Terima Kasih Kak Rehan

Waktu aku dan Hubby kerja,Khayra aku tempatkan di Taska Mara.Taska tu berdekatan dengan tempat kerja kitorang.Khayra dok Taska masa dia umur 3 bulan setengah.Mula-mula sekali aku diperkenalkan dengan pengasuh Khayra,Kak Rehan ataupun Ibu An.Khayra ditempatkan dalam Kelas Tanjung,kelas untuk baby yang berumur 3 bulan hingga setahun lebih.

Masa tu Kak Rehan hanya menjaga 2 orang baby saja,termasuk Khayra.Rutin harian aku,mesti jengah Khayra kat Taska setiap kali lunch hour.Sebab aku terus direct BF.So,selama Khayra dok Taska sampai umur dia setahun ni,hubungan aku dengan Kak Rehan agak akrab.Mana taknya hari-hari aku jumpa dia.Ada saja laporan pasal Khayra dari Kak An.Seronok je aku dengar.

Kak Rehan pun aku tengok memang sayangkan budak-budak.Kat taska tu memang ramai pengasuh.Sorang pengasuh diperuntukkan 3-4 orang baby.Kadang-kadang kalau ada Ibu Pengasuh yang jaga baby-baby lain keluar pegi tandas atau pegi makan,baby-baby tu dengan sendiri pegi kat Ibu An untuk menumpang kasih.Cewah.Kak Rehan pandai melayan.Sekarang ni Kak Rehan jaga 4 orang baby - ikut turutan Kak An jaga - Sofia,Khayra,Raihana dan Adik (kembar lelaki-aku panggil adik dan abang,tak tau nama penuh).

Setiap kali kitorang ambil Khayra kat Taska,mesti Kak Rehan bekalkan bubur Taska.Aku tak payah susah-susah masak bubur time balik kerja.Makanan untuk Khayra dah ada.Dia bagi senyap-senyap masuk dalam beg Khayra.Tak tau la kalau ibu-ibu pengasuh yang lain bekalkan bubur kat anak jagaan diorang.Yang pasti,Kak Rehan tak pernah miss.Kalau bubur habis,baru dia cakap dia tak bekalkan.Kalau tak,aku faham-faham sendiri la.

Khayra memang manja kat Ibu An dia.Setiap kali nak tidur,Kak Rehan mesti kena peluk/dukung dan tepuk-tepuk badan Khayra supaya dia boleh tidur.Bayangkan setiap kali nak tidur Kak Rehan kena buat macam tu.Aduhai,ada gak Kak Rehan sound kat aku ajar Khayra kat rumah tidur jangan berdukung.Masalahnya,kat rumah memang Khayra tidur macam biasa.Time dia menyusu mesti tidur punya.Kat taska je macam tu.Manja sangat.

Sistem kat taska tu,kalau baby yang dah boleh berjalan tegap,dia akan dipindahkan ke Kelas Melati.Kat kelas tu,diorang ada jadual sendiri.Waktu makan,bermain,belajar dan waktu tidur.Dah tak sama dengan Kelas Tanjung dah.Aku awal-awal dah diberitahu yang Khayra akan dipindahkan ke Kelas Melati bulan Januari 2010.Bermakna lagi 2 minggu Khayra akan bertukar pengasuh.

Untuk pengetahuan,Khayra mula tegap berjalan masa umur 10 bulan.So,diorang tunggu sampai Khayra setahun baru boleh tukar kelas.Kalau ikutkan,ada jugak baby yang dah setahun lebih kat Kelas Tanjung tu.Tapi diorang lambat berjalan,so kena tunggu sampai tegap baru boleh tukar kelas.Kes Khayra pulak,awal sangat berjalan,so awal jugak la kena tukar.Aku bukan apa,nanti aku dah tak boleh jenguk Khayra time lunch hour lagi.Masa tu time tidur Kelas Melati.Khayra kena berdikari.

Esok Kak Rehan mula bercuti panjang.Tahun baru nanti baru naik kerja.Ini bermakna,hari ni last Kak Rehan jaga Khayra.Tahun baru nanti Khayra dah naik Kelas Melati.Tadi sebelum balik masa jumpa Khayra time lunch hour,aku dah teremosi dengan Kak Rehan.Tak tau nak cakap apa.Dia pun sedih.Air mata aku laju je turun.Kak Rehan pun sama.Aku memang banyak terhutang budi dengan dia.Dia dah buat Khayra macam anak dia sendiri.Terima Kasih banyak kak...





Kak Rehan bawak anak-anak jagaan dia termasuk Khayra jalan-jalan kat ofis Taska.Budak-budak tu boring asik dok dalam bilik je.Atas pangku Kak Rehan tu baby kembar - Adik - kat atas kerusi,Sofia dan Khayra.Rajin Kak An melayan budak-budak ni.







Aksi Khayra kalau Kak An nak tidurkan Adik.Mesti Khayra nak tepuk sama.



Lepas ni aku akan tetap ingatkan Khayra siapa yang jaga dia.Aku taknak dia lupa orang yang selama ni jaga dia daripada dia hanya terbaring sampai dah pandai berjalan ni.Walaupun Kak Rehan jaga Khayra tak lama,tapi aku harap hubungan ini akan berkekalan.Insyallah.
5 Responses

  1. Hanna Says:

    Memang sedih Naz..kalau akak tu jaga Khayra biasa-biasa je,takde la akak sedih sangat..tapi dia jaga macam anak sendiri,Khayra pun manja dengan pengasuh dia tu..rasa macam kehilangan pulak..


  2. Rizziela Says:

    sedihnya...

    baguskan kan an jaga baby....dia iklas nak jaga bb bukan sebab duit kan...bukan senang nak dapat pengasuh yg mcm kak an ni.....

    macam manalah kyra nanti kan.....mesti rindu kat ibu an dia


  3. Hanna Says:

    Betul tu Rizziela..dari pemerhatian sy pun,sy nmpk dia ikhlas..kadang-kadang sy nyorok dulu nak tengok gelagat Khayra dengan Ibu An dia,so far Ibu An mmang memanjakan Khayra..

    Kak An dah anggap semua baby kat situ macam anak dia..harap Khayra dapat sesuaikan diri dgn pengasuh baru nanti..


  4. memang sedih jika ada pengasuh yang benar2 sayangkan anak kita mcm anak mereka sendiri.

    semoga ALLAH menambahkan rezeki dan kasih sayang kepada kak an.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...