khayra tukar kelas start 4 Januari hari tu.Tapi disebabkan ramai ibu-ibu pengasuh yang bercuti untuk menguruskan anak-anak bersekolah,pertukaran Khayra dari Kelas Tanjung ke Kelas Melati dilanjutkan ke 6 Januari.

Lega hati saya apabila Khayra dapat lagi bermanja dengan Ibu An dia dalam masa 2 hari lagi sebelum bertukar pengasuh.Sebelum tu,Khayra dah tak jumpa Ibu An dia lebih seminggu sebab Kak Rehan cuti rehat.Nak jadikan cerita,hari Isnin hari tu,macam biasa saya melawat Khayra waktu lunch hour.Sebenarnya,saya pun membilang hari untuk melawat a.k.a menyusukan Khayra waktu lunch.Lepas ni tak boleh dah.Bila saya berjumpa dengan Kak Rehan, dia ceritakan reaksi Khayra pagi tadi.Kebetulan hari tu Kak Rehan masuk lambat sikit sebab urusan persekolahan anak buahnya.

Bila Khayra nampak je Ibu An,dia mintak dukung..then peluk Ibu An.Lama Khayra peluk, kata Kak Rehan.Di saat itu,Kak Rehan sangat sedih.Khayra pun tahu saat-saat begini sangat berharga untuk bermanja dengan Ibu An.Bergenang air mata Kak An.Tika Kak Rehan cerita pun saya dah bergenang air mata.Terbayang betapa eratnya kasih sayang antara Khayra dan pengasuh dia.Dua hari terakhir dengan Ibu An,Khayra tak boleh lepas dengan Kak Rehan.Pantang orang tu bangun,mesti Khayra menangis nak ikut.Alahai Khayra.Hari terakhir,petang tu saya jumpa sekali lagi dengan Kak Rehan.Ucap banyak-banyak terima kasih kat dia.Ibu An cium Khayra.Khayra just pandang Ibu An dengan harapan esok masih lagi dalam jagaan Ibu An.Tapi apakan daya sayang,esok Khayra kena pindah Kelas Melati.

Khayra bantai tidur puas-puas kat bilik Tanjung.Esok dah tak tidur kat tilam ni lagi dah.Syokkan.




Esoknya,iaitu 6 Januari (Rabu),buat pertama kalinya Khayra ditempatkan di Kelas Melati.Kelas Melati ni untuk kanak-kanak berumur 1thn++ - 2thn++.Tengok tahap perkembangan.Kalau cepat baby berjalan,cepat jugaklah pindah ke kelas ni.Kalau masa Kelas Tanjung dulu,saya terus hantar Khayra masuk dalam bilik.Boleh baring-baring kat tilam.Tapi bila kat Kelas Melati ni,diorang kena tunggu kat meja makan.Kena makan dulu baru masuk kelas / bilik masing-masing.Kalau baby macam Khayra kena duduk dalam high chair untuk baby.Mula-mula sampai,Nabila- baby yang sama batch Khayra dah menangis dah.Tak biasa dengan tempat tu.Khayra pun dah mula start nangis bila Ibu Pengasuh yang bukan Ibu An ambik dia.Tak kenal maka tak cinta,bak kata Ibu tu la.Saya masukkan Khayra dalam kerusi tu,lepastu cepat-cepat gerak dari situ.Memang dia tak biasa,tapi kena jugak train dia.

Pagi-pagi datang taska,Khayra kena duduk dalam high chair ni dulu.Tunggu untuk disuapkan makan.Sebelah Khayra tu Nabila.Gambar ni gelap kebetulan pagi tu taska black out.



Harapan moga Khayra tak melaung.Huhu.Tengah hari tu,perasaan ni rasa macam kosong je.Selalunya pukul 1,saya dah terpacak kat taska Khayra.Tapi sekarang tak boleh jenguk lagi.Waktu ni waktu Khayra tidur.Tak boleh jadi ni.Saya pergi jugak.Dalam pukul 1.45 saya sampai.Kebetulan jumpa dengan Ibu Ida.Ibu tu la yang jaga Khayra sekarang ni.Sebaya dengan saya,tapi anak dah 2.Yang tua dah tadika.Ibu Ida bagitau,Khayra taknak minum susu.Dia minta saya datang esok dalam pukul 10 pagi.Waktu menyusu untuk Kelas Melati.Saya angguk.Insyallah saya datang.Saya pegi ke bilik Khayra tidur.Nampaknya Khayra nyenyak tidur.Saya just jengah kat luar pintu je.Tak masuk pun.Tengok-tengok lebih kurang,saya gerak nak balik.Tapi hati ni nak masuk bilik Tanjung dulu.Jumpa dengan Kak Rehan.

Sekarang kak Rehan dah ada baby baru untuk dijaga.Jumlah sekarang ni 4 jugak,cuma 2 lelaki 2 perempuan.Dulu time Khayra, Kak Rehan jaga sorang baby lelaki je.Bilik Tanjung dengan Melati sebelah-sebelah je.Kak Rehan dengar Khayra menangis.Kak Rehan dah faham dah.Tapi disebabkan Khayra bukan lagi tanggungjawab Kak Rehan,dia just dengar je.Terusik hati dia bila dengar Khayra menangis.Sebak.

Petang semalam,bila ambil Khayra balik,bertembung dengan Ibu An.Khayra yang dalam dukungan saya terus nak terkam Ibu An.Ibu An dukung dia.Dan depan mata saya,baru saya nampak betapa rindunya Khayra dengan Ibu An.Lama Khayra peluk.Ibu An tepuk-tepuk belakang Khayra.Saya dan suami tengok je.Sebak.Khayra lambai Ibu An.Sekarang ni Khayra dah mula belajar yang sekarang dia bukan lagi jagaan Ibu An.Saya akan pastikan talian persaudaraan ini tak akan putus..Insyallah..

Coretan Ikhlas dari Saya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...